Thursday 10 October 2013

Aku kecewa dengan manusia...

www.layoutsparks.com

Aku kecewa dengan manusia...
Aku sedih melihat sikap mereka..
Mereka tidak tahu hatiku sungguh rapuh dan lemah sekali...
Manusia mengatakan aku adalah wanita yang angkuh tanpa mereka kenali hatiku bagaimana..
Setelah kutahu diriku bagaimana kuat hatiku untuk berkongsi pengertian dengan manusia..
Aku tahu semua ini mampu memberikan mereka kekuatan untuk teruskan kehidupan yang sungguh pedih ini..
Aku sanggup datang ke tengah-tengah mereka tanpa kukenal sesiapa pada awalnya...
Aku bentangkan kain di atas jalan lalu ku susun satu persatu bunga-bungaan yang harumannya menusuk ke kalbu...
Lalu aku menyanyi sendiri sambil melihat manusia lalu-lalang di sekitarku..
Kadangkala ada yang singgah dan mahu membeli bunga dariku...lalu aku tersenyum dan memberikan kuntuman bunga padanya sambil menggeleng kepala sebagai tanda menolak pemberian wang daripadanya sebagai harga bunga tersebut...
Aku berkata padanya..."ambillah sahaja..aku tak mahu apa-apa darimu cuma aku berharap wangian bunga itu dan keindahannya mampu menceriakan hari-harimu..."
Lalu dia berterima kasih...tersenyum dan berlalu pergi sambil menarik nafas dan mencium bunga-bunga pemberianku...
Aku merasa sungguh bahagia...


Aku lalu menyanyi lagi di dalam hati kecilku sambil menyembur wap air ke bunga-bunga yang tersusun di hadapanku...
Kemudian datang sekumpulan manusia datang mengambil bunga-bungaanku tanpa bertanya kepadaku dan berlalu pergi begitu sahaja...dan aku hanya membiarkannya...walaupun hatiku sedikit terasa...
Airmataku menitis sambil aku mengeluarkan bunga-bunga di bakul dan menyusunnya ke atas bentangan kain di jalan..
Datang pula tiba-tiba seorang manusia entah dari arah mana ku tak tahu dan dia memijak-mijak bunga-bungaanku lalu meludah ke mukaku dan menghina aku...
"Apa yang kau lakukan di sini? Kau ingat manusia suka dengan bunga-bunga busukmu ini? Sudahlah baik kau pergi dari sini kerana tiada siapa yang sukakan sampah-sarap yang kau bawa ini..!"
Lalu dia menyepakku dan berlalu pergi...
Dengan mata yang bergenang aku mengutip bunga-bunga yang telah rosak dan hati aku merasa sungguh berat sekali bagaikan hatiku pula yang dihinjak-hinjaknya...
Sambil aku melayan perasaan dan berfikir mahu berbuat apa...manusia tadi kemudian datang lagi dengan beberapa temannya yang lain...
Sempat aku melihat wajah mereka dan berkata di dalam hati..
Mereka inilah yang mengambil bunga-bungaku tanpa bertanya apa-apa padaku sebentar tadi..
Kemudian mereka berkerumun di sekelilingku dan saling ketawa sesama sendiri..
Ada yang hanya diam dan mengajak mereka pulang...ada pula yang membongkar bakulku dan merampas bunga-bunga simpananku lalu mengejek-ejek aku kerana kejelekan pakaianku yang compang-camping.
Aku tersenyum hambar pada mereka dan senyumanku tidak disambut mereka malah aku semakin dicaci dan dihina. Setelah itu barulah mereka pergi dan meninggalkan aku sendiri..
Ada yang ternampak kejadian tersebut dan berlari ke arah aku sambil menjerit-jerit memarahi sekumpulan manusia tadi..
Dia membantuku mengutip bunga-bunga yang telah dipijak-pijak mereka dan aku kemudian membungkus kain tersebut dan mengangkat bakul dan berterima kasih padanya..
Tak mengapalah kataku padanya..


Dengan berat hati aku melangkah pulang sambil menangis semahu-mahunya di dalam hujan yang mengiringi kepulanganku..
Oh Tuhan...
Kenapa begini sikap manusia....
Aku terduduk dan tertunduk di dalam hujan...
Kenapa mereka memperlakukan aku sebegini wahai Tuhanku...
Apa salah aku pada mereka...
Aku ikhlas mahu memberikan mereka bunga-bunga kepunyaanku yang kupetik sendiri di hutan sana..
Mengapa manusia semakin hilang rasa kasih dan sayang dalam diri mereka..
Mengapa manusia sungguh sombong mahukan keindahan namun diri mereka penuh dengan kekotoran..
Mengapa manusia sungguh bangga dengan diri mereka sedangkan mereka adalah insan yang jahil yang tidak mengenal erti susah payahku meredah hutan sana..
Aku sakit tinggal dengan manusia seperti mereka...
Yang mencuri-curi melihat keberadaanku di sini dan tergamak pula mereka mengambil bunga-bungaku dengan lemparan kata-kata yang menghinaku...




......sigh....
Ah....sudahlah....
Biarlah mereka...aku mahu tidur..
Esok aku mahu ke hutan lagi dan memetik bunga kesukaanku lagi untuk kuhadiahkan kepada manusia.
Aku suka dengan kerjaku ini sungguhpun manusia ada yang tidak suka dengan aku..
Aku sedar aku adalah wanita miskin tapi hatiku penuh dengan bunga-bunga dan aku mahu kongsikan keharuman dan keindahan bunga-bunga bersama manusia yang mahu mensucikan hati mereka.
"Ah...biarkan sahaja mereka yang tidak suka padamu...biarkan mereka...mereka tidak tahu..."
Aku terdengar suara memujukku...lalu akupun tertidur dengan genangan airmata...

Sunday 6 October 2013

Jiwa hidup dalam Ilusi Maya

www.adishakti.com

Ada jiwa-jiwa suci yang memegang jawatan penting di Institusi Ketuhanan. Jiwa-jiwa ini telah mencapai Hakikat Ketuhanan yang sempurna lalu terpancarlah dalam diri mereka Cahaya Jernih dan membawa Sifat-sifat Tuhan dalam diri mereka yang Kosong itu lalu Gerak Kerja Tuhan dilaksanakan dan dipikul oleh jiwa-jiwa suci ini. Seluruh alam telah menyerap penuh ke dalam jiwa-jiwa mereka dan setiap dari mereka membawa tugas-tugas khusus yang sesuai dengan sifat jiwa-jiwa ini.

Shiva adalah adalah nama yang tidak asing lagi di alam Melayu lama dan jiwa besar yang ideal yang mana semua jiwa berada dalam jiwanya dan ilmu jiwa ini adalah Haqq kepada Shiva. Shiva sendiri adalah ikon Jiwa dan dia adalah perlambangan kepada jiwa. Jiwa Shiva berilusi dan Ilusi Maya ini adalah Shakti atau juga dikenali sebagai energi kosmos di mana alam-alam terbina daripada cahaya-cahaya yang berlapis-lapis adalah diri Shakti itu sendiri. Seluruh alam Maya ini telah diserap penuh ke dalam jiwa Shakti dan Ilmu Penciptaan ataupun Ilmu Kosmologi adalah haqq kepada Shakti. Satu perkara yang harus kita jelas ialah... JIWA HIDUP DI DALAM ILUSI MAYA. Ilusi maya ini dibina daripada Cahaya. Apa yang membezakan satu jiwa dengan jiwa yang lain ialah TAHAP KESEDARANNYA. Apabila jiwa-jiwa memasuki alam-alam... mereka tenggelam di dalam ilusi alam tersebut dan membina matrix-matrix di dalam diri. Apabila jiwa mula mencari dirinya maka bermulalah perjalanan jiwa mencari pengertian dan perlahan-lahan jiwa mendapat pencerahan yang menerangi kabus-kabus yang menghijabkan dirinya dengan hakikat sebenar kehidupan. Dengan pencerahan yang diterima secara berperingkat-peringkat tahap kesedarannya juga turut meningkat.

communityispossible.com

Pembaca seharusnya jangan salah faham apabila diterangkan 'jobscope' ataupun bidang kerja jiwa-jiwa suci ini. Jiwa-jiwa suci ini telah mencapai hakikat ketuhanan yang paling tinggi malah mereka telah mencapai tahap Infiniti dan tahap kesedaran yang sangat-sangat tinggi. Jiwa-jiwa ini kesemuanya telah mencapai KESATUAN JIWA sesama mereka dan seluruh alam. Mereka bersama-sama bergerak kerja mengikut arahan Tuhan dengan tugas yang berbeza di dalam pentadbiran alam. Kunci kepada semua ini adalah TAUHID dan jiwa mereka berkemampuan menembusi mana-mana matrix alam kerana memiliki kunci ini. Jiwa-jiwa ini telah memecahkan kod-kod rahsia diri lalu terpancarlah Cahaya Jernih Infiniti dalam diri mereka dan Cahaya inilah yang membuatkan mereka mampu menembusi zarah-zarah cahaya ilusi alam maya dan keluar dari segala matrix dan jiwa mereka lebur di dalam Zhat Tuhan.

Muhammad pula di antara jiwa-jiwa suci ini dan dia memegang KESEIMBANGAN ALAM di mana dia sendiri adalah kedua-dua cahaya hitam dan putih. Cahaya ini yang juga dikenali sebagai Nur Muhammad di kalangan orang Islam berada di dalam setiap Ciptaan. Tiada apa pun yang dinamakan penciptaan melainkan ada cahaya hitam dan putih ini yang juga dikenali sebagai Yin dan Yang. Jiwa Muhammad juga sebesar alam-alam yang wujud sebagaimana jiwa-jiwa suci yang lain yang membezakan penyerapan jiwa-jiwa ini adalah sifat-sifat mereka yang juga turut mengasing-asingkan tugas mereka.

Di antara jiwa-jiwa yang lain adalah Vishnu dan Lakhsmi... Brahma dan Sarasvati dan banyak lagi. Setiap satu di antara mereka memiliki tugas yang berbeza-beza dalam Institusi Ketuhanan bersesuaian dengan Sifat-sifat Tuhan yang berbeza-beza dalam diri setiap jiwa-jiwa ini. Aku akan ringkaskan penerangan berkaitan tentang mereka nanti sebagai mukadimah kepada jiwa-jiwa hebat ini. Mereka kerapkali bereinkarnasi di setiap kelahiran untuk bersama-sama mentadbir alam dan memimpin jiwa-jiwa yang lain. Kini... jiwa-jiwa ini yang juga dipanggil The Immortals telah kembali menjelma sebagai manusia dan hidup di tengah-tengah masyarakat Melayu Islam untuk membawa pencerahan kepada jiwa-jiwa yang selama ini hidup di dalam Ilusi. Jiwa-jiwa yang lara di atas muka bumi ini menyeru Tuhan mereka berkali-kali dan mereka menderita kerana meraba-raba di dalam kegelapan lalu Tuhan yang Maha Penyayang itu menghantar kembali jiwa-jiwa yang disucikan ini di tengah-tengah manusia.



Manusia di luar sana khususnya masyarakat Islam pasti akan memusuhi kami kerana apa yang kami bawa ini kedengaran asing daripada apa yang mereka imani. Namun kebenaran itu datangnya daripada Tuhan dan Dia berhak menentukan siapa yang layak untuk menerima dan memikul kebenaran ini. Kini jiwa-jiwa yang telah disucikan itu telah datang dan membawa kebenaran dan hanya mereka yang BENAR-BENAR MENCARI KEBENARAN dari Tuhan akan mengerti bahawa apa yang dibawa oleh jiwa-jiwa ini adalah kebenaran yang mereka cari. Realiti itu tempatnya di dalam HATI jiwa dan mereka yang mensucikan hati-hati mereka akan mudah menerima Cahaya dari Tuhan. Kerana semua ini adalah cahaya termasuk jiwa.

Malaikat adalah ciptaan Tuhan dalam bentuk Ilusi untuk membantu mentadbir specimen Tuhan yang dinamakan JIWA ini. Malaikat menyimpan rekod tentang jiwa dan mereka kenal dengan perangai jiwa-jiwa namun mereka tidak memahami hikmah Tuhan menciptakan mereka. Malaikat bekerja seperti BellBoy dan mereka tidak kenal erti jemu dan penat. Kerja pentadbiran jiwa-jiwa diuruskan malaikat dengan cukup teratur dan professional. Mereka hanya membantu untuk mentadbir pengurusan jiwa dalam mengenali dirinya dan seterusnya Tuhan mereka. Hanya jiwa-jiwa yang memiliki tahap kesedaran yang tinggi mampu menyingkap hakikat tentang Kehidupan Sebenar dengan gambaran yang jelas dan mereka juga mengenali watak-watak isi alam dan juga sedar tentang Pentadbiran Kerajaan Langit milik Tuhan. Aku bukanlah membawa satu ajaran baru di tengah-tengah kalian melainkan aku hanya membawa pencerahan untuk jiwa-jiwa yang dahagakan kebenaran.



Sesungguhnya tiada paksaan dalam bekepercayaan dan pertimbangkanlah segala kata-kataku dengan hati yang ikhlas dan jujur serta mintalah petunjuk dari Allah untuk diberi penjelasan kepada semua kekusutan yang dialami oleh jiwa. Siapa kami itu semua tidak penting buat kalian... apa yang penting ialah jiwa harus mencapai tahap kesedaran dan membebaskan diri dari belenggu-belenggu yang mengikatnya. Mungkin ada yang tidak senang dengan aku dan semua pernyataan dariku namun aku hanyalah mengatakan yang benar walaupun semua ini terlalu pahit untuk ditelan. Ketahuilah selagimana jiwa menafikan hakikat-hakikat kehidupan maka selama itulah tahap jiwanya tidak akan meningkat dan tidak perlulah jiwa meminta sesuatu yang tidak wujud kerana sekeras manapun jiwa berdoa kepada Tuhannya ia tetap tidak akan mengubah hakikat kehidupan melainkan dirinya harus rebah dan mengaku kalah dengan Tuhannya.

Friday 4 October 2013

Hidup ini suatu senda gurau yang serius...

wallpaperbackgrounds.com


Aku berjalan lagi di atas pentas permainan ini meniti waktu hari demi hari. Kadangkala terasa sebal melihat manusia dan tingkahlaku mereka. Entah kenapa aku langsung tiada cinta pada gaya kehidupan pada zaman ini dan membuatkan aku menggaru-garu kepala dengan kesukaan-kesukaan mereka pada yang palsu. Aku merasa sungguh janggal semuanya bagai tak kena dengan jiwaku. Aduh... Tuhan... aku tahu semua ini hanya sebentar namun sehari kulalui pun terasa bagaikan setahun lamanya. Aku benar-benar rindukan alam kahyangan di mana semuanya sungguh nyaman... penuh cinta dan pengertian. 

Di sini aku menjadi manusia biasa yang harus mengerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi. Di sini aku tidak punya apa-apa kuasa seperti di sana dan seperti waktu-waktu dulu. Oh lemahnya aku wahai Tuhan sehingga begini sekali aku tercampak ke muka bumi. Aku mencari yang sejati namun sukarnya untuk aku menemuinya. Aku mencari erti namun ia terselit di celah-celah kehidupan dan selalunya dilepas pandang oleh manusia biasa. Sunyi terasa dunia ini walaupun pada zahirnya hiruk pikuk kehidupan tidak pernah henti membalut kehidupan manusia lain. Aku tak tahu mahu ke mana langkah kaki ini harus berjalan. Semuanya terasa asing. Aku hanya hidup kini untuk mereka yang tersayang dan demi perjuangan mendapatkan hak aku. Selebihnya dunia ini terasa hambar sekali kerana aku tidak cinta padanya. 

Aku melihat lakonan manusia. Sungguh asyik mereka dalam dunia masing-masing. Aku kini belajar menerima hakikat bahawa aku tidak seperti mereka. Aku pun tak salahkan mereka. Barangkali mereka bahagia dengan apa yang mereka lakukan. Manusia... ketahuilah... sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada kalian dengan menghilangkan semua memori kalian yang lalu. Lalu kalian memulakan kehidupan yang baru dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan juga kalian gembira dengan apa adanya. Tidaklah aku membongkarkan rahsia ini untuk mendera jiwa kalian namun aku hanya mengatakan yang benar. Ternyata bukan mudah untuk hidup dengan mengetahui rahsia-rahsia alam yang sungguh menyakitkan. Maka tidak hairanlah ada di antara manusia yang terpilih membawa mimpi-mimpi indah kepada manusia-manusia yang lain kerana dengan bermimpilah baru kita merasakan bahagia dan gembira. 

www.layoutsparks.com

Manusia sukakan yang mudah-mudah sahaja dan yang indah-indah dalam hidup mereka. Jiwa-jiwa yang sejati hidup dan lahir semula berkali-kali dengan membawa sumpah dan janji... taat setia pada cinta... perjuangan dan pencarian erti dalam kehidupan. Mereka termenung mengenangkan hidupnya. Sungguh dalam perasaannya apabila jiwa-jiwa yang sejati ini melihat langit... melihat laut... merasakan angin... berjalan di dalam hujan. Terasa mendengar sayup-sayup suara orang yang memanggil tatkala angin menyapa mukanya. Terasa hiba mendengar tangisan seseorang yang berbisik di dalam hatinya. Saujana mata memandang alam yang luas seakan-akan membawanya ke zaman lampau dan perasaan yang lalu datang menerpa dan diri tenggelam lagi.

Apakah yang aku cari...? Hilang tidak dimengerti. Apakah yang hilang... hanya hati yang tahu. Oh Tuhan... berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjalananku ini. Aku sudah hampir tiada daya untuk meneruskan semua ini. Berikanlah aku erti supaya hidup ini tidak kurasakan kosong. Berikan aku cinta supaya aku mampu berdiri lagi. Berikan aku cinta supaya hidup ini bukanlah mati. Jiwaku terdampar rata sama dengan bumi. Aku tahu teman seperjuanganku faham perasaanku ini. Keabadian memamah jiwa kami sehinggakan untuk hidup barang sehari lagi pun bagaikan tiada daya. Kami sudah benar-benar lemah dan penat sekali dengan permainan ini. Semua bagaikan tiada erti bagi kami. Aku sudah bosan bermain. Namun aku tetap harus bermain dengan permainan kehidupan ini kerana ia adalah sesuatu yang serius bagi manusia di sekeliling aku. Aku kini hidup hanya demi untuk mereka yang tersayang. Supaya mereka dapat merasakan gembira dan bahagia di tengah-tengah kehidupan. Aku tak mahu mereka tahu apa yang aku tahu.

Dan manusia yang sudi menemani aku di sini... aku juga bukan mahu membuatkan kalian lemah dan sedih. Aku mahu kamu hidup dengan gembira. Tak mengapalah jika hidup kamu dipertaruhkan untuk sesuap nasi. Mungkin itu lebih baik untuk kamu kerana aku rasa kamu tak perlu tahu banyak dalam hidup kamu. Aku harap kamu semua bahagia dengan apa adanya. Dan berusahapun dengan perasaan gembira. Terus-terusanlah kamu bermimpi jika itu lebih baik untuk kamu. Roda ini tetap akan terus berputar-putar tanpa henti. Bergilir waktu membawa kamu masuk ke dalam kehidupan yang berbeza-beza setiap kalinya. Bertanyalah pada diri... jika semua datang dan pergi... apakah yang akan aku bawa dalam hidup ini..? Apakah yang akan tersisa dalam diri dan terus kekal dengan aku? Itulah dia Cinta yang Sejati.



Thursday 26 September 2013

The Righteous Souls are Immortal and Divine: Their Story echoes Throughout the Time: Are they really exist?

egyptianisis.org

 www.osiris.net

heragoddess.net

zeusgreekgod.org

horuseye.deviantart.com

hathorian.net

Who are they?
How were they moved from one Civilization to another Civilization?
Why were they being adored and why they were called God and Goddesses?
If these concepts were fake why each Civilization has their own stories about God and Goddesses?
What makes their stories echoes throughout the time and being heard everywhere?
Are they human?

Sesungguhnya yang Sejati itu hanya satu. Selebihnya adalah bayang-bayang. Persoalannya: adakah kita ini sejati ataupun hanya bayang-bayang? Ramai mencemburui yang Sejati itu dan mengejarnya namun sampai bila-bilapun bayang-bayang hanyalah bayang-bayang. Hakikat ini tidak boleh diubah sekuatmana pun bayang-bayang mencuba untuk menjadi yang Sejati itu.

Ada rahsia dalam sejarah. Rahsia di mana hanya empunya diri yang tahu cerita. Mereka akan tahu dengan sendirinya tanpa dipelajari. Watak-watak di dalam ceritera lama punyai sifat dan wajah yang mana mereka yang mengenali mereka akan mudah mengecam kehadiran masing-masing. Tanpa salam perkenalan yang mendalam mereka ini saling mengenali dan saling mengerti. Perasaan yang mendalam tentang peristiwa-peristiwa lampau menghantui diri mereka dan inilah juga yang menguatkan perkenalan mereka setiap kali bertemu. Pertembungan jiwa-jiwa yang hebat ini mencetuskan daya tenaga yang kuat dan besar di alam maya bagi menstabilkan alam. Di mata manusia mereka memainkan watak dan cerita untuk dipertontonkan yang penuh dengan perasaan seolah-olah itu semua adalah benar padahal ia hanyalah lakonan untuk kepimpinan yang hebat dan tercatat sebagai sejarah.

Melalui masa... mereka mendapat pengetahuan-pengetahuan rahsia dan pintu-pintu diri mereka terbuka dengan begitu pantas berbanding manusia-manusia lain. Semua ini demi sebuah kepimpinan terhadap jiwa-jiwa yang hauskan pengertian. Mereka mengenali yang asli dan yang sejati biarpun sekalian manusia tidak menyukai hakikat ini. Tiada apa yang perlu dicemburui wahai manusia. Ternyata bukan mudah mereka membawa watak-watak dan ingatan-ingatan lampau serta pengetahuan rahsia yang berlapis-lapis dan bertimbun-timbun. Mereka mengharungi hari-hari dengan menghitung setiap saat melalui penderitaan jiwa apabila mengetahui hakikat demi hakikat. Kepekaan mereka yang telus dan halus terhadap sesuatu adalah hasil daripada lapisan latihan-latihan mengenal diri melalui hari-hari.

Mereka melihat manusia silih berganti melalui zaman dan membaca kelakuan mereka dari zaman ke zaman. Sehingga mereka tertunduk lesu dan lemah kerana menghitung setiap saat yang harus dilaluinya lagi sebelum mati. Ya...benar kata Annur yang kini hanyalah Puteri Jalanan. Rahsia kehidupan ialah bergembira. ...Sigh..
Setiap kelahiran ada tujuan bukanlah ianya sia-sia. Tiada apa yang sia-sia dalam hidup ini. Segalanya punya pengertian. Sekalipun seorang manusia itu sepanjang hidupnya tidak bertembung dengan mana-mana kitab suci ataupun para Nabi.... pasti Allah akan menunjukkan jalan dan mencukupi segala apa yang dia ingin ketahui. Melalui zaman yang banyak dan pelbagai.... mereka mempelajari erti kehidupan dan mereka juga belajar tentang hidup setiapkalinya namun dengan cepat sekali mereka akan mengerti.

Apakah ertinya akhir bagi setiap jiwa-jiwa yang diciptakan? Apakah ertinya abadi bagi jiwa-jiwa yang mendambakannya? Apakah ertinya setia bagi mereka yang saling mengenal? Apakah ertinya cinta bagi mereka yang terlalu penat dengan permainan yang berkisar di dalam roda yang sentiasa berputar? Apakah ertinya yakin setelah semuanya dapat dilihat jelas dengan mata hati? Apakah ertinya Sang Hinggap yang datang untuk menjenguk setiapkali rindu datang menerpa? Adakah sama dengan yang Sejati? Penglihatan melalui mata yang dipinjam untuk hinggap dan menjenguk yang tersayang. Bait-bait cinta telah terlafaz dari Azali dan ia berulangkembali setiapkali bertemu. Sungguh perit rasanya hari-hari tanpa cinta. Dan sesungguhnya hanya Cinta yang memberi kekuatan asli untuk terus hidup dalam abadi. Jika tidak... hidup umpama tidak berarti. Berkelana mencari erti dan bertemunya mencetuskan rasa-rasa yang abadi.




Monday 23 September 2013

Hukum Karma dalam Roda Sengsara

thegreatillusion.com

Karma ialah hukum berkenaan konsep perilaku ataupun kelakuan yang dilandaskan atas hubungkait sebab-akibat. Dalam Islam konsep ini tidak bercanggah di mana banyak ayat-ayat Dalil yang menyatakan bahawa segala amal perbuatan akan dibalas di mana jika seseorang berbuat kebaikan maka dia akan dibalas kebaikan sesuai dengan amalannya itu dan begitu juga sebaliknya. Pepatah Melayu juga ada menyatakan bahawa 'Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali tapi buatlah banyak kali. Hehe..gurau je... buat jahat janganlah dilakukan walau sekali. Tapi mana mungkin... Pepatah Inggeris pula menyanggah dengan mengatakan 'To err is human' bermaksud jika seseorang itu manusia maka PASTI dia akan berbuat kesalahan. Bermaksud tiada manusia yang sunyi daripada kesilapan.

Manusia yang hidup pasti ada geraklakunya dan setiap satu yang dilakukan maka pasti ada buruk dan baiknya. Jika kita terlalu takut melakukan sesuatu kerana bimbang akan karma buruk akan datang semula 'berkat' kelakuan buruknya maka tidak usahlah hidup apatah lagi dinamakan sebagai manusia. Kerana setiap hari kita akan bermain dengan risiko. Dan samalah maksudnya jika dikatakan bahawa manusia setiap harinya akan melakukan geraklaku yang menghasilkan karma. Di dalam kajian saintifik berkaitan keseimbangan tenaga positif dan negatif apabila dikaitkan dengan 'action or deed' ataupun perbuatan yang dizahirkan mahupun hanya lahir dari hati hukum karma ini sangat logik dan ia melibatkan perkiraan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Sebanyak mana yang dikeluarkan maka sebanyak itulah ia akan dipulangkan kembali kepada pelakunya. Semua ini bermula sejak penciptaan bermula dan sekiranya permainan ini tidak berakhir maka rantaian karma dalam kehidupan akan terus berjalan. Hukum ini tidak hanya diaplikasikan kepada manusia namun ia juga merangkumi setiap hidupan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.

weheartit.com

Maka jika apa yang anda terima hari ini jangan anda sangka ia hanya sekadar digelar 'Nasib' tanpa pengertian malah ia adalah lebih daripada itu. Jika kita insafi diri dengan merenungkan setiap satu kejadian maka jika kita benar-benar mahukan jawapan pasti kita akan menemukannya. Jiwa-jiwa manusia adalah 'medan magnetik energi-energi' yang dilepaskan yang penuh kehendak di mana ia datang dan pergi mempunyai asal dan pergi juga punya tujuan namun ia tidak pernah bebas daripada alam-alam dan ruangan matrixnya di mana ia berlegar-legar. Para saintis hari demi hari semakin giat mengkaji tentang 'Jiwa' ataupun 'Soul' dan penghuraian mereka sungguh hebat di mana kita akan bincangkan hal ini di ruangan post yang berbeza namun cukup sekadar perkenalan hal ini dapat dihuraikan secara logik apatah lagi falsafah kegemaranku.

Bagi meneutralkan karma buruk kita yang lalu apa yang harus dilakukan ialah kita lakukan karma baik dengan lebih giat setiap minit dan jam tanpa henti. Dan ia dimulakan dengan BERFIKIRAN POSITIF. Kita harus ingat bahawa gelombang otak yang kita hasilkan sama ada delta... theta...alpha dan beta semuanya adalah medan magnetik yang menarik persekitaran kita membentuk kejadian seterusnya. Jika semakin besar gelombang otak yang dihasilkan maka akan semakin besar kebarangkalian apa yang anda bayangkan itu akan berlaku. Apatah lagi jika anda zahirkan apa yang anda fikirkan itu maka kesannya akan lebih besar dan perkiraan kadar ini akan tetap mencapai keseimbangannya menerusi waktu. Maka ingat... segala yang anda lepaskan sama ada di alam ghaib ataupun nyata ia akan kembali pada anda.




Sunday 22 September 2013

Aku sedar kami adalah BonekaMu.... janganlah kami Kau renggut kasar.... sakit.

latestwallpaprs.blogspot.com

Aku baru saja bangkit dari alam mimpi...
Sakitnya aku melihatMu memperlakukan kami sebagai Boneka-bonekaMu.
Suatu masa dahulu kami telah meminum Air Immortal yang mengakibatkan kami menjadi abadi di dalam roda ini.
Setiap zaman yang kami lalui, turunnya kami kerana terlalu khayal mengejar umpan yang Kau letakkan berjarak masa dengan kami...aduh sakitnya...
Kami kejar dan kejar namun tetap Kau menjarakkan kami dengan Masa.
Kau letak dan ikatkannya di atas Roller Coaster lalu Kau hidupkan permainanMu ini dengan isian jiwa-jiwa dan tekan butang bagi menjalankan mesin kehidupan ini.
Kami ketakutan dengan ketaksubanMu bermain dengan kami....
Zzzzuuuuuuuuu.....Roller Coaster berjalan dengan laju... dan kami tercampak keluar dari Roller Coaster ini bertaburan di lantai...
Aduh....sakitnya kami....

urbancinderella.deviantart.com

Air Immortal itu Kau juga yang memandu setiap dari kami sehingga kami terpedaya meminumnya.
Kami fikir sungguh bahagia jika Immortal dan hidup selamanya.
Namun ternyata, ia sungguh menyakitkan.
Kami terpaksa melangkah walaupun berat dan penuh luka.
Kadangkala Kau buat kami khayal dan lupa apabila kami memasuki dunia yang penuh cahaya palsu yang menyilaukan mata.
Kadangkala rasanya mahu tidur setiap masa agar waktu yang mengikat kami akan berlalu pantas, namun apa yang terjadi ialah, kami harus tetap terus melangkah sehingga kadar waktu membawa kami pulang berehat.

Kisah-kisah kami diabadikan oleh manusia-manusia yang dahagakan cerita sensasi kami.
Mereka diilhamkan dengan semua perkara-perkara tentang kisah kami lalu dinukilkan sebagai paparan buat hiburan manusia lain.
Oh...sakitnya jiwa kami...
Namun kami digambarkan sebagai mereka yang gagah dan hebat.
Luka-luka pun kami teruskan perjuangan ini..
Jasad kami Kau tukar-tukar bagaikan pakaian Barbie, jika koyak..ah...ganti saja pakaian kami.
Mudahkan? Kau beri semula ingatan-ingatan kami yang membuatkan kami terus dalam Roda Immortal.
Berputar-putar....dan kami berguling-guling tunggang terbalik di dalam roda ini....
Hahahahahahahaha.....

www.plotinus.com

Malam tadi aku melihat semua rahsia ini yang Kau gambarkan kami di alam mimpi...
Kasarnya kami diperlakukan...Kau bangga dengan kami namun kau campak-campakkan kami semahuMu...
Walaupun kami bonekaMu, ketahuilah wahai Tuan kami...
Memang benar Kau wujud... namun, kasihanilah kami...
Kau tahu kami berkata kepada sesama kami tentang Kamu,
Namun Kau biarkan kami dengan kata-kata kami dan marah jika kami bocorkan rahsiaMu,
Kami melihat manusia lain yang hidup tanpa pengertian,
Kau tahu kami adalah pekerja yang hebat dan mahir dengan selok-belok kehidupan ini,
Namun luka dan rasa menyebalkan kami sehingga kami membiarkan diri ini umpama Boneka tanpa rasa.

hoshahrarabbah.org

Kami melihatMu......
Dan KelakuanMu.....
Hanya kami, sesama kami yang saling mengerti,
Apa erti semua ini.
LOL.....








Monday 16 September 2013

Dua Ratus Ribu Tahun telah berlalu...

studiopetite.blogspot.com

Oh....aku sungguh rindu....
Apabila hujan turun...aku rindukan hutan dan kicauan di dalamnya...
Dua ratus ribu tahun telah berlalu....tapi aku fikir telah dua juta tahun aku mengejarnya...
Di dunia kahyangan....hidup penuh dengan cinta...
Hari-hari dipenuhi dengan bahagia....

Namun di dunia sebelah sini berbeza.
Dunia ini penuh ranjau dan onak durinya.
Manusia hampir-hampir sahaja lupa tentang keberadaannya di sini.
Mereka lupa siapa diri mereka, dari mana mereka datang dan ke mana mereka akan pergi.
Mereka ketawa hiba dengan penuh nanah dan darah di dunia sebelah sini.
Hanya kadangkala terbau wangi-wangian yang pernah aku hidu suatu masa lama dahulu.

Di dunia sebelah sana adalah dunia perlambangan.
Dunia penuh dengan isi fungsi.
Semua bereaksi sendiri dan asli perasaan di sana.
Hanya mereka yang punya hati suci dapat menjadi yang benar di dunia sebelah sini.


Setiap langkahku ambil hanya untukmu sayang,
Dengan setiap derapan langkah ku lindung cinta ini,
Biar berdarah aku tetap terus melangkah kerana aku telah turun di dunia sebelah sini,
Aku akan pastikan aku akan kembali ke dunia sebelah sana seperti biasa penuh bangga namun
hatiku hanya kau saja yang tahu.
Perjalanan ini sungguh jauh setiap kali sebelum kita menutup mata dan bermimpi lagi.

Selamat Ulangtahun sayang....
Dua ratus ribu tahun....
Jiwa ini berjalan tanpa henti.
Dua juta tahun jiwa ini menanti.
Berbilion dan trilion tahun....
Jiwa-jiwa ini berputar-putar di dalam Roda Kehidupan...
Roda Kesengsaraan...
Bilakah sudahnya...

Mahukah kalian aku tunjukkan jalan menuju kepada Kebebasan Jiwa?
...............
Jiwa-jiwa yang tenang.
Di sebuah kawasan lapang Nirvana
Kemuncak rasa yang damai.
Penuh Cinta dan Hanya Bahagia.








Tuesday 10 September 2013

...Inginku gapai bintang-bintang di langit lalu kuhadiahkan kepada mereka....

soundcloud.com

Hari ini hatiku merasa tenang. Entah kenapa...walaupun dunia di luar kacau bilau dan hiruk pikuk namun tidak aku endahkan. Aku selesa dengan perasaan ini. Sungguh realistik dan apabila melihat ke hadapan aku melihatnya dengan tenang dan sabar. Kerana aku tahu ini semua akan terlaksana melalui lorong-lorong waktu. Asal saja aku tidak berhenti maka pasti aku akan sampai. Aku sudah tidak mahu hiraukan kerisauan aku yang dahulu kerana kini aku melihatnya dengan pandangan hati yang mengasihani.

Terima kasih buat keluarga dan teman-teman...aku kini hanya mahu fokus untuk mencapai cita-citaku... dan aku sudah tidak mahu hiraukan yang lain. Aku bersyukur kerana banyak jalan yang telah aku tempuhi dan aku cukup tegas pada diriku sendiri yang aku tidak mahu menempuhnya berulang-ulang kali. Apa yang telah berlaku bagiku adalah suatu rahmat. Biarpun manusia hairan dengan aku tak mengapalah kerana aku punya sebab yang tersendiri dan mungkin belum masanya untukku mendakap penuh ketenangan itu. Sesuatu yang sukar dimengerti adalah sesuatu yang sungguh rahsia dan biarlah aku menyimpannya kemas.



Dalam tempoh 3 tahun pada perkiraanku banyak yang akan aku selesaikan untuk menjayakan misiku pada tahap yang pertama. Aku akan meniti waktu dengan baik dan akan aku selesaikan segala urusanku di alam nyata dengan sehabis baik. Peristiwa dan emosi banyak mengajarku tentang mimpi dan realiti. Semakin berulang-ulang aku laluinya semakin aku dapat membezakannya dengan baik lalu akan aku seimbangkan sehingga keseimbangan itu dapat membawa aku untuk mencapai ketenangan sejati. Benarlah kata Purba... setelah pertembungan itu bintang akan bersinar dan setelah itu semua akan menjalankan kerja dengan baik.

gothicplay.com

Aku dan duniaku. 
Aku dan adikku.... adakah kami banyak persamaan? 
Entah... yang pasti kami selesa bersama-sama. 
Semakin realistik pandangan hidup kami maka akan semakin realistik juga gerak tari kami.... 
Menari dan terus menari lalu membuang semua luka-luka hati dan yang tinggal hanya parut-parut yang diingati. 
Aku sudah semakin tidak gentar mahu menghadap hari muka dan aku akan melaluinya dengan penuh gagah pada jiwa.

Friday 30 August 2013

Mengembara ke waktu Dahulu melalui memori Leluhur kita di dalam Darah yang mengalir.

black-b-o-x.deviantart.com

Mari kita mengembara jauh ke belakang waktu menggunakan titi-titi darah susur galur nenek moyang kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya...jika kita kenal diri kita siapa maka kita akan tahu apa watak yang harus kita bawa dalam kehidupan kita kali ini. Mahukah anda kubawa mengembara melalui waktu yang tersimpan rapi dan kemas tanpa ragu? Sejarah fizikal bisa-bisa saja dibuat-buat dan diteka-teka malah direka-reka. Bagaimana pula jika kita mengenali diri kita melalui Falsafah Sains DNA? Kita huraikan satu persatu. Kita kaji sama-sama. Kata kuncinya: Wajah dan Sifat tidak akan berubah. Semakin zaman dan waktu berubah semakin sama sifat dan wajah kita.

Asid Deoksiribonukleik (DNA) ialah komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Adikku Annur hampir-hampir mengambil bidang ini namun dia menukarkan bidangnya pula ke Holtikultur. Arghh....sekarang ini dah jadi kerja aku pula. Aku harus lakukan ini untuk membuka kunci-kunci rahsia manusia. Hahahahahaha......biarkan aku sendiri ketawa seorang diri di makmal sains dengan setiap hasil penemuan terbaruku tentang manusia....kita ini semuanya sama sahaja... mengapa mesti agama memisah-misahkan kita?

wallpapersus.com

DNA juga dipanggil Molekul Warisan kerana DNA boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk iaitu susur galur ibu dan bapa kita malah jauh ke belakang sehingga manusia pertama yang diciptakan. Hm.... dalam proses pembiakan DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat. Walaupun kadangkala dikenali sebagai 'molekul warisan'... perca DNA sebagaimana yang dikenali oleh orang ramai bukannya satu molekul malah ia adalah sepasang molekul yang berpaut seperti sulur paut untuk membentuk heliks berkembar.

Bagaimana jika susunan matematiknya tepat pada suatu masa Molekul-molekul DNA berjaya tersusun lengkap lalu tersemat kemas dan lahirlah seseorang yang hidup pada zaman sekarang yang bersifat dan berwajah persis seperti seseorang yang pernah wujud zaman dahulukala malah dia mengetahui pelbagai rahsia keturunannya tanpa dia pelajari dan berkelakuan lagaknya seperti tokoh-tokoh hebat dari zaman lampau?

livingdreardoll.deviantart.com

Bagaimana aku boleh mewarisi sifat keturunanku tanpa aku mempelajari daripada mereka? Kata mereka keturunanku biasa bermandi darah... Keturunan Kali barangkali... Hahahahaha....siapa kau? Siapa aku? Anda pernah dengar ada seorang lelaki perkasa yang berjaya keluar dari Penjara Singapura dengan membengkokkan jeriji besi penjara dan dia juga tidak dapat dikesan melalui radar ketika beliau berenang di lautan? Siapa dia dan apa kaitannya dengan aku? Hahahahahahaha......

Darah.....ada apa dengan darah? Minum darah...ada apa dengan ritual meminum darah? Hahahha... Hehehehe.... seram ke? Dalam Ilmu Mengenal Diri unsur api dalam diri kita ataupun Alam Jin dalam diri kita mengalir mengikut aliran darah kita. 'Qarin-qarin' kita atau saka bisa-bisa saja menguasai kita jika Alter Ego kita ini tidak kita berjaya tundukkan. Kawal ia dan pasti kelak dunia bakal menjadi milik kita jika kita pandai membuka rahsianya. Lihat isi penting di bawah tentang perkara yang berkaitan dengan darah.

Anda mesti selalu dengar nasihat... 'jangan MARAH'. Jika anda teruskan 'temperature' kemarahan anda itu dan anda naik darah sehingga ke kemuncaknya maka anda akan mengamuk. AMUK.. ada apa dengan Amuk yang seringkali dikaitkan dengan Melayu? Malah perkataan 'amok' dalam bahasa dunia berasal dari perkataan melayu iaitu a.m.u.k. Ada apa dengannya? Berapa ramai penjajah-penjajah tamak dan keparat mati di tangan Melayu yang mengamuk? Anda mahu melihat melayu menjilat darah di keris lagikah? Zaman sudah berubah. Simpan kemarahan anda sehingga satu tahap apabila ia keluar ia bukan menjadi amuk tapi ia telah bertukar menjadi MURKA. Berapa ramai bangsa asing pula yang tertawan dengan kuasa diplomasi Melayu yang penuh budi bahasa? Mistiknya Melayu bukan semestinya syirik jika anda tahu membuka kuncinya...

hookedonhouses.net

Kebangkitan....kebangkitan.... muak aku mendengar semua ini dari mulut mereka yang memegang kunci dan peti harta karun kononnya.... kalian fikir ia boleh dibuka dengan begitu sahaja ke? Itu kunci antik dan penuh rahsia. Peti itu menyimpan harta yang berharga. Tak akan begitu mudah untuk membukanya. Ada caranya untuk membuka semua peti-peti itu melalui menguasai cara penggunaan kunci-kunci rahsia. Syhhh...rahsia manakan mungkin dapat kita ketahui... Hanya mereka yang berhak akan membuka peti-peti ini lalu dapat 'unlock the mysteries of Malays'...persoalannya...
SIAPAKAH MEREKA?

Kita gabungkan ilmu mengenal diri...dengan ilmu falsafah...kemudian logik dan sains....anggap jela ini bahagian aku kerana Srikandi dah semakin cekap dalam ilmu persilatannya di dunia sejarah maka itu bahagian dia. Kita lihat 50-100 tahun akan datang...apa jadi dengan bangsa Melayu... hm.... mengapa ya Nabi Muhammad lahir sebagai bangsa Arab... namun kini bangsa Arab sudah rancak berperang kerana hal yang remeh-temeh... apakah yang sebenarnya sudah tidak lagi relevan pada Bangsa Arab zaman ini dan dalam masa yang sama semua mata kini tertumpu pula ke Bangsa Melayu... anda mahu berdebat tentang hal ini denganku ? Ahh... lupakan saja... kerana sebelum berdebat aku mahu jawapan mengapa Bangsa Arab tidak dapat menyatukan umat Manusia (bukan Ajaran Islam). Jawab dulu baru boleh ketuk pintu rumah aku dan kita berbincang. Hahaha...






**sumber tentang DNA: Wikipedia

Tuesday 27 August 2013

...jika hanya Putih pilihanmu maka tinggalkan aku...

kiwswki.org

Aku berjalan lagi meniti waktu. Pedihnya hati apabila aku harus menelan realiti menanggung semua kesan kerosakan perbuatan tanganku. Aduh....bagaikan dihiris-hiris hati ini untuk memikirkan bagaimana hari esok. Aku sayangkan mereka yang kudus dan naif di sisiku. Aku amat-amat menyayangi dan mengasihi mereka...

Oh Tuhanku... Aku pasrah sekali...
Memikirkan tempoh pertapaanku semakin dekat. Benarkah itu telahanku? Kata mereka itu adalah rahmat. Aduh...pedihnya hati aku di saat dan ketika ini. Aku mendengar kata-kata bahawa di saat kita kecewa sebenarnya Tuhan sedang menyediakan tangga-tangga untuk kita ke level yang seterusnya. Namun mengapakah hati ini terasa berat sekali?

matruddmann.org

***sigh***
Manusia datang lagi kepadaku melemparkan kata-kata busuknya kepadaku. Adakah jalan seterusnya yang harus aku tempuh ini adalah jalan supaya aku lebih kuat dalam aku memikul tugas ini....
Oh....Dear God....


Seseorang katakan padaku bahawa dia teringin untuk keluar dari matrix ini walau sebentar dan aku pula mendapat peluang ini. Pada hakikatnya di sana aku akan dihijabkan dari fitnah manusia dan aku akan bergaul dengan manusia-manusia yang berhati suci dan kudus. Aku pasrah wahai Tuhan..

Aku mohon agar semua dipermudahkan dan aku mohon kekuatan untuk lalui semua ini. Aku titipkan Allah buat kalian semua. Jagalah diri baik-baik. Pelajari kejadianku dan ambillah pengajaran mana yang perlu. Kerana aku hadir untuk memberi kalian pengajaran dan contoh agar kalian bersikap lebih realistik. Di sana sebenarnya aku tahu... aku akan lebih tenang. Seperti cerita KungFu Panda... Mr.Oogway sedang mengajar aku...untuk mencapai ketenangan hati agar setelah itu segalanya akan kelihatan lebih jelas.

Nanti akan aku kongsikan pengalamanku di sana dan Annur akan menjadi tukang taip buatku. huhu. Minta tolong ya wahai adindaku....

Baiklah...permisi dahulu kerana anak-anakku semuanya berebut-rebut mahu perhatianku...




Friday 23 August 2013

Deep DNA memory theories: Can we remember our ancestors’ lives?

five30livesservice.wordpress.com

Research into the nature of DNA has revealed that this material within each cell of our bodies has important implications for who each one of us is, on many levels.
In addition to determining our physical characteristics, our vulnerabilities to certain diseases, and maybe even our personality, is it possible that the DNA helix holds some of the important memories of our ancestors?

Theories that suggest that we can tap into the deep nature of DNA to uncover ancient memories are not new. In the 1960s, some psychological researchers claimed that there may be keys that unlock our DNA, revealing experiences of generations of our relatives who lived long before our present time.

In the 1988 movie ALTERED STATES starring William Hurt, the main character, a research scientist (Hurt) dives deep into his consciousness and genetic roots. In the film, he not only relives ancient experiences of his ancestors, he actually changes on the biological level.
This film was reportedly based on the real-life research of prominent psychologists and medical researchers of the 1960s and ‘70s who used isolation tanks and pharmacological triggers to access deep DNA memories and experiences, which they claimed were real.

These ideas are similar in a way to the concepts of past lives and reincarnation. However, this DNA-related line of thinking focuses on the previous lives within us that are based on genetic memories, encoded on the DNA helix within us.

BLUEPRINT, MEMORY BANK, INNER SPACE
The DNA within all living things is the blueprint for what each organism becomes, subject to the environmental influences that can also have significant effects.
For humans, recent discoveries about DNA are rapidly changing our views about the importance of this material. DNA may affect us much more significantly than we imagined. And, it may hold keys to further discoveries.

It has long been known that our physical appearance is determined by the combination of DNA from our mother and father. Now, researchers are confirming that certain diseases and disorders have direct links to our DNA. Our health may be programmed to some degree by our genetic history.
Our IQ and aptitudes, musical skills, athletic ability, even our psychological and emotional traits may be significantly affected by the DNA within us.

It has been demonstrated that experiences necessary for survival of a species are learned and that this knowledge is passed on to subsequent generations. In some cases this is mostly likely at least partially through DNA and the unconscious “instinct” that results. Even tiny and simple organisms learn crucial survival skills and pass these on.

For humans, with our relatively complex brain, feelings and memories, what other kinds of experiences might be saved in our DNA over the many thousands of years when our ancestors were born, lived and died? And, can they be accessed by us here and now?
OUR ANCESTORS WITHIN US

Because learning about situations that are necessary for survival of a species are probably saved as a kind of unconscious genetic memory, those fundamental human experiences could be deep down in our DNA somewhere.
Let’s say you have always had a significant fear of bears since you were a child. Even Smokey the Bear and other friendly Hollywood bears could not convince you to regard bears with anything but anxiety and fearful feelings.

Maybe it is possible that deep, deep within your DNA memory banks, your great-great-great-great-grandmother or great-great-great-great-grandfather had a very bad experience with a bear two hundred years ago. Maybe they saw someone be killed by a bear. Maybe they had to climb a tree to save themselves from being eaten by a bear.

Would a life-changing experience like this, resulting in knowledge very useful for survival, possibly be encoded in the DNA and passed on to future generations and you?
If there were a way to go deep down into your mind and consciousness, and into your genetic history, maybe through some kind of altered state like a dream or through some kind of trigger, could you recall and experience that event?

Could you relive and re-experience in some way great-great-great-great grandma’s or grandpa’s harrowing and hair-raising close encounter with a hungry bear two hundred years ago?
What about some similar “peak experience” or life-changing event of an ancient relative five hundred years ago? What about five thousand years ago? After all, we know that at least some part of that history is inside all of us, right in the DNA in every cell of our body, right now.

WHAT WE KNOW AND DON’T KNOW
Scientific researchers are gradually uncovering the secrets of our DNA. They have identified the functions of and relationships between some of this material. Many genes remain a mystery and their purpose is unknown.
Sometimes, these mystery genes are called “junk DNA.” According to some researchers, this may be an inaccurate label. Because the purpose and nature of this DNA material is not understood, it certainly does not mean it is useless junk.

As is often the case in scientific discovery, the more we know, the more we realize how little we know. Each question answered can raise many new questions.
For some, our human overconfidence and even arrogance can sometimes trick us into believing that we know all of the answers.

However, in the field of genetics research, there seems to be so much that is not known, that for an open-minded person, these kinds of theories about deep DNA memories cannot be ruled-out.
To conduct our own personal research and to find out for ourselves, maybe all we need to do is listen to our inner DNA.
Listen to the voices, feelings, sights and experiences of our ancestors. Their lives, joys and fears are within us. In that way, they are with us always.


EARTHPAGES.ORG

Warkah-warkah usang buat Kalian semasa ketiadaanku....

www.tumbler.com

www.sykos.net

www.lykas.com

loveletters.my





Thursday 22 August 2013

Aku mahu mulakan Hidup yang Baru....

newmoonastrologyradings.com

Hah....terasa puas bila menarik nafas lega...sungguhpun aku sedar pertembungan aku dengan sesiapa yang tidak sehala akan membuakkan energi panas dan serasa mahu kuhamburkan semua semahunya aku... namun di dalam latihan kesabaran ini yang sedang aku jalani aku kuatkan juga semangat. Hampir-hampir sahaja buat sekian kalinya aku hilang pertimbangan. Namun demi menjaga kepercayaan dan keyakinan mereka padaku yang pernah aku calarkan dulu... aku harus mengawal diriku dengan baik.

Aku mahu bina hidup baru. Aku mahu segala yang berlaku adalah sebagai batu loncatan untuk aku melompat jauh lebih tinggi. Siapa mereka mahu menakut-nakutkan aku? Kau ingat kau berjaya? Benar...aku tak tipu...kau bukan lawan aku. Ada aku kisah apa mahumu? Ada aku peduli apa tujuanmu? Ada aku hiraukan keberadaanmu? Minggir...ketepi kamu...tak perlu kau dan kebusukanmu itu menghalang laluanku. Aku ada banyak kerja lagi yang perlu diselesaikan. Apa kau tahu. Enak bukan cara hidupmu...makan dan minum sehari-hari. Kau bukan siapa-siapa bagiku....hahaha...aku tak perlu minta maaf untuk meneruskan perjalanan impianku. Siapa kau mahu halang aku?

Hmmm.....aku sudah membuat banyak perancangan yang realistik...seronoknya aku... sebab Boss ada. Makanya aku tak perlu kerja 24/7 tanpa cuti-cuti. Aku punya masa rehatku. Misi aku targetnya besar maka sudah tentu keletihan aku tak sama seperti kamu. Malah aku juga tak tahu kehidupan kamu bagaimana. Maka kita semua hidup dengan perjalanan yang melalui jutaan laluan yang berbeza. Cuma saja barangkali ada persamaan rentaknya.

mi9.com

Aku mahu bawa kalian belayar bersama-sama aku. Mahu tak? Dah masanya kita mulakan gerak kerja kita dan mengorak langkah yang penuh tenaga dan kita semua sama-sama menuju ke arah kebebasan jiwa. En. Jerubung... jika kamu baca blog aku... maafkan aku kerana kamu tidak diundang di sini. Aku tak suka keberadaan kamu yang mencurigai aku kerana aku beritahu kamu semua aku punya hati yang boleh merasa niat kedatanganmu kepadaku. Aku hanya nyatakan yang benar. Aku tak tipu. Aku bukan mulia mahu menerima semua. Aku jahat. Itu aku mengaku. Ada aku peduli? Siapa kau mahu menilai aku? Siapa kau mahu tentukan masa depan aku? Siapa kau untuk aku dengar kata-katamu? Ada aku kisah apa pendirianmu? Ada aku kisah besar mana matrix tempat berhidupnya jiwa kamu yang kamu bangga-banggakan itu? Siapa yang tidak suka aku...kalian boleh pergi. Aku tak perlu sesakkan kepala otak aku...jiwa.. hati dan raga dengan kesengsaraan kerana pendirianku tak sama dengan orang lain. Manusia bongkak. Pergi kau.

Aku mahu terus bermimpi dan laksanakan mimpiku hari demi hari... Aku bahagia begini... Buat kalian yang menyayangi aku seadanya aku... ketahuilah... aku juga sayangkan kamu semua. Aku bahagia disayangi kalian. Terima kasih kerana sudi menyayangiku dan memahami perasaan diriku. Aku mahu bawa kalian yang aku sayangi ke dalam kehidupan yang penuh warna-warni. Aku mahu berikan syurga buat kalian dan ingin sekali aku membahagiakan semua yang aku sayang. Aku benar-benar mahu sambung belajar. Mudah-mudahan awal tahun depan ianya dapat direalisasikan. Aku mohon doa kalian. Pasti aku akan sentiasa kongsikan apa yang aku pelajari nanti bersama kalian. Esok aku ke mahkamah untuk Sebutan Kes. Hmm...dengarkan lagu ini untuk kalian semua...






HIDUP INI TIADA ERTI JIKA KITA HANYA BERDIAM STATIK DAN MENERIMA SEMUANYA APA YANG DISUAPKAN SEGALA-GALANYA SEMENJAK DARI KITA KECIL. 
AKU ADALAH MANUSIA YANG MAHUKAN PENGERTIAN DALAM HIDUP DAN HIDUPKU TAK AKAN BERERTI JIKA PERSOALAN DI BENAKKU AKU BIARKAN MATI.
MAKA TINGGALKAN AKU JIKA KAMU TIDAK SENANG DENGAN KEBERADAANKU.
JIKA KAMU MASIH TETAP MAHU BERTEKAK DENGAN AKU MAKA DENGARKAN INI....
KAU DAN SEMUA YANG BERSAMA KAU BOLEH PERGI MATI.

Monday 19 August 2013

Eeeeeeee....malunya kita....

 
mubi.com

**Di atas permintaan seseorang aku tulis juga post ni. Malunya muka ni tak tahu nak letak mana. Wehehe**

Aku akui aku yang dulu tidak sombong. Namun kerana peristiwa dan cerita di dalamnya aku dengan sengaja menyombongkan diri kerana aku dah penat dipijak-pijak dan dihinjak-hinjak manusia. Aku penat menelan cemuhan manusia lalu aku mengambil keputusan untuk menyalahkan semua. Aku maki hamun semuanya sehingga hati aku puas. Hahahahhahaha. Padan muka. kih kih kih...

Tapi Allah itu maha Penyayang. Di saat aku hampir-hampir jadi Super Saiya didatangkan seseorang untuk menegur aku dengan penuh hormat dan belas kasih sayang dariNya. Aku diajar kembali erti hamba dan erti menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya. Doktor Umi Adzlin pun banyak membantu aku. Sayangg...doktor.. dan juga kredit kepada Muhammad Hanis a.k.a kawan kepada Aiza Adli.

Aku kini perlahan-lahan mula mahu mendarat ke atas bumi yang nyata. Huh...penat sekali terbang di langit sana... hampir-hampir aku gayat dan sayapku yang luka ini ku gagahkan juga untuk terus terbang. Namun Allah yang aku kadang-kadang panggil Boss...hehe.. Dia sangat-sangat baik dan sangat menyayangiku. Mungkin orang akan berkata...ko ni pandai-pandai je mana ko tahu Allah sayangkan ko? Aku tak mampu menjawab soalannya melainkan aku hanya akan tersenyum-senyum seperti siput. Hehe.


indiatimes.com

Namun haruskah aku mendiamkan diri tanpa bicara setelah itu? Aku memang seorang yang banyak mulut...rasanya tak mungkin aku akan diam. Adikku benar...jika kita berkata sesuatu kita sebenarnya melemparkan kata-kata itu kepada diri kita sendiri. Dan kita sama sekali tidak boleh menghukum sesiapa sama ada kita kenal ataupun tidak kerana kita bukan tuhan. Kita tak pernah tahu kondisi mereka atau keadaan hidup yang mereka lalui dari mereka kecil sehingga ke hari ini. Maka mulai hari ini... aku dengan rasa rendah diri dan malu sekali mengajak kalian berbicara tentang cinta dan kasih sayang sesama manusia dan juga makhluk alam ciptaanNya. Annur....kakandamu ini dah tak mahu marah-marah lagi. Kita ubah tone kita ya...

Di saat aku mahu mendarat dan kembali ke alam nyata aku baru tersedar yang aku telah melakukan banyak kerosakan di dunia nyataku. Mujur tidak terlalu parah dan masih banyak yang aku mampu perbaiki. Dengan bantuan orang-orang penting dalam hidupku... kini aku mahu perbetulkan semuanya tanpa tertinggal... mudah-mudahan aku dapat mencapai cita-citaku. Dan akan aku usahakan semuanya sehabis baik. Ni lagi satu lagu kegemaranku untuk kita semua hayati maksudnya.



Aku tinggalkan satu soalan buat kita semua bongkar dan selongkar untuk nikmat bersama. Siapa di antara kita yang mampu menjawab Yin dan Yang tentang Tuan dan Hamba dalam kehidupan kita? Soalan ini penting bagi mengembalikan Ketuanan Bangsa kita sebagai manusia yang layak digelar Insanul Kamil. Siapa dapat jawab nanti kalau jumpa aku depan-depan nanti aku belanja makan ais krim Vanilla Coklat.

cap-strongblogspot.com