Wednesday 24 April 2013

Langkahku adalah masa... dan aku tak akan berhenti melainkan aku mati.

designyoutrust.com


Hai. Nama aku Si Gila. Siapa nama kamu? Aku tak peduli kamu mahu dekat pada aku atau tidak, kerana aku akan tetap teruskan hidup aku. Ha..ha..ha.. manusia..kamu betul-betul buat aku ketawa. Rasa macam nak terkeluar bijik mata aku ni. Ha... kamu yang gila, aku pulak yang kamu ketawakan. Kamu semua kenapa? Dah tak cukup ke nikmat yang Tuhan berikan pada kamu? 

Kamu dengar kata-kata aku ini baik-baik, jika kamu itu tuhan maka mungkin bisa saja kamu tarik nyawa aku, namun jika aku masih diberikan nyawa, aku tak akan mengalah dalam hidup ini. Tak akan sama sekali. Kamu fikir aku siapa? Aku mahu hidup aman-aman tapi kamu memekak kat luar sana buat hati aku panas. Kamu kenapa asyik nak cari gaduh? Kamu fikir dunia ini kamu yang punya?

Dengan tekad yang kuat aku langkahkan hari-hari aku. Apapun sangkaan kamu, fikiran kamu, kamu tetap tidak akan melebihi ketetapan Tuhan. Suatu hari nanti kamu pasti akan tersungkur depan Tuhan dengan sehina-hinanya. Hanya jika kamu sombong dan bongkak. Hanya jika kamu tamak dan kejam pada yang lain. 


www.mrwallpaper.com


Kamu semua menjangka-jangka dan meneka-neka. Di sebelah yang lain pula begitu konsisten dengan usaha hatta sekecil-kecilnya pun kamu cukup teliti. Bagus. Aku puji kamu. Teruskan. Sekalipun kamu musuh aku, aku tetap kagumi cara kesungguhan kamu. Tuhan aku sama dengan Tuhan kamu. Dia adil. Usaha kamu bahagian kamu dan juga pulangannya nanti, begitu juga dengan aku.


uknowwhatimsaying.com

Mari kita lalui lagi hari demi hari. Kita perjuangkan hari-hari kita. Dah la, aku mahu rehat tenangkan fikiranku. Jaga diri kamu baik-baik dan jangan terlalu taksub dengan apa pun nanti padah kesudahannya. Beringat-ingat sikit. Kamu tak rasa hidup di penjara macam mana. Kamu tak rasa bagaimana jika dipaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Jangan terlalu ikutkan hati mahu pergi berjuang. Aku beritahu kamu satu perkara, perjuangan hidup pada zaman ini bukan seperti perjuangan hidup di zaman lampau. Cukup-cukup berbeza. Gunakanlah akal dan kewarasan sebaik-baiknya.

Salam sayang dari saya.






................................
.....................................
........................................
............................................


Aku benar-benar rindukan kehidupan di atas gunung sana. Terlalu rindu. Terkadang hatiku benar-benar sejuk dan beku seperti ais di kawasan pergunungan. Kebelakangan ini, seminggu dua ini terasa seperti jiwaku berada di masa lampau, terasa sejuk seperti ais dan udaranya sungguh segar. Di manakah aku di ketika itu? Sungguh aku tak tahu. Yang aku tahu, aku merasakan sesuatu nafas yang amat segar dan aku sungguh menikmati perasaan kedinginan itu. Thanks my Dear Lord up there...for listening my songs that I sang for you in each of my laughter and tears...

www.himalayanhimavans.com



globeattractions.com




Tuesday 16 April 2013

Di Sebalik Selama-lamanya...

yongl.deviantart.com


Maafkan aku jika kamu merasa terganggu dengan aku. Tinggalkan aku jika aku membuat hari-harimu gelisah tak menentu. Aku memang begini orangnya. Aku seorang pemikir. Berikan aku seribu guru dan sejuta kitab, tetap aku akan terus berfikir, kerana fitrahku sentiasa berfikir tentang keagungan.

Aku berjalan dan terus berjalan...seringkali bertemu dengan persimpangan. Langkah tetap harus diteruskan kerana masa sungguh kejam tidak pernah mahu menungguku berfikir panjang untuk membuat keputusan. Seringkali memaksaku untuk terus berjalan. Jaga kau wahai masa, gila.. kata hatiku.

Manusia seringkali tidak menyedari hidup kita ini diimbangi dua kuasa bertentangan. Dan hebatnya Muhammad itu kerana kuasa kesimbangan inilah. Namun mereka tidak tahu, mungkin jauh lagi perjalanan untuk sampai ke situ. Perdempakan dua kuasa bertentangan seimbang menjadi satu. Itulah karisma.

Kronologi penciptaan memang berperingkat-peringkat, tapi adakah manusia mahu memikirkannya? Hidup disangkakan semua yang mudah-mudah sahaja. Dari tiada menjadi ada, apakah ceritanya? Ya...semua di sini, sekarang ini... Itu kamu. Hanya kadang-kala itu aku. Aku mahu menyusun semua ini untuk kamu semua, moga suatu hari nanti ada yang memahami dan terus menyampaikannya. Kamu semua tidak akan faham melainkan suatu masa nanti, di saat aku tiada lagi di dunia ini...

timetravelevidence.blogspot.com

Kamu sangkakan matrix tempat kamu berhidup itulah yang paling benar keberadaannya, kamu tidak berani luaskannya, apatah lagi keluar masuk semua matrix yang ada tanpa terikat. Mustahil kata mereka, tak mungkin semua ini. Hahahahahaha...

Bicara manusia seperti aku... bicara bahasa aneh....

www.tumblr.com




......................
..................................
Hahahahahahahaha......
.....................
................










...i need an oxigen...

Tuesday 9 April 2013

Sebenarnya aku sedang tidur...maka jangan sesiapa ganggu aku...

vimeo.com

Aku yang sebenarnya sedang tidur berabad-abad lamanya dan aku ini berada di alam mimpi... Ya aku adalah seorang yang biru. Dari kecil pun aku tak suka warna biru dan aku takut jika aku tenggelam dalam air. Berenang? Oh tak mahu... aku takut air masuk ke dalam telingaku. Haha. That's funny for the real me.

Tolong... aku merayu, jangan kejutkan aku dari tidurku... kerana aku memiliki api berwarna biru. Aku tak mahu membakar kamu. Aku takut jika aku akan melukakan kalian kerana aku tak boleh marah, jika aku marah tiada siapa yang dapat menghentikan kemarahanku. Aku takut dengan diriku sendiri.

Huh....*sigh*....
Bukan mudah.
Tiada apa yang mudah terutama jika aku tak tahu tentang perkara itu.

Manusia suka menjanjikan yang abadi. Tahukah mereka apa itu abadi? Itu adalah suatu penyeksaan buatku. Aku sakit merasakan yang abadi itu. Ada sesetengah perkara aku mahu selesaikan perhitungannya pada hayat ini juga. Tiada tangguh buat itu dan maafkan aku kerana cukup semua sehingga setakat ini. Aku tak mahu lagi menyakitkan diriku hanya kerana mahu mengubah kamu. Sudah aku bilang, ambillah Tuhan buat penggantiku. Terasa sakit seperti ruh yang mahu keluar dari tubuh. Maafkan aku... kerana sudah terlalu lama aku menipu diriku sendiri dan aku tak mampu lakukannya lagi...

Apakah cita-citaku kali ini? Entahlah... aku pun tak pasti. Aku harus langkahkan kaki melalui hari-hari walaupun tanpa halatuju. Aku sendiri tak tahu mahu ke mana. Aku tak tahu jalan mana harus aku lalui. Haruskah aku turuti gerak hatiku lagi. Oh...sungguh aku tak tahu. Aku mahu berehat sebentar di hadapan dua jalan ini. Bolehkah? Jika malam datang lagi, bosannya jika aku sendiri. Aku tak takut tapi aku sungguh bosan berada dalam gelap di tengah-tengah hutan sendiri. 

fairyqueen.blogspot.com

Sunyi...sepi dan sendiri lagi. Tak mengapalah, saat yang belum aku tempuh itu juga pasti akan pergi menemui masa yang lain. Aku menyanyi sendiri di dalam hati kecilku... Tak mengapa aku sanggup tunggu. Aku tenang dengan waktu temanku.


















Nape orang yang main gitar ngan piano ni tak main ngan baik. Ada part yang nak termuntah sikit, sorry... tapi overall okayla... ada la jugak melodi yang tertinggal dalam ingatan tu...

Ahh... aku tak mahu apa-apa jika itu akan memberikan luka pada hatiku. Kerana aku tak mahu semua itu berbekas dalam hatiku. ohhh... kena melangkah lagi ke wahai Tuhan?......

..............

.................

.........................*sigh*.............................

www.glogster.com

........................................

.............................................

Saturday 6 April 2013

Apa khabarmu wahai Bonda Pertiwi...?

abstract.desktopnexus.com

Bumi... sudah terlalu tua dan sakit. Sungguh kasihan aku melihat kau wahai Bonda Pertiwi. Benar-benar kau telah tua dimamah usia. Anak-anakmu mahu menjemputmu pulang wahai sang Bonda. Mereka mahu memicit bahumu yang sudah terbongkok-bongkok tuanya dan juga keletihanmu wahai Bonda membuatkan kami benar sedih dan marah kerana sungguh Bonda kami sedang dalam kesakitan di seluruh badannya.

www.firegod.com

Maafkan kami wahai Bonda, kerana kami bukan selalu dapat menjengukmu dan mengubatimu kerana selalunya kami hanya datang pabila kami punyai tugas berat. Bonda, aku rindu kakanda-kakandaku wahai Bonda. Di manakah mereka? Lama sudah tidak bersua. Ku kirimkan salam belum terbalas jua. Bonda, luahkan pada kami wahai Bonda, apa mahumu? Kami benar ingin melunaskan hasrat dan impianmu sebelum Bonda kesayangan kami dijemput Sang Pencinta. Kamu sering bersendirian ya wahai Bonda?

mb-manualdobruxo.blogspot.com


Adakah benar, luka-luka di badanmu ini adalah kesan tangan-tangan manusia? Jawablah wahai Bonda, kami tahu Bonda benar menyayangi manusia walaupun Bonda seringkali merasa terseksa. Apa mahumu wahai Bonda? Mahukah kami hancurkan mereka semua kerana sikap dan kebodohan mereka? Kami tidak tahu wahai Bonda apakah yang ada di dalam hatimu. Bagaimana harus kami nyatakan pada mereka supaya menghentikan semua kerosakan dan kesakitan pada dirimu? Kami tidak mengerti betapa dalamnya cintamu terhadap mereka kerana kami sedih Bonda kami diperlakukan begini.

Manusia, apa lagi mahumu?

Tidak cukupkah nikmat Tuhan yang diberikan padamu wahai sekalian manusia? Mengapa kamu tidak mahu menjaga Bonda kami dengan baik? Bukankah di atasnya kamu hidup dan bermain-main? Pernahkah sekalian kamu memikirkan perasaannya?

Ya Tuhan kami, lindungi Bonda kami. Jika benar dia tidak mampu bertahan lagi, ambillah dia pergi dan berehat di alam selepasnya. Kasihanilah Bonda kami wahai Tuhan yang Maha Mengasihani... Apakah yang harus kami perbuat agar Bonda kami dapat tidur dengan lena dan menghilangkan semua lelahnya?



Aku terjaga dari lenaku dan terdengar ada suara-suara yang mahu melukakanmu dengan lebih dahsyat wahai Bonda. Benarkah itu? Tahukah mereka bagaimana jika anak-anakmu sedar akan perkara ini dan akan menggelegak kemarahan mereka? Aku tidak fikir mereka akan mampu bertahan dengan kemarahan kami. Kerana kami tidak pernah sama sekali teragak-agak pabila melakukan sesuatu untuk membela Bonda kami. Kami tidak akan sama sekali akan mengasihani mereka yang tiada perasaan belas kasihan. 




www.earth.com



karachitsunmai.com


Bonda, kami kejam wahai Bonda. Mengapa mereka terlalu bising sehingga membuatkan kami terjaga dari lena? Jaga-jaga kamu wahai manusia, jika ada yang tidak kena dalam perhitungan kami, nahas kamu... Jangan sekali-kali buatkan kami marah kerana pabila kami sudah datang dengan kemarahan, tiada kamu terlepas barang seorang pun dari kalangan kamu. 



tsunamiflood.blogspot.com

Manakah kamu mahu menyorok untuk menyelamatkan diri? Lebih baik kamu minta pada Tuhan agar terselamat kerana melainkan yang dilindungi Tuhan, yang lain semuanya akan mati ditelan kami. Dan kami tidak akan teragak-agak melakukannya kerana kami memang diciptakan untuk memberi ketakutan pada kamu terutama mereka yang lupa dirinya. Setelah itu kami akan berlalu pergi tanpa meminta maaf kerana pasti itu semua bukan salah kami, tapi salah kamu sendiri.

Friday 5 April 2013

Jaga dirimu baik-baik ya wahai Manusia...

winsloweliot.com

Aku titipkan Tuhan buat kamu semua.. 

Ingatkan semua pesan-pesanku di sini. Jaga dirimu baik-baik ya. Aku ini sebenarnya sayang pada kamu semua. Namun aku harus pergi. Jangan kamu semua khuatir, alam yang berantakan ini akan pulih seperti sediakala. Cuma aku mahu jangan sampai lupa sebab keberadaanmu di sini.

Hahahahahahaha....
Jumpa lagi....


KePERCAYAan... akukah... atau kamukah yang benar?

mrkiki.tumblr.com

Zaman berzaman, saat demi saat jiwa-jiwa dihantar ke medan ujian untuk diuji. Yang Maha Pencipta amat-amat menyayangi setiap jiwa-jiwa yang diciptakan. DihantarNya jiwa-jiwa ke bumi dan Dia sentiasa dekat dengan setiap jiwa yang sedang melalui ujian itu. Setiap apa yang diperlukan pasti dicukupi dan setiap yang jiwa lalui adalah merupakan ujian yang berupa teka-teki sebagai petunjuk jalan dan jawapan segala persoalan yang timbul dalam pertanyaan jiwa-jiwa itu. Setiap jiwa yang dimasukkan ke dalam jasad, Sang Penciptalah yang menentukan siapakah ibu dan bapa kepada jiwa yang kini bergelar manusia itu. Maka, adakah salah manusia jika ibu bapanya tidak seperti mana yang mereka mahukan? Tidak, ibu bapa mereka tidak salah dan anaknya juga tidak salah. Kerana tiada kebetulan dalam hidup ini melainkan semua adalah ketentuanNya.

Jiwa melalui fasa-fasa kehidupan dari bayi, kanak-kanak, remaja. dewasa. tua dan kemudian mati. Sepanjang fasa inilah, petunjuk-petunjuk dari Pencipta akan datang mengetuk hati-hati setiap jiwa sama ada dia sedar atau pun tidak. Setiap jiwa lahir dengan pertanyaan yang sama terhadap dirinya, 'siapakah aku?', 'dari mana aku datang?', 'ke manakah akan aku pergi selepas aku mati', 'di manakah aku sekarang', .... persoalan demi persoalan timbul. Lazimnya, setiap agama-agama yang ada di dunia ini menjawab persoalan-persoalan ini dengan pelbagai jawapan. Soalannya, akukah atau merekakah yang benar?

Manusia akan percaya apa yang mereka mahu percaya. Kepercayaan adalah bersifat peribadi ataupun personal. Matrix itu ialah apa yang kita percaya dan ini jugalah yang umat Islam panggil dengan terma Arabnya iaitu Iman. Masing-masing akan benar-benar percaya yang merekalah yang paling benar. Kepercayaan seseorang bergantung kepada pemahaman hidupnya dan juga ilusi-ilusi dalam fikirannya. Sesungguhnya jiwa berada di dalam sebuah alam yang benar-benar ilusi dan semua ilusi ini tidak wujud, namun ia semua hanya dinampakkan seolah-olah wujud dan benar untuk jiwa-jiwa belajar tentang hidup dan dengan akal dan hati yang dikurniakan untuk jiwa, semua modal ini digunakan untuk mencari dirinya sendiri dan juga siapa Penciptanya setelah semua memori di Dataran Tak Bertuan dahulu dipadamkan dari ingatannya.

Wajarkah, Pencipta yang Maha Penyayang itu menghukum jiwa-jiwa dengan hukuman yang seberat-beratnya SELAMA-LAMANYA? Tidak sama sekali. Tidak pernah dan tidak akan. Sesungguhnya jiwa itu dilepaskan bebas di medan ujian untuk mencari dirinya sendiri dan dia bebas untuk mempercayai apa yang dia mahu percaya. Antara satu jiwa dengan satu jiwa yang lain tidak layak sama sekali memaksa yang lain percaya segala apa yang mereka percaya. Pencerahan setiap jiwa-jiwa dengan yang lain adalah berbeza-beza bergantung kepada kefahaman dan penerimaan mereka. Lihat sajalah, berapa ramai manusia yang tua pada jasadnya namun jiwanya seperti kanak-kanak. Manja dan tak tahan dengan ujian. Asyik merungut.

rebeccaharp.com

Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini yang tahu segala-galanya kerana mereka bukan Tuhan. Dan mereka tidak layak menghukum manusia yang lain selayaknya bagaikan dia itu Tuhan. Tidak. Di bumi ini kita semua bagaikan si buta yang tak dapat melihat semua kebenaran dengan erti kata yang sebenar-benarnya melainkan semuanya berlapis-lapis dan berperingkat-peringkat. HANYA, ada beberapa jumlah jiwa yang dihantar oleh Sang Pencipta membantu manusia yang lain untuk menunjukkan jalan untuk menemui dirinya dan juga Penciptanya. Namun, manusia-manusia pilihan ini tidak mampu sama sekali membuka kebenaran yang bersifat final termasuklah dirinya sendiri.

Tiada Tuhan melainkan Dia dan demi sesungguhnya Dia adalah Maha Suci daripada apa yang jiwa mampu bayangkan. Malangnya, Dia adalah Infiniti dan tidak akan suatu jiwa pun yang mampu benar-benar mengenali Tuhannya sepenuhnya kerana itu tidak mungkin akan terjadi. Kesakitan dalam pencarian jiwa terhadap dirinya sendiri dan juga Penciptanya itulah yang akan mencerahkan kegelapan dalam diri dan mengisi kekosongan dalam dirinya juga. Hanya jiwa-jiwa yang menemui Sejati Dirinya akan mengerti hakikat semua ini. Dan semuanya bukan mudah melainkan penderitaan yang tak terkata yang dialaminya dan sesungguhnya jiwa-jiwa akan diuji berkali-kali sehingga dia menemui apa yang dia cari.

Maka, apakah kita layak memandang manusia lain hina hanya kerana mereka tidak percaya apa yang kita percaya? Layakkah kita merasakan kita lagi benar dari mereka atau pun mungkin yang terjadi adalah sebaliknya? Benar, Tuhan telah menurunkan Al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu sebagai Petunjuk, namun persoalannya, adakah apa yang kita percaya dengan limitasi-limitasi yang kita ada itu adalah sebagaimana yang dimaksudkan oleh Yang Memberi Petunjuk itu? Sama sekali tidak! Dan demi sesungguhnya Tuhan yang Maha Pengasih itu tidak akan pernah menzalimi apatah lagi menyeksa jiwa-jiwa ciptaanNya dengan seksaan yang tak mampu ditanggungnya.



Persoalannya, mampukah jiwa-jiwa menanggung seksa neraka yang membakar selama-lamanya? Tepuk dada dan tanya apakah yang anda percaya. Jangan kamu menjadi begitu jahil dengan mengatakan Tuhan yang berkehendak begitu. Jika ya, maka aku katakan Tuhan aku tak sama dengan Tuhan kamu, kerana Tuhanku Maha Penyayang. Jauh lebih hebat dari apa yang kamu sangkakan.

Maha Suci Tuhan dari apa yang makhlukNya fikirkan!

Wednesday 3 April 2013

Bangkitlah wahai Laskar CintaKu.... Aku Seru...

Laskar Cinta....

Mari kita bangkit dan bersihkan hati kita. Seraplah semua udara-udara cinta dan lepaskan nafas-nafas kebencian dan hasad di dalam hati-hati kita.

shameet.wordpress.com
  
Tiada kata yang mampu aku beri melainkan rasa yang aku terbangkan dari hati. Bangkit dan hidupkan jiwa-jiwamu wahai tentera cintaku. Jika ego di dalam hatimu masih bersisa, kamu boleh pergi jauh dari Aku atau jika berani kamu hampir walau setapak dekat kepada aku, nahas kamu! Akan aku perangi kamu sehabis-habisnya dan tidak aku peduli siapa kamu. Akan aku jadi kejam lebih dari apa yang kamu pernah dengar atau bayangkan. Sesiapa yang hadir di sini yang datang untuk menguji atau mentertawakan aku, kamu boleh pergi, atau akan aku hentak jiwa kamu sampai kamu merangkak-rangkak dan berlalu pergi. Jangan kamu berani-berani angkat muka sombongmu depan Aku, atau kamu akan aku jadikan jiwa luka yang penuh darah dan akan aku tambat jiwa busuk kamu dijadikan pameran buat sesiapa yang lalu lalang di sini. Ingat amaran aku. Aku tak mahu kamu yang ego, busuk, bodoh dan sombong. Jauh kau dari Aku.

www.myspace.com

Dan marilah dekat padaku wahai jiwa-jiwa yang sakit, letih dan sedih. Sandarkan jiwamu padaku dan akan Aku serapkan tenaga tak terkalahkan padamu. Ya, Aku kagum pada jiwa-jiwa pejuang. Dekat padaKu wahai kekasihku. Mari kita berjabat erat dan satukan jiwa kita denganNya. Dah terlalu lama bumi dan isinya disakiti dan dilukai. Pekat sungguh darah yang tumpah sehingga terdengar ke serata alam gema tangisannya. Rasai kesakitan mereka dan dengari raungan hati mereka di dalam jiwamu. Nescaya kamu akan menangis tanpa henti.











Bangkitlah wahai Laskar CintaKu..
Aku mahu kamu... kamu... dan kamu...
Bangkitlah jiwa-jiwa cintaku...
Aku seru kamu..
Datang merangkak dan melutut di kakiKu.


Tuesday 2 April 2013

Lihatlah alam yang terbentang luas...

www.yogis.net


Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Bayangkan semua kekusutan itu keluar bersama-sama nafas yang menyesakkan itu...

Telah lama kita hidup dalam keserabutan jiwa. Seolah-olah mayat hidup yang pergi kerja dan balik kerja. Makan dan minum. Tanpa hadir kesedaran dalam jiwanya.

Sesungguhnya alam ini terlalu indah untuk dinikmati. Mengapa kita seringkali lupa mensyukuri nikmat Tuhan? Bukalah mata seluas-luasnya dan jadikan hati kita suatu tempat yang tenang untuk diduduki..

Buangkan semua hasad dengki dan kebencian di dalam hatimu kerana kebencian itu menyesakkan jiwa dan memakan rasa kasih sayang yang ada dalam hati.

www.mywalls.net


Tarik nafas dan lepaskan berkali-kali. Lupakan semua kebencian dan hiduplah dengan tenang dan aman. Sekiranya alam bergoncang sekalipun, jadilah kamu sebagai makhluk Tuhan yang memberi perlindungan pada yang lain dan hangatkan mereka dengan kasih dan sayangmu tak mengira siapa pun dia dan apapun kepercayaannya. Kerana kita berkongsi bumi dan udara yang sama.



Jadilah manusia yang baik hatinya. Jadilah benih yang baik dicampak ke bumi menjadi bukit dan dicampak ke laut menjadi pulau.

Salam sayang dari saya...