Thursday 23 May 2013

“Lamun siro wis mikani alamiro pribadi..."

www.globe-m.de

....mara siro mulango marang wong kag durung wikan”

Ertinya: Jikalau engkau telah mengetahui alam peribadimu, hendaklah engkau mengajarkannya kepada yang belum mengetahui.

Hentak Tari itu,
Berpusarlah segala alam,
Itulah hati bertempatnya segala realiti.
Detakan jantung berdegup gemanya mengilhamkan nuansa jiwa,
Tidak terlupakan malah berada di alam diri yang terdalam...

monadsamadhi.wordpress.com


Segala sesuatu yang wujud di alam makhluk adalah dari penyatuan Sang Ratu dan Sang Raja,
Jiwa dan raga kemudian menyatu.
Pencarian abadi dan bersamanya bersatu bersama tenaga seluruh alam maya,
Mencerna diri lalu tenggelam bersama ketenangan yang abadi.





“Pangeran iku dudu dewo utowo manungso, nanging sekabehing kang ono iku, uga dewa lan manungso asale soko Pangeran”
ertinya: Tuhan itu bukan dewa atau manusia, namun segala yang ada ini, termasuk dewa dan manusia itu berasal dari Tuhan.

Monday 13 May 2013

Melankolia...

www.malancholie.net

Aku pasti... suatu hari nanti aku akan keluar dari daerah ini dan mencapai semua impianku. Walaupun hari-hari kadangkala terasa berat namun aku pasti tidak selamanya aku di sini. Aku tak mahu berhenti kerana aku sukakan permainan ini. Sungguh mencabar dan jika aku benar-benar berusaha pasti hasilnya memuaskan hati aku nanti. Aku mahu keluar dari arus dan hanya mengambil yang perlu-perlu sahaja.

Aku pasti akan keluar dari sini suatu hari nanti.... itulah yang aku katakan pada diri sendiri jika aku tak sukakan suatu keadaan itu...setiapkalinya...kerana masa tidak akan berhenti dan jarak untuk satu cerita dengan cerita yang lain adalah masa. Dan masa akan membawa aku keluar dari sini.


Friday 10 May 2013

Sebenarnya aku yang degil...

www.adishakti.com


Setiap dari kita sejak dilahirkan di atas muka bumi ini ada sesuatu yang akan kerap berlegar-legar dalam fikiran. Mungkin ada yang panggil ia sebagai cita-cita atau misi dalam hidup. Ada juga yang tiada. Namun semua itu ada sebabnya. Setiap dari kita punya 'sifat' dan 'wajah'. Sikap boleh berubah namun sifat akan terus sama sahaja dan wajah juga tidak berubah.

Ya, aku memang degil kerana walaupun aku terluka aku suka mendekati manusia dan memberi mereka hadiah. Ya. Suatu pemberian untuk mereka. Suka. Kenapa? Kerana kasihan. Memang benar, aku kelihatan menjengkelkan di hadapan mereka. Kerana aku tak seperti mereka. Mereka sukakan yang biasa-biasa dan mereka tak mahu yang aneh-aneh dan luar biasa. Akukah yang harus mengikut mereka yang terus hidup dalam arus? Oh tidak... kerana jika aku tidak menjadi aku, maka tiada siapa lagi akan menjadi aku dan aku akan hilang dan tenggelam. Dan aku tak akan meminta maaf kepada yang lain hanya untuk menjadi diri sendiri.

Aku memang degil kerana jarang aku mendengar nasihat mereka. Ego mungkin barangkali pandangan mereka terhadap aku. Terserah mahu apapun tanggapan kamu terhadap aku kerana aku bukan kamu. Aku tak panggil atau jemput pun kamu ke mari untuk mengasihani aku di sini, kerana aku tahu Tuhanku yang Maha Penyayang itu tidak pernah membiarkan aku terus sedih dan bersendirian sepertimana manusia memperlakukan aku. Apakah yang aku boleh harapkan dari manusia? Melainkan sedikit jiwa-jiwa yang ikhlas menyayangi aku apa adanya. Itu pun cukup untuk aku.

nuunmoon.net

Tuhanku tidak memarahi aku hanya kerana aku mahu tahu erti hidup. Malah Dialah yang banyak mengajar aku semuanya dari aku tidak tahu apa-apa sehingga aku mampu untuk mengerti semua sedikit demi sedikit. Apa yang kamu lihat di hadapan mata ini, sungguhpun ia hanya maya, namun jauh ke dalam jika kamu benar-benar melihat maka kamu akan nampak belaian dan kasih sayang Allah kepada kamu. Aku di sini hanya mahu mengingatkan kamu dan menyedarkan kamu bahawa hidup ini bukan yang biasa-biasa sahaja. Bukanlah rutin harian itu yang harus kamu kejar dan juga bukan pencapaian material namun aku mahu kamu mencari erti hidup kamu yang sebenar-benarnya dan apa tujuan kamu berada di sini. Kamu cari itu semua yang benar-benar ada dalam diri kamu. Aku berkata benar. Ya, ini cuma salah satu cara.

Segala ciptaanNya bermula dengan pertembungan dua sifat Allah iaitu sifat-sifat Jalal dan sifat-sifat Jamal. Lalu terbentuklah suatu ciptaan agung yang seimbang kedua-duanya menjadi suatu yang sempurna. Keagungan sebagai rahmat itu diturunkan ke muka bumi sebagai suatu contoh umat 'manusia' yang belum sempurna sifatnya untuk mengikutinya. Ha...lemah rasanya untuk berkata tentang hal seperti ini. Cahaya keagungan ini yang sebenarnya ada dalam setiap yang terzahir malah kabus-kabus di dimensi yang tak kelihatan juga ada pada mereka.

Penerimaan setiap manusia terhadap kebenaran berbeza-beza, juga detik saat setiap satu itu tidak sama ketikanya bergantung kepada kematangan jiwa tersebut dan juga kapasiti 'chasis'nya pada waktu itu. Maka benarlah kata-kataNya bahawa tiada dibebankan seseorang melainkan di atas kesanggupannya dan juga keupayaannya. Satu perkara yang kita harus tahu dan kerapkali aku ulang-ulang ialah TIADA PAKSAAN dalam hal ini. Maka, siapakah kita untuk menghukum mereka? Petunjuk yang datang hanya mengetuk pintu hati mereka namun jika tuan punya diri tidak mengizinkan petunjuk itu masuk maka apakah hak kita untuk memaksa jiwa itu untuk menelan semua sebagaimana yang kita tahu setakat itu?

Ragam yang pelbagai di atas muka bumi ini adalah suatu persada yang berwarna-warni sebagai tanda itulah kehidupan yang warnanya hitam dan putih. Cukuplah suatu permulaan mudah buat kita untuk belajar semua ini dengan menerima apa adanya apa yang ada di sekeliling kita sebelum 'level' yang lebih tinggi akan terbuka untuk kita.

Haa.......salam Hari Jumaat buat semua!.....
..............................
......................................

www.picalls.com

Malam tadi aku mimpi 'Eclipse' di sekelilingku di atas langit... lebih dari enam rasanya....
...........
.........











Tuesday 7 May 2013

Manusia...aku sedang menahan kesabaran melihat kegilaan dan kebodohan kamu..

www.jokermad.com

Demi Tuhan dan arahanNya, aku harus bersabar melihat dan menelan waktu dan keadaan. Dada aku serasa mahu pecah dan meledak rasanya kemarahan aku ini. Ya...berikan mereka sedikit waktu sebelum 'masa' itu akan tiba.

Wajah-wajah hitam akan keluar tidak lama lagi. Nantikanlah dengan sabar dan mohonlah perlindungan dari Tuhan yang Maha Melindungi. Apa aku boleh buat, masa ini semua akan tiba. Akan tiba. Walaupun berat hati untuk menghadap semua ini, namun inilah yang tertulis. Ya... jiwa-jiwa yang hitam itu... mereka akan keluar. Terlungkup terbalik semua sangkaan manusia.

www.hitleria.net


Aku sedang bersabar... moga selamat hendaknya. Sebaiknya kamu jangan masuk campur urusan mereka dan teruskan kehidupan kamu dengan aman dan tenang. Lindungi diri kamu dan keluarga kamu jika kamu semua mahu selamat. Kerana di kepala mereka ada sakit 'gila' yang sedang menguasai diri mereka. Hanya dengan sedikit penipuan dari mereka juga yang turut tertipu, amat mudah jiwa mereka dikuasai. Termometer ketaksuban mereka hampir pecah. Jaga-jaga kamu semua.

hahahahahhahahaha....
aku ketawa melihat kegilaan dunia...
aku yang gilakah atau mereka yang gila?

hahahahahahhhahahaha.....
aku ketawa melihat mereka yang dulu kononnya 'ikhlas' berkasih sayang dan bersahabat kini masing-masing merasakan diri mereka yang paling benar dan yang bertentangan dengannya salah dan bodoh.


aviasuanda.blogspot.com

hahahahahahahahah...
manusia dan kegilaannya...
manusia dan kebodohannya...
dunia dengan kepalsuannya....
tenggelamlah semua!

matilah kamu dengan kegilaan itu...
matilah kamu dengan rasa benci yang menggelodak itu...
matilah kamu dengan kepalsuan dunia ini..

selamat datang dunia yang baru...
bangkitlah kamu wahai jiwa-jiwa yang baru...
bangkitlah kamu sebagai diri kamu sendiri...
bangkitlah kamu melihat dunia yang sedang bergoncang...

berlindunglah jika kamu takut...
berlindunglah dari segala tipu daya dunia dan manusia...