Thursday, 26 September 2013

The Righteous Souls are Immortal and Divine: Their Story echoes Throughout the Time: Are they really exist?

egyptianisis.org

 www.osiris.net

heragoddess.net

zeusgreekgod.org

horuseye.deviantart.com

hathorian.net

Who are they?
How were they moved from one Civilization to another Civilization?
Why were they being adored and why they were called God and Goddesses?
If these concepts were fake why each Civilization has their own stories about God and Goddesses?
What makes their stories echoes throughout the time and being heard everywhere?
Are they human?

Sesungguhnya yang Sejati itu hanya satu. Selebihnya adalah bayang-bayang. Persoalannya: adakah kita ini sejati ataupun hanya bayang-bayang? Ramai mencemburui yang Sejati itu dan mengejarnya namun sampai bila-bilapun bayang-bayang hanyalah bayang-bayang. Hakikat ini tidak boleh diubah sekuatmana pun bayang-bayang mencuba untuk menjadi yang Sejati itu.

Ada rahsia dalam sejarah. Rahsia di mana hanya empunya diri yang tahu cerita. Mereka akan tahu dengan sendirinya tanpa dipelajari. Watak-watak di dalam ceritera lama punyai sifat dan wajah yang mana mereka yang mengenali mereka akan mudah mengecam kehadiran masing-masing. Tanpa salam perkenalan yang mendalam mereka ini saling mengenali dan saling mengerti. Perasaan yang mendalam tentang peristiwa-peristiwa lampau menghantui diri mereka dan inilah juga yang menguatkan perkenalan mereka setiap kali bertemu. Pertembungan jiwa-jiwa yang hebat ini mencetuskan daya tenaga yang kuat dan besar di alam maya bagi menstabilkan alam. Di mata manusia mereka memainkan watak dan cerita untuk dipertontonkan yang penuh dengan perasaan seolah-olah itu semua adalah benar padahal ia hanyalah lakonan untuk kepimpinan yang hebat dan tercatat sebagai sejarah.

Melalui masa... mereka mendapat pengetahuan-pengetahuan rahsia dan pintu-pintu diri mereka terbuka dengan begitu pantas berbanding manusia-manusia lain. Semua ini demi sebuah kepimpinan terhadap jiwa-jiwa yang hauskan pengertian. Mereka mengenali yang asli dan yang sejati biarpun sekalian manusia tidak menyukai hakikat ini. Tiada apa yang perlu dicemburui wahai manusia. Ternyata bukan mudah mereka membawa watak-watak dan ingatan-ingatan lampau serta pengetahuan rahsia yang berlapis-lapis dan bertimbun-timbun. Mereka mengharungi hari-hari dengan menghitung setiap saat melalui penderitaan jiwa apabila mengetahui hakikat demi hakikat. Kepekaan mereka yang telus dan halus terhadap sesuatu adalah hasil daripada lapisan latihan-latihan mengenal diri melalui hari-hari.

Mereka melihat manusia silih berganti melalui zaman dan membaca kelakuan mereka dari zaman ke zaman. Sehingga mereka tertunduk lesu dan lemah kerana menghitung setiap saat yang harus dilaluinya lagi sebelum mati. Ya...benar kata Annur yang kini hanyalah Puteri Jalanan. Rahsia kehidupan ialah bergembira. ...Sigh..
Setiap kelahiran ada tujuan bukanlah ianya sia-sia. Tiada apa yang sia-sia dalam hidup ini. Segalanya punya pengertian. Sekalipun seorang manusia itu sepanjang hidupnya tidak bertembung dengan mana-mana kitab suci ataupun para Nabi.... pasti Allah akan menunjukkan jalan dan mencukupi segala apa yang dia ingin ketahui. Melalui zaman yang banyak dan pelbagai.... mereka mempelajari erti kehidupan dan mereka juga belajar tentang hidup setiapkalinya namun dengan cepat sekali mereka akan mengerti.

Apakah ertinya akhir bagi setiap jiwa-jiwa yang diciptakan? Apakah ertinya abadi bagi jiwa-jiwa yang mendambakannya? Apakah ertinya setia bagi mereka yang saling mengenal? Apakah ertinya cinta bagi mereka yang terlalu penat dengan permainan yang berkisar di dalam roda yang sentiasa berputar? Apakah ertinya yakin setelah semuanya dapat dilihat jelas dengan mata hati? Apakah ertinya Sang Hinggap yang datang untuk menjenguk setiapkali rindu datang menerpa? Adakah sama dengan yang Sejati? Penglihatan melalui mata yang dipinjam untuk hinggap dan menjenguk yang tersayang. Bait-bait cinta telah terlafaz dari Azali dan ia berulangkembali setiapkali bertemu. Sungguh perit rasanya hari-hari tanpa cinta. Dan sesungguhnya hanya Cinta yang memberi kekuatan asli untuk terus hidup dalam abadi. Jika tidak... hidup umpama tidak berarti. Berkelana mencari erti dan bertemunya mencetuskan rasa-rasa yang abadi.




Monday, 23 September 2013

Hukum Karma dalam Roda Sengsara

thegreatillusion.com

Karma ialah hukum berkenaan konsep perilaku ataupun kelakuan yang dilandaskan atas hubungkait sebab-akibat. Dalam Islam konsep ini tidak bercanggah di mana banyak ayat-ayat Dalil yang menyatakan bahawa segala amal perbuatan akan dibalas di mana jika seseorang berbuat kebaikan maka dia akan dibalas kebaikan sesuai dengan amalannya itu dan begitu juga sebaliknya. Pepatah Melayu juga ada menyatakan bahawa 'Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali tapi buatlah banyak kali. Hehe..gurau je... buat jahat janganlah dilakukan walau sekali. Tapi mana mungkin... Pepatah Inggeris pula menyanggah dengan mengatakan 'To err is human' bermaksud jika seseorang itu manusia maka PASTI dia akan berbuat kesalahan. Bermaksud tiada manusia yang sunyi daripada kesilapan.

Manusia yang hidup pasti ada geraklakunya dan setiap satu yang dilakukan maka pasti ada buruk dan baiknya. Jika kita terlalu takut melakukan sesuatu kerana bimbang akan karma buruk akan datang semula 'berkat' kelakuan buruknya maka tidak usahlah hidup apatah lagi dinamakan sebagai manusia. Kerana setiap hari kita akan bermain dengan risiko. Dan samalah maksudnya jika dikatakan bahawa manusia setiap harinya akan melakukan geraklaku yang menghasilkan karma. Di dalam kajian saintifik berkaitan keseimbangan tenaga positif dan negatif apabila dikaitkan dengan 'action or deed' ataupun perbuatan yang dizahirkan mahupun hanya lahir dari hati hukum karma ini sangat logik dan ia melibatkan perkiraan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Sebanyak mana yang dikeluarkan maka sebanyak itulah ia akan dipulangkan kembali kepada pelakunya. Semua ini bermula sejak penciptaan bermula dan sekiranya permainan ini tidak berakhir maka rantaian karma dalam kehidupan akan terus berjalan. Hukum ini tidak hanya diaplikasikan kepada manusia namun ia juga merangkumi setiap hidupan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.

weheartit.com

Maka jika apa yang anda terima hari ini jangan anda sangka ia hanya sekadar digelar 'Nasib' tanpa pengertian malah ia adalah lebih daripada itu. Jika kita insafi diri dengan merenungkan setiap satu kejadian maka jika kita benar-benar mahukan jawapan pasti kita akan menemukannya. Jiwa-jiwa manusia adalah 'medan magnetik energi-energi' yang dilepaskan yang penuh kehendak di mana ia datang dan pergi mempunyai asal dan pergi juga punya tujuan namun ia tidak pernah bebas daripada alam-alam dan ruangan matrixnya di mana ia berlegar-legar. Para saintis hari demi hari semakin giat mengkaji tentang 'Jiwa' ataupun 'Soul' dan penghuraian mereka sungguh hebat di mana kita akan bincangkan hal ini di ruangan post yang berbeza namun cukup sekadar perkenalan hal ini dapat dihuraikan secara logik apatah lagi falsafah kegemaranku.

Bagi meneutralkan karma buruk kita yang lalu apa yang harus dilakukan ialah kita lakukan karma baik dengan lebih giat setiap minit dan jam tanpa henti. Dan ia dimulakan dengan BERFIKIRAN POSITIF. Kita harus ingat bahawa gelombang otak yang kita hasilkan sama ada delta... theta...alpha dan beta semuanya adalah medan magnetik yang menarik persekitaran kita membentuk kejadian seterusnya. Jika semakin besar gelombang otak yang dihasilkan maka akan semakin besar kebarangkalian apa yang anda bayangkan itu akan berlaku. Apatah lagi jika anda zahirkan apa yang anda fikirkan itu maka kesannya akan lebih besar dan perkiraan kadar ini akan tetap mencapai keseimbangannya menerusi waktu. Maka ingat... segala yang anda lepaskan sama ada di alam ghaib ataupun nyata ia akan kembali pada anda.




Sunday, 22 September 2013

Aku sedar kami adalah BonekaMu.... janganlah kami Kau renggut kasar.... sakit.

latestwallpaprs.blogspot.com

Aku baru saja bangkit dari alam mimpi...
Sakitnya aku melihatMu memperlakukan kami sebagai Boneka-bonekaMu.
Suatu masa dahulu kami telah meminum Air Immortal yang mengakibatkan kami menjadi abadi di dalam roda ini.
Setiap zaman yang kami lalui, turunnya kami kerana terlalu khayal mengejar umpan yang Kau letakkan berjarak masa dengan kami...aduh sakitnya...
Kami kejar dan kejar namun tetap Kau menjarakkan kami dengan Masa.
Kau letak dan ikatkannya di atas Roller Coaster lalu Kau hidupkan permainanMu ini dengan isian jiwa-jiwa dan tekan butang bagi menjalankan mesin kehidupan ini.
Kami ketakutan dengan ketaksubanMu bermain dengan kami....
Zzzzuuuuuuuuu.....Roller Coaster berjalan dengan laju... dan kami tercampak keluar dari Roller Coaster ini bertaburan di lantai...
Aduh....sakitnya kami....

urbancinderella.deviantart.com

Air Immortal itu Kau juga yang memandu setiap dari kami sehingga kami terpedaya meminumnya.
Kami fikir sungguh bahagia jika Immortal dan hidup selamanya.
Namun ternyata, ia sungguh menyakitkan.
Kami terpaksa melangkah walaupun berat dan penuh luka.
Kadangkala Kau buat kami khayal dan lupa apabila kami memasuki dunia yang penuh cahaya palsu yang menyilaukan mata.
Kadangkala rasanya mahu tidur setiap masa agar waktu yang mengikat kami akan berlalu pantas, namun apa yang terjadi ialah, kami harus tetap terus melangkah sehingga kadar waktu membawa kami pulang berehat.

Kisah-kisah kami diabadikan oleh manusia-manusia yang dahagakan cerita sensasi kami.
Mereka diilhamkan dengan semua perkara-perkara tentang kisah kami lalu dinukilkan sebagai paparan buat hiburan manusia lain.
Oh...sakitnya jiwa kami...
Namun kami digambarkan sebagai mereka yang gagah dan hebat.
Luka-luka pun kami teruskan perjuangan ini..
Jasad kami Kau tukar-tukar bagaikan pakaian Barbie, jika koyak..ah...ganti saja pakaian kami.
Mudahkan? Kau beri semula ingatan-ingatan kami yang membuatkan kami terus dalam Roda Immortal.
Berputar-putar....dan kami berguling-guling tunggang terbalik di dalam roda ini....
Hahahahahahahaha.....

www.plotinus.com

Malam tadi aku melihat semua rahsia ini yang Kau gambarkan kami di alam mimpi...
Kasarnya kami diperlakukan...Kau bangga dengan kami namun kau campak-campakkan kami semahuMu...
Walaupun kami bonekaMu, ketahuilah wahai Tuan kami...
Memang benar Kau wujud... namun, kasihanilah kami...
Kau tahu kami berkata kepada sesama kami tentang Kamu,
Namun Kau biarkan kami dengan kata-kata kami dan marah jika kami bocorkan rahsiaMu,
Kami melihat manusia lain yang hidup tanpa pengertian,
Kau tahu kami adalah pekerja yang hebat dan mahir dengan selok-belok kehidupan ini,
Namun luka dan rasa menyebalkan kami sehingga kami membiarkan diri ini umpama Boneka tanpa rasa.

hoshahrarabbah.org

Kami melihatMu......
Dan KelakuanMu.....
Hanya kami, sesama kami yang saling mengerti,
Apa erti semua ini.
LOL.....








Monday, 16 September 2013

Dua Ratus Ribu Tahun telah berlalu...

studiopetite.blogspot.com

Oh....aku sungguh rindu....
Apabila hujan turun...aku rindukan hutan dan kicauan di dalamnya...
Dua ratus ribu tahun telah berlalu....tapi aku fikir telah dua juta tahun aku mengejarnya...
Di dunia kahyangan....hidup penuh dengan cinta...
Hari-hari dipenuhi dengan bahagia....

Namun di dunia sebelah sini berbeza.
Dunia ini penuh ranjau dan onak durinya.
Manusia hampir-hampir sahaja lupa tentang keberadaannya di sini.
Mereka lupa siapa diri mereka, dari mana mereka datang dan ke mana mereka akan pergi.
Mereka ketawa hiba dengan penuh nanah dan darah di dunia sebelah sini.
Hanya kadangkala terbau wangi-wangian yang pernah aku hidu suatu masa lama dahulu.

Di dunia sebelah sana adalah dunia perlambangan.
Dunia penuh dengan isi fungsi.
Semua bereaksi sendiri dan asli perasaan di sana.
Hanya mereka yang punya hati suci dapat menjadi yang benar di dunia sebelah sini.


Setiap langkahku ambil hanya untukmu sayang,
Dengan setiap derapan langkah ku lindung cinta ini,
Biar berdarah aku tetap terus melangkah kerana aku telah turun di dunia sebelah sini,
Aku akan pastikan aku akan kembali ke dunia sebelah sana seperti biasa penuh bangga namun
hatiku hanya kau saja yang tahu.
Perjalanan ini sungguh jauh setiap kali sebelum kita menutup mata dan bermimpi lagi.

Selamat Ulangtahun sayang....
Dua ratus ribu tahun....
Jiwa ini berjalan tanpa henti.
Dua juta tahun jiwa ini menanti.
Berbilion dan trilion tahun....
Jiwa-jiwa ini berputar-putar di dalam Roda Kehidupan...
Roda Kesengsaraan...
Bilakah sudahnya...

Mahukah kalian aku tunjukkan jalan menuju kepada Kebebasan Jiwa?
...............
Jiwa-jiwa yang tenang.
Di sebuah kawasan lapang Nirvana
Kemuncak rasa yang damai.
Penuh Cinta dan Hanya Bahagia.








Tuesday, 10 September 2013

...Inginku gapai bintang-bintang di langit lalu kuhadiahkan kepada mereka....

soundcloud.com

Hari ini hatiku merasa tenang. Entah kenapa...walaupun dunia di luar kacau bilau dan hiruk pikuk namun tidak aku endahkan. Aku selesa dengan perasaan ini. Sungguh realistik dan apabila melihat ke hadapan aku melihatnya dengan tenang dan sabar. Kerana aku tahu ini semua akan terlaksana melalui lorong-lorong waktu. Asal saja aku tidak berhenti maka pasti aku akan sampai. Aku sudah tidak mahu hiraukan kerisauan aku yang dahulu kerana kini aku melihatnya dengan pandangan hati yang mengasihani.

Terima kasih buat keluarga dan teman-teman...aku kini hanya mahu fokus untuk mencapai cita-citaku... dan aku sudah tidak mahu hiraukan yang lain. Aku bersyukur kerana banyak jalan yang telah aku tempuhi dan aku cukup tegas pada diriku sendiri yang aku tidak mahu menempuhnya berulang-ulang kali. Apa yang telah berlaku bagiku adalah suatu rahmat. Biarpun manusia hairan dengan aku tak mengapalah kerana aku punya sebab yang tersendiri dan mungkin belum masanya untukku mendakap penuh ketenangan itu. Sesuatu yang sukar dimengerti adalah sesuatu yang sungguh rahsia dan biarlah aku menyimpannya kemas.



Dalam tempoh 3 tahun pada perkiraanku banyak yang akan aku selesaikan untuk menjayakan misiku pada tahap yang pertama. Aku akan meniti waktu dengan baik dan akan aku selesaikan segala urusanku di alam nyata dengan sehabis baik. Peristiwa dan emosi banyak mengajarku tentang mimpi dan realiti. Semakin berulang-ulang aku laluinya semakin aku dapat membezakannya dengan baik lalu akan aku seimbangkan sehingga keseimbangan itu dapat membawa aku untuk mencapai ketenangan sejati. Benarlah kata Purba... setelah pertembungan itu bintang akan bersinar dan setelah itu semua akan menjalankan kerja dengan baik.

gothicplay.com

Aku dan duniaku. 
Aku dan adikku.... adakah kami banyak persamaan? 
Entah... yang pasti kami selesa bersama-sama. 
Semakin realistik pandangan hidup kami maka akan semakin realistik juga gerak tari kami.... 
Menari dan terus menari lalu membuang semua luka-luka hati dan yang tinggal hanya parut-parut yang diingati. 
Aku sudah semakin tidak gentar mahu menghadap hari muka dan aku akan melaluinya dengan penuh gagah pada jiwa.

Friday, 30 August 2013

Mengembara ke waktu Dahulu melalui memori Leluhur kita di dalam Darah yang mengalir.

black-b-o-x.deviantart.com

Mari kita mengembara jauh ke belakang waktu menggunakan titi-titi darah susur galur nenek moyang kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya...jika kita kenal diri kita siapa maka kita akan tahu apa watak yang harus kita bawa dalam kehidupan kita kali ini. Mahukah anda kubawa mengembara melalui waktu yang tersimpan rapi dan kemas tanpa ragu? Sejarah fizikal bisa-bisa saja dibuat-buat dan diteka-teka malah direka-reka. Bagaimana pula jika kita mengenali diri kita melalui Falsafah Sains DNA? Kita huraikan satu persatu. Kita kaji sama-sama. Kata kuncinya: Wajah dan Sifat tidak akan berubah. Semakin zaman dan waktu berubah semakin sama sifat dan wajah kita.

Asid Deoksiribonukleik (DNA) ialah komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Adikku Annur hampir-hampir mengambil bidang ini namun dia menukarkan bidangnya pula ke Holtikultur. Arghh....sekarang ini dah jadi kerja aku pula. Aku harus lakukan ini untuk membuka kunci-kunci rahsia manusia. Hahahahahaha......biarkan aku sendiri ketawa seorang diri di makmal sains dengan setiap hasil penemuan terbaruku tentang manusia....kita ini semuanya sama sahaja... mengapa mesti agama memisah-misahkan kita?

wallpapersus.com

DNA juga dipanggil Molekul Warisan kerana DNA boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk iaitu susur galur ibu dan bapa kita malah jauh ke belakang sehingga manusia pertama yang diciptakan. Hm.... dalam proses pembiakan DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat. Walaupun kadangkala dikenali sebagai 'molekul warisan'... perca DNA sebagaimana yang dikenali oleh orang ramai bukannya satu molekul malah ia adalah sepasang molekul yang berpaut seperti sulur paut untuk membentuk heliks berkembar.

Bagaimana jika susunan matematiknya tepat pada suatu masa Molekul-molekul DNA berjaya tersusun lengkap lalu tersemat kemas dan lahirlah seseorang yang hidup pada zaman sekarang yang bersifat dan berwajah persis seperti seseorang yang pernah wujud zaman dahulukala malah dia mengetahui pelbagai rahsia keturunannya tanpa dia pelajari dan berkelakuan lagaknya seperti tokoh-tokoh hebat dari zaman lampau?

livingdreardoll.deviantart.com

Bagaimana aku boleh mewarisi sifat keturunanku tanpa aku mempelajari daripada mereka? Kata mereka keturunanku biasa bermandi darah... Keturunan Kali barangkali... Hahahahaha....siapa kau? Siapa aku? Anda pernah dengar ada seorang lelaki perkasa yang berjaya keluar dari Penjara Singapura dengan membengkokkan jeriji besi penjara dan dia juga tidak dapat dikesan melalui radar ketika beliau berenang di lautan? Siapa dia dan apa kaitannya dengan aku? Hahahahahahaha......

Darah.....ada apa dengan darah? Minum darah...ada apa dengan ritual meminum darah? Hahahha... Hehehehe.... seram ke? Dalam Ilmu Mengenal Diri unsur api dalam diri kita ataupun Alam Jin dalam diri kita mengalir mengikut aliran darah kita. 'Qarin-qarin' kita atau saka bisa-bisa saja menguasai kita jika Alter Ego kita ini tidak kita berjaya tundukkan. Kawal ia dan pasti kelak dunia bakal menjadi milik kita jika kita pandai membuka rahsianya. Lihat isi penting di bawah tentang perkara yang berkaitan dengan darah.

Anda mesti selalu dengar nasihat... 'jangan MARAH'. Jika anda teruskan 'temperature' kemarahan anda itu dan anda naik darah sehingga ke kemuncaknya maka anda akan mengamuk. AMUK.. ada apa dengan Amuk yang seringkali dikaitkan dengan Melayu? Malah perkataan 'amok' dalam bahasa dunia berasal dari perkataan melayu iaitu a.m.u.k. Ada apa dengannya? Berapa ramai penjajah-penjajah tamak dan keparat mati di tangan Melayu yang mengamuk? Anda mahu melihat melayu menjilat darah di keris lagikah? Zaman sudah berubah. Simpan kemarahan anda sehingga satu tahap apabila ia keluar ia bukan menjadi amuk tapi ia telah bertukar menjadi MURKA. Berapa ramai bangsa asing pula yang tertawan dengan kuasa diplomasi Melayu yang penuh budi bahasa? Mistiknya Melayu bukan semestinya syirik jika anda tahu membuka kuncinya...

hookedonhouses.net

Kebangkitan....kebangkitan.... muak aku mendengar semua ini dari mulut mereka yang memegang kunci dan peti harta karun kononnya.... kalian fikir ia boleh dibuka dengan begitu sahaja ke? Itu kunci antik dan penuh rahsia. Peti itu menyimpan harta yang berharga. Tak akan begitu mudah untuk membukanya. Ada caranya untuk membuka semua peti-peti itu melalui menguasai cara penggunaan kunci-kunci rahsia. Syhhh...rahsia manakan mungkin dapat kita ketahui... Hanya mereka yang berhak akan membuka peti-peti ini lalu dapat 'unlock the mysteries of Malays'...persoalannya...
SIAPAKAH MEREKA?

Kita gabungkan ilmu mengenal diri...dengan ilmu falsafah...kemudian logik dan sains....anggap jela ini bahagian aku kerana Srikandi dah semakin cekap dalam ilmu persilatannya di dunia sejarah maka itu bahagian dia. Kita lihat 50-100 tahun akan datang...apa jadi dengan bangsa Melayu... hm.... mengapa ya Nabi Muhammad lahir sebagai bangsa Arab... namun kini bangsa Arab sudah rancak berperang kerana hal yang remeh-temeh... apakah yang sebenarnya sudah tidak lagi relevan pada Bangsa Arab zaman ini dan dalam masa yang sama semua mata kini tertumpu pula ke Bangsa Melayu... anda mahu berdebat tentang hal ini denganku ? Ahh... lupakan saja... kerana sebelum berdebat aku mahu jawapan mengapa Bangsa Arab tidak dapat menyatukan umat Manusia (bukan Ajaran Islam). Jawab dulu baru boleh ketuk pintu rumah aku dan kita berbincang. Hahaha...






**sumber tentang DNA: Wikipedia

Tuesday, 27 August 2013

...jika hanya Putih pilihanmu maka tinggalkan aku...

kiwswki.org

Aku berjalan lagi meniti waktu. Pedihnya hati apabila aku harus menelan realiti menanggung semua kesan kerosakan perbuatan tanganku. Aduh....bagaikan dihiris-hiris hati ini untuk memikirkan bagaimana hari esok. Aku sayangkan mereka yang kudus dan naif di sisiku. Aku amat-amat menyayangi dan mengasihi mereka...

Oh Tuhanku... Aku pasrah sekali...
Memikirkan tempoh pertapaanku semakin dekat. Benarkah itu telahanku? Kata mereka itu adalah rahmat. Aduh...pedihnya hati aku di saat dan ketika ini. Aku mendengar kata-kata bahawa di saat kita kecewa sebenarnya Tuhan sedang menyediakan tangga-tangga untuk kita ke level yang seterusnya. Namun mengapakah hati ini terasa berat sekali?

matruddmann.org

***sigh***
Manusia datang lagi kepadaku melemparkan kata-kata busuknya kepadaku. Adakah jalan seterusnya yang harus aku tempuh ini adalah jalan supaya aku lebih kuat dalam aku memikul tugas ini....
Oh....Dear God....


Seseorang katakan padaku bahawa dia teringin untuk keluar dari matrix ini walau sebentar dan aku pula mendapat peluang ini. Pada hakikatnya di sana aku akan dihijabkan dari fitnah manusia dan aku akan bergaul dengan manusia-manusia yang berhati suci dan kudus. Aku pasrah wahai Tuhan..

Aku mohon agar semua dipermudahkan dan aku mohon kekuatan untuk lalui semua ini. Aku titipkan Allah buat kalian semua. Jagalah diri baik-baik. Pelajari kejadianku dan ambillah pengajaran mana yang perlu. Kerana aku hadir untuk memberi kalian pengajaran dan contoh agar kalian bersikap lebih realistik. Di sana sebenarnya aku tahu... aku akan lebih tenang. Seperti cerita KungFu Panda... Mr.Oogway sedang mengajar aku...untuk mencapai ketenangan hati agar setelah itu segalanya akan kelihatan lebih jelas.

Nanti akan aku kongsikan pengalamanku di sana dan Annur akan menjadi tukang taip buatku. huhu. Minta tolong ya wahai adindaku....

Baiklah...permisi dahulu kerana anak-anakku semuanya berebut-rebut mahu perhatianku...