chemistrykali.com
Orang kata, jika bercinta, kita harus terima pasangan kita seadanya, baik dan buruknya kerana tiada siapa yang diciptakan sempurna. Tidak Sempurna. Itulah kata-kata yang tepat. Dan kita adalah manifestasi dari SifatNya. Mengapa harus nafikan? Adakah Iblis dan Syaitan memusuhi Allah? Tidak. Dia malah telah diprogramkan untuk bertindak dan berkelakuan yang sedemikian supaya lengkap onak duri yang bakal dipersiapkan untuk medan percubaan jiwa-jiwa yang akan diuji untuk menjadi lebih baik. Tidakkah kita pernah terlintas di fikiran dan mengakui hakikat ini? Aku itu Hitam dan Putih maka terimalah Aku seadanya...
www.punjabigrphics.com
Pernahkah kau fikirkan tentang PerasaanKu yang sedih dan bersendirian ini? Siapakah yang sudi menemani IlusiKu? Sendiri lagi berteman angan-angan yang Ku pasang tinggi melangit. Aku putar-putarkan Ilusi ini sehingga kamu semua menjadi pening, pusing dan runsing. Sehingga kau keliru dari mana mulamu, ke mana arah tujumu dan di mana kamu. Aku suka sebenarnya jika kamu jahil dan tidak tahu kerana di situ tersimpan RahsiaKu. Namun ada juga yang jahat dan curi-curi mahu tahu semuanya. Hehe. Aku tak marah pun sebenarnya. Mahu kenal Aku? Beranikah kau lihat Wajah sebenarKu? Jika kau yakin jasadmu akan hancur dan tetap mahu berkeras, maka Aku izinkan dan kesudahannya keberuntungan itu milik kamu kerana jiwa itu dicipta abadi dan tidak akan pernah hancur luput. Tahniah kerana kamu begitu berani mahu melihat WajahKu. Dan setelah itu rahsiakan ya, malulah Aku jika kau bagitahu pada semua.
Dengarkan kata-kata Annur, belajarlah berjalan di dalam gelap. Kegelapan mengajar kita menjadi lebih berani, ia juga mengajar kita menjadi diri sendiri. Pernahkah kalian berjalan di dalam gelap? Apabila berada dalam situasi ini, kita akan mulai peka dan sangat sensitif terhadap sebarang pergerakan ataupun bunyi. Itulah makhluk kegelapan dan kehidupannya. Maka, jangan pernah takutkan kegelapan, jangan bencikan Iblis dan Syaitan kerana akuilah itu juga WajahKu yang kau tidak pernah tahu. Selama beribu tahun kalian hanya menyangka Aku ini hanya Putih sedangkan pada Hakikatnya WajahKu yang terlihat pada segala penglihatanmu hanyasaja kamu menafikan Aku.
hdwallpaper.ws
Jika kamu mahukan kesempurnaan dalam hidupmu, maka belajarlah menerima bahawa kamu itu hitam dan putih, Tidak Sempurna. Itulah hakikat keseimbangan yang sebenar. Serapi ini di segenap nafasmu, penglihatanmu, pendengaranmu, hatta segenap deriamu, nescaya kau akan menjadi lebih baik dan tenang hari demi hari. Janganlah dengan sombong dan datang kepadaKu dan meminta semua mahumu lalu semua berlaku dalam sekelip mata. Belajarlah bersabar melalui Masa. Masa itu sendiri adalah kesabaran. Maka tempuhi Masa dengan penuh kesabaran yang benar. Aku ada di setiap derap langkahmu maka jangan pula pernah merasa bersendiri. Kau adalah Aku dan Aku adalah kau. Fahami ini dan kau akan mengerti.