Friday 30 May 2014

Siri 3 IMD: Sebuah Penulisan Judulnya AKU

Topik ke Tiga: KUASA MARAH...AMUK...MURKA

www.fanpop.com

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU sebenarnya tersimpan dalam unsur api iaitu sisi hitam seseorang yang menyimpan DARAH GILAnya. Ia juga dikenali sebagai tempat laluan jin dan syaitan sebagai PENGAWAL PERIBADI yang menyimpan RAHSIA TUHAN.

Orang Melayu punya BUDI BAHASA yang sangat kaya dalam jati dirinya. Namun yang menjadi sempadan sebagai batasan yang mencabar kesabarannya ialah MARUAH DIRI yang sangat tinggi dalam diri. 

Jika ada cubaan atau terjadi cubaan untuk menghinjak-hinjak atau mencalarkan maruah diri kita maka itulah masa yang haqq untuk mengeluarkan darah gila NAMUN ia harus dikawal dengan aras BUDI BAHASA yang dikeluarkan secara berperingkat-peringkat umpama semburan api dengan kadar darjah kepanasan yang terkawal dan setara haqqnya untuk dihamburkan kepada penerima atau 'si polan' yang mencabar/mencalar/menghinjak maruah diri kita.

JANGAN BAGI MUKA JIKA MARUAH DIRI DIUSIK kerana itu PANTANG ORANG MELAYU.

Orang Melayu sebenarnya tidak suka bergaduh. Maka atas dasar inilah mereka adalah bangsa yang mengamalkan nilai diplomasi yang tinggi dan suka mengalah bagi mengelakkan konflik dan kesannya. Namun begitu ketahuilah bahawa KESABARAN MELAYU ada had batasannya.

Melayu itu IBU BANGSA dan Tanah Melayu sebesar Asia Tenggara ini sebenarnya adalah TANAH PARA DEWA yang juga dikenali sebagai Tanah Asal dan Tanah Kembali. Ceritera Kahyangan adalah KHAZANAH Melayu lama yang masih terpelihara namun ia hanya dapat dibuka oleh mereka yang haqq dan sekeras mana pun usaha kaum timur dan barat mencuba menghapuskan JEJAK LELUHUR dan juga SEJARAH dan TINGGALANnya ia tidak akan berjaya. Bebenang MERAH yang bersusur-galur sehingga muncul kembali WATAK-WATAK LAGENDA akan kembali beraksi. Sesuai dengan kiraan manusia mistik tentang kelahiran mereka yang muncul tepat sebagai dalang ataupun pencetus.


ILMU MENGENAL DIRI adalah ILMU YANG TERTINGGI DARJATNYA dari kelas-kelas ilmu yang lain dan ia juga dikenali sebagai Ilmu Jati... Ilmu Asas... Ilmu Asal-Usul yang menjadi pati/dasar kepada permulaan dan perkembangan sesuatu TAMADUN MANUSIA dan tunjang KEBUDAYAAN sesuatu bangsa. Dan HANYA BANGSA MELAYU yang diberi mandat untuk memegang ilmu ini kerana ia adalah haqq kepada mereka.

~Tamat Siri 3~

25 comments:

  1. sisos,boleh tak ko jgn asik sebut nama hulk hogan tu...nak muntah aku...ko seru dia bukan datang pun...dia kan kaki tido...lainlah aku,ko seru,kejap je aku sampai punye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa hulk hogan? legendary hero yg kuat tido tu ke?

      Delete
    2. aahla...cara dia bekerja adalah dgn tido...sakit hati kan?

      Delete
    3. Tido adalah seni bela diri paling power .Huhu

      Delete
  2. straight forword nampak.....................huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak phmla naga jauhar...siapa dn apa yg straightforward sgt? btw thanks sbb masih sudi berkunjung melawat aku.

      Delete
  3. salam

    hai sis..nice penulisan baru nih. tapi maaf bertanya apa mksudnya syaitan itu sebagai pengawal peribadi kepada tuhan.. rahsia yang bagaimana itu ya.

    aku suka cerita ini sis, tak tau la sis dh tengok ke belom.. banyak pengajaran, aku kongsikan disini ya kepada semua juga.

    http://www.youtube.com/watch?v=er2tRJt1v7U

    Lost

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks lost..lum ada masa nk tgk.hm..dhnk bulan pose kn?terasa aura ramadhan.

      Delete
  4. Menarik. Watak watak lagenda yang sudah lama hilang akan muncul kembali

    ReplyDelete
  5. Ada ilmu lagi tinggi darjat daripada Ilmu mengenal diri..

    Meow

    ReplyDelete
  6. Selamat hari ulangtahun yang ke 30 kak dhada.. semoga selamat dan sejahtera buat akak dan seluruh keluarga..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Ko ni kat tingkat mna?
    1+1=2 ke,
    1+1=1 ke,
    Ke 1+1=0?
    Aku tgk kelamkabut je ko ni..
    Hehe

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Ko ni kat tingkat mna?
    1+1=2 ke,
    1+1=1 ke,
    Ke 1+1=0?
    Aku tgk kelamkabut je ko ni..
    Hehe

    ReplyDelete
  9. Tuan rmh msuk wad gila daaa....

    ReplyDelete
  10. Elok sangat ler..
    Berkelana.konon pencari Tuhan ikut ske dia je..
    X ikut adab&tertib..
    Kononnya kenal Tuhan...puiii

    ReplyDelete
  11. Jeles le tu... tuan rumah kenal tuhan..kahkahkah
    nak borak pasal adab dan tertib konon...pieee dah..kah kahkah..

    skizo

    ReplyDelete
  12. Who call the dragon night ?

    ReplyDelete
  13. Salam pembaca ..

    Melihat manusia yang diuji menjadikan rasa rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan.
    Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.

    Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan.
    Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”). - Petikan dr drmaza

    Wasalam
    Aku yang diuji.

    ReplyDelete
  14. Rndu k.dhada pnya tulisan....pliss come back home !!

    ReplyDelete
  15. kekna...kami sekeluarga rindu...terutama mak dan anak2 kamu...semoga tuhan akan sentiasa merahmati kita semua...kepada yang mencaci...terima kasih banyak2 annur ucapkan...jasa kalian akan annur kenang sampai bila2...tanpa kamu yang mencaci siapalah kami...:)

    "love u sis.sampai bila2 pun kita tetap adik kakak yang paling best."

    ReplyDelete