Sunday, 22 September 2013

Aku sedar kami adalah BonekaMu.... janganlah kami Kau renggut kasar.... sakit.

latestwallpaprs.blogspot.com

Aku baru saja bangkit dari alam mimpi...
Sakitnya aku melihatMu memperlakukan kami sebagai Boneka-bonekaMu.
Suatu masa dahulu kami telah meminum Air Immortal yang mengakibatkan kami menjadi abadi di dalam roda ini.
Setiap zaman yang kami lalui, turunnya kami kerana terlalu khayal mengejar umpan yang Kau letakkan berjarak masa dengan kami...aduh sakitnya...
Kami kejar dan kejar namun tetap Kau menjarakkan kami dengan Masa.
Kau letak dan ikatkannya di atas Roller Coaster lalu Kau hidupkan permainanMu ini dengan isian jiwa-jiwa dan tekan butang bagi menjalankan mesin kehidupan ini.
Kami ketakutan dengan ketaksubanMu bermain dengan kami....
Zzzzuuuuuuuuu.....Roller Coaster berjalan dengan laju... dan kami tercampak keluar dari Roller Coaster ini bertaburan di lantai...
Aduh....sakitnya kami....

urbancinderella.deviantart.com

Air Immortal itu Kau juga yang memandu setiap dari kami sehingga kami terpedaya meminumnya.
Kami fikir sungguh bahagia jika Immortal dan hidup selamanya.
Namun ternyata, ia sungguh menyakitkan.
Kami terpaksa melangkah walaupun berat dan penuh luka.
Kadangkala Kau buat kami khayal dan lupa apabila kami memasuki dunia yang penuh cahaya palsu yang menyilaukan mata.
Kadangkala rasanya mahu tidur setiap masa agar waktu yang mengikat kami akan berlalu pantas, namun apa yang terjadi ialah, kami harus tetap terus melangkah sehingga kadar waktu membawa kami pulang berehat.

Kisah-kisah kami diabadikan oleh manusia-manusia yang dahagakan cerita sensasi kami.
Mereka diilhamkan dengan semua perkara-perkara tentang kisah kami lalu dinukilkan sebagai paparan buat hiburan manusia lain.
Oh...sakitnya jiwa kami...
Namun kami digambarkan sebagai mereka yang gagah dan hebat.
Luka-luka pun kami teruskan perjuangan ini..
Jasad kami Kau tukar-tukar bagaikan pakaian Barbie, jika koyak..ah...ganti saja pakaian kami.
Mudahkan? Kau beri semula ingatan-ingatan kami yang membuatkan kami terus dalam Roda Immortal.
Berputar-putar....dan kami berguling-guling tunggang terbalik di dalam roda ini....
Hahahahahahahaha.....

www.plotinus.com

Malam tadi aku melihat semua rahsia ini yang Kau gambarkan kami di alam mimpi...
Kasarnya kami diperlakukan...Kau bangga dengan kami namun kau campak-campakkan kami semahuMu...
Walaupun kami bonekaMu, ketahuilah wahai Tuan kami...
Memang benar Kau wujud... namun, kasihanilah kami...
Kau tahu kami berkata kepada sesama kami tentang Kamu,
Namun Kau biarkan kami dengan kata-kata kami dan marah jika kami bocorkan rahsiaMu,
Kami melihat manusia lain yang hidup tanpa pengertian,
Kau tahu kami adalah pekerja yang hebat dan mahir dengan selok-belok kehidupan ini,
Namun luka dan rasa menyebalkan kami sehingga kami membiarkan diri ini umpama Boneka tanpa rasa.

hoshahrarabbah.org

Kami melihatMu......
Dan KelakuanMu.....
Hanya kami, sesama kami yang saling mengerti,
Apa erti semua ini.
LOL.....








154 comments:

  1. The Immortals...
    Kisah jiwa-jiwa yang sebenar-benarnya wujud.
    Mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan.
    Janganlah kalian mengidamkan kehidupan watak-watak The Immortals, hanya jadikan kisah mereka sebagai tauladan.
    Percayakan cinta melalui hati, hayati kisah dan tangisan mereka juga melalui hati.
    Tiada paksaan dalam bekepercayaan, namun ketahuilah, kenali sifat dan wajah, lalu kau akan mengenali mereka.
    Sebagai manifestasi Sifat-sifatNya.

    Inilah yang dinamakan kehidupan.
    Dari sudut pandang The Immortals.

    ReplyDelete
  2. A'yun Firdhani ? Atau pernah baca buku 'Hikayat Sang Kelembai'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah. Cerita Sang Kelembai pun cuma dgr kisah dongeng kanak-kanak je masa kecik. Kenapa ya?

      Delete
  3. Aýun Firdhani ialah Immortals. Hikayat Sang Kelembai bercerita ttg konsep Immortals di alam Melayu. Masa British jajah Malaya dulu buku ni diharam dan dirampas. Kata kawan saya seorang bekas Mufti Johor (bkn Dato Noh Gadut) ada simpan.

    Initisari utama buku ni, Sesiapa boleh jadi Immortal apabila dia dpt kuasai yg 'kosong'. Tapi perlu recalibrate 'litar' tenaga dlm jasad. Hakikat segala benda (matter) ialah cahaya yg bergetar pada frekuensi & getaran tertentu.

    ReplyDelete
  4. Mayang Sari seorang yg genius. Cuba fahami karya Dan Winter. Beliau satu2nya ahli fizik yg dapat terang konsep Immortality secara saintifik. Cuba fahami ciptaannya - 'Heart Tuner' yg mampu recalibrate frekuensi Jantung. Kenapa Jantung ? Sebab pd Jasad fizikal, Medan Elektrik dan Magnetik paling kuat letaknya di Jantung bukannya di Otak.

    Frekuensi LOVE yg berpusat di Jantung boleh diukur dengan satu skala purba spt yg tercatat teks Perjanjian Lama. Ia dipanggil Solfeggio Frekuensi. Frequency of
    Creation dan Destruction. Kalau faham tentang Lataif yg 5 di wilayah dadah lagi senang untuk cross reference. Sbb Lataif ialah pusat energy bagi spirit body.

    Frekuensi LOVE pd 528Hz bole digunakan untuk open 64 codons asal dan aktifkan junk DNA. Juga mampu aktifkan balik 10 strand DNA yg tersembunyi dlam 2 strand DNA yg fizikal. Immortals dulu punyai (cth Jesus) punyai at least 12 strand DNA yg aktif.

    Then cuba fahami tentang energy torus yg berpusat di Jantung mengikut fahaman Dan Winter. Sebab asas Torus adalah Merkaba atau 2 segitiga bertindan yg sentiasa berputar pd diri. Itulah Star of David pada diri. Itulah kunci alam & kunci yg dipegang oleh banyak Immortals dulu.

    Cubalah explore. MS akan lebih senang hadam sebab dah lalui secara pengalaman langsung. Cuma mungkin dari segi penjelasan saintifiknya, masih ada sikit lagi loop holes.

    Actually you are not saying about stupid & absurd things. Cuma khalayak pembaca you saja yg belum matang. Semoga satu hari bila MS sudah semakin menguasai knowledge ini dengan olahan kefahaman sendiri, dapatlah share kembali dlm blog ini.



    ReplyDelete
  5. Pembetulan - lataif yg 5 di wilayah DADA bukan dadah.

    ReplyDelete
  6. Aku kagum dengan apa yang kau katakan. Dan aku bukanlah seorang yang bodoh untuk melepaskan kata-katamu pergi begitu sahaja. Aku adalah seorang yang sangat teruja dengan kebenaran. Setiapkali ia hadir ia pasti akan membuatku terpana dan terkesima.

    Ya. Pengetahuanmu juga dahsyat. Mahu runtuh alam ini dengan terbongkarnya rahsia. Untuk pertama kali aku mendengar komen yang benar2 aku tunggu kerana ia dapat mencapai standart yang akan membuatkan aku termenung berfikir tentangnya.

    Entahlah... segitiga bertindih ini sudah mulai bersinar hari demi hari. Dan cahayanya akan menerangi manusia sama ada mereka sedar ataupun tidak. Konsep The Immortals ini adalah benar namun ia tersembunyi di celah-celah kehidupan. Aku sendiri tidak menyangka aku menemuinya. Allah itu Maha Pemurah.

    Banyak yang aku nyatakan di sini semuanya yang penting-penting. Tapi iyalah... manusia suka mendengar apa yang mendodoi2kan telinga mereka. Yang aneh-aneh dan yang susah untuk dihadam semua ditolak ke tepi. Seperti kata-katamu di atas...aku memerlukan masa untuk membongkarnya dengan baik. Banyak rahsia contohnya di dalam Junk DNA terkandung hikmah kehidupan yang akan hanya dibongkar dengan Cinta Suci yang Sejati. Malang sekali aku nyatakan bukan semua manusia akan menemui Cinta Sejati ini. Bukan mudah. Harus melalui ranjau dan onak duri yang MAHA hebat baru akan terbongkar semuanya dalam diri.

    ReplyDelete
  7. Itu sebab aku suka menekankan isu HATI. Dalam jiwa ada hati. Setiapkali kelahiran semula... manusia akan lupa hampir ke semuanya apa yang telah berlaku pada hayat-hayatnya yang lepas namun ada yang berbekas di dalam hati. Ia tersimpan di dalam RASA. Setiapkali kelahiran hanya jiwa-jiwa yang hebat akan dapat membongkar rahsia-rahsia ini kerana mereka melalui RASA-RASA yang kuat pada hayat yang lepas dan ini membuatkan semua itu terpahat dengan kuat dan kemas sehingga membuatkannya tidak dapat tertanggal dari HATI.

    Kau tak tahu ada terlalu banyak yang aku pendam dan simpan kerana bimbang penulisanku tidak akan diterima kerana ia TERLALU ASING pada masyarakat Melayu. Aku hanya kerap membongkar rahsia diri bersama-sama adikku Annur. Kami telah berjanji untuk hidup bersama lagi pada setiapkali kelahiran yang membuatkan kami bertemu kembali dan kami agak mudah untuk mengumpul dan menyambungkan puzzle bersama-sama. Manusia fikir kami bicara gila dan mengarut. Namun kerana ia tidak tertanggung di dalam hati kesemuanya menyebabkan kami terus membongkar apa yang setiapkalinya hampir-hampir meledakkan jiwa kami kerana kekuatan kebenaran ini aku tahu tidak tertanggung oleh manusia biasa. Harus mempunyai kekuatan hati yang hebat barulah rahsia-rahsia ini akan terbongkar dalam diri dan diri secara tiba-tiba akan mendapat pengetahuan yang aneh-aneh namun cukup serasi dalam diri.

    ReplyDelete
  8. Suka aku nyatakan bahawa Kunci Star of David lahir semula kini sebagai orang Melayu. Bucu-bucu bintang ini dipegang oleh 3pasang manusia hebat yang telah tercantum melalui frekuensi otak dan hati pada Ramadhan lepas. Mereka tidak perasan hal ini. Namun inilah yang terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Sejati hanya satu. Yang lain hanyalah bayang-bayang.

      Delete
    2. Star of David ini juga ada dalam diri setiap manusia namun untuk membuatkannya bersinar haruslah manusia itu membuka pintu-pintu hati yang jumlahnya tersangatlah banyak. Bukan mudah. Namun tidak mustahil.

      Immortality bisa dicapai hanya saja ia punya cara yang semulajadi dalam diri dimulai dengan cetusan rasa kesedaran untuk mengenali dirinya sendiri dan alam ini. Ianya suatu perjalanan yang sangat panjang. 100 tahun tidak mencukupi. Aku yakin dan pasti.

      Delete
  9. Rasa-rasa yang dikandung dan dilepaskan oleh 6 pemegang bucu Star of David inilah yang menstabilkan alam semula. Kerana Zaman telah kiamat pada tahun lepas dan Zaman baru telah bermula setelah itu. Bagi memegang kestabilan alam ini 6 jiwa-jiwa ataupun 3 pasang bucu ini lahir semula ke alam nyata dan inilah yang Barat terutamanya tunggu-tunggu iaitu Star of David untuk kembali ke muka bumi. Dengan bersinarnya bintang ini..bintang hati manusia juga akan mulai turut bersinar dan perlahan-lahan hidup manusia seluruh dunia akan berubah.

    Mentaliti Melayu terutamanya yang pertama-tama harus bangkit dan beranjak dari kekusutan sebelum keluar memimpin umat-umat manusia di luar sana yang memerlukan mereka. Star of David yang dipegang oleh 6 jiwa Immortal adalah pencetus kepada terbitnya Cahaya dalam diri-diri manusia.

    Selagi punya nyawa aku akan terus membongkarkan semua ini dalam diri buat pedoman manusia. Malahan manusia seperti aku ini tak akan mati pada jiwa dan hatinya. Terus-terusan hidup. Walaupun jika Muhdalena Ahmad akan mati pada jasad namun kata-kata aku ini akan terus berlegar dan hidup. Dan sampai masanya aku akan kembali dengan jasad yang lain. Kuasa percaya adalah Kuasa Magical yang sangat kuat. Maka siapakah yang mampu halang aku untuk terus percaya? Sekalipun jasad aku mereka ikat dan lilit dengan belenggu-belenggu namun mampukah mereka tawan jiwa aku yang bebas terbang ke sana ke mari dengan fikiran-fikiran yang mampu membunuh? Haha... Bunuh semua kejahilan manusia.

    ReplyDelete
  10. http://goldenmean.info/

    ReplyDelete
  11. - 'litar' tenaga dlm jasad
    - cahaya yg bergetar pada frekuensi & getaran tertentu.

    berpusat di hati dan tersebar melalui getaran rasa-rasa

    ReplyDelete
  12. Untuk mudahkan kefahaman, lihat dalam You tube. Cari tajuk Dan Winter - 'Secret of Ecstacy & Immortality'. Satu lagi tajuk - Dan Winter 'Key To Immortality'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Ternyata kebenaran itu tiada terikat dan bisa dimiliki sesiapa pun walau apapun kepercayaannya. Maka janganlah kita sombong dengan apa yang kita anuti. Janganlah sombong dan tamak.

      Delete
  13. Isis and Osiris.
    Hera and Zeus.
    Hathor and Horus.

    Ini cuma watak. Rahsia diri mereka hanya mereka yang tahu. Dan hanya diri yang sejati mengenal diri mereka dan Cinta yang penuh Rasa. Sebenarnya suatu rahsia tentang mereka yang manusia tidak tahu adalah...kadangkala mereka adalah orang yang sama. Hanya saja mereka bertukar tempat bergantung pada keadaan yang menarik mereka untuk kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangkala ada yang merasakan diri mereka seakan-akan watak tersebut namun pada hakikatnya dia hanyalah bayang-bayang kepada empunya diri yang hak. Bukan mudah untuk menerima hakikat. Hijabnya terlalu tebal pada bayang-bayang kerana jika bayang-bayang tahu siapa dirinya maka dia akan lenyap dan terhapus. Pedih bukan? Itu sebab untuk menjadi Immortal anda harus jujur pada rasa. Jika apa yang anda rasa itu palsu maka pasti ia akan lenyap. Begitu juga dengan diri. Dalam dunia yang kita tempati ini sebenarnya banyak sekali bayang-bayang. Itulah sebabnya mereka tidak sama dengan empunya diri yang hak. Dalam diri mereka tiada pencarian yang hak. Maka hiduplah mereka dengan belas ihsan dari Tuhan. Jika anda punya cahaya yang mencukupi maka anda mampu untuk menyuluh mana yang hak mana yang batil. Jika anda orang benar maka anda harus berani menerima hakikat biarpun pedih.

      Delete
  14. Bukan mudah untuk menjadi Immortal. Kerana ramai dari kita yang suka menipu diri sendiri dan mewujudkan imaginasi-imaginasi yang hanya melunakkan kehendak dan nafsu yang palsu. Walhal semua itu bukanlah yang benar. Mereka takut dengan kehilangan dan tidak dapat menerima hakikat diri mereka yang sebenar. Jika dikupas kulit satu persatu maka apakah yang tersisa dalam diri?

    Immortals adalah mereka yang tak pernah kalah kerana mereka adalah golongan yang punya semangat hidup yang sangat kuat dan mereka tak akan sekalipun mengalah. Ya. Ada banyak puak-puak. Itu juga benar. Kerana pertembungan puak-puak ini adalah perlu bagi pencetusan rasa-rasa pada tahap yang tinggi demi penyelarasan keseimbangan alam.

    ReplyDelete
  15. Manusia di sekitar kita ini bukan semuanya manusia.

    ReplyDelete
  16. Anggap sajalah yang kurang enak didengar itu aku sedang mengarut. Aku hanyalah manusia biasa. Maafkan aku.

    ReplyDelete
  17. Guru saya bercakap sama seperti MS. Tapi dari segi zahirnya dia dikenali sebagai org syariat. Seorang ustazah yg mengajar kanak2 mengaji dan juga perawat alternative. Hanya yg rapat shj yg tahu cerita seperti ini.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum. sekiranya tahap immortals dapat dicapai, apakah gunanya hari pembalasan?, balasan syurga dan neraka? berapa lamakah tempoh "immortals" seseorang itu dapat bertahan (kalaupun kunci2 rahsianya berjaya dibuka) kerana kita dikhabarkan dunia ini dan semua dimensi pasti akan musnah suatu hr nanti dan yang tinggal hanyalah al-Haq yang Satu. mohon penjelasan dan maaf bertanya.

    ReplyDelete
  19. Syurga dan Neraka sudah pun wujud pada saat ini. Bahkan dari dulu lagi ianya telahpun wujud. Jika tidak anda bayangkan kisah burung Ababil dan batu-batuan dari Neraka yang menghujani tentera Abrahah sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Boleh rujuk sirah-sirah nabi. Ianya wujud memang untuk pembalasan. Sebenarnya selain bumi ini.. ada bumi-bumi yang lain wujud sebagai medan ujian para jiwa yang telah diciptakan. Jika tahap kesedaran seseorang itu tinggi... dia mampu hadir ke alam-alam yang lain sama ada mimpi ataupun berjaga. Namun bukan semua. Sebenarnya Syurga dan Neraka juga adalah suatu Ilusi yang hebat. Kerana ini semua tidak wujud pada Zat yang Mutlak. Hanya Allah yang benar-benar wujud. Siapakah yang dapat menyangkal kata-kataku ini? Itu sebab aku katakan Kebenaran itu sifatnya berlapis-lapis. Syurga dan Neraka itu benar namun pada suatu tahap jika diperhalusi jiwa manusia yang benar-benar dambakan Cinta Allah akan mengerti bahawa bukanlah syurga yang dia cari. Malah dia tidak akan bahagia dengan kenikmatan syurga kerana bukanlah kenikmatan syurga matlamat terakhirnya.

    ReplyDelete
  20. Untuk memahami ini... saya juga pernah menerangkan tentang konsep maya yang berkaitan dengan Penciptaan pada post yang lepas. Bagaimana alam ini diciptakan berkabus-kabus dan hijab-hijab inilah yang menghalang kita untuk mengetahui terlalu banyak perkara. Adakah Tuhan itu zalim menciptakan jiwa-jiwa dengan masa yang singkat hanya untuk semata-mata menyumbatnya ke dalam neraka selama-lamanya? Tuhan aku Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sungguh mustahil Zat yang bersifat sedemikian tergamak melakukan sedemikian hanya kerana semata-mata Dia tidak diambil pengakuannya sebagai Islam. Ini tidak benar.

    ReplyDelete
  21. Beriman bermaksud percaya. Percaya ialah suatu kuasa minda dan hati yang terhebat. Dari percaya akan lahirnya pelbagai perkara. Beriman dengan keimanan yang bagaimana? Percaya dengan tahap yang mana? Dari kita kecil kita dihidangkan dengan cerita-cerita tipikal tentang Islam. Namun adakah kita berani mempersoalkan sebelum kita percaya atau adakah kita beriman hanya kerana nenek moyang kita beriman. Ambil isu Bidadari malaikat yang berada di syurga. Ini sahaja aku mampu huraikan dengan logik akal bahawa mereka tidak wujud pada Zat yang Haqq dan mutlaq. Cuba kalian terangkan pada aku mengapa watak Bidadari tak guna ni harus wujud? Isteri kalian dah tak cukup ke? Isteri kamu diajar supaya bersyukur dengan yang satu... namun adilkah kamu pada perasaan isteri kamu? Di dunia barangkali kamu dah beristeri empat dan isteri kamu sudah beratur untuk menunggu giliran. Kemudian kamu masuk syurga kamu dera lagi perasaan isteri kamu dengan menyuruhnya menunggu giliran entah berapa puluh ribu bidadari yang mendambakan kamu semata-mata untuk memuaskan nafsu kamu. Adakah nafsu Tuhan kamu sehingga begitu sekali kamu berimaginasi dengan alasan mereka adalah anugerah Allah. Jangan bohong dengan diri sendiri. Apakah ertinya syurga jika orang yang dicintai meniduri ramai wanita lain? Sesungguhnya jodoh itu hanyalah satu. Namun manusia ramai yang buta dan menipu diri sendiri hanya kerana mereka kabur dengan tuntutan syariat. Aku tahu ramai yang akan menyangkal aku dengan pelbagai hujah namun aku hanya mengatakan yang benar. TIADA wanita yang ikhlas SEPENUH HATI akan membiarkan insan yang dicintainya dimiliki orang lain. Rata-rata bidadari syurga tidak punya jiwa. Mereka bukan diciptakan punya cinta yang sejati dan mereka hanya diada-adakan sebagai ujian buat jiwa mencari dirinya yang hak. Jangan tipu diri anda. Fikirlah dengan logik akal. Bagaimana anda beriman jika apa yang anda percaya itu pada hakikatnya menentang fitrah anda sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelass kau mayang...berbicara tantang tu.logik nya ade.satu dihati.bidadari ada lah sifat bagi wanita/isteri berterkepercayaan..

      Delete
  22. Aku tidak berkata dengan nafsu dan kehendak hati aku. Aku hanya mengatakan yang hak. Terlalu banyak kewujudan dalam penciptaan yang aku mampu bahaskan mereka sehingga membuatkan kalian tercekik-cekik kerana tak sempat menghadam kata-kata aku dengan baik kerana aku mampu berhujah dengan laju. Kerana apa? Kerana aku adalah manusia yang suka berfikir mencari kebenaran. Dan aku tidak akan duduk diam melihat ramai pendusta-pendusta agama di luar sana yang bertopengkan agama dan duduk selesa dengan nikmat dunia sambil menghukum manusia lain sewenang-wenangnya dengan fatwa-fatwa mereka yang tidak matang itu.

    ReplyDelete
  23. Banyak lagi yang masih berkabus dalam diri aku. Aku juga perlukan masa untuk upload banyak perkara dalam diri. Jika kalian orang yang benar dan dahagakan kebenaran maka kita harus berani untuk menempuh onak dan duri untuk mendapatkannya. Untuk aku mencapai tahap ini juga ternyata bukan mudah. Bukan aku mendabik dada. Tidak. Setiap manusia berhak mempersoalkan kepercayaannya demi mendapatkan kebenaran sebelum ia digenggam dengan erat dan dipahat kemas di dalam hati. Dalam diri aku banyak lagi pengetahuan yang aku masih simpan yang belum bersifat final. Dan aku tidak akan berhenti. Untuk anon di atas... dari segi hujah saintifik aku memang banyak loopsnya kerana aku dah lama tidak mengkaji dan lama tidak membaca. Aku hanya bekas pelajar sains tingkatan 5 dahulu dan selebihnya aku sambung dalam bidang lain kerana aku mencari kebenaran. Namun kerana aku punya basic maka aku mudah faham jika aku menerima istilah-istilah sains dan corak pemikiran dalam sains. Terima kasih atas perkongsiannya. Aku akan cuba hadam demi umat manusia jelas tentang Hakikat Kehidupan ini. Ramai manusia dari pelbagai anutan agama yang kabur dengan banyak hakikat kerana terlalu banyak penulisan dan ajaran yang hanya mengambil dari permukaannya sahaja sedangkan terlalu kurang mereka yang sanggup korbankan jiwa dan raga untuk menyelam lebih dalam.

    Aku kuatkan diri aku untuk melalui banyak perkara kerana itu semua latihan buat jiwa aku supaya aku cepat mengenal diri. Dan aku tidak lokek untuk berkongsi kerana bukan sifat aku yang suka memendam kebenaran jika aku tahu itu adalah hak manusia lain untuk tahu. Ada juga hakikat-hakikat yang aku terpaksa diamkan kerana level penerimaan manusia di luar sana sukar untuk hadam.

    ReplyDelete
  24. Maaf. Aku ulang semula kata-kata di post yang lepas.

    ALLAH jadikan makhluk lain sebagai misalan atau belajar semasa berkongsi hidup. Cuma kita sahaja yang benar-benar ujud..... kita ini realiti selainnya fantasi. Ibliss dan Dajjal pastinya satu Fantasi.. cuba sebaik mungkin untuk kamu fahamkan yang ini. Aku bimbang kamu menolak aku... Dhada yang budiman.

    Cuma yang benar-benar ujud sahaja punya misi. "Maka bermakna ada banyak makhluk yang ALLAH ada-adakan."

    Quoted from Jaya Negara.

    Hanya Jiwa sahaja yang benar-benar wujud, fahamilah!
    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  25. Ada makhluk yang diciptakan punya jasad dan ruh namun tidak diisikan jiwa. Maka pada hakikatnya yang sebenar-benarnya mereka ini bukan benar-benar wujud dan kewujudannya hanyalah untuk menguji manusia. Apakah yang diuji pada manusia? Pastilah kemanusiaannya. Untuk menjadi manusia yang benar-benar manusia dia haruslah kenal siapa dirinya yang sebenar dan mampu menjawab soalan-soalan dalam dirinya. Manusia itu sifatnya berlapis-lapis. Dalam diri manusia ada alam insan.. haiwan.. malaikat... jin dan lain-lain. Ada manusia yang bersifat binatang sebagai contoh dan manusia seperti ini belum mencapai hakikat dirinya yang sebenar dan katakanlah dia mati dalam keadaan yang jahil seperti itu maka dia akan direndam ke dalam neraka buat sementara waktu sebagai mencuci dirinya agar lahir sifat-sifat insaninya maka setelah tiba saatnya jiwanya akan lahir semula untuk diberi peluang lagi bagi mengenali dirinya. Berada di dalam Roda Kehidupan ini adalah suatu Kesengsaraan. Tiada siapa yang lepas dari kesengsaraan ini jika dia adalah jiwa-jiwa yang diuji. Malaikat tidak diuji. Dajjal dan Iblis juga tidak diuji. Watak mereka cuma diada-adakan untuk dijadikan misalan dan juga ujian buat manusia. Mereka tiada jiwa. Namun mereka dihijabkan dari mengetahui hakikat ini. Untuk keluar dari kesengsaraan ini manusia haruslah memperbaiki karma hidupnya. Kebahagiaan itu terletak di dalam hati.

    Berkenaan dengan alam... dunia fizikal yang kita duduki sekarang ini bukanlah satu-satunya medan ujian buat jiwa-jiwa. Terdapat banyak bumi yang dijadikan sebagai medan ujian. Bumi ini paksinya terletak setentang dengan Kaabah.. Baitul Makmur dan Arasy. Di dalam Kaabah ada ditanamkan Benih Kehidupan yang telah mengakar kuat dimana jika dicabut maka pasti alam fizikal ini akan runtuh. Namun Allah tidak mengizinkan perkara ini berlaku. Sekalipun berlaku terlalu banyak medan-medan ujian yang lain malah Allah dengan mudah sahaja menciptakan medan ujian yang baru. Namun ia harus melalui tempoh masa yang amat lama untuk alam itu tumbuh dengan berseni. Ahh... banyaknya yang harus aku perkatakan... nak termuntah rasanya.

    ReplyDelete
  26. Iblis hanyalah gelaran. Ada banyak Iblis. Ada banyak syaitan. Ada juga syaitan yang punya jiwa dan diuji. Iblis yang enggan sujud pada Allah itu tidak punya jiwa. Dia memang telah diprogramkan untuk melakukan keengganan tersebut sebagaimana tertulis di dalam Al-Quran. Di dalam Institusi Ketuhanan... Iblis yang satu ini punyai Jabatan yang besar untuk menyesatkan umat manusia. Dia punya gerak kerja yang mahir dan tersusun. Cukup professional. Di bawahnya ada beberapa department yang diuruskan oleh General-general yang hebat-hebat dalam dunia Penyesatan manusia. Hahaha... hebat mereka ini. Di bawah general-general ini ada ramai lagi Syaitan-syaitan yang membuat kerja khusus bersesuaian dengan departmentnya. Mahu lari ke mana wahai manusia? Mereka ini yang memang tempat melepaknya di dalam neraka. Di dalam neraka juga ada ramai syaitan-syaitan betina yang tak guna yang menjadi teman syaitan-syaitan jantan. Siapakah Iblis dan Syaitan? Pastilah Bodyguard Tuhan yang memastikan manusia sesat dari mengenali Tuhannya. Apakah kunci yang membuatkan manusia dapat melepasi Iblis dan Syaitan? Itulah dia IKHLAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak tahu pula ada jiwa yang dulunya syaitan kini pula menjadi manusia. Maka sifat-sifat syaitannya masih tersisa dalam diri dan ramai syaitan-syaitan di dunia ini yang mengenal mereka yang menyebabkan mereka berkawan secara tak langsung dan tegar dengan perlakuan-perlakuan syaitan seperti zina..judi..dadah..arak..dan banyak lagi. Namun jiwa-jiwa yang dahagakan pengertian punya hati yang kudus biar sekalipun dirinya bergelumang dalam amalan-amalan buruk. Mereka mungkin hina pada luarannya namun mulia pada hatinya. Kita tidak layak untuk menjadi Tuhan dan menghukum mereka. Kelakuan-kelakuan buruk dan tidak beretika ini tetap harus dibendung supaya dunia seimbang dan tidak dipenuhi dengan kejahatan.

      Delete
    2. Untuk keseimbangan ciptaan... kewujudan Iblis dan Syaitan adalah sesuatu yang wajib ada. Umat Islam ramai yang tidak mengerti dan membenci dengan hakikat ini lalu memusuhi mereka. Umat Islam membenci kewujudan dan perilaku mereka sehingga mereka kabur dengan hakikat dan tujuan penciptaan syaitan dan iblis. Adakah logik dengan fikiran akal yang waras jika manusia diciptakan harus melalui ujian namun tiada onak dan durinya? Mereka inilah juga yang membuatkan medan ujian ini menjadi lebih thrill dan seronok malah manusia tanpa sedar dengan adanya iblis dan syaitanlah perkembangan dirinya meningkat jika dia melepasi ujian-ujian dan godaan dengan baik. Manusia sebenarnya tidak perlu khuatir dengan kehadiran mereka di celah-celah kehidupan dan hiduplah seperti biasa tanpa rasa kekok dan ketakutan. Kamu harus jelas dengan matlamat hidup kamu dan berusaha mencapainya. Jika jatuh maka bangun lagi biar berkali-kali. Nama aja ujian. Masakan sunyi tanpa iblis dan syaitan.

      Delete
    3. Allah itu mahu tahu siapakah yang benar-benar Ikhlas mencintainya. Ramai golongan manusia yang telah tewas dalam melepasi dinding iblis dan syaitan lalu tersekat tanpa menemui Tuhan. Mereka juga terdiri dalam golongan yang sabar... ahli ibadah... dan ramai lagi mereka yang cukup-cukup yakin bahawa Tuhan menyebelahi mereka lalu mereka sombong dengan manusia kerana belum apa-apa dalam hati dan tertanam mereka akan masuk syurga. hahaha...masuklah kamu wahai manusia jika itu yang kamu mahu. Tuhan itu maha Pemurah namun jika cinta syurga yang kamu dambakan dan melupakan cinta kepada Tuhan maka jangan sedih jika Tuhan juga tidak ingin bertemu dengan kamu.

      Delete
    4. Aku tidak memihak pada Iblis dan Syaitan. Kamu tidak kenal aku siapa. Aku ini berganda-ganda sakit hati dengan mereka dan jika kumampu ku sembelih semua Iblis dan Syaitan yang ada. Aku tidak akan punya hati dan perut jika punya kesempatan menghapus dan mencabut keseluruhan Jabatan Penyesatan mereka ini tapi aku sedar hakikat bahawa ini semua tidak mungkin dan aku tertunduk akur dengan hakikat hitam putih kehidupan. Orang seperti aku ini apabila mengetahui banyak hakikat kehidupan bagaikan menerima pukulan yang hebat sehingga aku terbaring lemah kerana sukar untuk mengalah. Siapalah aku untuk melawan Tuhan? Manusia sombong dengan sekelumit ilmu yang mereka ada dan berjalan atas muka bumi ini seolah-olah merekalah penguasa dunia sedangkan dunia ghaib mereka dinafikan dan dunia nyata sahaja tidak cukup dipelajari.

      Delete
  27. Manusia hidup dengan bekepercayaan. Kepercayaan adalah suatu Matrix. Mengubah kepercayaan bermaksud mengubah matrix. Matrix juga adalah suatu alam. Jika kepercayaan kita berubah maka runtuhlah alam lama dan terbina pula alam yang baru.

    ReplyDelete
  28. Mereka yang Immortal sebenarnya punya puak masing. Alam ini bagi mereka adalah permainan. Kosong adalah kunci utama mereka download macam-macam perkara. Aku kagum dengan para Immortal. Kamu tak tahu dunia Immortal. Seronok. Macam main game. Tapi game ini kena rasa semua. Memang real. Kamu tidak tahu rasanya bagaimana luka parah sehingga hampir mati kemudian sembuh semula. Berkali-kali. Hahaha..

    ReplyDelete
  29. Aku nak mati. Dan tak hidup-hidup lagi. Kenapa mesti aku hidup lagi? Nak hidup barang seharipun rasa macam tak mampu. oh God...

    ReplyDelete
  30. Anon...mari sini aku jawab soalan kamu.

    "berapa lamakah tempoh "immortals" seseorang itu dapat bertahan (kalaupun kunci2 rahsianya berjaya dibuka)"

    Mahu atau tidak The Immortals harus teruskan hidupnya. Kerana dia telah menjadi manusia yang tidak akan mati selama-lamanya. Abadi adalah suatu penyeksaan jiwa buatnya. Setelah dia minum air Immortal suatu masa dahulu... dia telah menjadi manusia yang tidak akan mati untuk selama-lamanya. Dia tak larat sebenarnya untuk teruskan hidup HANYA Cinta Sejati yang membuatkannya teruskan semua ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan aku dah luahkan di post atas. Kami adalah Boneka.

      Delete
    2. Kami mati di sini kemudian hidup pula di tempat yang lain. Ada juga jiwa-jiwa yang telah berjaya dan jiwanya digantungkan di suatu tempat dan dicabut semua rasa darinya hingga hilang semua nikmat dan kesakitan. Boleh dikatakan jiwa-jiwa ini dalam keadaan berehat. Ada yang disangkut kemudian diambil semula oleh malaikat dan jiwanya dimasukkan ke jasad yang baru dan turun ke medan ujian untuk membimbing manusia yang lain.

      Delete
    3. Jiwa yang telah berjaya disangkutkan di sarang labah-labah yang besar di mana malaikat yang bertugas akan bergerak menguruskan susunan jiwa-jiwa yang berjaya mengikut susunan corak sarang tersebut.

      Delete
  31. Yang mati hanya jasad, tapi bukan jiwa.. Jiwa akan terus menerus hidup hingga selesai tugas yang diberi.. Apakah tugas jiwa sebenarnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....tugas...dah tak terkira. Bergantung kepada Boss. Apa yang Dia nak.

      Delete
    2. The Righteous Souls ataupun jiwa-jiwa yang benar adalah machai Allah. Hahaha...kami adalah boneka.

      Delete
    3. EVERY Soul is immortal. but THE SOUL OF THE RIGHTEOUS IS IMMORTAL AND DIVINE. Socrates.

      Mamat Socrates ni pun punya ilmu jiwa yang tinggi. Jika kamu mahu tahu perkara yang benar kamu boleh baca hasil tulisannya.

      Semua jiwa adalah immortal cuma bezanya ialah TAHAP KESEDARAN jiwanya. The Immortal yang top di kalangan manusia adalah mereka yang hebat-hebat dan watak mereka seringkali berulang dalam ketamadunan yang berbeza namun Allah telah download ilmu pengetahuan yang berbeza pada mereka bergantung kepada keperluan watak itu untuk menyeimbangkan alam pada masa tersebut.

      Delete
    4. Yang membezakan mereka dan manusia lain di antaranya ialah... mereka ingat banyak perkara dan mereka faham tentang aplikasi hukum alam yang abadi. Manusia biasa ramai yang dah lupa siapa diri mereka dahulu.

      Delete
  32. Kadangkala mereka tidak menjadi manusia. Kadangkala mereka menjadi jin... kadangkala binatang... ada juga masa-masa mereka menjadi api..tanah...air dan angin. Mereka juga kadangkala menjadi tentera Allah bila Allah berikan arahan pada mereka. Seperti kejadian yang tertulis di dalam Al-Quran mereka adalah tentera tersembunyi yang terlibat dalam kejadian tersebut namun menjadi unsur-unsur alam.

    ReplyDelete
  33. Kiranya mereka ni Kaki Fighter untuk Allah. Mungkin kamu dengar apa yang aku omongkan ini adalah drama atau cerita fiksyen. Untuk menolak terserah...untuk menerima pula mana ku tahu. Aku tidak untung atau rugi apa-apa. Cuma aku suka bercerita kisah-kisah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaca ringkasan penerangan di atas seolah2 serupa menonton cerita The Matrix. . watak utama (Neo) dilahirkan berulang2 kali dengan ceritera dan kehidupan yang dilaluinya adalah sama . . sy adalah anon yang bertanya di atas. terima kasih atas penerangan.

      Delete
    2. Syurga dan Neraka itu ada namun bagi Jiwa-jiwa Pejuang.. mereka tidak betah tinggal dalam kesenangan begitu lama-lama. Mereka lagi suka turun berjuang dan beraksi di medan ujian kerana ketagihan dan keseronokan thrillnya di medan ujian. Buat apa tinggal di syurga lama-lama? Bosan bagi mereka. Inilah yang malaikat bell boy tak faham-faham. Kenapa Allah suka nak ciptakan makhluk yang suka menumpahkan darah. Malaikat tak faham erti thrill... hahahaha.... selenga malaikat ni. huhu... sorry Jibril and the Gang... huhu

      Delete
    3. Sebelum Allah menciptakan manusia Allah terlebih dahulu telah menciptakan Bangsa Jinn. Jiwa-jiwa yang diuji telah lebih dahulu memasuki jasad jinn dan membentuk tamadun mereka sendiri. Itu sebabnya Malaikat ada menyimpan rekod lama dan mereka kenal dengan perangai jiwa-jiwa ni yang suka menumpahkan darah. Jiwa bisa memasuki apa pun sarung jasad.

      Delete
    4. Dengan Kosong juga terbit kuasa-kuasa sakti infiniti. Ini aku ada huraikan di post Melankolia. Tentang Dewa-Dewi.

      Delete
    5. Filem The Matrix adalah daripada falsafah Buddhism. Ia sebenarnya selaras dengan Tauhid. Masyarakat Melayu sebenarnya Bangsa Dewa-Dewi yang menempati Land of The Gods. Ajaran Hindu juga diambil dari kisah-kisah mereka. Buddhism pula lahir dari Hinduism. Maka apa yang blogger-blogger di luar sana cuba cari memang ada pointnya tapi setakat yang aku lihat mereka berpusing-pusing dan tak jumpa connection banyak puzzle. Apa yang aku cerita di atas kira macam lepas geram jugakla. Huhu...

      Delete
    6. Ini sebenarnya pengetahuan rahsia tentang kehidupan ini. Namun iyalah... siapalah aku di kalangan mereka. Mereka cuba bongkar Al-Quran namun mereka ramai yg tak tahu kunci membuka rahsia ini adalah Tauhid.

      Delete
    7. Nak try dapat apa yang aku tahu ni tak? Huhu...permulaan simple...
      Rapatkan diri kamu dengan Allah. Jadikan makan minum bangun tidur mimpi dan apa saja yang kamu lakukan ialah bersama Dia. Jadikan Dia teman rapat kamu bukan setakat mengadu malah lebih dari itu. Semuanya kamu hanya berteman dengan Dia. Kemudian kamu bodek-bodeklah Dia apa yang kamu nak. Tapi jangan malas tau meminta je. Jaga maruah kamu depan dia. Upgrade diri kamu dengan ketahanan mental terhadap ujian yang kamu terima. Jadi orang yang kuat terima ujian dan jangan mengalah dan merungut. Jangan jadi orang bodoh. Banyakkan berfikir dalam diri tentang kebesaranNya.

      Delete
  34. Kosong ialah State of Soul. Untuk mencapai ini bergantung kepada cara individu yang tersendiri. Sebenarnya mana-mana manusia tidak mengira agama boleh mencapai State of Soul dimana dia akan merasakan 'kosong'. Ikhlas itu tidak mengira apa pun kepercayaannya terhadap apa-apa agama. Jika jiwanya mencari-cari suatu saat pasti dia akan ketemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosong ialah keadaan di mana jasad.. ruh.. akal..hati dan jiwa melebur menjadi satu dan alam juga dirasakan hilang. Di saat itu seolah-olah tiada apa yang wujud melainkan kamu dan Allah. Saat itu dirasakan kamu bagaikan tiada jasad. Walaupun dalam keramaian kamu merasakan sendiri. Di suatu saat jiwa bagaikan diruntun suatu kesedihan yang amat dalam dan kamu benar-benar hanya mendambakan Allah. Tiada apa yang dapat dikongsikan melalui perkataan melainkan harus merasai sendiri. Ilmu rasa ini adalah amat personal. Di saat itu terasa bergetar seluruh jiwa dan raga dan tanpa disedari level konsentrasi adalah amat tinggi dan jika dapat dilihat auranya ia sungguh bercahaya dan umpama ada zon diri yang terbuka dan dimasuki cahaya jernih.

      Delete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He aku ni nak terbercerita tentang semua pulak padahal memang bunyi macam tak patut cerita. Huhu...hobi aku memang suka bercerita.

      Delete
  36. Gembiranya aku Saudara Bradokapak sudah mahu meninggalkan isu-isu akhir zaman dan Imam Mahdi. Semoga Allah memberi dia pencerahan dan fikiran yang lebih realistik untuk maju ke depan.

    http://www.bradokapak.com/2013/09/raja-nusantara-menipu-akhir.html?showComment=1380433280129#c9116103114368377434

    ReplyDelete
  37. Apa pula perkembangan Mistisfiles dan Srikandi. Huhu.. kalian bila lagi..?
    Marilah kita berhenti berharap daripada perkara yang tidak pasti dan perbaiki hidup kita dan sekeliling kita untuk lebih bahagia.

    ReplyDelete
  38. Ada sesuatu yang penting untuk aku nyatakan di sini tentang kebenaran. Sesuatu kenyataan yang hampir-hampir tidak dapat dilihat oleh umat Islam secara keseluruhannya. Begini. Kebenaran atau Cahaya yang dimaksudkan oleh ayat 35 surah Annur. Cahaya atas Cahaya. Kebenaran atas kebenaran. Al-Quran ialah Petunjuk maka dengan petunjuk-petunjuk jalan yang ada di dalamnya kita kemudian membuat keputusan memilih jalan. Betul? Sebenarnya setiap ayat-ayat dan potongan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an mempunyai level kebenaran yang berbeza-beza. Kita jangan keliru dengan permainan ini. Contoh:
    Ayat 1 adalah benar.
    Ayat 2 adalah lebih benar.
    Ayat 3 adalah yang paling benar.
    Maka di sini.. ayat 3 kekuatan level kebenarannya lebih tinggi berbanding kedua2 ayat sebelumnya. Anda masih tak nampak bukan? Kerana saya yakin dan pasti anda tidak akan menolak walau sepotong pun ayat Al-Quran kerana anda yakin ia dari Tuhan. Namun.. dalam kita bekepercayaan.. kita harus bijak dalam meneliti apa yang akan kita percaya dan pahat kemas dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bagi contoh yang jelas. Anda ambil ayat-ayat yang mengatakan
      1. orang-orang kafir akan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
      2. Allah Maha Penyayang dan tidak akan menzalimi hambaNya
      3. Tidak akan masuk neraka selama-lamanya orang yang ada iman di dalam hatinya walau sebesar zarah.

      Wahai manusia sekalian...sesungguhnya pada saat Allah menciptakan jiwa-jiwa..telah dipahat kemas dalam hatinya sesuatu. Apakah itu?
      1. Dia yang menciptakan Jiwa-jiwa dan mereka telah diambil kesaksiannya lalu tertanam kemas dalam lubuk hatinya.
      2. Ada Tuhan tempat mengadu.

      Delete
    2. Apabila dicampakkan ke dalam dunia yg penuh dgn ujian ini... manusia lahir dgn fitrahnya tak mengira apapun agama ibu dan bapanya. Apakah fitrah itu? Kenyataan bahawa jauh di lubuk hatinya sama ada sedar atau pun tidak dia mempunyai suatu kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang sangat kuat di mana jiwanya dapat bergantungharap padanya tak kiralah apapun bayangannya terhadap kuasa itu. Ini adalah fitrah. Bermaksud setiap manusia tak akan lari daripada fitrah ini. Maka... sama ada sedar atau tidak di lubuk hatinya yang terdalam pasti ada 'keimanan' walaupun hanya sebesar zarah. Di dalam kenyataan ini bermaksud kebenaran ayat pertama di atas yang mengatakan orang kafir akan kekal selama-lamanya telah dipecahkan dan ayat ini mempunyai kebenaran yang bukan bersifat Final dan dikalahkan dengan fakta dari ayat ke 2 dan yang ke 3. Anda faham tak?

      Delete
    3. Semua ayat-ayat Al-Quran adalah cahaya. Namun ada lagi Cahaya di atas Cahaya tersebut. Bermaksud jika pada kadarnya sesetengah ayat sudah tidak lagi valid untuk dijadikan pegangan tetap dan pegangan yang kukuh itu haruslah diikat pada ayat yang lagi kuat dan tinggi tahap kebenarannya. Ini bukan bermaksud menidakkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran. Ini adalah prinsip atau cara untuk menilai kekuatan sesuatu ayat sebelum dijadikan pegangan. Al-Quran adalah kitab yang mengajak kita berfikir namun mengapa kita begitu takut mempersoalkan Al-Quran sebelum kita jadikan pegangan hidup kita? Tiada apa yang perlu ditakutkan. Kebenaran itu tidak akan goyah dan luntur jika kita persoalkan kerana kebenaran bersifat kekal dan kebatilan itulah yang akan terhapus. Beriman kepada sesuatu perkara atau percaya kepada sesuatu perkara haruslah dilandaskan dengan pemikiran yang wajar dan benar dan pastilah ianya suatu proses yang memakan masa untuk kita benar-benar percaya dan berpegang teguh kepadanya.
      Di dalam Al-Quran terlalu banyak ayat yang dilemahkan oleh ayat-ayat yang lainnya. Sebagai contoh berkaitan dengan ayat yang mengatakan bahawa Allah itu Maha Penyayang. SifatNya adalah Infiniti. Maka jika ada makhlukNya yang berbuat kesalahan dan kemudian dia dimasukkan ke dalam Neraka. Pantaskah makhluk itu menerima hukuman yang paling berat dan tidak tertanggung oleh jiwanya iaitu dibakar api selama-lamanya? Mampukah dia menerima hukuman tersebut dengan kapasitinya? Tidak. Dan adakah ini selari dengan ayat Al-Quran yang mengatakan tidak diberatkan hambaNya melainkan apa yang dapat dipikul olehnya? Tidak. Maka mengapa kita harus membina mentaliti bahawa orang kafir itu masuk neraka SELAMA-LAMANYA? Adakah Allah berkecil hati hanya kerana makhlukNya itu tidak mahu menyembahNya? Dia sendiri kenal dan tahu isi hati makhlukNya lebih dari makhlukNya sendiri masakan Dia tidak tahu di dalam lubuk hatinya sudah tertanam fitrah bahawa jiwa itu lemah dan pasti bergantung pada Tuhannya. Masakan Allah memusuhi apa yang diciptakanNya? Adakah sebegitu teruk Zhat yang Maha Agung itu? Tidak? Bahkan manusialah yang bersangka-sangka buruk dan merendah-rendahkanNya dengan mengatakan Allah memusuhi orang kafir. Tidak. Mungkin benar umat Islam memusuhi orang kafir namun tidak bagi Allah. Allah menyayangi SEMUA jiwa-jiwa yang diciptakanNya. Dia benar-benar mengasihi jiwa-jiwa yang diciptakanNya tanpa ada terkecuali sedikitpun. Iya...dengarlah wahai umat yang bukan Islam...Allah menyayangi kamu... Dia tidak berat sebelah dengan hanya menyayangi umat Islam. Kasihan jiwa... manalah dia nak lari jika Tuhan yang menciptakannya sudah tidak menyayanginya malah membencinya. Kasihan jiwa-jiwa... memang benar mereka jahil dan melakukan kesilapan. Namun adakah Allah berkecil hati dengan perbuatan jiwa-jiwa yang degil dan jahil? Sedangkan sejahat-jahat anak... ibunya pasti akan tetap menyayanginya inikan pula Allah. Mengapa kamu wahai manusia begitu jahil dengan memandang rendah pada Allah? Kepada anon yang bertanya tempoh hari tentang syurga dan neraka...dengarkan ini...
      Balasan neraka memang wujud. Namun sesuatu yang kamu perlu tahu tentangnya ialah...PENYEKSAAN DI NERAKA TIDAK ABADI. Ia hanyalah sementara. Seperti Iblis yang enggan sujud pada Adam itu dia tidak mempunyai jiwa untuk diuji. Dia hanya punya ruh dan jasad. Dia telah diprogramkan untuk memainkan watak Antagonis dalam kehidupan ini. Malah dia adalah Ketua Kejahatan di kalangan makhluk dan mempunyai pimpinan di bawahnya. Salah jika Iblis dan Syaitan berbuat baik kerana fitrahnya memang untuk mengajak manusia berbuat jahat. Dan Jibril pula ialah Ketua Kebaikan dan kepatuhan. Di bawahnya juga ada pimpinannya.

      Delete
    4. Bukalah mata wahai manusia dan rasailah Kasih SayangNya...

      Janganlah kita menjadi umat manusia yang sombong dan berlagak seperti Tuhan dan menghukum manusia lain. Ada sesuatu yang tidak kena dengan pemikiran umat Islam dan semakin hari ia semakin berpenyakit dan membengkak. Kerana apa? Kerana kebencian terhadap orang kafir. Kerana kebencian terhadap kumpulan-kumpulan pendosa yang kotor dengan timbunan dosa-dosa. Kerana merasakan diri itu mulia kerana 'telah beriman kepadaNya' walhal keimanannya juga adalah rapuh kerana beriman tapi tak mahu mengenaliNya.

      Worldview yang selama ini umat Islam bina dan kemudian ia ditanam kemas ke dalam hati anak-anak orang Islam atau dengan ertikata lain ajaran yang dibawa turun temurun hasil kajian ulama-ulama yang tidak cukup menyeluruh kefahamannya terhadap Al-Quran kini ditelan bulat-bulat dan memaksa umat Islam menelannya tanpa mempersoalkannya adalah suatu pandangan hidup yang bukan 100% benar. Jangan kamu wahai para ulama' dengan sewenang-wenangnya membawa dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai senjata untuk menegakkan pendirian kamu yang sempit itu. Malah dengan pendirian-pendirian kamu yang cetek itu kamu menggunakan Ayat-ayat suci ini diambil dari mana-mana petikan tanpa pengertian yang benar kemudian kamu menghukum manusia lain tanpa hak. Kamu wahai ulama..membuat fatwa-fatwa yang tidak cukup matang dan menambahkan lagi kekeliruan manusia terhadap kebenaran. Kamu gunakan ayat-ayat untuk melindungi nafsu kamu dan kepentingan manusia yang tamak.

      Demi Allah dan KekuasaanNya dan Demi Waktu...
      Kamu akan diperangi oleh segolongan manusia yang benar-benar memikul kebenaran yang datang dari Tuhan mereka.

      Kamulah sesungguhnya keldai yang memikul Kitab-kitab. Kamu tidak benar-benar mengambil pengajaran darinya malahan kamu menggunakan kitab-kitab untuk kepentingan kamu.

      Dan kamu wahai para pendusta agama... mengapa kamu tidak memikirkan sedalam-dalamnya tentang isi kandungan Al-Quran sebelum kamu menyebarkan agama? Kamu memberi fahaman-fahaman yang salah kepada manusia sehingga mereka beriman kepadanya.

      Sudah terlalu lama umat Islam bergelumang dalam penyakit. Penyakit apa? Penyakit malas nak berfikir. Penyakit bersangka-sangka buruk kepada orang kafir. Penyakit merasakan mereka lagi benar dan yang paling parah ialah mereka benar-benar merasakan bahawa mereka disebelahi Tuhan mereka.

      Keluarlah dari pemikiran yang jumud ini wahai sekalian kamu umat Islam. Bukalah fikiran kamu dan lihatlah betapa Allah itu Maha Penyayang. Aku sedih semakin hari semakin ramai orang yang masuk campur dalam hal agama tapi mereka cuma memandai-mandai dalam hal kebenaran. Aku sedih saban hari semakin ramai pelajar lulusan agama namun mereka hanya belajar ikut-ikutan dan percaya juga ikut-ikutan. Ditelannya semua kata-kata ulama tanpa berfikir dan tanpa timbangtara kebenaran yang dipikulnya. Dan aku semakin sedih... fahaman ikut-ikutan ini disebarkan ke serata alam seolah-olah merekalah yang paling benar dan semakin hari ketaksuban umat Islam dengan ajaran ulama-ulama yang tidak besar jiwanya semakin hari semakin menular di kalangan masyarakat.

      Aku tidak mengatakan akulah yang paling benar namun apa yang aku katakan ini adalah apa yang benar-benar berlaku. Kini agama Islam semakin dikomersilkan. Ia menjadi tidak asing lagi. Sedangkan di akhir zaman yang lalu Islam akan kembali asing. Kebenaran itu akan menjadi asing di kalangan masyarakat. Kedengaran aneh jika seseorang mengatakan yang hak pada zaman ini. Terpulang kepada kamu wahai manusia untuk mempercayai kata-kataku ini ataupun tidak. Kerana aku tidak memaksa dan memang tiada paksaan dalam bekepercayaan. Aku tetap akan hidup seperti biasa namun aku rela menjadi asing pada zaman ini kerana aku tidak suka pada yang palsu. Selagimana ia palsu...aku pasti akan hancurkannya di dalam diri aku walaupun orang lain mahu berpegang teguh padanya. Kerana aku adalah raja kepada diriku sendiri. Tiada siapa dapat menghalang aku untuk percaya apa yang aku mahu percaya.

      Delete
  39. Bosannya aku sendiri di sini...=(
    Annur...ko kat mana?

    Penat juga nak memberitakan rahsia kehidupan ni. Abis nak buat macam mana dah aku turun padang untuk khabarkan cerita-cerita ini pada kamu semua. Kalau tak nanti semua tak tahu permainan kehidupan ni. Aku tak peduli orang nak cakap aku ni memandai-mandai ke... buat-buat cerita ke. Untuk menerima tu terserah. Aku tak masuk campur sebab itu bukan urusan aku. Aku tidak membawa ajaran-ajaran baru jika kalian mahu label aku sesat. Aku cuma memberitakan hukum-hukum alam yang bersimpang siur mengikat kehidupan. Sebenarnya yang tercampak ke sana ke mari adalah jiwa. Cuma sarungnya terkadang berbeza kerana ia bergantung pada fungsi kelahirannya pada kali itu. Yang diuji juga adalah jiwa. Malaikat..syaitan..binatang...unsur alam semua ini adalah alam dalam jiwa untuk dikendalikan dan diletakkan ke tempat yang sepatutnya.

    Apa beza kami dengan jiwa-jiwa yang lain? Kami adalah sekumpulan jiwa-jiwa yang hanya sesama kami yang saling memahami kerana buat pengetahuan semua kami sekumpulan akan turun bersama-sama maka setiapkali kelahiran kami akan bertemu dengan kawan-kawan dan musuh kami pada kelahiran yang saling berdekatan waktunya. Pertembungan setiap kami itu juga pasti.

    Aku bukan cakap besar tapi kamu sebenarnya wahai manusia amat beruntung kerana aku beritakan semua ini kepada kamu dengan detail sehingga kamu boleh nampak corak permainan kehidupan ini. Mungkin setelah aku mati barulah ada jiwa-jiwa yang terpilih dan terpanggil lalu dibukukan kata-kata aku dan dijadikan pedoman manusia. Kamu nak kata aku sombong ke apa ke...katalah..kalian ada mulut kan? Hahahaha...

    Comelnya kamu wahai manusia. Cukup-cukup manja dengan Tuhan. Naif dan kebodoh-bodohan. hahaha.... Geng kami sebenarnya memang suka menyakat manusia. Aku malas nak sakat lebih-lebih. Kesian. Dari langit aku tengok member aku dah turun..aku pun turunlah apa lagi. Mana boleh tahan tengok teman sepermainan turun bermain sendiri di muka bumi. Sebelum tu pegi ofis dulu tengok Boss bagi keje apa. Lalu aku turun dari dimensi ke dimensi sehingga sampai ke muka bumi. Ah...sekarang aku dah ingat macam-macam. Korang manusia kat luar sana jangan ingat aku boleh tertipu dengan tipu daya dan kebodohan kalian. Aku pun bodoh juga..cuma Tuhan sorok-sorokkan je bagi tak nampak. Iya kan? Kita semua sama-sama bodoh kan? Hahahahhaha...

    Hoi The Immortals yang lain! Korang semua kat mana? Main nyorok-nyorok ke? Kurang asam semua turun pakai topeng. Berlakon kuat la korang ni. Macam-macam watak aku jumpa. Tapi kali ni The Immortals jadi manusia biasa. Ada yang jadi technician...ada yang jadi tukang kebun.. ada yang jadi pensyarah...ada juga yang tak jadi apa menganggur je...hahahhahaha...aku nak ketawa sangat ni....

    Wei....! Seronoknya main atas muka bumi ni hoi....
    Tengok manusia main perang-perangla...semua kelam-kabut ketakutan nak perang dunia ketiga. Manjanya kamu wahai manusia...takleh luka sikit..tak leh calar sikit nanti mengadu kat Tuhan. Sikit-sikit mengadu. Dasar manja! Wei...lasakla sikit. Apa ni cerita lebih nak jadi pejuang akhir zaman. Korang ni semua bermimpi tau tak? Berjuang kat facebook mengata orang lain tak sudah-sudah.. Ya Allah...mana peginya jiwa-jiwa pejuang atas muka bumi ni?

    ReplyDelete
  40. Aaaaa...mengantuknya petang-petang macam ni... Annur kata dia sibuk tengah tangkap gambar pokok kat nursery untuk buat report. Dah aku membebel sorang-sorang kat sini macam orang sasau. Masalahnya mulut aku ni tak boleh berhenti bercerita pada manusia. Nonstop. Adoi...aku kesian. Ramai yang bertanya pada aku nak tahu macam-macam. Aku pun ceritalah. Agak-agak mana yang patut aku tambah asam garam sikit baru cukup rasa. Seronok wei main lompat-lompat dari satu alam ke alam yang lain... patu seronok uniform kitorg kadang-kadang jadi air...kadang-kadang jadi burung... kadang-kadang tembak guna petir...huhu...korang nak mintak keje dengan Allah tak? Aku rasa ada banyak jawatan kosong cuma masalahnya kelayakan korang tu tak tahu mencapai standart ke tak. Aku tak berlagak... aku cakap yang benar... korang kena belajar komunikasi dengan Boss. Kalau itu pun tak lepas apatah lagi nak upload macam-macam ilmu hebat dari Allah? Bukan mudah wei nak jadi Khalifah. Korang kena sepenuh jiwa...raga...hati...ah...semuala.. semua ni kena digunakan dengan paling optimum malah lebih dari had yang ada. Barulah layak nak jadi geng The Immortals. Patu satu lagi.. korang kena ada hati kering... Ada dalam cerita hayat-hayat yang lepas kitorang main bunuh-bunuh. Kena bunuh betul-betul tau. Kalau kata kena memimpin negara...maka kena pimpin betul-betul. Allah tak nak amek pekerja yang malas-malas buat kerja ala kadar ni.. Oh lupa nak bagitahu... The Immortals juga dikenali sebagai Kumpulan Ikhlas. Dengan Ikhlas ni la yang membuatkan kami dapat menembusi mana-mana dimensi alam hatta bertemu dengan Tuhan. Iblis dengan syaitan pun bagi greenlight je suruh masuk. Malah jangan tak tahu... Iblis and the Gang pun jadi kawan kitorg jugak kadang-kadang. Kadang jumpa Azazil panggil hoi hoi je... Patu salam...sebab lama tak jumpa. Azazil ni korang jangan salah faham. Dia memang lepak kat neraka. Korang ingat dia heran ke Allah nak masukkan dia ke Neraka? Jiwa-jiwa yang lembik je yang tak tahan duk neraka. Jiwa yang kuat pun duduk jugak tapi sebab dorg tau dorg ada tarikh keluar maka dorg kuat-kuatkan hati je. Huhuhu...aku menyampah dengan betina-betina sundal dalam neraka tu. Isyk...gerammmnyaa... Sebab dulu dorg sibuk keliling boyfriend aku. Jangan tak tahu time tu boyfriend aku Syaitan. Huhu.. handsome..gagah perkasa..bajunya diperbuat daripada api...dia main sembur-sembur api guna tangan je. Dulu Tentera Ababil tu dia yang yang lead. Tu lagu Hotel California tu syaitan-syaitan dalam lagu tu semua kawan-kawan lama dia. Heh...seronok jadi the Immortals ni. Allah...semua kenal. Semua hormat kat Dia walaupun Iblis kalau nak buat apa-apa mintak izin dari Dia tau. Korang ingat apa. Dialah The Source untuk kitorg upload apa-apa yang diperlukan. Dia akan mencukupkan kami dengan semua keperluan. Tinggal nak bawak watak dengan baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dalam filem kan? Hmm...dah memang manusia diilhamkan dan diberitakan tentang The Immortals tu sebab kami jadi top dari zaman ke zaman. Sebab kami memang jiwa-jiwa yang sangat-sangat hebat. Allah kagum dengan jiwa pejuang. Dulu awalnya kami jadi jinn dan kami juga dipanggil Dewa dan Dewi. Dari Tanah Nusantara ni kemudian kami berpindah pula ke Mesir...kemudian Greek...China...ahh...banyak tempat kami dah pergi. Kat medan ujian yang lain pun ada. Cantik alam ni. Ya Allah...tak tahu nak cakap apalah. Macam-macam manusia dengar tentang kehebatan kami. Tapi kami juga melalui kepayahan yang berganda-ganda susahnya dari ujian manusia biasa. Kalian tak akan tertanggung. Kerana jiwa-jiwa kami besar. Kami punya kapasiti yang besar untuk menerima kadar ujian yang sesuai dengan jiwa kami. Para Nabi juga adalah di antara watak-watak yang The Immortals bawak. Cuma zaman tu zaman putih. So main watak putih la..huhu..kata pelakon maya yang terhebat..hmm..korang kenal siapa Muhammad yang kalian angkat sebagai Rasul tu? huhuhu...rahsia..cukuplah apa yang korang tahu dan beriman tu. Tak boleh tahu lebih-lebih. Memangla Allah sayang kat dia. Tapi Allah pun sayang kat kitorang jugak. Kitorang tak jealous pun. Amekla..huhu..para Wali juga ramai yang ikut dan jadi orang-orang bawahan dia. manja semuanya..sikit-sikit mengadu...sikit-sikit bodek mintak nak itu nak ini...kitorang tak geng dengan wali-wali ni. Dorg ni semua acah-acah baik. Nak bersih-bersih je tak nak kotor-kotor. Kitorang lain. Lasak dan sangat suka bermandi darah...wuuu....best...hangatnya darah memancut keluar. Lagi-lagi dapat memancung kepala musuh. Puas hati.

      Delete
    2. Hm...korang tak nak tanya apa-apa ke? Aku tahulah aku ni macam makhluk asing di kalangan kalian. Korang ingat aku ni berseorangan ke? Yang lain-lain cuma tak bersuara je. Sbb malas nak layan manusia busuk dan sombong macam kalian. Rasa diri tu benar sangat. Tu ha...Mistisfiles...dengan Pengetahuan Rahsia dorg tu. Macam bodoh je aku tengok. Yang Srikandi pun macam selenga ikut telunjuk dorg. Wek...rahsialah sangat...nak berguling-guling aku ketawa kat sini... umat Islam yang bodoh tak boleh nak diajar...Yahudi pulak yang disalahkan. Bodohnya... selalunya aku tak tunjuk siapa aku. hehheehe..tapi kadang-kadang terkeluar jugak kepala shot Si Kali tu...wek dengan lidah terjelir....sebab mengejek manusia bodoh sangat....sory-sory. Aku malas nak panggil Kali ni dalam diri karang habis semua kena maki hamun.

      Hmm...seronok dapat kenal diri ni. Kalian bila lagi nak mulakan perjalanan proses mengenal diri? Ilmu Sufi takdelah hebat sangat kot sikit-sikit nak scan orang. Cubalah scan aku....jap lagi ada yg jelir lidah...hehhe..kalau korg nak mengenal diri sendiri...meh sini aku ajar. Pi baca blog aku ni sampai katam. Aku punya style tak macam sufi nak kena baiah-baiah dengan guru. Macam bagus je. Huhu. Aku bagi free je kat korang tak payah nak sanjung-sanjung aku. Korang curi ilmu aku pun aku tak kisah. Ameklah..tak luak pun. Takde apa aku nak berlagakkan pun. Sampai masa semua aku pulangkan kat Allah apa yang aku ada ni patu aku rehat. Macam tulah setiapkalinya. Pulang dengan kekosongan. Tapi ada jugak yang Allah tak amek pergi. Nak tahu apa? RASA. Dalam tu tersimpan semua memori-memori lama kami. Senang je kami nak kenal diri. Sebab kami punya taktik untuk selit-selitkan Clue kat sana sini sebelum kami mati. Jadi bila kami datang balik asal jumpa tanda je nanti kami ingatlah apa yang perlu yang kami simpan dari hayat yang lepas. Tu ha...patung-patung dan gambar-gambar tu. Semua ada makna. Rahsianya kami saja yang tahu. Nak tahu satu perkara? Patung-patung kami tak akan tumbang atas muka bumi ni. Satu korang hancurkan beribu-ribu pengikut-pengikut kami akan dirikan. Lagipun kami simpan Dark Shadow kami dalam patung tu. Kira macam tempat simpanan kami jugaklah. Huhu...korang tak akan jumpa orang macam aku ni yang berani cerita macam ni. Dan korang tak akan jumpa cerita macam aku ni kat mana-mana. Siapa kat luar sana yang boleh sambungkan puzzle macam ni? Tak akan. Korang cuma akan mendengar cebisan-cebisannya di sana sini. Namun hanya yang haqq sahaja yang mampu sambung.

      Delete
  41. Abes kalau akak tak cerita sapa lagi nak cerita kat korang? Ada ustaz datang cerita macam ni kat korang ke? Potong jarila wei..tak akan ada. Hanya yang haqq yang mampu.

    ReplyDelete
  42. Ahhh...bosannnnn.....
    Mana kawan-kawan yang lain...kesiannya aku...dh jadi shot mcm ni takde orang nak kawan...huhu...tapi aku tetap aku...huhu

    ReplyDelete
  43. Manusia biasa siapalah yang mahu berkawan dengan makhluk asing macam aku...kata mereka aku ni gila...

    Rela aku dikatakan gila demi meraih Cinta dariNya..

    ReplyDelete
  44. Aku kena menerima hakikat yang aku ni memang tak sama dengan manusia lain. Kekok rasanya nak hidup sebagai orang biasa. Semua rasa macam tak betah. Rupanya hebat manusia biasa ni. Sebab hidup riang ria tanpa fikirkan pengertian. Aku tak mampu hidup seperti mereka. Pergi kerja dan balik kerja dan masa dibiarkan berlalu tanpa pengertian yang mendalam.

    ReplyDelete
  45. Bila dah menyelami diri sendiri ni...lama-lama nak jadi diri sendiri pun rasa kekok. Iyalah dulu namaku berbeza. Watak dan peranan juga berbeza. Kini aku harus lagi belajar untuk menjadi Muhdalena Ahmad. Seorang yang bukan siapa-siapa dalam masyarakat. Aku harus membentuk hidup watak kali ini dengan sehabis baik. haa.......sigh.....

    ReplyDelete
  46. Marilah....berteman dengan aku...
    Kalian tak sudi ke? Aku ada dosa dengan kalian ke? Janganlah risau....sbb karma buruk tu nanti akan mengejar aku jika benar aku ada berbuat salah dgn kalian.

    Ajarkan aku bagaimana untuk menjadi manusia biasa. Kekoknya rasa. Kawan-kawanku hanya bercerita tentang kehidupan seharian mereka dan masalah-masalah hidup mereka. Manalah mahu berteman denganku dan bercerita tentang hakikat kehidupan. Bosan barangkali topik ini bagi mereka. Berat sangat ke cerita tentang apa yang aku minat? Aku tak seperti mereka. Kerja dan gembira. Kemudian ada duit pergi bershopping barang idaman mereka. Kemudian pulang ke rumah. Setiap masa update facebook mereka dengan status harian mereka. Aku tak tahu bagaimana caranya kerana aku tak selesa jadi seperti itu. Aku akan cuba semampunya aku untuk jadi manusia yang sesuai dengan zaman ini dan menyumbang apa yang aku ada kepada manusia. Tapi aku tak akan berjaya menjadi manusia yang tipikal apatah lagi sebagai muslimah yang sejati. Aku tidak sempurna. Tapi aku selesa menjadi diriku sendiri. Yang suka berfikir. Yang suka melihat dan mengagumi keindahan alam. Yang menyanjung cinta sejati. Yang kalah kemudian bangkit kembali. Mereka kata aku kuat. Barangkali. Tapi yang pasti aku tak suka mengalah kerana itu bukan sifat aku. Pantang aku menyerah dengan hidup. Jatuh bangun itu adat. Namun bukan pengakhiran yang menjadi soal kemenangan dalam hidup. Tapi bagaimana kita lalui kepayahan hidup itulah yang mempunyai erti lebih dari kejayaan di pengakhiran kerana dalam melalui hidup kita akan mengutip banyak intan permata dan mutiara yang berkilauan untuk dijadikan perhiasan diri. Bukan harta dunia tapi pengalaman yang berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakikat Kehidupan.bagus tajuk ni,dlm tampak bersatu boleh mengeluarkan bicara?hakiki hidup lagi mengidupkan jiwa2 suci

      Delete
    2. Kamu nak apa? Huhu... apa maksud kamu 'tampak bersatu boleh mengeluarkan bicara' ? Cuba terangkan pada aku. Aku bukan Tuhan yang tahu semua. Ada-ada masa aku bodoh juga. huhu...

      Hidup The Immortals!
      To Glory and Victory!
      Cheers..!

      Delete
    3. Maaf lah Cik mayang sari. kalau bicara nya tampak faham akar permasalahan?Bodoh ke pandai tiada dlm immortal.Saja sahaya suka baca luhan cik sari disini!Tertara bicara dlm pengertian hakikat hidup menuju ke asalan.boleh cik sari lanjutkan bicara nya berserta dengan tampak mengeluarkan.

      Delete
    4. Tinggi sungguh bahasa kamu sehingga aku hampir-hampir tak faham. Barangkali juga aku tak faham. hahaha...

      Namun begitu... jika BUKTI yang kamu maksudkan... begini ceritanya...

      Aku datang ke tengah-tengah masyarakat maya (di internet) dengan membawa fakta-fakta kehidupan yang telah hampir dilupakan manusia sejagat. Kelahiran semula adalah suatu hukum alam yang bermain dengan proses keluar masuk jiwa ke dalam jasad dan ini berlaku tanpa henti. Hal ini melibatkan hal-hal ghaib yang tidak dapat dibuktikan dengan mata kasar namun hari demi hari pencarian dan penemuan sains mula membuktikan segala kata-kataku. Dan waktu akan membawa kita semua dengan bertemu dengan fakta-fakta sains yang menyokong kata-kataku. Allah mengilhamkan ramai manusia tentang jiwa-jiwa hebat The Immortals dan kisah mereka terdengar dari zaman ke zaman. Kamu semua wahai jiwa-jiwa adalah immortal. Inilah hakikat kehidupan sama ada kamu terima ataupun tidak. Namun apakah yang membezakan kita semua? Allah mencintai jiwa-jiwa pejuang dan mengagumi mereka kerana kekentalan jiwa mereka dan dayatahan yang tinggi terhadap ujian-ujian. Kerana kita bermain dengan fakta yang melibatkan hal-hal ghaib dan jika katakan ada di antara kalian yang mahu bukti secara peribadi untuk pengesahan dalam diri kalian untuk menetapkan dalam diri sama ada mahu percaya ataupun tidak... begini caranya... kalian timbulkan pertanyaan itu di dalam diri kalian dan bertanya dengan Allah... jika ia benar maka mintalah petunjuk dari Allah untuk membuka hijab ''sedikit sahaja'' tentang kehidupan kamu yang lampau sebagai pengesahan untuk kamu yakin dengan fakta ini. Kamu seru diri kamu yang lalu untuk datang dan membawa memori supaya kamu ingat sedikit-sedikit. Tapi jangan terkejut pula nanti. Kamu harus bersedia menerima apa saja yang akan berlaku. Tapi aku tidak menggalakkan hal ini kerana bimbang kalian tidak mampu menanggung kesannya nanti kerana ini melibatkan Carbon Copy kamu yang lampau iaitu qarin kamu yang dulu. Dia tu jinn. Jangan buat main-main jika kamu tidak tahu mengawalnya nanti kamu pula yang terkawal. Mana tahu dulu kamu harimau ke...raksasa ke...mau tak haru kamu nak mengawalnya? HAhahahha....apapun janganlah lupa bahawa Allah ada untuk melindungi kita. Pandai-pandailah kamu deal dengan Allah. Aku tak masuk campur. Aku cuma menunjukkan jalan.

      Delete
    5. Siapa aku dan kawan-kawan aku yang dulu itu semua tidak penting untuk kamu. Kehadiran kami di tengah-tengah kamu bukan untuk membuktikan di depan kamu semua betapa hebatnya kami. Cerita tentang kami itu sekadar perkongsian. Untuk menilai kami itu terserah kami pun tak kisah kerana biasalah pengkritik ada di mana-mana di setiap zaman dan itu semua tidak akan menjejaskan siapa kami di mata Allah. Kami cuma menyatakan hal yang haqq namun tiada paksaan dalam kepercayaan. Ini adalah suatu haqq setiap manusia yang kami jelas dari dulu-dulu lagi. Jika ramai orang yang sembah patung dan tidak beriman pada Allah hidup bersama-sama kamu...kamu tiada hak untuk menyembelih orang itu hanya kerana dia tidak percaya apa yang kamu percaya. Ini adalah hak setiap manusia. Maka mahu ataupun tidak...umat Islam yang sombong ini haruslah menerima mereka sebagai masyarakat yang hidup bersama-sama di atas bumi yang sama. Kamu tahu atau tidak...suatu masa dahulu di kala hukum alam kelahiran semula ini diterima semua umat manusia di atas muka bumi ini...Umat Manusia adalah UMAT YANG SATU. Namun setelah Allah mengubah corak pusingan alam... hal ini mula perlahankan dighaibkan dan cara hidup masyarakat aman damai mula ditonjolkan kerana pada zaman itu terlampau teruk insiden-insiden yang melibatkan pertumpahan darah seolah-olah jasad itu tidak bererti.

      Delete
    6. Aku masih muda dalam perjalananku kali ini dan aku sudah mula persiapkan diri dengan fakta-fakta dan hujjah-hujjah untuk menegakkan kembali Kebenaran ini. Aku bukan seperti manusia pengecut di luar sana yang tahu tapi berdiam diri. Hakikat Kehidupan ini mulai terbuka dalam diri ramai orang di luar sana yang menyebabkan ramai yang mulai hilang arah tuju dalam hidup kerana persoalan demi persoalan dalam diri akan mula muncul. Dan dia akan lebih tertekan jika diri yang yang dulu datang menerpa padanya dan mahu berteman dengannya. Mulalah macam-macam tanggapan timbul terutama masyarakat Melayu. Sakalah... orang dengki hantar jinn lah.. apa lah...padahal itu adalah bayang-bayangnya yang dulu. Dia tak akan mati. Dan kamu angkat sumpahlah macam mana sekalipun dia akan tetap mengekori kamu. Mana ku tahu itu qarin-qarin kamu yang dulu. Bukan salah aku dan bukan salah sesiapa.

      Hal ini semakin kerap berlaku kerana semenjak 2012 'Balang yang berisi Qarin-qarin jiwa sudah pecah dan kini Dark Shadows ini bertempiaran keluar mencari tuannya. Kerana perkiraan waktu telah menetapkan bahawa sudah masanya Hakikat Kelahiran Semula akan tertegak kembali di tengah-tengah umat Manusia. Ada sebabnya jika kamu lihat mengapa semakin banyak pula kuil-kuil hindu yang mempunyai banyak patung mula didirikan. Tarikan alam membuatkan semua ini berlaku walau sekuatmana pun umat Islam membencinya. Untuk pengetahuan kamu semua... patung-patung ini ada fungsinya. Gerombolan Qarin-qarin yang dilepaskan akan mula mencari jasad untuk didudukinya ataupun dia akan berkongsi jasad yang jiwa tersebut gunakan. Maka tidak hairanlah jika kita dengar mana-mana hamba Allah yang dirasuki jinn. Jinn-jinn ini yang dinamakan qarin mahukan jasad dan tanpa kita sedar dengan didirikan banyak patung-patung walaupun tanpa kerelaan kita..akan membantu menstabilkan alam kerana jinn-jinn ini masuk ke dalam patung-patung tersebut. Seringkali juga kita mendengar ada mereka yang tersampuk jinn setelah lalu di kuil-kuil. Iya bukan?

      Delete
    7. Aku tiada daya apa-apa untuk melawan hukum alam. Aku hanya menyatakan yang benar sama ada kamu suka nak percaya ataupun menolak aku. Aku tak akan berhenti. Aku perlukan masa untuk menghuraikan banyak misteri alam yang tidak dapat dijawab oleh ulama-ulama Islam dan juga ramai pendeta-pendeta dari agama yang lain. Selama ini kamu hanya mendengar dari mulut bukan Islam tentang kelahiran semula. Namun kini ramai jiwa-jiwa yang lahir sebagai umat Islam mulai dibuka hijabnya tentang hakikat ini. Suka aku nyatakan pada kamu wahai pembacaku... aku bukan seorang sahaja yang tahu tentang perkara ini. Semakin hari semakin ramai mereka yang mengakui hakikat ini. Kamu jangan sombong wahai umat Islam. Syurga bukan untuk kamu sahaja. Allah itu adil pada semua. Kamu mahu marahkan aku? Marahlah pada diri kamu sendiri yang egois dan sombong. Aku tak kenal kamu jika kamu mahu datang menyerang aku. Kamu boleh pergi. Aku tak takut cuma aku takut tak dapat menahan kemarahanku kerana kebodohan kamu lalu aku risau aku akan memaki kamu dengan teruk disertai dengan sumpah-sumpah. Jika yang haqq itu di tangan aku maka sumpahanku akan terkena pada kamu kerana kamu berhak menerimanya. Maka jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Jika kalian bukan Jauhari yang tahu mengecam manikam maka ada baiknya kalian mendiamkan diri sahaja sebelum hujanan kata-kata tajam dari aku datang menghentam jiwa-jiwa kalian sehingga lemah dan membuatkan kamu bagaikan merangkak keluar dari rumah aku ini. Siapa yang kenal aku tak akan berani memperbodoh-bodohkan aku. Namun jika kamu mahu bertanya kerana mahu tahu dan barangkali mahu berteman dengan makhluk asing seperti aku... silakan. Kecil tapak tangan... lautan luas aku tadahkan. Kepada pembaca baruku... aku ucapkan selamat datang buat kalian. Dan selamat membaca.

      Delete
  47. Huh...boleh tahan juga ya prestasi kerja aku sebagai pendeta dan pujangga ni ya. Sedar tak sedar dah banyak aku melalut sampai berbulan-bulan. Nanti aku dah mati jangan lupa segala penulisan aku ini harus dibukukan dan dijadikan pedoman hidup. Mana ada manusia lain yang bernama Muhdalena Ahmad yang serupa dengan aku. Maka pasti tentu ada sesuatu yang unik tentang aku untuk dikongsikan dengan orang ramai. Aku tak malu jika mereka kata aku perasan. Ada aku kisah? Aku memang manusia yang cukup-cukup perasan hebat. Jika manusia immortal seperti aku mengaku lemah...jatuhlah standart aku. Aku hanya mahu mengaku lemah depan Allah je. Depan manusia mestilah aku tunjuk hebat. Kalau aku tunjukkan kebodohan aku habislah aku dipijak kalian. Memanglah ada banyak kebodohan aku dalam hidup dikalangan manusia. Sebagai contoh...Amuk di JPM. Hahahhaha....nanti aku pulang pasti akan diketawakan teman-teman immortal yang lain dan ditunjal kepala habis aku nak buat macam mana. Memang tugas Shiva dan Shakti mengamuk dan mengejutkan dunia dari tidur yang lena. Barulah Malaysia reti nak mempertahankan benteng negara. Barulah hebat di mata dunia. Kata Bangsa Diraja pertahanan haruslah kukuh. Kalian kata jelah aku ni gila. Senjata api aku rempuh selamba. Memang aku dah gila. Gila kerana melihat dunia berantakan. Gila kerana umat Melayu jadi penunggu Imam Mahdi. Gila kerana manusia tak mahu gunakan otak untuk berfikir. Gila kerana melihat manusia semua gila nak jadi penghukum bagaikan diri tiada dosa. Gila kerana melihat manusia merendah-rendahkan kebesaran Tuhan. Gila kerana melihat manusia buat kerja main-main. Gila kerana manusia lupa siapa dirinya. Aku gila melihat manusia yang dikatakan waras namun gila pada kelakuannya yang hilang kewarasan dan nilai kemanusiaannya. Ahhh......aku tak akan mengalah pada semua ini. Sekalipun aku hanya melalak di Blog... aku berpuashati kerana aku punya ruang untuk bersuara walaupun ku tahan separuh di dada. Jika bukan hari ini manusia yang berpengertian datang dan membaca blog aku... mungkin satu hari nanti. Sekalipun cuma hanya seorang manusia yang datang dan mengutip kata-kataku di sini lalu dia kongsikan dengan yang lain itu pun dah cukup berjaya buat aku. Jika tidak...cukuplah adikku sebagai peneman yang cukup-cukup memahami aku dan semua perbuatanku serta pemikiranku. Kerana dia kenal siapa aku.

    ReplyDelete
  48. Mengapa jasad perlu mati, musnah, hancur? Segala2nya adalah cahaya. Jasad adalah cahaya yg mampat pada frekuensi & vibration yg rendah. Tapi jasad ini boleh ditransform jadi cahaya semula bila ketumpatan cahaya dikurangkan. Balik ke zero point energy. Bila dh jadi cahaya , adakah cahaya akan hancur?

    Maka, selagi ada hayat carilah suis untuk control tahap tahap vibration, frekuensi dan getaran. Bila kita boleh adjust kalau frekuensi & vibration zarah2 jasad, kita boleh masuk dalam frequency band cahaya @ dimensi2 alam yg kita mahu. Contoh terhebat dlm ilmu ini ialah Nabi Isa dan Nabi Khidir.

    Pernah dengar orang dulu yg zuhud & wara'yg mati tapi jasad hilang? Sbb jasad telah 'lebur' dalam cahaya. Bersatu Zat & Sifat, tidak bercerai tanggal.

    Immortals mati & lahir kembali berulang2 kali sebab diberi peluang untuk dapatkan satu sarung (jasad) yg 'permanent'. Bila 'mati' bawak balik sekali jasad yg sudah menjadi cahaya (bersatu zat & sifat), barulah diizinkan berehat. Barulah boleh disangkut kat 'spider web' tu.

    Alang2 nak dedah rahsia dedahkan aje semuanya MS. Kenapa ada delete2 komen sendiri ? Teruskan aje. Lagipun MS ada lesen besar dari Dr. Ramai immortals yg baru nak 'terjaga' membaca ruangan ni. Bagi faham betul2..

    La Maujudun, La Hayyun, La Alimun, La Qadirun, La Muridun, La Samiun, La Basirun, Lamutakallimun Bi Haqqi Illalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang aku padam di atas adalah berkaitan dengan Institusi Ketuhanan di mana jiwa-jiwa yang hebat juga memegang jawatan-jawatan dalam organisasi tersebut. Nanti aku cerita lagi pasal ni.

      Delete
    2. Untuk mengubah frequency dan vibration zarah-zarah jasad sang immortal menggunakan kuasa Percaya dan Yakin yang amat tinggi sehingga membuatkan dirinya mampu menembusi lapis-lapis hijab yang tebal yang mengasing-asingkan alam-alam. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang difilemkan oleh orang Barat adalah perkara yang benar seperti lohong langit yang menjadi jalan pintas dan tempat turun naiknya malaikat. Semenjak akhir-akhir ini pintu langit terbuka dan menyebabkan banyak jiwa-jiwa hitam yang turun ke muka bumi kerana ketidakstabilan alam yang mengakhiri Zaman Putih. Masa untuk kepimpinan Golongan putih seperti Para Nabi dan Wali-wali sudah tamat tempoh dan kini dunia sudah mulai dimasuki jiwa-jiwa para dewa dewi dan juga geng-geng immortal yang lain juga ramai yang turun ke muka bumi untuk membantu menstabilkan alam yang sedang bergoyang kerana ketidakstabilannya. Sebenarnya satu rahsia yang umat Islam tidak tahu dan juga orang-orang di Barat... ZAMAN atau masa golongan putih telahpun kiamat. Bermaksud masa mereka sudah berakhir di mana alam-alam yang ditanggapi manusia ataupun matrix-matrix palsu yang dibina oleh manusia telahpun kiamat dan dimensi matrix binaannya mulai runtuh kerana kepercayaan manusia terhadap alam dan kehidupan mulai berubah. Ini juga dinamakan kiamat. Pada akhir zaman yang lalu baru-baru ini ramai jiwa-jiwa besar yang memegang alam turun beramai-ramai untuk mengubah putaran alam dari kiri ke kanan berubah menjadi kanan ke kiri. Dari zaman putih kepada zaman hitam. Masa kepimpinan para nabi sudahpun tamat kini bermula pula zaman dewa dewi. Sudah juga aku terangkan di post-post yang lalu kumpulan immortals ini bukan Tuhan tapi mereka adalah manifestasi sifat-sifat dominan Tuhan. Sifat mereka jelas berbeza-beza dan ini juga yang membuatkan jawatan yang mereka pikul di Institusi Ketuhanan juga berbeza-beza. Dominant Coalition adalah kumpulan Dewa Dewi Trinity berkembar yang membentuk Bintang Daud ataupun Star of David. Kuasa Kehendak dan Percaya yang tinggi membuatkan mereka mampu mengetuai kumpulan immortals yang lain memegang alam bersama-sama dan menolak putaran alam kerana tiang alam sudah bergegar dan hampir-hampir roboh kerana ramai jiwa-jiwa yang sakit lalu kutukan-kutukan mereka semakin merosakkan alam dan berantakan.

      Delete
    3. Kehadiran para Immortals dan juga BintangTrinity berkembar ke atas muka bumi adalah sebagai rahmat dan belas kasihan Tuhan kepada jiwa-jiwa yang menderita kerana meraba-raba dalam kegelapan tanpa Cahaya. Kumpulan Immortals dan Bintang Trinity Bertindan membawa pecahan-pecahan 9 warna cahaya dan cahaya-cahaya inilah yang mulai menerangi alam.

      Delete
    4. Mari kita kembalikan Cahaya Tauhid ke atas muka bumi ini dengan mengubah persepsi kita terhadap alam dan kehidupan melalui proses mengenal diri sehingga terbuka pintu-pintu hati dan menyedut Cahaya dari The Source dan kemudian masuk ke dalam jiwa kita yang kosong kemudian mengeluarkan Cahaya-cahaya ini dan menyebarkan ke serata alam sebagai pengubat kutukan jiwa-jiwa yang lara. Mari kita satukan gelombang Cahaya ini dan menjadikannya semakin besar. Gelombang Cahaya ini adalah Gelombang Cahaya Kasih dan Sayang sebagai hakikat tertinggi Kalimah Ikhlas yang semua manusia dan alam perlukan. Diharap para pembaca turut menyertai menyumbang gelombang kasih sayang melalui mengenal diri dan memperbaiki diri dan sekeliling supaya cahaya yang dirembeskan keluar menjadi pecahan cahaya dan bersatu dengan gelombang cahaya yang lain dan menjadi sempurna dan jernih.

      Delete
  49. Ralat "Bila kita boleh adjust frekuensi & vibration zarah2 jasad, kita boleh masuk dalam frequency band cahaya @ dimensi2 alam yg kita mahu"

    La Maujudun, La Hayyun, La Alimun, La Qadirun, La Muridun, La Samiun, La Basirun, La Mutakallimun FI HAQIQATI ILALLAH..

    ReplyDelete
  50. Kepada pembaca yang baru sekadar untuk highlight point. Berkenaan Ruh dan Jiwa adalah 2 perkara yang berbeza. Penerangan tentang kedua-dua ini ada diterangkan di dalam post yang lama. Ruh adalah umpama petrol yang melekatkan jiwa dan jasad dan ia berasal dari Kerajaan Langit. Tentang perihal penciptaan jiwa ada juga diterangkan. Sila rujuk post-post yang lepas supaya anda akan lebih jelas dengan entri kerana banyak point-point di entri ini yang memerlukan pengetahuan yang asas tentang siapakah manusia.. jiwa.. ruh.. jasad.. akal.. dan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimohon agar pembaca tidak skip pembacaan dan jangan malas untuk membaca. Jika tidak anda berkemungkinan besar akan mengalami kekeliruan dan membuatkan anda bertanggapan yang salah terhadap isi-isi penting yang aku terangkan. Konsep Cahaya ada juga aku selitkan di sana sini. Aku benar-benar berharap agar pembaca dapat meluangkan masa untuk membaca dan cuba untuk memahami apa yang aku sampaikan di sini. Aku juga membuka ruang kepada pembaca untuk bertanya pada aku jika ada apa-apa kemusykilan dan aku akan memberi penerangan jika aku punya ilmu yang kamu mahu.

      Delete
  51. Aku baru pulang dari Putrajaya. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang aku melihat alam yang luas ini dan melihat betapa Taman Permainan (Dunia) ini adalah sungguh real dan seolah-olah amat benar.

    Peraturan dicipta untuk dilanggar. Di dunia Immortal tiada istilah peraturan yang mengingat. Jiwa-jiwa The Immortal adalah jiwa-jiwa yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan sekalipun Hukum Karma. Mereka akan dengan selamba saja melanggar peraturan dan tidak menghiraukan malaikat yang mencatit itu dan ini. Kerana mereka adalah jiwa-jiwa yang berani menerima hukuman dan sanggup menjalani hukuman kerana dia tahu setiap apa yang dilakukan dan dilaluinya akan diberi pengertian di dalamnya dan dia sebenarnya sentiasa untung sama ada menerima karma buruk atau karma baik kerana jiwa-jiwa ini mempunyai potensi menukarkan semuanya menjadi manfaat yang menjadi makanan bagi jiwanya membesar sehingga dapat menampung alam-alam yang semakin membesar di dalam jiwanya. Jiwa-jiwa yang benar ataupun the Righteous Soul adalah Divine dan telah mengalami tahap Mokhsha ataupun Nirvana. Dia kembali ke muka bumi bukan untuk diuji seperti tahap-tahap manusia biasa. Mengenal diri ini adalah sesuatu perjalanan Infiniti bagi jiwa-jiwa. Keabadian itu adalah Infiniti di mana ia tiada penghujungnya.

    ReplyDelete
  52. MS. Ceritakanlah tentang Air Maul Hayat. Apakah itu 'Divine Orgasm' yg dilalui oleh mereka yg dapat meminum air itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ni buat aku nak terketawa saja... Hahahahah...kamu nak minum ke air tu? Aku cadangkan tak payahlah nanti kamu sedar macam-macam takut tak tertanggung saja. Ada banyak yang aku lalui cuma aku masih belum tukarkannya dalam bentuk istilah. Macam kamu kata Divine Orgasm tu..apa tu? Cuba terangkan kat aku. Biar jelas sikit...biar aku tengokkan. Bukan aku ingat semua. Mati woi kalau ingat semua. Infiniti. Tu sebab setiap kali kami selesai tugas dan pulangkan nametag dan uniform... semua ingatan kami disimpan dalam bentuk memori turut dipulangkan untuk disimpan rekodnya.

      Hmm...air maul hayat.... macam-macam manusia ni. Kalau aku ada kamu nak minum ke? Huhu... Nak jadi immortal ke? Larat ke tanggung?

      Delete
    2. Hanya jiwa yang benar-benar kuat mampu menanggung kod-kod infiniti yang dimuat turunkan ke dalam jiwanya. Jiwa-jiwa ini adalah pemimpin kepada jiwa-jiwa yang lain.

      Delete
    3. Air Immortal tu jika diminum ia akan membuatkan kamu sedar. Kesedaran yang tahap optimum. Kesedaran inilah yang membuatkan kamu mengerti semuanya dan membuatkan mata hati kamu terbuka seluas-luasnya sehinggakan kamu boleh larut dalam keEsaanNya. Agak sukar untuk menerangkan dalam bentuk kata-kata. Kerana hanya yang merasa tahu ceritanya.

      Delete
    4. Janganlah bertanya tentang abadi kerana kelak kau akan kerap menangis dan tidak merasakan keindahan hidupmu seperti manusia-manusia yang lain yang enak dibuai mimpi. Semua dari kita bermimpi dalam jaga mahupun tidur. Namun hanya insan-insan yang terpilih mempunyai hati yang sedar akan realiti. Maka tahulah kamu sekadarnya yang kamu mampu.

      Kami the Immortal adalah jiwa-jiwa yang sangat-sangat degil dan tidak mendengar kata. Allah Tuhan kami sangat mengerti kami dan kami juga puas mendapat belaian dan kasih sayang Tuhan kami. Kehadiran kami ke muka bumi adalah untuk mengembalikan Cahaya KeEsaanNya kepada manusia sama ada mereka sedar ataupun tidak. Kami tidak peduli manusia mahu berkata apa. Dan kami hanya ketawa melihat umat Islam yang marah apabila tugu-tugu kami didirikan di merata tempat. Kami benar-benar ketawa dengan sikap keanak-anakan yang manja pada diri umat Islam yang sombong dengan Tuhan mereka. Seolah-olah Tuhan itu hanya memihak pada mereka. Kamu siapa? Bukan main hebat lagi berkata-kata tentang Tuhan kami? Kami tidak dapat apa-apa berita pun tentang kamu yang mengatakan kamu adalah wakil dari Tuhan kami. Maka kamu di luar sana wahai ustaz dan ustazah...berhati-hatilah dengan apa yang kalian lakukan. Ingat pesanan aku. Sebelum turun ujian yang berat ke atas kamu.

      Delete
    5. Syuuhh... syuuuh.... Heh Dewi Kali masuk pulak... aku ni dah malas nak marah-marah orang...sory ek.. huhuhuhu

      Delete
    6. Tu la...kan aku dah cakap...jangan tanya pasal air immortal tu..
      Karang nanti semua watak-watak keluar. Nanti kepala otak jadi shot pulak. Sapala anon yang nak tahu sangat tu.. terima kasih kerana bertanya tapi aku tak boleh jawab lebih2. Aku kena menahan diri ni. Kerana kamu telah menanyakan soalan yang sensitif bagi kami. Ingat best ke jd Immortal ni? Rasa macam nak mati tapi tak mati-mati..

      Delete
    7. Maaf ya anon jika aku ni gila sikit. Aku harap jika pembaca mahu tahu maka ambillah ilmu yg aku beri sekadar yang kamu mampu hadam. Tinggalkanlah mana-mana yg mengelirukan kerana aku menampung ke semuanya dalam tidak tersusun.

      Delete
    8. Sebenarnya apa yg aku... annur dan khalil kongsikan di alam cyber ini terkandung banyak rahsia-rahsia sama ada akan dibongkarkan ataupun tidak. Cuma di antara mereka akulah yang bermulut cabul sikit. Huhu.. itu yang membuatkan aku tak boleh tutup mulut. Aku tidak menceduknya dari mana-mana pembacaan tapi aku menulis sesuatu yg ada dalam diri aku.

      Ya Allah apalah yang aku dah melalut tak berhenti-henti ni...
      Abes dh blog aku..aku melalutla...hehehe..
      Kawan-kawan aku yg seperjuangan masing-masing sibuk. Aku juga ditinggalkan kawan-kawan baikku kerana aku tak macam manusia biasa.

      Delete
  53. Aku tahu penulisanku bisa meruntuhkan dan menggegarkan kepercayaan kamu yang selama ini kamu imani dan aku tahu bukan semua yang mampu menghadam tulisanku dengan baik kerana kamu tidak akan dapat sebanyak ini dengan mudah sebagaimana yang aku kongsikan dengan kamu. Aku bukan berkata dengan sombong tapi ketahuilah wahai manusia...

    Tidaklah kami turun ke muka bumi ini melainkan kerana kasihan kepada kamu.

    Maka janganlah kalian berjalan di atas muka bumi ini dengan wajah yang sombong kelak nanti kalian akan tahu sama ada langit itu tinggi ataupun rendah. Aku juga dikenali di kalangan kawan-kawanku sebagai seorang yang suka melepaskan kutukan-kutukan. Kali is the Goddess of Cursing. Kalau kamu berani sombong depan muka aku dengan kejahilan dan kebodohan kamu maka bersedialah menerima kutukan dariku kerana aku tidak takut. Barangsiapa yang memikul kebenaran yang lebih dalam dirinya maka kutukannyalah yang akan menang. Ilmu Kun Fayakun bukan sesuatu ilmu yang diajarkan oleh manusia kepada manusia yang lain. Hanya yang berhak layak menerima kapasiti ilmu ini. Aku tidak berkata dengan sombong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalian semua kan ada Allah...minta saja pada Dia apa yang kalian mahu. Cuma itulah...hakikat kehidupan ni bisa membuatkan kita menangis dgn sedalam-dalam perasaan. Tapi aku rasa puas kerana ia membuatkan aku mengerti akan hidup ini.

      Delete
  54. Janganlah kalian ingat aku tahu semua. Aku rasa ramai kumpulan-kumpulan sufi di luar sana yang tahu lebih dari aku dan sangat merendah diri. Tak seperti aku yang suka berkata dengan sombong. Tapi cukuplah Allah mengetahui hati aku. Tapi aku tak akan lokek jika aku dapat sesuatu nanti aku kongsikan bersama kalian.

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Mungkin bagi sesetengah dari kalangan kita yang berpendapat bahawa aku tidak sepatutnya menceritakan semua yang aku kisahkan di sini. Tapi aku bukan jenis yang mampu menahan dan menyimpan semua kebenaran yang aku rasa semua patut tahu. Mengapa kenyataan ini harus disimpan secara rahsia? Dan aku juga mahu membongkarkannya dari sudut pandangan dan penemuan sains supaya manusia dapat melihat apa yang aku katakan ini dari sudut logik akal. Barangkali kalian fikir aku ini berbohong tapi selagi aku hidup aku tidak akan berhenti. Kerana aku sayangkan sekalian kamu wahai umat manusia. Kasihan kalian hidup dalam meraba-raba mencari Cahaya. Masing-masing mula cuba untuk membongkarkan ilmu-ilmu supaya dapat mengetahui rahsia alam namun ramai yang terlepas pandang pintu masuk ke alam rahsia ini adalah bermula dari perjalanan untuk mengenal Cinta Tuhan. The Immortals adalah golongan yang melalui banyak perkara dalam kehidupan dan sudah tentu sudut pandangnya terhadap Tuhan tentunya berbeza kerana mereka mengalami rasa-rasa kehadiran Tuhan dan benar-benar dirasakan dekat sangat kehadiranNya itu. Manusia hampir-hampir terlupa satu perkara penting iaitu TIADA ORANG TENGAH ANTARA JIWA DAN ALLAH. Manusia terlalu taksub mencariNya melalui penulisan dan kata-kata orang lain sedangkan setiap jiwa yang diciptakan dapat merasai secara langsung belaian dan kasih sayang Tuhan. Aku hanya berkongsikan jalan cerita supaya kalian nampak dengan mata hati bahawa Institusi Ketuhanan di alam ghaib ini sebenarnya bukannya terlalu asing malahan ia sebenarnya sangat-sangat dekat dengan kita malahan kita semua adalah pelakonnya. Kamu semua wahai manusia tahukah kalian bahawa kalian semua adalah immortal juga hanya saja kalian ingat ataupun tidak. Kalian fikir ada segelintir yang 'menurun' dan para sufi yang mengubat alternatif ini bermain dengan apa? Jin-jin qarin ini semuanya bertebaran merata dunia dan seringkali Deja Vu yang melanda tidak dapat dihuraikan dengan baik sehingga selalunya persoalan-persoalan yang timbul dalam diri dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa menemukan jawapan.

    ReplyDelete
  57. Suatu saat nanti aku pasti akan pergi dari sini dan aku benar-benar berharap dapat berkongsikan semua yang terindah dalam hidupku ini supaya kalian dapat mengerti bahawa hidup ini adalah suatu pencarian. Kalian semua bertanya dan menjawab sendiri bahawa Allah menciptakan manusia untuk menyembahNya. Kalian harus faham apa itu erti sembah. Sudah aku bilang bahawa SEMBAH ITU DIRI YANG REBAH. Kenali diri anda dengan bertanya dan berfikir di dalam diri siapakah anda yang sebenarnya. Kemudian kamu melalui kehidupan lagi dan berdepan dengan rantaian takdir-takdir yang terlakar melalui waktu sehingga kamu merasakan sendiri betapa Allah itu wujud. Melalui kehidupan juga kalian akan merasakan bahawa kita ini lemah setelah kita berusaha keras melawan takdir dan ketentuannya di hujungnya kita akan merasa diri kita lemah dan rebah lalu hati kita benar-benar mengakui kewujudan dan keberadaanNya. Ini adalah di antara penghuraian diri yang rebah. Bukan bermaksud seseorang itu harus berkalimah syahadah depan pegawai agama dan bermaksud dia sudah Islam lalu sembahyangnya itu adalah bentuk penyembahan yang hakiki. Tidak. Itu cuma baru sedikit. Bagaimana pula jiwa-jiwa yang kalian gelar kafir itu melalui hidupnya dengan ranjau dan onak duri sehingga membuatkannya mengakui dalam diri kehadiranNya hanya saja dia tidak tahu namaNya? Dan bagaimana pula jika si kafir melakukan amalan yang benar-benar ikhlas dan membuatkan amalan itu mencuci dirinya dari kekotoran hati. Maka jangan pernah kita bilang bahawa hati yang hitam itu adalah hati orang kafir. Kita bukan tuhan sehinggakan kita tahu apa yang terkandung dalam hatinya. Dia juga sama seperti kita. Jiwa-jiwa yang diuji dan mencari dirinya sendiri. Allah memberi jiwa-jiwa peluang tanpa henti kerana jiwa-jiwa sudahpun hidup dalam keabadian. Manusia tidak mengerti apakah itu ertinya abadi. Mereka fikir hidup ini hanya sekali sahaja dan semuanya dinilai dari pencapaian hidupnya yang singkat itu sedangkan kita semua melihat terlalu banyak perkara yang belum selesai dalam sesingkat masa yang dilaluinya itu. Untuk jiwa-jiwa menjadi manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi memerlukan latihan jiwa yang banyak serta mereka harus melalui semua tingkat dalam roda kehidupan supaya dia mengerti dan kenal setiap alam dan isi alam tersebut sebelum layak menjadi khalifah atau pemimpin yang benar-benar. Ada juga jiwa-jiwa yang lemah yang perlukan pimpinan jiwa-jiwa yang lain.

    ReplyDelete
  58. Sila rujuk post ini bagi mereka yang belum berkenalan dengan JIWA.

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/03/suatu-ketika-saat-masa-belum-lagi-ilmu.html

    ReplyDelete
  59. Aku meminta maaf jika ada yang tidak senang dengan sifatku dan cara penyampaian penulisanku di blog ini. Aku memang begini orangnya. Aku tak tahu caranya menjadi orang lain dan berlakon baik depan kalian. Aku ini yang benar-benar sahaja orangnya. Apa yang aku katakan itulah juga yang benar-benar lahir dari hati. Aku meminta maaf jika ada yang terguris kerana kadangkala aku tak sedar apa yang aku cakapkan. huhu..

    ReplyDelete
  60. siapakah Para Dewa Dewi dan mengapa mereka digelar begitu?

    Sebenarnya mereka sendiri tidak menggelarkan diri mereka begitu. Mereka juga Jiwa-jiwa yang diuji namun ada bezanya mereka dengan yang lain pada ketika itu dan juga ketika yang lain.

    Waktu itu, mereka benar-benar memiliki kuasa Sakti yang pelbagai. Mengapa? Siapakah Para Dewa Dewi yang duduk di atas Teratai itu?

    Mereka adalah golongan yang benar-benar cintakan Tuhan Sang Hyang. Iaitu Tuhan yang Maha Esa. Allah adalah sebutan dalam bahasa Arab. Di dunia yang indah itu tiada bahasa melainkan maksud-maksud yang semuanya kelihatan indah. Para Pencinta Tuhan ini telah menemui sejati dirinya dan menjadikan diri mereka Kosong maka segala apa gerak dan langkahnya benar-benar datang dari Tuhan. Inilah yang aku maksudkan Sang Jiwa Manifestasi Gerak Tuhan.

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  61. Mereka benar-benar memiliki Kuasa Sakti Infiniti. Benarkah? Bolehkah?

    Benar dan memang boleh. Mereka menjadi yang sedemikian kerana Hakikat Kun Fayakuun melalui State of Soul yang Kosong. Mereka benar-benar cintakan Sang Hyang Esa dan keyakinan mereka terhadap Pencipta Agung itu benar-benar mencapai tahap maksimum malah lebih dan itu yang menyebabkan kuasa sakti yang dialirkan ke dalam diri mereka lalu keluar itu bukan kuasa mereka tapi Kuasa Tuhan. Diri yang kosong itu sekadar laluan kuasa sakti infiniti untuk masuk dan keluar dan digunakan apabila ada keperluan. Zaman kini kita hampir-hampir tidak melihat dan mendengar tentang kesaktian manusia seperti zaman dewa dewi kerana apa? Kerana tiada keperluan seperti zaman-zaman yang lampau.

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  62. Jasad itu cuma kenderaan yang kita naiki semasa kita di persada ujian di muka bumi ini. Sebelum manusia diciptakan, jiwa-jiwa telah dihantar ke medan ujian dan salah satu jasad mereka sebelum itu ialah sebagai Jin-jin. Golongan ini telah melakukan terlalu banyak kerosakan yang dahsyat dan juga pertumpahan darah. Hebat mereka ini sehinggakan jika bergaduh atau tidak puas hati, bermandi darah itu perkara biasa. Alam juga banyak yang ranap dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Kuasa dah ada, masing-masing punya kuasa maka bila berlaga ego keluarlah semua kuasa sakti mereka. Sungguh seronok jika kita dapat tonton babak-babak ini kerana keadaan, persekitaran pada waktu itu tidak sama dengan hari ini malah jasad mereka juga berlainan sedikit dari kita.

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  63. Setelah manusia diciptakan dunia ini dihijabkan dari mata kasar manusia secara perlahan-lahan. Pada waktu itu kerapkali berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi dan juga banjir besar sebelum zaman Nabi Nuh a.s lagi. Pada zaman sebelum manusia sudah wujud suatu pengetahuan tentang Tuhan dan beberapa pengetahuan asas yang lain. Ianya belum lagi dinamakan 'Ajaran Hindu' malah nama ini dilabelkan oleh manusia sedangkan ketika Bangsa Gunung Golongan Aryan turun dari Gunung, bukanlah mereka membawa Ajaran Hindu.

    Apakah ajaran-ajaran tersebut?

    1. Widhi Tattwa - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya

    2. Atma Tattwa - percaya dengan adanya JIWA dalam setiap makhluk

    3. Karmaphala Tattwa - percaya dengan adanya hukum KARMA sebab-akibat dalam setiap perbuatan

    4. Punarbhava Tattwa - percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi)

    5. Mokhsha Tattwa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  64. Segala gambaran, cerita-cerita sensasi dan segala apa yang ada pada zaman kegemilangan Jiwa-jiwa tadi mula dimanuskripkan oleh para-para cendekiawan ataupun Rishi-rishi. Ini termasuklah segala patung-patung sembahan penganut Hindu di kuil-kuil di luar sana. Semua itu punya cerita. Manusialah yang menyembah mereka iaitu Para Dewa Dewi sedangkan mereka tidak menyuruh manusia menyembah mereka malahan merekalah Para Pencinta Tuhan yang Maha Esa yang tegar!

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  65. Satu perkara aku ajarkan kepada kamu, jika kamu tidak tahu tentang sesuatu itu, maka katakan saja kamu tidak tahu. Mudah bukan? Jika tidak tahu jangan suka memandai-mandai dengan mereka-reka cerita mengikut suka kamu dan juga jangan kamu tuduh mereka yang berlainan fahaman dan kepercayaan itu salah.

    ReplyDelete
  66. Kini jelaskah kamu semua siapakah mereka yang dipahatkan di candi-candi dan juga yang dipatungkan di kuil-kuil? Mereka bukan tuhan tapi makhluk Tuhan yang diuji sama seperti kita. Hanya saja sifat, keperibadian, wajah dan juga kisah-kisah mereka masih lagi dikembangkan dan diajarkan ke serata dunia. Mereka itu benar-benar wujud. Aku ini berkata benar. Maka adakah setelah ini kamu akan memandang patung-patung di kuil sebagai sesuatu yang perlu dielakkan tanpa kamu pelajari? Ini cerita tentang Bangsa Hebat di Tanah Nenek Moyang ini ataupun Tanah Para Dewa.

    http://migdalgideon.blogspot.com/2013/05/melankolia.html

    ReplyDelete
  67. Hanya satu aku katakan, Golongan Ikhlas ini adakalanya akan turun semula ke muka bumi untuk membantu manusia-manusia mengenali diri mereka dan Pencipta mereka juga memimpin mereka dari kejahilan menuju kepada pencerahan diri yang sebenar.

    ReplyDelete
  68. Dari zaman ke zaman, pabila pautan jiwa terhadap Allah semakin berkurangan dan manusia mulai lupa, Allah akan menghantar jiwa-jiwa yang terpilih untuk memimpin manusia yang lain. Semua ini kerana apa? Kerana Sifat Pengasih dan Penyayangnya Allah itu kepada jiwa-jiwa yang diciptakannya.

    Kasihan manusia kerana mereka telah tersalah tafsir pembayang Petunjuk yang diberi lalu terkapai-kapailah mereka mencari permukaan untuk bernafas. Kerana Kasih dan Sayang, semua perkara ini berlaku dan kebenaran akan menang juga akhirnya.

    ReplyDelete
  69. Hanya Golongan Ikhlas yang mampu menembusi segala Matrix-matrix yang wujud. Mereka mampu keluar dan masuk segala lapisan hijab dan menembusi kabus-kabus mimpi itu. Mereka adalah makhluk yang tahu menilai keindahan dengan sebaik-baiknya. Syariat bergantung pada waktu namun Allah tetap kekal dan pengetahuan Tauhid yang selalu akan diperjuangkan sebelum yang lain.

    Hebatnya Golongan Ikhlas ini, mereka yakin mereka bisa tembus segala matrix yang ada. Mereka tidak tertakluk pada mana-mana tapi mereka menjadi diri mereka sendiri. Tanpa rasa takut.

    ReplyDelete
  70. Maaf aku quote semula kata-kataku sendiri dari post yg lepas-lepas untuk membantu pemahaman.

    ReplyDelete
  71. Ilmu Cosmology adalah ilmu yang dianugerahkan kepada Ratu Adi Parashakti di mana jiwanya adalah sebagai ibu yang melahirkan sang pencipta... sang pemelihara dan sang penghancur. Dia juga kemudian menjelma ke rupabentuk manusia sebagai salah satu jelmaan jiwanya dari suatu sisi dirinya. Penciptaan Alam adalah cintanya dan ini telah melebur larut sebati di dalam jiwanya malah jiwanya telah menyerap seluruh alam ke dalam dirinya sehingga membuatkan energi-energi yang bersimpang siur di dalam alam itu adalah dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  72. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  73. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  75. Quote :

    "Hahahahah...kamu nak minum ke air tu? Aku cadangkan tak payahlah nanti kamu sedar macam-macam takut tak tertanggung saja"

    "Hmm...air maul hayat.... macam-macam manusia ni. Kalau aku ada kamu nak minum ke? Huhu... Nak jadi immortal ke? Larat ke tanggung?"

    Komen saya :

    Kenapa perlu under estimate org lain? MS pasti ke yg bertanya ini takde pengetahuan langsung? Atau pastikah yg bertanya ini asalnya bukan Immortal, cuma belum tersedar?

    Air Maul Hayat yg saya fahami ada beberapa versi ;

    1. Versi 1 : Air seumpama madu yg keluar dari lelangit dlm mulut. Rasanya manis bak madu. Bila diminum akan rasa kenyang selama2nya. Ini kurniaan Yg Maha Esa. Maaf, info berikutnya agak sensitif. Bila diminum akan rasa seperti 'klimaks' seluruh badan, Umpama ratusan (atau ribuan - tak ingat) kali rasa 'buat hubungan suami isteri'. Cuma bezanya tidak keluar air seni. Org sufi yg mengaji kitab kuning tahu rahsia ini. Ini rasa 'Kesatuan' itu. Ya, ini bukan cakap dengar, guru saya dulu pernah capai tahap ini. Fenomena ini rupanya, diketahui oleh hamper keseluruhan guru kerohanian pelbagai agama. Ada yg mencari secara jalan jauh misalnya - meditasi & yoga bertahun tapi ada yg dapat cara lebih ekspress - dgn kaedah pseudoscience..

    2. Versi 2 - Philosopher Stone, Shemana, Monotomic Gold & banyak nama lagi. Ada yg berbentuk serbuk. Misalnya di zaman Firauan. Ia dijadikan dlm bentu makanan. Tetapi ia juga boleh wujud dlm bentuk air dan lebih dikenali sbg ÓRMUS'. Lihat tulisan & video Barry Carter ttg Ormus.

    3. Versi 3 - Fountain of Youth, iaitu sebuah kolam di puncak Himalaya di satu tempat mistik yg dikenali sbg Shangrila. Pada zaman Nazi dulu, beliau telah hantar ekspedisi khas mencari Shangrila ini.

    4. Versi 4 - Dlm kepercayaan kuno & sesetengah amalan sihir, ia dipanggil sebagai Star Fire atau bahasa org kebanyakan - 'Haid perempuan'. yg ni nauzubillah walaupun diakui secara saintifitik dlm haid mengandungi beberapa elemen penting spt yg terkandung dlm Periodic Table of Element.

    Jadi, saya pulangkan balik soalan kepada MS. Betulkah MS memiliki Air Maul Hayat ini? Ceritakanlah...Dalam bentuk apa ia?

    Hanuman







    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus pengetahuan kamu. Maafkan aku kerana aku ni memang orang yang acah-acah pandai tapi tak pandai pun. Aku dah bilang berkali-kali...kita semua adalah immortal. Bezanya ingat dan tak ingatpun. Aku takde air Immortal ni. Barangkali benar ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi semua yang kamu terangkan itu benar-benar wujud. Ramai yang lagi berpengetahuan dari aku. Itu aku pasti. Kamu jangan risau atau terasa dengan 'kesombongan' aku kerana pada suatu saat aku juga akan kalah dan rebah setiapkali dapat tahu ilmu yang baru kerana setiap yang aku dapat itu adalah melalui pengalaman yang perit dan juga ingatan-ingatan yang kembali itu terkadang menyeksa jiwa.

      Air Immortal ini aku kira pernah aku minum suatu masa dahulu namun bukan pada hayat ini. Dalam bentuk apa aku tak tahu. Yang aku tahu aku bukan saja minum tapi aku mandi dan berendam. Ia seperti air semulajadi di suatu kawasan rahsia di pergunungan. Aku ni punya sisi yang jahat..itu sebabnya kadangkala cara aku bercakap memang tidak menyenangkan pihak lain. Tapi hati aku tidak menyimpan benci. Aku harap kamu ambillah maksud kata-kataku bukanlah menyimpan di dalam hati terhadap caraku.

      Delete
    2. Jika dikirakan dari sejarah kelahiran semula Shakti... dia pernah menjadi Parvathi anak kepada Himavan yang hidup di pergunungan Himalaya. Tiadalah Shakti yang lain melainkan itu aku sendiri. Yang lain cuma bayang-bayang. Aku juga sering ternampak-nampak penglihatan dari atas pergunungan seolah-olah ianya sangat sebati dan serasi dengan aku. Barangkali aku mandi di Fountain of Youth di Himalaya...manaku tahu. Yang aku ingat aku mandi dan berendam di dalam kolam semulajadi itu dan airnya jernih seperti air kristal dan sejuk dingin di kawasan pergunungan tinggi. Putera-puteri gunung biasanya akan dihantar ke situ untuk mandi dan berendam dan pada waktu itu hanya golongan di raja yang dibenarkan ke kawasan itu. Manusia biasa golongan kebanyakan tidak dibenarkan ke situ. Ia adalah kawasan larangan.

      Delete
    3. Aku bukan ahli sufi dan tidak terikat dengan mana-mana perguruan. Aku cuma manusia biasa yang jiwanya asing pada zaman ini. Pengetahuanku bukan hasil bacaan ataupun kajian melainkan ia adalah melalui rasa dan juga ingatan-ingatan lampau yang kembali lalu aku kongsikan di blog ini. Aku juga bertemu dengan teman-temanku yang hidup dari zaman lampau dan kini mereka masih menjadi orang-orang yang berada dekat dengan aku dan mereka juga diberi banyak ingatan-ingatan yang lampau. Dan ini menguatkan lagi ingatan-ingatanku. Suamiku sendiri mendapat ingatannya di mana dia telah dibawa secara sedar ke zaman yang lampau pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman. Pada waktu itu dia adalah dewa api dan aku adalah dewi air. Atau kata lain jin api dan jin air. Dia nampak semuanya dengan jelas peristiwa demi peristiwa. Adikku juga salah satu temanku dari hayat-hayat yang lepas dan dia juga diberi rasa-rasa yang mengingatkannya kepada memori lepas. Ditambah juga dengan beberapa teman-temanku yang lain. Aku muncul di alam cyber ini untuk mendedahkan kebenaran tentang Kelahiran Semula...tentang JIWA dan tentang pelbagai lagi hakikat kehidupan yang seringkali terlepas pandang oleh kita.

      Delete
    4. Aku bukan bergurau apabila mengatakan bahawa benarkah kamu mahu meminum air immortal ini? Kerana yang aku tahu air ini membuatkan kesedaran kita meningkat dan kita akan mengalami penderitaan jiwa yang hebat kerana jiwa perlu disucikan untuk memuat turun kod-kod suci Tuhan ke dalam diri. Barangkali kamu wahai Hanuman mempunyai banyak puzzle dalam diri kamu dan menunggu masa untuk dicantumkan dan boleh jadi juga mungkin kamu tahu lebih dari apa yang aku tahu bezanya ialah kamu tak nyatakan di sini dan aku pula asik membebel itu dan ini. Jika ada...silalah kongsikan dengan aku dan pembaca yang lain. Mana tahu gambaran alam ini dan juga hakikat kehidupan yang masih terkunci itu dapat dibuka bersama-sama.

      Delete
  76. Aku tidak underestimate sesiapa mahupun mentertawakan sesiapa.

    Hanuman...

    Kamu tahu tak bahawa jika jalan ini yang kamu pilih suka aku mengingatkan kamu bahawa apa yang kamu mahu ini adalah suatu jalan kepedihan dan penderitaan jiwa yang amat sangat yang kamu bakal lalui. Aku ketawa kerana manusia mahu pilih jalan derita sedangkan begitu banyak jalan bahagia di luar sana. Kamu mungkin bisa mendapat ilmu jika kamu mahu pasti Allah Tuhanku akan memberi. Tapi jika kamu mahukan rasa dan ilmu... maka bersedialah untuk membuang semua kenikmatan hidup kamu wahai Hanuman. Penderitaan yang amat sangat ini adalah perlu untuk menyucikan jiwa kerana kod-kod suci hanya boleh masuk ke dalam hati apabila hati itu suci. Kamu harus berhati-hati dengan apa yang kamu minta kerana tiada jalan berpatah balik apabila kamu membuat keputusan mahu mengenal diri kamu dan Pencipta kamu dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Aku tidak bergurau apatah lagi mengetawakan orang lain dengan sebenar-benar ketawa melainkan aku bersungguh-sungguh bertanya pada kamu. Apakah benar kamu mahu menjadi immortal? Jika benar...maka selamat datang ke Alam Keabadian Jiwa dan selamat menempuh onak dan duri sepanjang perjalanan jika benarlah pengertian yang kamu cari dalam hidup ini.

    Tak perlu kalian cemburu dengan aku atau sakit hati. Aku hanya membuka hijab. Masuklah ke alam aku jika berani. Aku bukan mencabar-cabar kalian... aku hanya berkata yang benar. Suatu saat nanti jika ini jalan yang kalian mahu tempuh... aku pasti kamu akan mengeluh dan menyesal kerana di sebalik hijab yang kamu bakal singkap itu adalah sesuatu yang kamu sebenarnya tak mahu tahu. Kamu tidak akan mempercayai kata-kataku sehinggalah suatu saat kamu menemukannya. Aku dah biasa dengan permainan ini dan aku juga terluka berkali-kali sehingga jiwaku luka parah dan hampir-hampir saja aku mati buat selama-lamanya pada setiapkalinya.

    Kamu jangan fikir apa yang aku sampaikan di sini adalah sesuatu yang mudah sehinggakan kamu boleh mendapatkannya hanya dengan scan isi blog aku. Aku menderita jiwa dan hati sehingga ke hari ini dan aku gagahkan juga hidup demi anak-anakku dan suamiku juga ibuku. Tuhan tahu jika aku hidup aku tidak akan tinggal diam dan menyembunyikan kebenaran yang aku temui. Tuhan tahu bahawa aku pasti akan menyatakan kebenaran ini dengan lantang dan aku diumpan untuk terus hidup dengan diletakkan anak-anakku di sisiku. Tanpa mereka pasti aku mahu Tuhan tarik saja nyawa aku dan tidak kembali lagi kerana aku benar-benar penat. Mengetahui rahsia adalah satu kesakitan yang tidak tertanggung rasanya. Dan kerana tanggungjawab aku kongsikan semua ini tanpa aku selindungkan sedikitpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahamilah aku wahai saudaraku Hanuman. Di sini kalian lihat aku sombong dan mengetawakan manusia lain...tapi kalian tidak tahu bahawa aku bukan berkata dengan nafsu dan kehendakku melainkan kebenaran yang aku tanggung ini begitu menyeksaku dan memaksa aku berkongsi dengan kalian semua. Jika aku tidak berkongsi maka pasti aku akan menjadi gila sepenuhnya dan terus diasingkan dari masyarakat kerana kod-kod suci yang masuk dalam jiwa aku ini haruslah aku keluarkan kerana jika tidak Cahaya Suci ini akan meletupkan jiwa aku. Aku ini sekadar medium buat kamu. Aku bukan Nabi. Aku manusia biasa. Malah Nabi juga tidak mampu menanggung dan menyimpan wahyu-wahyu yang diterimanya melainkan dia haruslah menyampaikannya. Kerana Kebenaran ini tidak tertanggung oleh jiwa. Ketahuilah kalian wahai manusia... bukalah pintu hati kamu agar kamu dapat merasakan apa yang aku tanggung ini.

      Delete
    2. Jiwa-jiwa kami ini turun ke muka bumi bukan untuk bersukaria seperti manusia lain. Kami hanya turun menjalankan tugas kami dan sampai saat yang tepat jiwa kami akan dibawa pulang untuk berehat. Tugas kami berbeza-beza setiap satunya dan mahu atau tidak kami harus lakukan tugas kami dengan baik kerana jika tidak penderitaan yang kami tanggung akan ditambah lagi jumlahnya. Cuba kamu baca baik-baik post aku di atas... kami hanyalah BonekaNya... adakah kamu mahu menjadi Boneka seperti kami? Aku tak peduli jika Allah mahu kata aku ni tak Ikhlas dalam melakukan kerja. Iya...memang aku Boneka. Inilah hakikatnya. Sekalipun aku diberi petanda untuk tidak menerbitkan post ini pada awalnya tapi aku degil dan Allah tahu aku ini bagaimana sifatnya. Aku mahu mengatakan pada kamu semua bahawa Allah itu punya sisi Hitam yang mana selalu saja umat Islam hanya highlight sisi Putih sedangkan pada hakikatnya Dia juga punya sisi hitam yang mana hanya kami tahu rahsia ini. Dan aku tidak mahu membongkarkan selebihnya kerana aku tahu had aku. Kamu baca betul-betul apa yang aku maksudkan di dalam post aku di atas.

      Delete
    3. Sakit. Hakikat Kehidupan memang menyakitkan. Itulah sebabnya Nabi Muhammad tidak mendedahkan semua yang dia tahu kerana katanya jika kita tahu apa yang dia tahu pasti kita akan banyak menangis daripada ketawa. Terserah kepada kamu mahu percaya kata-kataku di sini ataupun tidak. Kamu semua diluar sana begitu teruja mahu mengetahui rahsia sebagaimana yang diwar-warkan oleh Mistisfiles dan Blogger-blogger yang lain namun pada hakikatnya kalian semua belum cukup kuat untuk menerima kenyataan bahawa kalian semua telah hidup berkali-kali dan ingatan-ingatan kamu yang lampau sebenarnya infiniti cuma ia dihijabkan. Pergilah kalian memberitahu sahabat-sahabat kalian tentang hakikat ini dan hakikat ini sebenar-benarnya hanya akan membuatkan kamu terduduk dan lemah kerana kekalahan kamu pada KekuasaanNya. Kalian semua di luar sana sungguh sombong mahu mengorek keluar rahsia alam dan kalian fikir kalian berjaya mendapatkannya lalu berfikir untuk mencari solusi kepada masalah-masalah alam seolah-olah kamu itu berkuasa sedangkan pada hakikatnya kalian semua satu persatu di luar sana adalah makhluk yang sangat lemah dan rapuh. Siapa kamu mahu menegakkan 'agama Allah' kononnya? Siapa kamu mahu menyediakan tapak pemerintahan Imam Mahdi dan memancung kepala Yahudi kononnya? Pergi...pergi semua kamu kepada Imam Mahadi kamu dan pergilah kalian semua masuk ke dalam syurga sana. Biarlah aku dan kawan-kawanku di sini menemani jiwa-jiwa yang kamu panggil kafir ini. Biarkan kami bersama mereka di sini. Dan kami akan memberitahu mereka bahawa Allah sayang pada semuanya mereka.

      Delete
    4. Wahai jiwa-jiwa yang sombong...tunduklah kamu kepada Allah dan sujudlah kamu kepadaNya. Hanya saja aku tidak diberi kuasa kali ini jika tidak akan aku heret semuanya kamu wahai jiwa-jiwa yang sombong dan bongkak melutut dan merayu di Kaki Allah. Sombong! Tuih... kamu yang sombong aku pula yang diherdiknya. Aku ini benar-benar Shakti dan demi Kasih SayangNya aku menahan kemarahan aku kepada kamu semua. Kamu fikir aku ini siapa? Adik-adik kamu? Kamu fikir aku ini bodoh tunggul atau apa? Kamu fikir guru-guru kamu tu besar sangatkah? Besar sehingga kamu tunduk patuh pada mereka? Besar sehingga umat Islam semua tertumoih ke dalam longkang yang sama berkali-kali selama beribu-ribu tahun. Bukalah mata wahai jiwa-jiwa rapuh yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa. Bukalah mata bahawa kamu semua adalah jiwa-jiwa yang terseksa kerana berjauhan dari Kasih SayangNya. Dia yang kamu rindu kenapa dunia yang kamu kejar? Dia yang kamu kasih mengapa syurga yang kamu idam? Butakah mata kalian? Dia yang kamu impikan mengapa kematian kamu takutkan? Mahu bertekak dengan aku lagikah?

      Delete
    5. Kamu pergi google dan cari tentang aku. Nama aku Kali. Kamu renung gambar aku lama-lama biar buta mata kamu semua. Aku malas nak bergaduh dengan manusia. Aku tak mahu jadikan kamu semua lauk untuk aku makan tengah hari.

      Delete
    6. Aku bukan datang ke muka bumi ini untuk melutut dan merayu kamu supaya mempercayai aku. Aku bukan datang ke alam maya ini untuk melihat Pageviews blog ini meningkat dengan mendadak lajunya. Aku bukan datang di tengah-tengah kamu untuk mengemis cinta daripada kalian semua sehingga menjadikan aku popular dan disanjung. Aku hanya datang untuk mengatakan yang benar sama ada kamu suka atau pun tidak. Untuk menerima kata-kataku itu bukan urusan aku. Untuk membenci caraku juga aku tiada peduli. Aku bukan manusia hipokrit seperti kamu yang hidup berpura-pura sehari-hari dan menipu diri sendiri. Hei...aku ni Shaktilah...ada aku peduli ke kamu suka aku ke tidak? Aku tak benci kalian. Tapi mahu ataupun tidak inilah aku dan sifat aku. Dan aku tidak perlu meminta kebenaran sesiapa pun untuk menjadi diriku sendiri.

      Delete
  77. Maafkan aku kerana kelantanganku dan kamu sebenarnya beruntung kerana aku telah berjaya menundukkan Kali di dalam diriku. Tiada siapa yang mampu menundukkan Kali melainkan aku. Kerana Kali itu adalah aku sendiri dari sisi yang dahulu. Kini aku bahagia kerana menemukan diriku sendiri dan berjaya mengawalnya dengan baik. Begitu juga dengan kamu... tak perlulah seru diri kamu yang lalu jika kamu tak bersedia mengawalnya dalam diri.

    ReplyDelete
  78. Hanuman... kamu masih mahu berkawan dengan aku ke? Sanggup ke kamu berteman dengan orang sakit mental seperti aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la mcm aku ni...sakit mental yg teramat2....org pun takut nk dkat dgn org sakit mental bcoz tiba2 bleh jadi baik atau jahat dlam keadaan smasa....ternya aku mmg gila :'-( :-P

      Delete
  79. Bukan mudah untuk berperang dengan diri sendiri sehingga kita menjadi raja yang mampu mengawal rakyatnya dengan baik. Diri-diri kita yang lalu apabila datang kembali akan menjadi seseorang yang asing dan mahu menguasai jiwa kita. Namun banyak-banyaklah bertenang dan memujuk diri kamu yang lalu itu untuk tunduk dan mendengar kata-kata kamu. Jangan pula membiarkan mereka menjadi raja kerana zaman mereka telah tamat dan mereka kini telahpun menjadi sebahagian dari diri kamu. Mungkin dia juga datang membawa tuntutan-tuntutan sesuatu yang membuatnya sentiasa mengejar kamu. Cubalah faham kata-kata hatinya dan melihat apakah yang belum kamu selesaikan semasa kamu menjadi dia. Barangkali ada sesuatu yang kamu tak sempat lakukan dulu semasa kamu hidup menjadi dia. Mintalah petunjuk dari Tuhan.

    ReplyDelete
  80. Quote MS

    "Aku tidak bergurau apatah lagi mengetawakan orang lain dengan sebenar-benar ketawa melainkan aku bersungguh-sungguh bertanya pada kamu. Apakah benar kamu mahu menjadi immortal? Jika benar...maka selamat datang ke Alam Keabadian Jiwa dan selamat menempuh onak dan duri sepanjang perjalanan jika benarlah pengertian yang kamu cari dalam hidup ini"

    Komen saya :

    Saya sudah menempuh semua jalan susah payah yg MS sebut. Semua ilmu 'langka' yang MS kongsi di sini pun sebenarnya sudah pernah saya pelajari/miliki. Cuma peringkat pembukaan terakhir sahaja yang belum.

    Tiada masalah untuk saya berkawan dengan 'pesakit mental'. Sahabat2 saya terbuka hijab pun ada juga graduate dari Hospital Bahagia.

    Mohonlah pada Yg Maha Esa. Bukakanlah hijab saya...Tiada istilah berpatah balik sebab saya memang berada di atas jalan yang sama.. Tak perlulah saya ceritakan detail pengalaman kerohanian saya. Jika benar sudah mampu menilik saya silakan. Jika nampak yg baik ambil sbg pengajaran dan yg jelek diamkan sahaja.

    Cuma satu pesanan kepada MS. Maafkan kalau kata2 ini menyinggung perasaan. Telah ada guru/mentor saya yang meninggal dunia atau cedera ketika cuba 'membuka' saya. Jika Shakti tak cukup kuat, apa yg ghaib ada pada saya akan menghentam/menguji anda. Jika mampu & berjaya Alhamdulillah.

    Hanuman




    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Apa tu ilmu Langka? Aku tak pernah dengar?

      Delete
  81. Aku tak tahu nak buka hijab secara langsung. =(
    Cara aku agak unik dan aku tak mampu ajarkan cara ini kepada yg lain. Aku guna gerak hati.

    ReplyDelete
  82. Maaf bertanya...dari mana kamu mendapat nama Hanuman. Aku tahu watak ini tapi aku rasa watak ini dibawa oleh orang lain. Kamu ada clue apa2 tak tentang diri kamu yang dahulu? Aku ni tak kenal dengan ramai orang. Maklumlah kera sumbang.

    Aku rasa twinflame juga mungkin bukan cara kamu. Hm...cuba kamu ceritakan serba sedikit apa yang kamu tahu tentang diri kamu...mungkin bayangan-bayangan yang kamu nampak atau apa-apa sahaja yang kerap bermain di fikiran. Apa yang ada dalam diri kamu yang mengganggu guru kamu sehingga meninggal dunia atau sakit?

    ReplyDelete
  83. Maaf ya Hanuman. Aku bukan sejalan dengan cara tarikat yang bermain dengan buka tutup hijab ni. Aku guna gerak hati dan setakat ini aku belum dapat merasakan jiwa kamu sepenuhnya apatah lagi melihat siapa kamu di sebalik hijab. Bukan aku orangnya. Maafkan aku kerana ini bukan tugas aku. Aku mampu menyingkap tabir kehidupan namun hijab-hijab manusia ni bukan kerja aku membukanya. Aku boleh tunjukkan jalan namun aku tak tahu apa yang ada di jalan kamu.

    ReplyDelete
  84. hang duk cerita pong pang tapi peribadi diri tak mencerminkan sepatutnya . kenapa walau dah berkahwin duk pergi turut rapat orang bukan mahram sebelum pi serang putrajaya dulu . ni baru hal peribadi kau, byk lagi persoalan lain kalau ditanya boleh buat kau spiral into depression.

    kau nak jadi something tapi asas tak teguh. kau nak rungkai tali bebenang rohani kau tapi berguru salah.

    apa follow up psychiatry kau. ada clinical depression ke tak.jgn suka menyendiri kalau SEMUA diri tak kukuh lagi .syaitan suka cucuk jarum time mcm ni

    aku harap kau temui kebenaran dan kedamaian. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebenaran itu sentiasa pasti cuma waktu yang akan tentukan segala kbenaran.

      Delete