black-b-o-x.deviantart.com
Mari kita mengembara jauh ke belakang waktu menggunakan titi-titi darah susur galur nenek moyang kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya...jika kita kenal diri kita siapa maka kita akan tahu apa watak yang harus kita bawa dalam kehidupan kita kali ini. Mahukah anda kubawa mengembara melalui waktu yang tersimpan rapi dan kemas tanpa ragu? Sejarah fizikal bisa-bisa saja dibuat-buat dan diteka-teka malah direka-reka. Bagaimana pula jika kita mengenali diri kita melalui Falsafah Sains DNA? Kita huraikan satu persatu. Kita kaji sama-sama. Kata kuncinya: Wajah dan Sifat tidak akan berubah. Semakin zaman dan waktu berubah semakin sama sifat dan wajah kita.
Asid Deoksiribonukleik (DNA) ialah komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Adikku Annur hampir-hampir mengambil bidang ini namun dia menukarkan bidangnya pula ke Holtikultur. Arghh....sekarang ini dah jadi kerja aku pula. Aku harus lakukan ini untuk membuka kunci-kunci rahsia manusia. Hahahahahaha......biarkan aku sendiri ketawa seorang diri di makmal sains dengan setiap hasil penemuan terbaruku tentang manusia....kita ini semuanya sama sahaja... mengapa mesti agama memisah-misahkan kita?
wallpapersus.com
DNA juga dipanggil Molekul Warisan kerana DNA boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk iaitu susur galur ibu dan bapa kita malah jauh ke belakang sehingga manusia pertama yang diciptakan. Hm.... dalam proses pembiakan DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat. Walaupun kadangkala dikenali sebagai 'molekul warisan'... perca DNA sebagaimana yang dikenali oleh orang ramai bukannya satu molekul malah ia adalah sepasang molekul yang berpaut seperti sulur paut untuk membentuk heliks berkembar.
Bagaimana jika susunan matematiknya tepat pada suatu masa Molekul-molekul DNA berjaya tersusun lengkap lalu tersemat kemas dan lahirlah seseorang yang hidup pada zaman sekarang yang bersifat dan berwajah persis seperti seseorang yang pernah wujud zaman dahulukala malah dia mengetahui pelbagai rahsia keturunannya tanpa dia pelajari dan berkelakuan lagaknya seperti tokoh-tokoh hebat dari zaman lampau?
livingdreardoll.deviantart.com
Bagaimana aku boleh mewarisi sifat keturunanku tanpa aku mempelajari daripada mereka? Kata mereka keturunanku biasa bermandi darah... Keturunan Kali barangkali... Hahahahaha....siapa kau? Siapa aku? Anda pernah dengar ada seorang lelaki perkasa yang berjaya keluar dari Penjara Singapura dengan membengkokkan jeriji besi penjara dan dia juga tidak dapat dikesan melalui radar ketika beliau berenang di lautan? Siapa dia dan apa kaitannya dengan aku? Hahahahahahaha......
Darah.....ada apa dengan darah? Minum darah...ada apa dengan ritual meminum darah? Hahahha... Hehehehe.... seram ke? Dalam Ilmu Mengenal Diri unsur api dalam diri kita ataupun Alam Jin dalam diri kita mengalir mengikut aliran darah kita. 'Qarin-qarin' kita atau saka bisa-bisa saja menguasai kita jika Alter Ego kita ini tidak kita berjaya tundukkan. Kawal ia dan pasti kelak dunia bakal menjadi milik kita jika kita pandai membuka rahsianya. Lihat isi penting di bawah tentang perkara yang berkaitan dengan darah.
Anda mesti selalu dengar nasihat... 'jangan MARAH'. Jika anda teruskan 'temperature' kemarahan anda itu dan anda naik darah sehingga ke kemuncaknya maka anda akan mengamuk. AMUK.. ada apa dengan Amuk yang seringkali dikaitkan dengan Melayu? Malah perkataan 'amok' dalam bahasa dunia berasal dari perkataan melayu iaitu a.m.u.k. Ada apa dengannya? Berapa ramai penjajah-penjajah tamak dan keparat mati di tangan Melayu yang mengamuk? Anda mahu melihat melayu menjilat darah di keris lagikah? Zaman sudah berubah. Simpan kemarahan anda sehingga satu tahap apabila ia keluar ia bukan menjadi amuk tapi ia telah bertukar menjadi MURKA. Berapa ramai bangsa asing pula yang tertawan dengan kuasa diplomasi Melayu yang penuh budi bahasa? Mistiknya Melayu bukan semestinya syirik jika anda tahu membuka kuncinya...
hookedonhouses.net
Kebangkitan....kebangkitan.... muak aku mendengar semua ini dari mulut mereka yang memegang kunci dan peti harta karun kononnya.... kalian fikir ia boleh dibuka dengan begitu sahaja ke? Itu kunci antik dan penuh rahsia. Peti itu menyimpan harta yang berharga. Tak akan begitu mudah untuk membukanya. Ada caranya untuk membuka semua peti-peti itu melalui menguasai cara penggunaan kunci-kunci rahsia. Syhhh...rahsia manakan mungkin dapat kita ketahui... Hanya mereka yang berhak akan membuka peti-peti ini lalu dapat 'unlock the mysteries of Malays'...persoalannya...
SIAPAKAH MEREKA?
Kita gabungkan ilmu mengenal diri...dengan ilmu falsafah...kemudian logik dan sains....anggap jela ini bahagian aku kerana Srikandi dah semakin cekap dalam ilmu persilatannya di dunia sejarah maka itu bahagian dia. Kita lihat 50-100 tahun akan datang...apa jadi dengan bangsa Melayu... hm.... mengapa ya Nabi Muhammad lahir sebagai bangsa Arab... namun kini bangsa Arab sudah rancak berperang kerana hal yang remeh-temeh... apakah yang sebenarnya sudah tidak lagi relevan pada Bangsa Arab zaman ini dan dalam masa yang sama semua mata kini tertumpu pula ke Bangsa Melayu... anda mahu berdebat tentang hal ini denganku ? Ahh... lupakan saja... kerana sebelum berdebat aku mahu jawapan mengapa Bangsa Arab tidak dapat menyatukan umat Manusia (bukan Ajaran Islam). Jawab dulu baru boleh ketuk pintu rumah aku dan kita berbincang. Hahaha...
**sumber tentang DNA: Wikipedia