Tuesday 27 August 2013

...jika hanya Putih pilihanmu maka tinggalkan aku...

kiwswki.org

Aku berjalan lagi meniti waktu. Pedihnya hati apabila aku harus menelan realiti menanggung semua kesan kerosakan perbuatan tanganku. Aduh....bagaikan dihiris-hiris hati ini untuk memikirkan bagaimana hari esok. Aku sayangkan mereka yang kudus dan naif di sisiku. Aku amat-amat menyayangi dan mengasihi mereka...

Oh Tuhanku... Aku pasrah sekali...
Memikirkan tempoh pertapaanku semakin dekat. Benarkah itu telahanku? Kata mereka itu adalah rahmat. Aduh...pedihnya hati aku di saat dan ketika ini. Aku mendengar kata-kata bahawa di saat kita kecewa sebenarnya Tuhan sedang menyediakan tangga-tangga untuk kita ke level yang seterusnya. Namun mengapakah hati ini terasa berat sekali?

matruddmann.org

***sigh***
Manusia datang lagi kepadaku melemparkan kata-kata busuknya kepadaku. Adakah jalan seterusnya yang harus aku tempuh ini adalah jalan supaya aku lebih kuat dalam aku memikul tugas ini....
Oh....Dear God....


Seseorang katakan padaku bahawa dia teringin untuk keluar dari matrix ini walau sebentar dan aku pula mendapat peluang ini. Pada hakikatnya di sana aku akan dihijabkan dari fitnah manusia dan aku akan bergaul dengan manusia-manusia yang berhati suci dan kudus. Aku pasrah wahai Tuhan..

Aku mohon agar semua dipermudahkan dan aku mohon kekuatan untuk lalui semua ini. Aku titipkan Allah buat kalian semua. Jagalah diri baik-baik. Pelajari kejadianku dan ambillah pengajaran mana yang perlu. Kerana aku hadir untuk memberi kalian pengajaran dan contoh agar kalian bersikap lebih realistik. Di sana sebenarnya aku tahu... aku akan lebih tenang. Seperti cerita KungFu Panda... Mr.Oogway sedang mengajar aku...untuk mencapai ketenangan hati agar setelah itu segalanya akan kelihatan lebih jelas.

Nanti akan aku kongsikan pengalamanku di sana dan Annur akan menjadi tukang taip buatku. huhu. Minta tolong ya wahai adindaku....

Baiklah...permisi dahulu kerana anak-anakku semuanya berebut-rebut mahu perhatianku...




29 comments:

  1. Biasan puteh dpt 7 warna pelangi,
    Campuran 7 warna pelangi dapat la hitam.

    Puteh-hitam..Action-reaction.. :)

    Kucing disini akan setiasa memerhati dan mengikuti perkembangan..mendoakan yg terbaik utk akak..

    Kucing kena p tempat lain..kalau rindu2, ingat la Boss,manatau Boss bg link ka..haha

    Anyway "dunia" baru lani best x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat dari Surah Annur...tang Cahaya atas Cahaya...
      Depa ingat depa pandai sangat tapi ayat ni pun ramai yg dok lepas lg.

      Warna Hitam...warna feveret ngan warna merah..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. ALLAH YANG MENERANGI LANGIT DAN BUMI.

      Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca, gelok itu pula jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, iaitu pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):

      CAHAYA ATAS CAHAYA.

      Allah memimpin SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA kepada nur hidayahNya itu; dan Allah MENGEMUKAKAN PELBAGAI MISAL PERBANDINGAN untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

      Delete
    4. depa nak jugak kita bawa ke hulu ke hilir ayat-ayat suci ni macam depa. sikit-sikit panggil bapak...sikit-sikit gaduh panggil bapak. macam dia sorg ja ada bapak...ingat kita ni takdak bapak ka?

      la ni quran dah tak tsepuk atas almari lagi dah. quran dah berjalan dah. tapi depa tak sedaq pun. nak jugak kita jadi macam depa yang ketinggalan zaman tu.

      heee....

      Delete
    5. yang suci itu hati. ayat-ayat yang mereka panggil suci itu sebenarnya tak layak dibawa oleh mereka yang tidak mempunyai hati yang suci. aku sedar diri aku siapa itu sebab aku tidak akan suka-suka membawa ayat-ayat ini dan menggunakannya dengan sesuka hati. tapi mereka tak faham bahawa orang seperti aku ini lagi suka duduk dan merenung ayat-ayatNya dari menyebut serta melagukannya tanpa menghadirkan jiwa.

      Delete
    6. pi baca blog lama kami. blog aku dan annur. Tanya Sama Itu Hud Hud...kat situ kami quote banyak ayat-ayat suci tak macam blog Selendang Kuning dan Migdal Gideon. kerana apa? bukan kerana mendabik dada yang kami sudah pandai tapi kerana kami sedar kami bukan orang suci seperti anda-anda yang dengan bangganya menayang ayat-ayat suci sesuka hati tanpa ada pengertian yang tulus dari hati. kami malu untuk memikul ayat-ayat tersebut kerana bagaimanakah nasib kami jika disoal nanti jika kami tidak dapat membawanya dengan baik? bukan seperti anda yang sangat yakin akan bernasib naik kelak apabila dibangkitkan semula nanti.

      Delete
    7. kami pandang tinggi nilai ayat-ayat tersebut sehinggakan untuk menyebutnya pun terasa diri ini kotor apatah lagi 'memakan' ayat-ayat tersebut macam makan kacang. quote sesuka hati kat FB kat Blog. tanpa rasa bersalah padahal belum tentu barang sebaris pun kalian mampu hadam ayat-ayat tersebut dengan baik.

      ya bukan?

      Delete
    8. Jerubung jika anda baca ini...
      AKu mahu katakan bahawa aku tak sesuci kau. Maka tinggalkanlah aku kerana aku punya Allah sekalipun kau meluat dengan aku.

      Dan sesiapa sekalipun yang tak senang dengan cara aku. Sudah aku bilang....AKU TAK AKAN MENJADI KALIAN DAN TAK MAHU MENIRU CARA KALIAN HIDUP ATAS MUKA BUMI INI KERANA APA? KERANA "AKU ADALAH AKU". "KAU ADALAH KAU"

      MUNGKIN SETELAH AKU SELESAI BERTAPA NANTI AKU AKAN BAWA PULANG..."KAU ADALAH AKU...AKU ADALAH KAU".

      Dan nanti kita akan masuk ke dalam MASQUARADE PARTY...

      Delete
    9. dengarkan lagu ini untuk kalian yang sukakan debat yang menggelegakkan darah lalu kalian tetap bertegas mahu pulang dengan kemenangan...

      http://www.youtube.com/watch?v=MgrWsGK0x70

      Delete
    10. LAGU UTK JERUBUNG...

      TAKE A BOW from Madonna

      Take a bow, the night is over
      This masquerade is getting older
      Light are low, the curtains down
      There's no one here
      (There's no one here, there's no one in the crowd)
      Say your lines but do you feel them
      Do you mean what you say when there's no one around (no one around)
      Watching you, watching me, one lonely star
      (One lonely star you don't know who you are)

      I've always been in love with you (always with you)
      I guess you've always known it's true (you know it's true)
      You took my love for granted, why oh why
      The show is over, say good-bye

      Say good-bye (bye bye), say good-bye

      Make them laugh, it comes so easy
      When you get to the part
      Where you're breaking my heart (breaking my heart)
      Hide behind your smile, all the world loves a clown
      (Just make 'em smile the whole world loves a clown)


      Wish you well, I cannot stay
      You deserve an award for the role that you played (role that you played)
      No more masquerade, you're one lonely star
      (One lonely star and you don't know who you are)
      All the world is a stage (world is a stage)
      And everyone has their part (has their part)
      But how was I to know which way the story'd go
      How was I to know you'd break
      (You'd break, you'd break, you'd break)
      You'd break my heart

      I've always been in love with you
      (I've always been in love with you)
      Guess you've always known
      You took my love for granted, why oh why
      The show is over, say good-bye

      Say good-bye, say good-bye
      Say good-bye

      Delete
    11. ni plak lagu untuk korang yang sentiasa sokong aku
      http://www.youtube.com/watch?v=EQfRc1kTvaY

      Mariah Carey: Forever

      Delete
  2. sedih dik..
    semua dah nak start datang serang akak. semua mintak dalil..mintak bukti. orang biasa mana nak faham kita. dikatakan kita ni sesat macamla depa tu tuhan lak.

    kucing jangan tinggalkan akak...tgh sedih ni..tapi kalo awk ikut arahan Boss takpa la...pi la wat keje hang.

    dunia baru ni akak tak jumpa ramai orang lagi kat sini tapi yg pasti dunia ni terasa bersih dari fitnah. sbb rahsia mana orang boleh tau kan? kita duk jerit2 pun depa tak dengar jugak... hahahahaha

    seronok duk kat dunia baru ni...mungkin tu sbb Boss suruh akak pi bertapa kot.

    ReplyDelete
  3. tang warna tu purba ada pernah sebut...action-reaction macam kun-fayakuun jugak kn...

    whoa...hebatlah....
    pernah dengaq tentang tentera kun fayakuun?
    la ni depa bertebaran dah tapi org biasa tak kenai depa...hahahaha

    ReplyDelete
  4. kak nyampah org mai nak uji2 ilmu akak. depa ingat depa sapa...? aku tak kacaupun depa.

    apala manusia ni...ingat baguih sangatla tu dengan apa yg depa tau...

    tak habis2 nak ajak kita bersilat. aku tak pandai bersilat macam depa...watpa nak ajak kita bsilat pulak..

    Boss dah tak sabaq2 nak ajak dating ni...akak plak asik duk ingat anak ja...

    ReplyDelete
  5. Mungkin akak ada masa lagi 2 minggu ja... tapi tak pasti la...

    Kak mintak tangguh kat Boss tapi tak tau approve ke idak..kalau asik duk tangguh semua keje tak siap...

    hmm...okla Boss... apa saja untukMu...
    arggghhhh...kenapala hati ni bertaut lagi menoleh ke belakang...?

    ReplyDelete
  6. Blog hang best tapi sampai la ni pun org yg duk kata diri hebat pun ada lagi yang tak sampai tahap hang masa 2011 tu. akak ada sms tapi kredit pulak kong...tpaksa diam je la..

    ReplyDelete
  7. Dear Hananiku sayang...
    Kak takda kdt nk msg adik...
    Sorry ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya sama hatiApa asal sayangAdakah tandanya nampak dipandangKumbang rayu bungaBulan dan bintangnyaPunya tanda-tanda hubungan mesraTanya sama hatiPernahkah merinduIngat masa lena apa mimpimuMasa berjauhanApa nan dikenangBila difahamkan itulah sayang-
      sayang kak laju2

      Delete
    2. kucing pun lepak sini.. lama hang tak update blog hang.. dari geng FAB..

      Delete
    3. Kucing tak update Blog tapi ilmu dia upgraded day by day.

      Delete
  8. Huhu
    Kalau tak sesat mana tahu yg betul.
    Sesatpun sesatlah yg penting aku tahu jalan pulang................
    Aku iringkan doa engkau berjaya dalam pertapaan, jgn lama, pergilah sebentar sahaja...
    insyaallah tak lama.

    Tapi aku lebih suka doakan engkau tak payah gi bertapa, sebab dah tak ada yg perlu kau cari. Semua jelas di depan mata.

    AMIN

    ReplyDelete
  9. Aku pun rasa macam malas nak pergi. Boss...cancel jela ek...
    Bolehla...bolehla...
    Cyayang Boss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ok ok fine . i bagi u can .sb u comel sgt2 .tapi satu syarat .jagadiri baik2 jalan tengok depan jgn tgk belakang satg masuk lonkang jenuh . loveyou kakaku :*

      Delete
  10. I really feel that my life is great!

    Jika anda malas mengaktifkan kimia-kimia dalam otak anda untuk menyambungkan neutron-neutron atau ertikata dan bahasa yang mudah ialah 'jika anda selesa menjadi bebal' maka jangan mengajak orang lain menjadi bebal sama juga seperti anda.

    Kerana otak adalah anugerah Allah yang terhebat yang membezakan anda dengan binatang...tumbuh-tumbuhan...plankton...badak sumbu....kekacang hijau...sebut saja Burger Bakar Abg Don... Kraby Patie...apa saja...semua ini tak sama dengan otak kita. Sel-sel otak yang dihubungkan hanya akan berlaku apabila kita berfikir dan terus berfikir. Jika kehabisan hormon...bantuan ubat-ubatan seperti mood stabilizer ataupun anti-depressen dapat membantu. Namun sujud yang lama juga dapat menggantikan ubat-ubatan ini jauh lebih hebat dari sains.

    Jangan dengarkan kata-kata Jerubung untuk tidak menggunakan otak anda kerana jika anda menggunakannya dengan lebih maka anda akan lebih beruntung dan otak segar tanpa kekerapan penggunaannya lebih layak dibedah daan dijual di pasar basah sana untuk dijadikan santapan.

    Hahhahahahahahahahaha....sebal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi berani-berani kata nak sepak aku...nak hentak kepala aku kat batu...bodoh ke kau? Siapa kau? Kau ingat negara kita ni tiada undang-undang ke? Itulah...ada otak tak nak guna...alasan bodoh yang diberikan pada aku ialah..."kenapa nak fikir benda yang Allah tak suruh kita fikir"...

      Ko ada telefon Allah ke sampai begitu pasti Allah cakap macam tu kat ko? Sengal. Sikit bagi Allah bukankah banyak bagi kita? Ilmu tentang ruh sikit bagi Allah yang diberikan pada kita namun bagi kita sebagai manusia jika kita gali yang 'sedikit' itu kita akan dapati ilmu itu terlampau luas. Lihat sana di Barat...mereka sedang giat mengkaji Soul...Psycology...aku tengok bertimbun-timbun bukunya...aku rasa aku bagi kat ko Jerubung mesti ko tak faham kan...? Sebab belum apa-apa lagi ko dah letak batu penghalang besar dalam otak ko untuk 'TIDAK MEMIKIRKAN'...maka jadilah kau KELDAI YANG MEMIKUL KITAB-KITAB...

      sekian terima kasih....
      kau kata kau mahu hujah bukan?
      aku dah kata...aku malas nak gaduh...sebab mulut aku ni kalau dah disertai perasaan marah kerana dibodoh-bodohkan orang ia akan menjadi mulut yang paling laser....dan yang lebih menakutkan aku sendiri nanti aku akan doakan yang bukan-bukan...

      jika aku memikul kebenaran yang lebih maka aku menang...jika kau yang lebih maka kau menang...

      nak lawan ilmu batin dengan aku ke? aku kata aku malas...
      maka...JANGAN CARI PASAL DENGAN AKU...

      Delete
  11. http://migdalgideon.blogspot.com/2013/04/bangkitlah-wahai-tentera-cintaku-aku.html#comment-form

    ReplyDelete
  12. Salam buat Mayang sari
    aku setuju..
    Hitam putih..tak dpt dipisahkan...

    Spt cahaya dan bayang-bayang..dlm byg ada jua cahaya,dlm chy ada jua 'byg..'
    dalam hitam ada putih..namun setitik putih tenggelam dlm kehitaman,dlm putih ada titik kehitaman,nmun tenggelam jua dgn keputihan ...kata sahabatku..
    neraka ada kelebihannya,syurga juga ada kelebihannya,tp utk menghuni slh stu atr keduanya bukanlah mudah...
    Bukan senang hendak tunggang tonggek bersembahyang dan bukan smua org mampu tonggang tonggek botol arak...tak mestahil jika ahli putih jd penghuni neraka,ahli hitam ditakdirkan ke syurga....smua dgn rahmat Allah bukan?
    Bukannye melalui amalan baik buruknya....

    Pesan sahabatku itu...
    Selalu-selalulah melihat kebaikan makhluk ciptaanNya...biarpun takdirnya anjing itu najis..tp brp ramai yg ke syurga krn tak pilih bulu ttg status najisnya?malah mrk memandang kebaikan si najis itu hingga timbul rs kasih.. lantas dijamukan air...
    Bukan ke bile melihat kebaikan(putih)pada org lain akan terbukalah hijab keburukan(hitam)diri....
    Jangan lah melihat keburukan(hitam) org krn akn terhijablah keburukan(hitam) dlm diri...ngape?sbb hitam +hitam dont work..
    Mesti hitam itu pasangannye yg putih,bak mata itam dan mata putih.Mana mungkin dipisahkan....kalau trpisah butalah jadinye...

    Stop melihat keburukan org dan start melihat kebaikan..dan berkasih syglah sesama makhluk...serta BERSABARLAH...
    kata org yg pandai2...inilah jalan pintas dlm perjalanan utk mengenal diri.Betul ke?Ntahla...korang pikirkanlah.

    Buat saudaraku MAyang Sari,
    doa ku semuga kamu tenang2 selalu..teruskan usahamu dlm menebarkan kasih sayang..doa ku sentiasa bersama mu..amin.

    Salam..ya salam..

    ReplyDelete
  13. Saudaraku Tanah-tanah terima kasih atas kunjungan dan aku terharu atas sokongannya. Ya benar saudaraku...aku perlukan sokongan agar aku semakin kuat dan dengan kekuatan yang aku ada akan aku jadikan bahuku untuk mereka yang lemah bersandar dan memapah jiwa mereka pulang dengan berjaya.

    Salam Sejahtera buat kamu wahai saudaraku Tanah-tanah. Aku akan lebih gembira jika kamu kerap berkunjung dan menitipkan komen-komen untuk membantu aku jika lemah dan juga berkongsi kegembiraan bersama-sama di sini. Aku tak mahu samakan diriku dengan Blogger2 lain dengan meninggalkan pembaca-pembaca mereka penuh dengan penyakit dan tiada ikatan hati ke hati yang ikhlas dan kukuh. Bertemunya dan berkenalannya kita di sini maka saudaralah kita selamanya.

    ReplyDelete