Monday 19 August 2013

Eeeeeeee....malunya kita....

 
mubi.com

**Di atas permintaan seseorang aku tulis juga post ni. Malunya muka ni tak tahu nak letak mana. Wehehe**

Aku akui aku yang dulu tidak sombong. Namun kerana peristiwa dan cerita di dalamnya aku dengan sengaja menyombongkan diri kerana aku dah penat dipijak-pijak dan dihinjak-hinjak manusia. Aku penat menelan cemuhan manusia lalu aku mengambil keputusan untuk menyalahkan semua. Aku maki hamun semuanya sehingga hati aku puas. Hahahahhahaha. Padan muka. kih kih kih...

Tapi Allah itu maha Penyayang. Di saat aku hampir-hampir jadi Super Saiya didatangkan seseorang untuk menegur aku dengan penuh hormat dan belas kasih sayang dariNya. Aku diajar kembali erti hamba dan erti menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya. Doktor Umi Adzlin pun banyak membantu aku. Sayangg...doktor.. dan juga kredit kepada Muhammad Hanis a.k.a kawan kepada Aiza Adli.

Aku kini perlahan-lahan mula mahu mendarat ke atas bumi yang nyata. Huh...penat sekali terbang di langit sana... hampir-hampir aku gayat dan sayapku yang luka ini ku gagahkan juga untuk terus terbang. Namun Allah yang aku kadang-kadang panggil Boss...hehe.. Dia sangat-sangat baik dan sangat menyayangiku. Mungkin orang akan berkata...ko ni pandai-pandai je mana ko tahu Allah sayangkan ko? Aku tak mampu menjawab soalannya melainkan aku hanya akan tersenyum-senyum seperti siput. Hehe.


indiatimes.com

Namun haruskah aku mendiamkan diri tanpa bicara setelah itu? Aku memang seorang yang banyak mulut...rasanya tak mungkin aku akan diam. Adikku benar...jika kita berkata sesuatu kita sebenarnya melemparkan kata-kata itu kepada diri kita sendiri. Dan kita sama sekali tidak boleh menghukum sesiapa sama ada kita kenal ataupun tidak kerana kita bukan tuhan. Kita tak pernah tahu kondisi mereka atau keadaan hidup yang mereka lalui dari mereka kecil sehingga ke hari ini. Maka mulai hari ini... aku dengan rasa rendah diri dan malu sekali mengajak kalian berbicara tentang cinta dan kasih sayang sesama manusia dan juga makhluk alam ciptaanNya. Annur....kakandamu ini dah tak mahu marah-marah lagi. Kita ubah tone kita ya...

Di saat aku mahu mendarat dan kembali ke alam nyata aku baru tersedar yang aku telah melakukan banyak kerosakan di dunia nyataku. Mujur tidak terlalu parah dan masih banyak yang aku mampu perbaiki. Dengan bantuan orang-orang penting dalam hidupku... kini aku mahu perbetulkan semuanya tanpa tertinggal... mudah-mudahan aku dapat mencapai cita-citaku. Dan akan aku usahakan semuanya sehabis baik. Ni lagi satu lagu kegemaranku untuk kita semua hayati maksudnya.



Aku tinggalkan satu soalan buat kita semua bongkar dan selongkar untuk nikmat bersama. Siapa di antara kita yang mampu menjawab Yin dan Yang tentang Tuan dan Hamba dalam kehidupan kita? Soalan ini penting bagi mengembalikan Ketuanan Bangsa kita sebagai manusia yang layak digelar Insanul Kamil. Siapa dapat jawab nanti kalau jumpa aku depan-depan nanti aku belanja makan ais krim Vanilla Coklat.

cap-strongblogspot.com







35 comments:

  1. Salam.......

    Kini mendarat..........
    Fuh bukankah melimpah kasih sayang di bawah ini...
    Hayati dan nikmatilah rasa yang diberi
    Itu semua kehendakNya jua.......

    ReplyDelete
  2. Usah menyesal apa yang terjadi
    juga tidak ada yang harus dimalukan
    itu semua kehendakNya dalam membimbing
    diri untuk mengenaliNya.

    Tidak ada rahsia lagi bukan
    semuanya terbentang nyata
    zahir dan batin kita satukan
    hidup berkasih sayang
    Allah itu pemurah lagi mengasihani

    ALHAMDU

    AMIN

    ReplyDelete
  3. Terima kasih naga jauhar atas sokongannya. aku ni daripada tadi asyik tersengih2 sorg2...sbb malunye....he malunye...

    mana nak letak muka ni..doktorpun tersenyum hari tu. huhu
    kalau aku sakit... aku akan mendatangkan damage yang kaw...
    wooo bahaya woo aku ni... apala...heish...

    ReplyDelete
  4. aku nak kongsikan dengan semua pembaca yang menyokong aku di sini...

    perjalanan mengenalNya sangat2 menyeronokkan...
    kalian cubalah sendiri...jika ada yang aku mampu bimbing datanglah cari aku...jika aku lagi rendah dari kamu barangkali aku hanya mampu doakan kamu.

    seronok berada dalam limpah kasih sayangNya ni..

    ReplyDelete
  5. Kalau kau sakit aku akan sentiasa memerhati..........
    aku akan mendoakan kebaikan untukmu..................
    huhu jiwa oh jiwa..............
    jiwa yang merdeka..............
    aku juga turut tersenyum sama..
    senyum kegembiraan.............

    ReplyDelete
  6. Sila kongsikan untuk menafaat semua
    tapi biar semua faham ya..............
    sebab tak semua mampu dicerna.........
    masing-masing punya pengalaman yang berbeza
    tapi tujuan dan matlamatnya satu jua........

    SALAM UNTUK SUAMI DAN ANAK-ANAK

    ReplyDelete
  7. Aku ada tambah sesuatu di post ini. cuba kau lihat.

    ReplyDelete
  8. Beberapa hari kebelakangan ini... aku hampir2 mati...jiwa aku terseksa sekali. kerana apa? kerana aku hampir-hampir berputus asa dengan Allah. Lalu hati kecilku berkata...

    "jika benar Kau wujud... maka bantulah aku..."

    Tidak lama kemudian Allah mendatangkan seseorang kepadaku. Satu persatu kekusutan di fikiranku mulai terurai dengan baik lalu ketenangan dan kelegaan mulai menyelimuti diri aku. Segala kekusutan dan kecelaruanku mulai cerah dengan CahayaNya. Namun kali ini sungguh berbeza dengan waktu-waktu yang dulu.

    Aku ini degil sekali. Aku tak mahu berguru. Yelah wanita egois seperti aku jika berguru nanti panas telinga guru aku nanti. Maka dari aku bertekak dan bergelut dan berguling dengan guru aku... maka ada baiknya aku belajar sendiri. Dah tentu ada masanya aku tak dapat jawab soalan2 yang aku cari. Namun Allah Tuhanku baik sekali... dituntunnya aku ke arah jawapan segala persoalanku dengan penuh kasih sayang.

    ReplyDelete
  9. Aku pasti ramai di luar sana seperti aku. Makanya mari sini aku bisikkan perlahan ke telinga kamu...

    "Boss memang wujud...syyhhh...jgn cakap kuat-kuat...aku dah malu sangat ni..."

    ReplyDelete
  10. Untuk menyerap Yin Yang ni aku menderita hati..raga dan jiwa bagi mendapatkan jawapan ini. Qarin-qarinku yang lalu berkumpul banyak sangat dalam diri dan aku halang diri aku atau sesiapa untuk ubatkan aku. Degilkan aku? Sampai hampir setiap hari aku sakit dada dan sakit kepala. Hati aku remuk macam nak pecah. Aku berperang dengan diri-diri aku sendiri. Ramainya aku dalam diri ini...

    Hooo....macam nak mati wo...
    Tapi akhirnya aku temui cara nak handle aku-aku yang ramai ni...
    Kredit lagi buat Muhammad Hanis... huhu

    ReplyDelete
  11. Tuan berakar kata dari tuhan. Bila dipanggil jadi tuan hamba. Dia juga tuan dia juga hamba. Tak boleh dipisahkan. Adam dan Hawa. Malaikat dan Iblis. Kemanusiaan dan kehaiwanan. Kena kenal kemudian seimbangkan. Api lawannya air. Tanah menetapkan. Angin menghidupkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kenal kemudian seimbangkan.

      KAMU BENAR.

      Delete
  12. meow

    adakala kita jadi ibu, adakala kita jadi isteri, adakala kita jadi anak, adakala kita jadi hamba pada tuan, adakala kita jadi tuan pada hamba (tuan pada jasad)

    jika kita ibu, sampaikan hak seorang anak(kasih sayang dll.) dan kita dapat hak sebagai ibu, andai kita isteri, sampaikan hak seorang suami(taat dll.) lalu dapatlah hak seorang isteri, andai seorang hamba, sampaikan hak tuan(amar makruf nahi mungkar dll.) dan dapatlah hak seorang hamba. sebagai tuan sampaikan hak seorang hamba(makan,minum dll.) dan dapatlah hak seorang tuan

    letakkan sesuatu pada haknya..barulah tak zalim


    meow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meoooww.....syian kucin ni...
      Tuannya sayang betul kat dia...semoga kamu sentiasa dalam rahmatnya.

      Delete
  13. Allah tak pernah zalim pada kita, kitalah yang menzalimi diri sendiri

    kopipes sikit

    Zalim secara bahasa mengandung pengertian "aniaya/celaka" . Zalim secara istilah mengandung pengertian "berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara2 bathil yang keluar dari jalur syariat Agama Islam". Disisi lain zalim bererti "menempatkan/meletakkan sesuatu tidak kena/sesuai dengan tempatnya".

    marilah...larut dalam zatNya..mabuk akan zatNya..


    "andai cinta dah melekat, tahi kucing pun rasa cokelat"..haha suka betoi ayat ni..haha

    ReplyDelete
  14. yeyeh...kakak i da kembali...wuuuu!

    dhada,jom kita terbang yok!

    ReplyDelete
  15. welcome back...

    jenuh nak kejar dgn kelajuan cahaya. kalau lebih dari kelajuan cahaya, semua terburai dan jadi tepu, tak bergerak.. statik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cahaya dah mulai tenang dalam Relung Cahaya yang berisi minyak zaitun yang suci itu...

      sama-samalah kita bertafakur...

      Delete
  16. penchinta

    :)
    semoga satu hari kita ketemu mayang sari..bukanya jauh pun..dokat jerr..hehehe
    tahniah..


    penchinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah...? hahahaha...kamu benar-benar seorang penchinta...

      Delete
  17. Alhamdulillah...
    Semuanya semakin jelas, tenang dan stabil...
    Namun TETAP perancangan demi perancangan yang realistik untuk masa depan aku dan semua tetap berjalan di fikiranku. =)

    Dari perkataan DEWI aku tukarkan menjadi PROFESSOR DATO' DR. EMERITUS MUHDALENA AHMAD. Korang rasa aku dah cukup realistik tak? huhuhu...

    Aku mahu panjat tangga satu persatu. Aku tak akan putus asa. Cukup sekali kesilapanku di Putrajaya 09.07.2012 tu sahaja. Ia sudah pun menjadi sejarah negara. huhu... Dah letup sekali cukuplah. dah dapat title Sword Woman. hehehe..

    Dan langkah seterusnya kita jadikan derapan langkah yang logik dan realistik!

    CHEERS!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la semangat yg logik. dan status dan 'kerjaya' itulah title dewa dewi zaman skrg. teruskan impian itu dan semua pakat2 berjaya dlm hidup. that the spirit. merangkak kecik2 dulu tak pa, slowly but surely.

      Delete
  18. Aku benar-benar mahu memimpin jiwa-jiwa yang lain pulang dengan berjayanya... Tidak akan aku pedulikan apapun yang melintang di jalan aku nanti. Akan aku rempuh dengan gagahnya....

    HAhahahahahahaha...
    (sambil bercekak pinggang mata bercahaya-cahaya, muka berseri-seri dan memandang ke langit)

    Siapa kau?.....
    Tepi... jangan halang laluanku...

    ReplyDelete
  19. Aku mahu buat lawatan ke Batu Caves...huhu
    Lawatan Cuti-cuti satu Malaysia...
    Siapa nak ikut? Kalau nak nanti kita tetapkan tarikh... mungkin kes aku akan berjalan lagi setahun atau mungkin tak lama lagi. Aku pun tak pasti. Yang pasti aku mahu hidup tenang-tenang dan sebarkan ketenangan ini pada semua.

    Amaran aku pada semua pembaca. Kalian jangan fikirkan tentang Imam Mahadi dan Panji Hitam lagi. Aku mohon...
    Kita bina hidup baru yang lebih realistik. Jangan dambakan PEPERANGAN. Aku merayu...lihat sana di Mesir...di tanah-tanah Arab sana. Adakah mereka bahagia hidup begitu? Maka kalian janganlah terlalu membenci pemimpin yang kita ada waktu ini. Mereka punya kredibiliti masing-masing dan demi sesungguhnya bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik.

    BERSYUKURLAH...
    Kita bina hidup baru dan perspektif hidup yang lebih realistik dan positif. Aku akan kukuhkan negara dan dunia dari sudut THEOLOGI. Itu tugas dan bahagian aku. Kalian lebih tahu keadaan kalian sendiri maka pilih watak yang bersesuaian dan jadilah individu yang baik yang membahagiakan keluarga dan juga warganegara yang benar-benar berkualiti. Di alam nyata ini turn yourself into somebody really2 important in society dan di alam kahyangan juga pasti maqam anda akan meningkat.

    Nanti aku akan terangkan bagaimana Konsep Tuan dan Hamba itu diserap dan diaplikasikan. Supaya kalian benar-benar berubah 360darjah ke arah kebaikan dan pencerahan yang sebenar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. THEOLOGI.
      Inilah Tulang belakang yang menunjangi matrix kita. Mari kita sama-sama kukuhkan asas kita kemudian bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan jadilah apa sahaja yang kamu mahu. Jika kita punya asas yang kukuh bermaksud kamu punyai alasan yang jelas untuk hidup dengan sebenar-benar hidup. Bersatulah di bawah KASIH SAYANG dan KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN YANG UTUH PADA TUHAN. Jangan namakan ia jika itu akan menjadi pergaduhan. Apapun namaNya, hanya ada Satu Zat Hyang Maha Tunggal yang menciptakan kita semua walaupun kesudahan kita di dunia menganut agama yang berbeza-beza. Ya bukan? Siapakah yang menjawab doa-doa manusia di sekeliling dunia ini? Pasti Dia. Siapakah yang memberi rezeki kepada semua makhluk tanpa berkira apapun sembahan mereka? Pasti Dia. Lalu mengapa kita harus sombong? Walau apapun cara mereka, memang benar Islam ada cara hidup yang diredhai, namun bukan bermaksud yang bukan Islam itu salah secara Total. Mengertilah wahai manusia. Sampai bila kita mahu berbalah tentang isu berebut Tuhan ni? Hentikanlah!

      Delete
  20. Jadilah Raja/Tuan kepada diri anda sendiri. Lihat atas sana kata-kata anon tentang Hak. Itu ilmu penting. Anon tu bukan calang-calang manusia. Jangan terlepas pandang dengan kata-katanya. Tolong jangan jadi bodoh dengan menjadi manusia yang nak buat kerja ulang-ulang. Bila scan sesuatu tu mata kena sangat-sangat peka. Seperti kamu membaca tulisan aku, baca dengan mata hati yang sangat tajam, dan fikirkan tentangnya.

    Jadi manusia yang benar-benar berkuasa ke atas diri sendiri. Tuan sepenuhnya kepada jiwa, jasad, akal dan emosi. Kemudian sujud pada yang Esa, dan hanturkan semuanya beban rasa yang dipikul diri kita. Setelah itu bangkit lagi semula dan laksanakan kehidupan anda dengan sehabis baik. Dengarlah kata-kataku ini. Aku pasti jika kita semua benar-benar bangkit dari kelesuan Melayu yang tidur untuk sekian lamanya, kita bangkit beramai-ramai dan PASTI BANGSA NAGA INI AKAN BANGKIT DAN MEMIMPIN DUNIA SEMULA.

    ReplyDelete
  21. Oh Manusia...kamu jangan silap satu perkara ya dengan aku...aku tak buang semua keegoanku dan kesombonganku. Maka tolong.... jangan buat aku marah. Kerana aku baru sahaja memarahi pekerja di cc ini kerana memasang lagu TERLALU KUAT.

    manusia....manusia....sombongnya kamu...
    lagi letakkan kaki atas meja.
    kemudian pasang lagu nasyid dan berkopiah...kamu ingat kamu dah cukup mulia?
    i don't want to curse people...please.
    so do not act like a stupid person with no brain in front of me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah memakai selendang Allah.. kita manusia tak layak..

      Delete
    2. jika kamu mahu terus ego dan sombong teruskan sahaja. tiada bantahan dari kami dan tiada effect apa-apa pada Tuhan. Tapi kamu tahu? Ia menjadikan kamu HODOH dan BODOH. haha jangan mara. :p

      Delete
    3. aku hodoh ke aku bodoh ke aku tak mintak kau beras. lagipun hubungan aku dengan Allah itu bukan urusan kau. Dia tahu aku macamana. siapa yang nak campur urusan aku dengan Allah? kau kenal ke aku siapa dan apa yang aku lalui? kau tak tahu maka kau jangan masuk campur urusan aku dan kau boleh pergi dari sini pengecut tak taruk nama. bodoh!

      Delete
    4. Haha ikut suka ko la labu.. Seperti yang aku kata, ko nk ego ka nak apa ka ikut suka la tp ia menjadikan ko ... Ops sory.. Hehe

      Aku memang pengecut dan bodoh dan hodoh.. Kita same je..

      Rupanya ko ni senang d provoke? bye bye

      Delete
  22. aku tak kisah org nak pandang aku macamana sbb anjing menyalak bukit..bukit tak akan goyang... setiap org ada kelebihan dan kekuatan. aku ego bertempat dan itu aku lakukan bila perlu. macam statement aku kat atas kerana ada seseorang yang telah lama aku perhatikan bersikap kurang ajar dan tak hormat orang lain. waktu tu aku di cyber cafe...

    dia seorang yang berkopiah dan sebagai pekerja di cyber cafe tersebut dia tidak melayan customer dengan baik. dia meletakkan kaki atas meja dan cara bercakap tu bila ditegur dia tak mendengar kata dan malah semakin melawan. dia pasang lagu nasyid sekuat2 hati dan setelah aku tegur makin dikuatkan. dia hanya akan melayan perempuan yang cantik-cantik dan orang yang pakai tudung labuh ataupun sesiapa yang nampak alim. mengapa begitu?

    Anon...adakah dengan orang seperti itu aku harus bersabar setiapkalinya aku ke situ? aku tegur dia elok2 malah dia seperti mengejek2 aku. dan kamu anon...kamu tak tahu asal usul kemarahanku mengapa kamu berani-berani berkata sedemikian kepada aku? adakah kamu tahu aku ini bagaimana orangnya yang sebenar? jika orang datang pada aku dengan membawa hati yang baik maka aku akan layannya dengan baik. namun jika dia datang dengan sombong...maaf aku akan jadi lagi sombong. dan itu semua bersebab. anon...kamu ingat aku tak tahu ke kesombongan itu milik Allah? namun bukankah kita ini bayang-bayangnya? adakah aku dapat membuang sesuatu yang memang tertanam kemas dalam diri?

    kesombongan itu adalah hijab ataupun selendang Allah. jika kita memakainya maka kita akan terhijab dari kasih sayangnya. namun jika diri rebah dalam sembah...perasaan bersalah menghantui diri dan penyesalan menyelubungi diri maka hijab akan terbuka. maafkan aku anon..mungkin kamu tak kenal aku. aku ini degil orangnya. aku suka keluar masuk pintu hijab sesuka hati aku semuanya demi keperluan. dan aku diizinkan keluar masuk kerana aku melaksanakan kerja.

    anon...sesiapapun jika mahu menyalak kepada aku...gunung-ganang tak akan hancur dan bukit tak akan roboh. kerana apa yang Allah siapkan sepanjang perjalanan aku ini penuh dengan bantuan di kanan dan kiri kerana aku bekerja untuk Dia. Kesombongan itu adalah suatu tingkatan di bawah kasih dan sayang. bukan semua makhluk akan melalui pintu ini. kau tak perlu datang dan tersenyum dan tersengih memerli aku di sini. kerana apa yang aku hidangkan di sini bukan untuk manusia yang sombong dan memerli aku. aku akan kasih dan menyayangi sesiapa yang ikhlas pada aku dan mereka pun tahu aku ikhlas menyayangi mereka.

    setiap dari kita ada kebodohan masing-masing dan rupa hodoh masing-masing. biasala tu. aku ini hitam dan putih. maka terimalah aku seadanya. ketidaksempurnaa itulah yang sempurna.

    ReplyDelete
  23. wah.. kali ni baru tenang sikit... bagus. biar aku terangkan maksud ayat aku.

    ko baik, tidak hodoh dan bodoh tetapi apabila ko pakai keegoan itu dan kesombongan itu, ketika itu SAHAJA lah ko nampak begitu bodoh dan hodoh. Tahu tak, ia bukan untuk ko sorang tetapi aku dan semua orang juga begitu. jika aku dan semua orang pakai keegoan dan kesombongan itu, ketika itulah aku dan semua orang akan kelihatan begitu bodoh dan hodoh. aku cuma cakap apa yang kelihatan pada diri ko jika ko buat begitu, off couse, zahirnya lah. urusan ko dengan Tuhan, peduli apa aku... Tuhan aku dan Tuhan ko satu satunya yang satu.

    antara jalan ko dan jalan Nabi SAW, pastilah aku nak ikut jalan Nabi sebab jalan Nabi tu sebaik-baiknya.

    aku mahu tanya, ko tak malukah pada arifin lain yang benar-benar kenal Tuhan dan mereka tidak mengangkat pun diri mereka sedangkan kedudukan mereka jauh lebih tinggi.. aku teringat abdal syam dan pengiringnya yang sekarang ini benar-benar sedang melalui hari-hari susah dan menggigit di suriah sana.. sekurang-kurangnya?

    ReplyDelete
  24. lantaklah ko labu yang pengecut tak taruk nama. your concern is not my concern.

    ReplyDelete
  25. Ok. Lain kali jumpa ko aku pakai topeng power ranger putih. sbb aku pengecut taknak muka aku org kenal. good bye.

    ReplyDelete