Thursday 22 August 2013

Aku mahu mulakan Hidup yang Baru....

newmoonastrologyradings.com

Hah....terasa puas bila menarik nafas lega...sungguhpun aku sedar pertembungan aku dengan sesiapa yang tidak sehala akan membuakkan energi panas dan serasa mahu kuhamburkan semua semahunya aku... namun di dalam latihan kesabaran ini yang sedang aku jalani aku kuatkan juga semangat. Hampir-hampir sahaja buat sekian kalinya aku hilang pertimbangan. Namun demi menjaga kepercayaan dan keyakinan mereka padaku yang pernah aku calarkan dulu... aku harus mengawal diriku dengan baik.

Aku mahu bina hidup baru. Aku mahu segala yang berlaku adalah sebagai batu loncatan untuk aku melompat jauh lebih tinggi. Siapa mereka mahu menakut-nakutkan aku? Kau ingat kau berjaya? Benar...aku tak tipu...kau bukan lawan aku. Ada aku kisah apa mahumu? Ada aku peduli apa tujuanmu? Ada aku hiraukan keberadaanmu? Minggir...ketepi kamu...tak perlu kau dan kebusukanmu itu menghalang laluanku. Aku ada banyak kerja lagi yang perlu diselesaikan. Apa kau tahu. Enak bukan cara hidupmu...makan dan minum sehari-hari. Kau bukan siapa-siapa bagiku....hahaha...aku tak perlu minta maaf untuk meneruskan perjalanan impianku. Siapa kau mahu halang aku?

Hmmm.....aku sudah membuat banyak perancangan yang realistik...seronoknya aku... sebab Boss ada. Makanya aku tak perlu kerja 24/7 tanpa cuti-cuti. Aku punya masa rehatku. Misi aku targetnya besar maka sudah tentu keletihan aku tak sama seperti kamu. Malah aku juga tak tahu kehidupan kamu bagaimana. Maka kita semua hidup dengan perjalanan yang melalui jutaan laluan yang berbeza. Cuma saja barangkali ada persamaan rentaknya.

mi9.com

Aku mahu bawa kalian belayar bersama-sama aku. Mahu tak? Dah masanya kita mulakan gerak kerja kita dan mengorak langkah yang penuh tenaga dan kita semua sama-sama menuju ke arah kebebasan jiwa. En. Jerubung... jika kamu baca blog aku... maafkan aku kerana kamu tidak diundang di sini. Aku tak suka keberadaan kamu yang mencurigai aku kerana aku beritahu kamu semua aku punya hati yang boleh merasa niat kedatanganmu kepadaku. Aku hanya nyatakan yang benar. Aku tak tipu. Aku bukan mulia mahu menerima semua. Aku jahat. Itu aku mengaku. Ada aku peduli? Siapa kau mahu menilai aku? Siapa kau mahu tentukan masa depan aku? Siapa kau untuk aku dengar kata-katamu? Ada aku kisah apa pendirianmu? Ada aku kisah besar mana matrix tempat berhidupnya jiwa kamu yang kamu bangga-banggakan itu? Siapa yang tidak suka aku...kalian boleh pergi. Aku tak perlu sesakkan kepala otak aku...jiwa.. hati dan raga dengan kesengsaraan kerana pendirianku tak sama dengan orang lain. Manusia bongkak. Pergi kau.

Aku mahu terus bermimpi dan laksanakan mimpiku hari demi hari... Aku bahagia begini... Buat kalian yang menyayangi aku seadanya aku... ketahuilah... aku juga sayangkan kamu semua. Aku bahagia disayangi kalian. Terima kasih kerana sudi menyayangiku dan memahami perasaan diriku. Aku mahu bawa kalian yang aku sayangi ke dalam kehidupan yang penuh warna-warni. Aku mahu berikan syurga buat kalian dan ingin sekali aku membahagiakan semua yang aku sayang. Aku benar-benar mahu sambung belajar. Mudah-mudahan awal tahun depan ianya dapat direalisasikan. Aku mohon doa kalian. Pasti aku akan sentiasa kongsikan apa yang aku pelajari nanti bersama kalian. Esok aku ke mahkamah untuk Sebutan Kes. Hmm...dengarkan lagu ini untuk kalian semua...






HIDUP INI TIADA ERTI JIKA KITA HANYA BERDIAM STATIK DAN MENERIMA SEMUANYA APA YANG DISUAPKAN SEGALA-GALANYA SEMENJAK DARI KITA KECIL. 
AKU ADALAH MANUSIA YANG MAHUKAN PENGERTIAN DALAM HIDUP DAN HIDUPKU TAK AKAN BERERTI JIKA PERSOALAN DI BENAKKU AKU BIARKAN MATI.
MAKA TINGGALKAN AKU JIKA KAMU TIDAK SENANG DENGAN KEBERADAANKU.
JIKA KAMU MASIH TETAP MAHU BERTEKAK DENGAN AKU MAKA DENGARKAN INI....
KAU DAN SEMUA YANG BERSAMA KAU BOLEH PERGI MATI.

9 comments:

  1. Saya pun di sini doakan kejayaan akak..

    ReplyDelete
  2. semua kena blaja baca tulisan sambung...sorry...font tak nak tukar...

    ReplyDelete
  3. maaf semua...aku bukan orang suci...jika aku diluka... aku akan membalas jika perlu.

    ReplyDelete
  4. Peringatan dan Amaran buat pembaca Migdal Gideon:

    INI BLOG AKU. Maka aku adalah Tuan Rumah di sini. Jika kamu sekadar mahu melihat rumahku dan senibinanya dari jauh maka silakan kerana aku tak boleh halang itu kerana kamu punya mata. Namun jika kamu mahu masuk bertandang ke rumah aku maka JAGA ADAB SOPAN DAN BUDI BAHASA KAMU. Kerana jika tidak aku tidak akan teragak-agak untuk menghalau kamu dari rumah aku kerana ini hak aku.

    Jika kamu datang dengan kesombongan di sini maka berkali-kali ganda aku akan balas kesombongan kamu itu.

    Jika kamu datang dengan membawa soalan-soalan bodoh yang disengajakan kerana mahu memperbodohkan aku kamu boleh keluar dari sini dengan semua KEBODOHAN kamu kerana aku benci dengan kebodohan.

    Jangan semakkan Blog aku seperti TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH laksana Laman Facebook kamu ataupun tempat untuk kamu muntahkan semua kebusukan diri kamu kerana di sini bukan tempatnya.

    Jangan mengajar aku dengan sesuatu ilmu yang kamu sendiri tidak tahu dan tidak faham kerana aku akan menjerut leher kamu dengan kata-kata kamu sendiri.

    Barangsiapa yang datang sini nak tunjuk hero korang boleh pergi mati. Aku dah pernah mengamuk di JPM sekali tahun lepas dan jangan kamu sangka darah gila amuk aku tu dah mati terkubur macam tu sahaja.

    Aku bukan pengecut seperti kamu yang hanya melalak di bawah tempurung. Semua cerita bagaikan diri kamu itu yang terhebat padahal hakikatnya kamu adalah si kurus yang pengecut yang menyorok di belakang bapa kamu yang juga kurus dan pengecut.

    Memang aku sediakan gelanggang di sini untuk kamu bertikam lidah dengan aku jika kamu orang yang benar dan datang membawa kebenaran dari Tuhan. Maka silakan bawa hujah kamu yang terbaik jika tidak baik kamu diam sahaja di tempat kamu menaip dan menghadap internet tu dan jangan macam-macam dengan aku. Jika kamu suka-suka nak tunjuk bagus depan aku dengan penuh sombong dan memperbodoh-bodohkan aku... kamu tunggu kat situ aku terajang korang sekor-sekor dan aku akan ajar kamu sehingga kamu merangkak-rangkak keluar dari sini.

    AKU BUKAN ORANG YANG BODOH. Ingat kata-kata aku ini baik-baik dan fikir berkali-kali sebelum kalian memulakan bicara dengan aku kerana aku adalah orang yang sangat menghargai BUDI BAHASA. Jika baik budi bahasa dan niat kamu maka baiklah layanan yang kamu akan terima.

    ReplyDelete
  5. Hi Adik Mayang..

    Merah Saga warna baru..

    Usah dikisah simangkuk ayun yang tanpa nama datang jenguk2 kat rumah adik..otak mereka bergolek2 sekitar mangkuk tu je..kahkahkah..

    Yabeda

    ReplyDelete
  6. ya kat post lepas ada yang perli2 tak puas hati pulak...pegi mati la dia.

    hmm...kak..td pg mahkamah. nampak gaya macam dah nak dekat jatuh hukum sbb lawyer buat surat rayuan pada Jabatan Peguam Negara. doakan sy yang terbaik ya kak..sy nak selesaikan semua sbb lepas selesai ni semua sy nak sangat sambung master.

    ReplyDelete
  7. Sirul n gang dah free..kahkahkah..

    All the best utk adik.

    yabeda

    ReplyDelete
  8. Orang nak cakap apa pun cakaplah...tapi yang pasti masa akan berlalu dan aku akan bina semua semula dengan baik.

    ReplyDelete