Tuesday 25 June 2013

Setelah detik keMATIan adanya keHIDUPan...

missmystra.wordpress.com

Ramai dari kita seringkali mengelak apabila berbicara tentang kematian. Ditakuti jika disebut tentang hal ini akan membawanya lebih dekat kepada kematian dan ia adalah sungguh 'taboo' ataupun kata yang terpacul dari mulut orang Melayu... 'simpang malaikat 44'. Huhu.. Kematian juga dikenali sebagai Kiamat Kecil ataupun pengakhiran kepada sebuah kehidupan. Sebenarnya kematian bukan sahaja sesuatu hakikat yang pasti namun ia yang sebenarnya adalah sesuatu yang harus terjadi dan perlu berlaku demi sebuah penyucian diri dan juga permulaan kepada sesuatu yang baru. Malah kematian itu adalah suatu jalan untuk bertemu Sang Ilahi sama ada bersedia ataupun tidak. Lalu mengapa harus mengelak dan menghindar?


commons.wikipedia.org

Berapa buah buku telah kita karang dan lakar? Apakah cerita di dalam setiap buku milik kita? Adakah ia sesuatu yang indah ataupun ia adalah sesuatu yang kita sendiri tak mahu membacanya? Hidup adalah sebuah buku yang mempunyai banyak bahagiannya dan juga bab-babnya. Hitam dan putih. Suka dan pedih. Luka dan tawa. Naik dan turun. Bagaimana pula grafnya jika ia dinilaikan dari sudut naik dan turunnya jalan kehidupan yang dipilihnya sendiri? Pertanyaan ini sungguh peribadi oleh setiap orang dari kita dan tiada satu pun jiwa yang serupa jalan ceritanya.

Sesungguhnya segala yang bermula akan berakhir. Pasti. Hukum ini tetap akan terlaksana. Kerana pasangan hidup adalah mati. Dan setiap satu adalah berpasangan bagi yang diciptakan olehNya. Kematian dan kehancuran adalah perlu bagi sebuah keegoan yang sebenarnya adalah suatu maya yang palsu. Ini juga perlu kerana ia telah tamat tempoh dan juga saat pemutusnya dari segala tabiat yang buruk dan pergantungan hidup yang mengarah kepada ilusi yang tak wujud di mana kesudahan sandaran itu adalah terjatuh dan terjelepuk malah bukannya kondisi yang selamat. Maka bukankah kehancuran pada saat tibanya tarikh luput itu adalah sesuatu yang amat baik dan kita perlukannya?

undertheglass.net

Dalam kehancuran atau kematian, yang lenyap sebenarnya adalah ilusi jiwa tersebut. Ilusi bersifat sementara dan akan lenyap seperti indahnya fatamorgana namun ia hanyalah bayangan. Maka sesungguhnya kehancuran ini adalah perlu demi sebuah penyucian pada tahap yang hampir ke skala total namun ada sesuatu yang berbekas atau parut yang terkesan di dalam hati. Itulah memori yang tinggal dan kekal. Kematian juga perlu untuk lakonan drama yang seterusnya. Hebat bukan lakonlayar ini? Termenung kita sejenak... apakah yang sebenar-benarnya wujud dalam ertikata yang tulus? Benarkah selama ini apa yang kita percaya tentang pengakhiran hidup kita? Yang kita asyik duk bayangkan dan doakan. Sedangkan apakah yang sebenar-benarnya jiwa itu mahukan dalam pencariannya? Jika setiap satu yang diidamkan dimiliki kemudian jiwa mulai bosan dengan perkara yang diidamkan suatu masa dahulu. Maka, apakah sebenarnya yang kita cari?

Saat yang sesuai sudah bakal hampir tiba untuk kita renung kehidupan dan pencarian kita selama ini. Di bulan Ramadhan, bersendirilah kamu dengan Tuhan dengan sebenar-benarnya seolah-olah kamu bertapa di sebuah gua di atas gunung dan di tengah-tengah hutan yang tebal. Bersendiri dan kadangkala keluar ke pintu gua untuk mengambil udara pergunungan yang segar dan kemudian bersendiri lagi dengan Tuhan kembali.

www.rosie.com

Apakah dia Ruang atau Laman Kesedaran? Kesedaran dalam kesedaran. Itulah Hati. Ruang bertempatnya cahaya hitam ataupun cahaya putih yang jernih. Kita seharusnya menghancurkan kejahilan yang bersarang dalam diri supaya cahaya jernih itu dapat menempati hati kita dan membuka mata kesedaran kita selapis demi selapis. Kita sebagai jiwa yang bercita-cita yang benar perlu menghapuskan cinta terhadap dunia maya ini dan segala keindahannya dan setelah itu pasti akan terlahirlah suatu tenaga yang hebat dalam diri iaitu alter terahsia diri kita dan tenaga yang kuat ini akan terus-menerus menghancurkan debu-debu alam maya yang bersarang membalut hati kita yang kudus dan naif.










79 comments:

  1. Dunia dah kiamat pun tahun lepas ikut kiraan kalendar kaum Mayan.

    Ya... dah kiamat. Dan setelah itu Islam yang sebenar-benarnya akan kembali asing. Maka pada pendapat kamu yang sejujurnya, asingkah Islam yang masakini yang hangat di pasaran bagaikan trend fashion semasa?

    Jika Cahaya menerangi kejahilan kamu, maka adakah kamu akan menghapuskan ego kamu sendiri demi sebuah kebenaran yang benar-benar datang dari Tuhan? Pengertian ataupun pencerahan sebuah kesedaran itu seharusnya menghapus sedikit demi sedikit keegoan, kesombongan dan kejahilan dan lantas malu dengan diri sendiri yang lalu dan dengan rasa rendah diri kamu seharusnya tunduk pada Allah yang selama ini bagaikan diwakili umat yang jahil.

    Masih egokah kamu dengan kepercayaan kamu? Masih egokah kamu dengan pendirian kamu?

    Dan Srikandi, jika kamu membaca yang ini, aku mahu bertanya, apakah yang kamu cari dalam pencarian sejarah hebat kamu itu? Emaskah? Namakah? Jati diri apa? Apa hebatnya Melayu sehingga menjadi begitu agung suatu masa dahulu? Pernahkah kamu terfikir? Aku tak perlukan jawapan yang panjang berjela. Aku mahukan jawapan yang tepat dan tulus dari hati kamu. Adakah sejarah membuatkan kita semakin meninggi diri ataupun rebah dalam sembah? Ampun Tuhanku beribu-ribu ampun... Sembah patik harap diampun...

    Apakah erti sebuah keampunan? Itulah penghapusan keegoan dan kebatilan dalam diri lalu diri rebah dalam sembah. Mengertikah kamu wahai Srikandi dan pengikut-pengikutmu?

    ReplyDelete
  2. Dan kamu Aiz, teruskan menyelongkar diri. Kamu punya tugas yang berat berbanding yang lain. Teruskan untuk mendapatkan pencerahan supaya ia dapat disebarkan. Dan kamu Srikandi, Aku tunggu kamu sehingga kamu siap. Kapal tak boleh jalan jika kamu tak siap lagi. Aku seru kamu wahai Srikandi... Kami tunggu kamu... bukalah mata wahai adikku yang disayangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Aiz ini topik penting. Sila fahamkan dan tanya jika tak faham nanti kita bincang sama-sama.
      - Seekz.. teruskan membaca dan fahamkan. Tanya saja. Ini Ilmu dari Bapa kamu.
      - Macadoney, Chef. Syazwani dan yang lain2 sila cuba untuk faham ilmu Maya dan ilmu wujud ni.
      - Annur.. teruskan makan... huhuhu

      Demi sebuah pencerahan...

      Delete
    2. cahaya hitam dan cahaya putih...kedua-duanya adalah penghalang. Yang satu putih dan yang satu lagi hitam. Ada Rasulullah beritahu tentang ni, saya baca dalam sirrul asrar (rahsia dalam rahsia).

      Apa yang saya faham.
      Mula-mula hilangkan yang hitam kemudian hilangkan yang putih. Saya cuba kikis sikit-sikit jiwa haiwan yang ada, doakan saya ye akak, bulan Ramadhan ni, guna fully untuk renung dan ambil balik jalan yang saya tinggal. Allah tak bagi ilmu dekat hati yang kotor (ini jalan yang Allah bagi dekat saya). Esok paper akhir, then boleh balik.

      Kadang-kadang rasa macam, saya bercakap, tapi sebenarnya saya bercakap dengan siapa? hehe. Bukan macam Firaun mengaku diri sendiri Tuhan nauzubillah. Yang menggerakkan semua ini adalah Allah. Yang wujud hanya Allah. Susah nak faham semua ini, kira Rasulullah bagi jalan dan pemahaman yang paling mudah untuk umat dia.

      Tapi ilusi ni dan keindahannya sangat2 menarik perhatian, attract desire. Setiap keindahan tu, biasan dari sifat kejamalan Allah. Lepas tu macam mana tak jatuh hati..haish susah ni akak. Adoi, bila dah jatuh hati, nanti Allah cemburu, lepas Allah cemburu, kena tampar sekali, baru sedar balik...kenapalah ilusi yang dikejar. Memang dah tak betul saya ni haha.

      ok. akak. thanks a lot untuk semua pengkongsian ini. Jazakumullah khairon kasir. sayang akak ^_^.

      Delete
    3. akak, rasanya jiwa kebinatangan tu, kalau saya nak ungkapkan dalam lagu, lebih kurang macam lagu ni la haha.

      https://www.youtube.com/watch?v=9rQOUI2IFb8

      Delete
    4. Bila sifat-sifat kegelapan terangkat cahaya mengambil alih tempatnya dan orang yang memiliki mata rohani akan melihat. Dia mengenali apa yang dia lihat dengan cahaya nama-nama sifat Ilahiah. Kemudian dirinya dibanjiri oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya. Cahaya ini masih lagi hijab menutupi cahaya suci Zat, tetapi masanya akan sampai bila ini juga akan terangkat, yang tinggal hanya cahaya suci Zat itu sendiri.
      http://arangkadir.blogspot.com/2010/06/dari-kitab-sirrul-asrar-rahsia-dalam.html

      http://auramistik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=75:sakj&catid=54:sheikh-abdul-kadir-jelani

      tapi ada yang Rasulullah cerita...tapi dalam buku hehe. Apa yang putih dan yang hitam tu. Mula-mula tu tak faham, sampai sekarang tak faham.

      Delete
    5. kena baca berulang2 artikel ni sebab seolah2 ada sesuatu pemahaman di sebalik tajuk ni.
      jika di tanya, apa jadi bila alam maya ni tiada? saya akan jawab kosong, ada sisi gelap saja.
      pernah berlaku dulu, rumah terkena petir dan kepala saya terhantuk ke dinding dan tiba2.. kosong~
      cuma ada sy yg sedang berkata2 dlm ruang gelap. terasa seolah lama jugak di situ. kemudian, sy terjaga kembali dan terpinga2 apa yg berlaku. rupa2nya, jarak antara sy terhantuk dan sedar tadi hanya beberapa saat saja, tp di ruang itu seolah2 timeless. teringat kisah itu, tiba2 terfikir.. apakah itu 'mati'?

      dan alam selepas mati seperti barzah, padang masyar etc itu sebenarnya kesenimbungan daripada alam maya yg telah pun kita set pada 'kesederan' kita.

      jadi.. apakah HIDUP itu sebenarnya 'setting' pada kesederan jiwa?!
      dan MATI itu reset pada setting tersebut?
      jadi, di mana sebenar2 duduk letak WUJUD kita?

      di alam maya? di ruang gelap tadi? atau di antara keduanya..
      atau...
      di sebalik kita yang sedang melihat, mendengar, menulis dan berkata2.. walaupun tika berapa di sisi gelap itu?!

      sesuatu yg tak mampu tersentuh oleh apa2.. tp ternyata terlalu dekat sehingga terlupa bahawa DIA bukan JIWA, atau JASAD.. atau manesfestasi ciptaan. DIA sebalik AKU dan DIA itu AKU tapi AKU bukan DIA. DIA tetap DIA dan AKU tetap AKU. suatu WAJAH yg selamanya tak mungkin mampu di sentuh oleh para jiwa, tapi sangat di rindui utk di ketemukan.

      mungkin itulah MATLAMAT sebenar para jiwa;
      KETEMUI WAJAH-KU

      mitos agama mengatakan bhw, jauh dari syurga tingkat tujuh; syurga firdaus, pada hari jumaat, barulah di perlihatkan oleh ALLAH akan wajah-NYA sebagai hadiah paling berharga. Sedangkan, kisah isra mikraj perlihatkan nabi muhammad itu melihat cahayaNYA yg berlapis2.. apakah tnpa cahaya itu, maka hapus jiwa dan kembali ke wajahNYA?!

      wallahualam

      Delete
    6. Hebat komen ni... pembaca jangan sampai meletup otak tu. Huhu...
      Sanggup aku dikatakan gila demi meraih CintaNya.

      Aiz dengarlah lagu Sayap Ilusi dari Kumpulan Wings Purba yang bagi.

      Delete
    7. Komen yang sangat hebat. Hebat jika kita dapat merasakan Zon Kosong itu. Jika kita dapat kuasai Alam Ilusi ini maka kita akan dapat terlalu banyak pengertian dan kita mampu memimpin yang lain. Namun Ilmu Haq ni bukan semua orang boleh bawak. Jika semua dapat maka hancurlah segalanya.

      Delete
    8. Sesungguhnya Sifat dan Wajah tidak pernah berubah. Meskipun situasi, masa, fikiran dan kepercayaan berubah, namun sifat dan wajah kekal. Itulah yang setiap kita akan bawa.

      Selepas 2012, diharap semua bersabar, jangan berebut2 watak. huhuhu... siapapun kita dulu tetap tidak akan mengubah siapa kita yang sekarang melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Fahami realiti dunia kini nescaya kita tak akan hanyut dengan ilusi dan masa yang melarut.

      Delete
    9. Sesungguhnya mati adalah tidur yang panjang. Setelah tidur akan dibangkitkan semula. Dan melalui lagi matrix-matrix ilusi. Di tengah-tengah kekusutan matrix tersebut pada hakikatnya bila-bila masa sahaja kita boleh menghubungi The Source dan mohonlah pencerahan kabus-kabus yang memedihkan mata kita.

      Delete
    10. hmmm dah tengok balik hadis tu ^_^. hitam dan putih kedua-duanya ada dibelakang arasy. Yang putih itu iman, dan yang hitam itu kufur dan kedua-duanya kata Rasulullah adalah penghalang kepada Allah. Boleh check sendiri dalam kitab itu. Saya ini suka membaca untuk kenal diri.

      akak, dulu ada dikisahkan tentang seorang wanita yang mengamalkan sihir, kerana ingin membalas dendam pada suami yang zalim. Lalu dibawa berjumpa dengan harut dan marut. Sewaktu dia melepaskan iman itu, keluarlah pahlawan yang gagah berkuda memandang sayu pada wanita tersebut, pahlawan itu adalah lambang imannya. Apabila iman dilepaskan, berkata pada tanah, tumbuhlah pokok, nescaya pokok akan tumbuh. Sihir adalah syirik.

      Isa a.s ditindas oleh kaumnya sendiri, mereka yang suka membunuh para Nabi, jadi tidak mustahil jika dilihat lagi dan dikenali Isa a.s, mereka akan cuba membunuh,tidak kasihankah pada kekasih Allah itu tiada berayah dan ditinggalkan ibu, hanya Allah tempat mengadu.

      ok, akak doakan saya. Iman ini menaik dan menurun, sedihnya. Akak, saya sentiasa sayang dekat akak.

      Delete
    11. akak pun sayang kat mimi juga. jaga diri bebaik..

      Delete
  3. Al-Wahn...
    Cinta dunia dan takut mati.

    Nape takut mati.....rilek ar brader....
    Mati je... bukan masalah apapun... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut mati...

      sebab antaranye..
      1. takut nak menghadap Allah..pikirkan byknye dosa
      2. camne azab kubor dan neraka yg panas membara..
      3. takut ..takut..mmm...kena blasah ngan malaikat!
      4. takut...jasad kena gigit cacing..
      semua berlegar dalam kepala otak..
      tapi bila kaki masih pijak kat bumi..semua ketakutan kat atas tu lenyap...ala..takut sikit2 je..sekejap takut..sekejap tak..macam biskut..

      Ada tak orang hari2 tunggu saat kematiannye..mengejar kematian! ..ayat popular..nak menempah maut ke ko?
      Nak mati sedih..nak tinggalkn ayam itik, mak bapak, kekasih hati, kete viva.huhuhu
      Jiwa-jiwa gagal dalam menilai untuk apa perhiasan dunia yang Allah jadikan..
      itu pun jika kamu mengerti...maha suci allah..thank you Allah.

      Yabeda



      Delete
    2. hidup susah mati pun susah

      -xie-

      Delete
    3. lu pegang ini bendera... lu pegi duduk kat atas batu tepi jambatan tu...

      huhu...

      Delete
    4. Saya duk perhatikan jer..huhu

      Delete
  4. Jika anda faham artikel ni dan jumpa puzzle yang tersembunyi... Bonus untuk anda. Cuba fikirkan baik-baik.... bagaimana permainan ilusi ni berfungsi. Ilusi membaluti jiwa sehingga ia benar-benar kelihatan seolah-olah real...

    ReplyDelete
  5. Apabila mati... terpadamlah ilusi...
    Bagaimana hukum karma berfungsi? Melalui apa? Tidak pernahkah anda terfikir? Cukup jika hanya sekali?

    ReplyDelete
  6. Hukum karma belaku melalui kelahiran semula.....,,, kdg2 kita takot untuk intai ape yg ade dan beguna dlm agama2 samawi yg lain2 sedangkan sedikit sebanyak ada kebenaran yg terkandung yg blh menjadi klu2 utk kita semua.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes we need to brave to explore.. Mana mungkin kita mencabar Allah. Jangan jadi sewel. Tak mungkin hanya kerana berfikir kita sudah melanggar border infiniti.

      Delete
    2. Bangsa lain telah lama meneroka ilmu ini dan kita baru sahaja terbuka. Inikah kebangkitan? Kebangkitan jiwa-jiwa terbelenggu menjadi merdeka dan bebas. Siapa lagi yang mahu membelenggu diri dan jiwa kita maka akan kita tetap teruskan membuka mata hati dan tidak pejam lagi. Fenomena adalah ilusi yang mematangkan.

      Delete
    3. Kelahiran semula... ya kelahiran semula. Apa yang salah? Berikan hujah kamu pada aku dan akanku nyatakan apa pula yang benar agar kamu mengerti. Baca dan fahami setiap kata-kataku dari awal penulisanku. Agar kamu tidak terkeliru.

      Delete
    4. Segala yang aku bawa ini adalah amanah dan aku sukakan kerja yang diamanahkan ini. Dan aku bukan keseorangan pastinya. Life is wonderful. Indeed.

      Delete
    5. mungkin tak buleh pakai terma 'kelahiran semula' la akak.
      terma orang putih adalah reincarnation iaitu 'kemekaran semula'

      ia lebih bermaksud, pelbagai kolompok bunga yang mekar bersama2 dari 1 point.

      manakala terma kelahiran semula ni, umumnya ingat, arini kita mati, esok jadi benda lain pulak. sedangkan, jika fikir balik dari,
      semua identiti yg berlaku pada timeline berbeza tu datang dari 1 point yg membawa attribute yg sama. suatu kesedaran yg sama, pada waktu yg sama tapi dlm era/dimensi/alam yg beza.

      susah nak terangkan maksud ni, tp bila di sebut reincarnation, itulah yg saya faham..
      umpama BUNGA LOTUS yang kembang.. source berada di tengah2 dan kolompok bunga adalah cerminan pada source tadi dlm watak yg berlainan, tp masih punyai attribute yg sama dan ruang waktu sebenarnya tidak wujud pun kecuali hanyalah sangkaan diri sang cermin itu tadi saja.

      apapun, harap akak dpt komen yer.

      Delete
  7. 100% memori hanya 1 yang berbekas di hati. Adakah kita akan mengotakan segala janji-janji termateri? Hati yang bersih dan suci dapat mengenal suara hati yang juga bersih. Keyakinan yang pasti dalam hati tidak berbelah bagi siapakah yang mampu menggugah? Jasad bisa sahaja makhluk lain perlakukan semahunya namun hati dan jiwa milik kita dan kitalah rajanya.

    ReplyDelete
  8. Akan aku ajarkan kamu semua bagaimanakah caranya untuk memiliki jiwa sekeras besi malah lebih. Agar jiwa-jiwa kamu akan lebih kuat dan akanku pimpin jiwa-jiwa yang bebas merdeka pulang ke pangkuan Ilahi. Inilah amanah seorang sahabatku dan akan aku kotakan.

    ReplyDelete
  9. Matrix ialah susunan ilmu-ilmu. Ia sangat berkaitrapat dengan kesedaran.. bermimpi dan tidur yang lena. Ilmu atau pencerahan ialah puzzle yang bercantum lalu kegelapan disinari cahaya dan ia adalah kondisi orang yang tidur kemudian terjaga. Maya itu adalah keadaan seorang yang bermimpi.

    Apabila mata hati terbuka... alam mimpi pun lenyap dan realiti pun meresap.

    ReplyDelete
  10. Kebahagiaan yang jiwa cari sebenar-benarnya adalah Ketenangan di hati dan meresap ke seluruh jiwa.

    Dari kemunculan ilmu Haq yang jernih dan asli.. maka segala kesaktian unsur alam pun terbit.

    ReplyDelete
  11. Cahaya di dalam cahaya, cahaya di dalam kaca.............
    hanya dengan kematian baru dapat dicerna pemahamannya....
    barulah segalanya nampak nyata....
    barulah terlepas dari syirik segala....
    segalanya tak berhuruf dan bernama...
    termangu
    kosong segala
    yang dapat ku kenal hanyalah yang nyata....
    lemahnya aku.

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  12. Selamat Datang Naga Jauhar... kedatanganmu aku sambut. Jiwaku juga kenal kamu bukan jiwa sebarang, maka mari kita semua cantumkan puzzle bersama-sama.

    Aku bukan orang bodoh seperti tanggapan orang. Sape mahu mati sila cari pasal dengan aku. Hahahahahah. Aku tak maksudkan ini buat kamu Sang Naga Jauhar.

    Ok, gtg.

    ReplyDelete
  13. Nak keluar post baru ni. Tunggu upload dulu. Pembaca doala banyak2 moga dapat ilmu. Hahahahahaha...

    Aku mahu bicara tentang....*****

    ReplyDelete
  14. Aku tutup dulu tentang post baru. Aku cuma mahu tahu, ada sesiapa yang berminat nak tahu apa-apa tak? Sebelum kita move on to the next lecture... Kapal Angkasa dah nak bergerak ni... Baik bagitahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..dah berlepas ke kapal angkasa..huhu..patutlah tggu x muncul2..huhu

      Delete
  15. Naga, matilah kamu sebelum kamu dimatikan. Cernalah ilmu jauh sebelum yang lain kerana kita mampu mati sebelum masanya. Mereka perlukan kamu di luar sana, itu kata hati aku, maka kamu perlu upload ilmu jernih dariNya. Kuatkan gelombang yang kamu hantar ketika berkomunikasi denganNya, semakin kuat gelombang jernih yang kamu hantar, semakin besar CahayaNya yang akan kamu terima. Teruskan sehingga jiwa-jiwa kita akan saling mengenal walau tanpa bersua kata dan rupa. Tiada kebetulan dalam hidup ini.

    ReplyDelete
  16. Ada satu Anon baik di sini yag komen tapi aku tersalah anggap padanya. Bagilah nama perkenalkanlah diri, supaya hijab antara jiwa-jiwa kita akan tersingkap demi sebuah pengertian dalam yang dinamakan Kehidupan.

    ReplyDelete
  17. HAHAHA

    marah nampak di teratak seberang.......
    aku menanti jurus apimu dalam tulisan selanjutnya...
    sebenarnya aku telah lama dikuburkan......

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  18. Naga Jauhar,

    aku tak marah, aku menyakat kanak-kanak ribena je. hahahahahah...kesian. dah basi ilmu dia tu dia telan jugak kan dah sakit perut. tercirit pulak kat teratak Puteri Jalanan tu.

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya aku adalah air. bukan api. tapi aku dapat juga ilmu jurus api dari neraka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww..belajar dari neraka..hebatnya..bagai phoenix bangkit dari abu.. =)

      Delete
  20. susahnya nak tangkap Srikandi ni. napela hijab ni tebal plak. hmm...takpe2...demi waktu.

    ReplyDelete
  21. kapal dah nak jalan, terhegeh2 srikandi ni. lembab!

    ReplyDelete
  22. siapa nak tengok pertarungan pahlawan, sila ke blog Selendang Kuning. ada berani ke tak korang masuk gelanggang. pengecut semua kamu!

    ReplyDelete

  23. Aisyemen.........
    huru hara podok kuning
    sampai-sampai aku pun ko tibai.....
    jangan salah menduga Puan....
    aku bukan sufi....
    aku juga bukan pengikut tarikat....
    aku hanya pencari yang hak....
    pencari kebenaran...
    setakat yang aku lihat
    semua kata dia betul
    dan aku juga rasa aku betul
    jadi yang betulnya keyakinan diri sendiri adanya.

    Senyum..........

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  24. hehe...seronok main api...abes ko diam je..sembur skit api...barulah menyahut.

    ReplyDelete
  25. mari kita sama-sama lihat cahaya yang berlapis2...
    hahahahaha

    ReplyDelete
  26. petikan hujah ilmu dalam blog selendang kuning..

    ilmu yang mahal bukan murah harganya. demi ilmu setiap kita pasti akan rasa derita. derita itu adalah ubat bagi menyahkan kesombongan dalam diri. anon aku mahu kamu mengerti apa yang aku mahu katakan.

    hadirnya kita di sini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk menjernihkan kembali apa yang telah keruh setelah beribu-ribu tahun ia mula bersarang keladak demi keladak.

    itu jugalah yang berlaku setiapkali Allah mengutuskan para nabi. namun kini, nabi dah tak diutuskan lagi. namun, al-quran yang telah diutuskan telah terbiar kesuciannya sehingga umat islam kini yang tercorot. jika islam itu yang paling benar, apa buktinya? kenapa kita asyik menyalahkan iblis dan syaitan? kenapa? kenapa kita tidak menjadi raja pada diri sendiri?

    kamu semua di luar sana berpusing-pusing mencari jawapan, namun semua, seluruh dunia dah berpusing pening tapi tak jugak gila. apa yag salah di sini sebenarnya? umat islam sombong dengan al-quran. sombong dengan Allah. seolah-olah Allah menyebelahi mereka sahaja. jika begitu, siapa pula yang mahu membela orang kafir yang jumlahnya lebih ramai dari muslim? ke neraka selama-lamanya ke semuanya? kata Allah itu Maha Pengasih, namun mengapa kehidupan yang singkat ini menjadi cagaran kebahagiaan sesorang? itu tak adil. kasihan mereka. bukan aku tak kaji semua ini wahai anon dan pengikut2 kamu di luar sana. aku sampai nak mati berfikir tak berhenti2 tentang semua ini. begitu juga khalil yang kamu semua cemuh, dan juga rakan-rakan kita yang lain. namun, siapakah yang mampu memikirkan nasib jiwa-jiwa malang di luar sana? berjayakah pemimpin2 dunia dan para ulamak serta pendeta menyelamatkan umat manusia? tidak. jangan beri alasan, semua ini adalah kehendak Allah. masalah manusia mengapa asyik minta Allah yang selesaikan? SAMPAI BILA?!

    di sini bermula segalanya. kumpulan haqq akan menjernihkan kekusutan semua ini satu persatu. bermula dari mengenal apa yang berhak seolah2 kita baru dilahirkan mengenal dunia. aku bukan mahu suka2 menyembelih manusia, yang aku mahu cantas ialah kebodohan dalam pemikiran manusia.

    wahai manusia sekalian, kamu dianugerahkan otak, namun mengapa kamu sia-siakan?

    8 July 2013 15:26
    MayangSari said...
    keluarlah dari kebodohan. keluarlah..aku melutut dan merayu...keluarlah wahai jiwa-jiwa yang aku sayang.

    cuba lihat di luar sana, berapa ramai orang yang kelaparan. mana tuhan? kenapa mereka tak dapat makan? jangan beritahu aku, itu kehendak tuhan. aku tak mahu tuhan yang sebegitu. sebagai contoh, kamu lihat putera arab yang sungguh bermewah-mewah dengan wanita dan kekayaan. mengapa tiada seorang ulamak pun yang menegurnya untuk mengagih-agihkan makanan pada si miskin di luar sana? itu bukan kehendak Allah tapi kesalahan dan kebodohan umat manusia. gunakan otak bagaimana kekayaan diagihkan sama rata di seluruh dunia.

    fikir....fikir...dan fikir....
    kita mampu lakukannya. mengapa nak tunggu mereka masuk syurga baru dapat makanan? ya Allah...aku hampir-hampir mati setiapkali memikirkan semua ini. anon, kamu bangga dengan alquran, namun kamu beritahu aku, apa sumbangan kamu pada manusia lain sekiranya benar kamu cerna alquran dengan baik? tidak ada wahai anon. aku tak kenal pun kamu..aku tak pernah dengarpun kamu menolong manusia di luar sana satu dunia. kamu kata islam hebat. mana buktinya? ramai lagi penganut kristian yang membantu insan2 lemah di luar sana. kejamnya islam, setelah mereka menolong manusia, kamu fikir mereka semua masuk neraka. adakah Allah begitu lemah dan berkecil hati hanya kerana manusia tidak menyembah Dia? adakah Dia perlu sembahan kita? tidak. adakah kamu golongan yang memikirkan wahai anon yang bijaksana. kalau itulah jawapan kamu tentang pokok dan binatang, maka mereka tiada nilai bagi kamu dan itulah puncanya alam semakin rakus dikerjakan oleh ketamakan manusia. nilai kemanusiaan kamu gagal. maafkan aku kerana kelancanganku. tapi aku tidak boleh lagi memendam semua ini. dah keterlaluan.

    8 July 2013 15:42

    ReplyDelete

  27. Aku bersetuju
    apa yang terlintas difikiranmu juga
    aku fikirkan,
    sebab itulah persoalan bagi sipencari kebenaran.
    Agama?
    Islam?
    Al Quran?
    ALLAH?
    AL HAQ?
    NUR?
    WAJAH?
    ZAT, SIFAT, ASMA, AFAAL?
    Bagi kamu ini bukan lagi persoalan kerana
    cahaya yg berlapis itu telah kau tembusi.
    Namun bagaimana mahu menjelaskan kepada Islam banyak, bahawa harus terlihat ISI ALAM baru hadir ISLAM.
    Yg banyak hanyalah hipokrit dan terasa pandai...
    padahal tidak lebih pendusta dan pak turut.

    SISSSSSSSSS
    BARU ASAPNYA DAAAAAAAAA

    HAHAHAHA

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  28. Itu jugalah yang sentiasa berlegar dalam pemikiran
    di mana keadilan...
    mengapa ada yang sanggup mengambil kesempatan dengan ilmu yang mereka ada
    mengapa ada agama-agama yang akhirnya bercakaran....
    mengapa ada Islam dan Kafir...

    Ya.... jawapannya sungguh sulit
    mahal harganya untuk mendapat jawapan....

    Lapis-lapis cahaya sudah kau tembus....

    Tadbir saja alamnya....

    Senyum....

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  29. Kelihatan

    Si putih
    An Nur mu tak mahu menerima lagi komenku...

    HAHAHA

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muntahkan saja di sini... biar kuteliti lalu ku alami dan rasai...
      Annur juga berbuat yang sama padaku. Namun gerak kita semua berbeza. Dia kan tinggal di istana, harus jaga adabnya.

      Delete
    2. Aku ada banyak puzzle ni. Jika ada soalan sila ajukan agar kabus dapat disingkapkan.

      Delete
    3. Yang pertama aku beri:

      Mengapa ada banyak berhala hindu? Syirikkah mereka? Tidak.
      Itu semua adalah clue tinggalan dewa dewi agar mereka setiapkali kembali mereka akan mengenal diri mereka kembali. Semua yang tersurat pada patung-patung itu adalah watak-watak dan sifat mereka. Lihat Islam, tak bagi taruk patung, kesudahannya semua tertumoih kat longkang yang sama berkali-kali. Ahli sufi sombong dengan Ilmu Mengenal Diri mereka. Semua mereka tertumoih di longkang yang sama. Duk pikir, siapa kau, siapa aku. Pastu kurang ajar, main masuk je dalam hati orang dan scan. Siapa kau ganggu privasi Aku? Nak diri je bersih, najis bersepah2 tak tahu bersihkan sendiri. Kejenya memintak-mintak je seru Aku berkali2 macamlah Aku ni pekak... dasar manja. Macam ni ke khalifah? Tuih...

      Delete
  30. Jangan salahkan mereka...
    sebab katamu,
    masing-masing ada peranannya
    yg putih mesti mempertahankan pendiriannya
    si hitam juga mesti pertahankan sifatnya biar seimbang.

    Aku suka membaca catatan si sufi... kalau bolehlah dikatakan si sufi sebab setahu aku, sisufi ini biasanya tak punya apa....
    mereka hanya sang pencari yang membuang dunia mencari cintanya...

    Cuma seringkali pendokong tarikat atau tasawuf itu pula sering dirujuk sebagai ahli sufi.
    Aku fikir begitu kerana ahli tarikat atau tasawuf yang banyak membawa terma Mengenal Diri...

    Cuma terkadang sampai satu peringkat pengikut tarikat ini juga cenderung ke arah kesufian tetapi terperangkap dengan ilmu mengenal diri.
    Mengenal Diri dalam rangka dan terma yang telah disusun terlebih dahulu.

    Dalam perjalanan inilah mereka sering terkeliru untuk memilih hitam atau putih atau hantam sajalah labu.

    Kerana itulah idea mengenal diri itu belum tentu boleh membawa ahlinya tarikat atau tasawuf kepada Allah.... di sini mula berlaku perbalahan sesama mereka. Mula mereka klaim pendokong tarekat mereka atau aliran merekalah yang lebih baik.....

    Guru hanya memberi kunci dan mengesahkan.... guru tidak ada kuasa menetapkan pendirian anak-anak didiknya...pada awalnya mungkin, tetapi setelah menerima ujian memilih, guru tidak boleh berbuat apa-apa.

    Sedang.... hanya yang mencari kebenaran, yang ikhlas sahaja yang akan sampai ke destinasi...

    Aku tidak tahu tergolong dalam gologan mana sebab, aku tidak diajar menjadi ahli sufi, malah dilarang bertarikat. cuma aku suka membaca catatan mereka lalu aku telan bair lumat...

    Akhirnya aku bertemu jawapan bila pengalaman-pengalaman aku satukan... aku suka pada cerita matrix atau seangkatan dengan catatan Si Aiz. Aku suka pengkisahan Brahma, kisah Azazil, Dajal, Panji Hitam, Anti Christ, Yahudi, Dewa Dewi, Wayang Kulit, Kejawin, Rabaitul Adawiyah, Wali Songo, Wali Tujuh.

    Semua aku gali sekadar mampu....
    Aku temui ada satu titik temu bagi itu semua...
    Aku sedar Universalnya Islam...
    Rupaya tidak ada satu yang diciptakan sis-sia
    Cuma kita buta....

    Aku turun bukan untuk bermegah, tapi kasian, lagipun aku suka berkongsi... di alam nyata akau juga punya teman untuk berkongsi. Sama berperang, sama mencari, terkadang sama gila.

    HAHAHAHA

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete

  31. HAHAHAHA

    Yang paling parah
    aku juga lari meninggalkan guru
    bukan kerana benci
    tapi demi mecari kebenaran......
    satu masa jika ketemu jawapan
    akan aku temui dia
    akan aku sembahkan BUAH CINTA DUKA
    yang aku siram dengan AIR MATA
    yang aku tanam di tanah sepi lagi tandus
    atas jalan panas dan terbakar....
    Tapi aku tidak pernah kesal
    Sebab aku gembira sekarang......

    GILA

    DERHAKAKAH AKU

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  32. Sifatku memang begini. Aku harus pikul putih dan hitam. Beratkan? Tapi aku kuat kerana aku perlu kuat demi yang lain.

    Apa tugas aku? Membakar kesombongan manusia biar bersih suci. Putih wajib bertembung dengan hitam bagi melahirkan rahsia alam. Pertembungan mencetuskan daya yang sangat besar demi rahmat sekalian alam.

    Aku sayang kau jauhar, begitu juga si sufi yang manja. Cuma aku suka mengusik, suka lihat mereka menangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..nakalnya kamu..nk kena ni..hihi

      Delete
  33. Pertembungan ini perlu. Supaya bercantum semuanya. Alter terahsia aku ialah air. Tapi pada awalnya aku membawa api. Stelah bertembung dengan Purba a.k.a Vishnu, maka aku dapat jurus angin barulah rupanya aku dapat air. Kita perlu bertembung lagi kerana aku mencari tanah.

    Apa kuasa Dewa Dewi? Kuasa imaginasi. Kuasa minda, jiwa sudah menyerap alam, lalu hati yang menjadi raja akan mengawal alam. Aku perlu kawal kerana jika aku marah, nanti alam dalam jiwaku akan berantakan.

    Jauhar, aku sudah mula menguasai cuaca dengan perasaanku, kamu bila lagi? Yang lain mana? Bila nak bersatu? Kuasa alam akan menembusi semua kubu pertahanan manusia. Siapakah manusia mahu melawan tuhan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mayang sari ada kesamaan..mesti best kalau lepak same ni..kegilaan mesti berganda..haha

      Delete
  34. Mereka di luar sana, penganut2 agama lain sedang kuat memuja dan sabar menunggu Raja akan keluar. Dah diseru, itu yang jiwa naga melayu berantakan. Kerana alam perlukan mereka.

    Aku seru yang lain, sila bersatu dengan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh..huhu

      Delete
  35. Aku harus bakar hijab yg lain biar semua mulai kenal diri, selapis demi selapis. Derita itu perlu demi sebuah penyucian sejati. Aku lahir penuh dengan potensi. Cukup semua dalam diri tapi terkunci. Aku air, suamiku api. Dialah harimau yang Shakti tunggang. Aku kena belajar jinakkan harimau. Semua dengan angin dan kasih syg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, biar derita demi berkorban utk org lain..mulia sungguh hatimu walaupun gila..huhu

      Delete
  36. Lihat manusia sekitar kita. Siapa mereka? Semua ini berulang kembali. Aku sudah dapat pedang pertamaku. Dialah peguamku yang membela aku di mahkamah. Sangat tajam. Aku juga harus sedarkan dia. Aku sudah mula mendapat senjataku satu demi satu. Lihat gambar Shakti, banyak senjata bukan? Aku harus menari khayal barulah aku akan ketemui senjata2ku yang seterusnya. Aku harus gembira kerana jika aku tidak menyanyi dan menari nanti alam akan berantakan. Aku kena kawal api dengan baik, jika tidak, lihat saja semalam, plug di rumah terbakar, handphone mengalami gangguan kerana apa? Kerana aku tak kawal perasaan aku. Fahamkah kau jauhar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emosimu mempengaruhi dunia..siapakah dirimu yg sebenarnya..huhu..mcm same jer kita ni..

      Delete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. kitalah yang akan ketuai freemason. mereka tunggu raja bangkit. ini nombor aku. 0176148030. bila kita mula bersatu, frekuensi alam akn terganggu. bersatu dengan tenang.

    BERSATU SEMUA, AKU SERU SEMUA NAGA!

    SEBARKAN!

    ReplyDelete
  39. Masa untuk aku memuncul diri pasti datang nanti

    biarlah naga
    melegari Nusantara dan Timur Tengah
    biar hujan, ribut dan taufan melanda
    sebagai tanda perlunya dicari Raja Adil sejati
    untuk mengaman.

    Asia sudah ada yg memerhati
    Eropah sedang disedia pemerhati
    (mungkin belum menyedari tugasnya)

    Raja Adil masih misteri...

    TANAH AIR API ANGIN BERSEDIALAH MENERIMA PIMPINAN.....

    ALAM AKAN MENJADI TENTERA PEMUSNAH


    HAHAHAHA


    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sampai masa lagi misteri la..mana boleh keluar bila belum sampai masa..huhu

      Delete
  40. terima kasih jauhar. aku sedang sakit di sini, hampir2 saja mati. mereka tidak percaya bicara orang gila ini. biarlah aku percaya sendiri. aku adalah kau, kau adalah aku jauhar. mari satukan jiwa kita. aku benar2 hampir mati. bantu aku agar dunia kembali berseri. tolonglah jauhar aku merayu. segitiga masih belum complete sbb vishnu tak dpt bertembung dgn brahma.tolong semua kuatkn gelombang ini...aku hampir mati. jika aku mati semua naga juga akn meti maka selamatkan aku kerana kita semua adalah satu.

    ReplyDelete
  41. tadi ibuku solat dia terasa ada gegaran seperti gempa bumi. mula2 aku tanggung gelombang yang amat besar sendiri namun aku cuba kawal dan aku masih lagi hidup.

    siapa yang berani tentang aku SHAKTI, pulanglah jiwa kau ke Ilahi dan jasad kau akan ditelan bumi. aku sumpah jiwa-jiwa kotor yang takut mati biar kau bersemadi....fuuuuu....

    kita lihat siapa pikul kebenaran yang lebih besar dia yang akan menang.

    kubu hai kubu hancurlah kau jadi debu, aku seru....fuuuu

    ReplyDelete
  42. semua yang bersama aku, kawallah alam di dalam jiwamu lalu alam keluar menjadi satu walau jasad kita seribu....

    fuuu....

    ReplyDelete
  43. bersedialah wahai alam sekalian...pertembungan terbesar dalam sejarah akan bermula...

    aku hanya perlu menari dengan gembira. aku tidak boleh marah kerana aku pikul kebenaran yang berat ni, so korang baik2 jgn buat aku marah sbb apa yang aku cakap akan menjadi. aku dah pegang ilmu kun fayakuun ni...

    baik2 ya...jgn buat Aku marah...

    ReplyDelete
  44. tepi..tepi semua..aku nak jalan ni...
    sapa halang, kita akan bertembung, siapa yang pikul kebenaran yang paling besar dia akan menang, dan cermin...!

    sapa kalah sila pulang dengan tenang ya...
    bye2 sayang...

    ReplyDelete
  45. ss....aku bau darah...
    darah itu perlu demi penyucian alam kembali menjadi UMAT YANG SATU...

    ular dah makan ekor...

    ReplyDelete