Thursday 6 June 2013

Mari mendekat padaKu wahai sekalian Jiwa, dan dengari Aku di dalam dirimu...

adsoftheworld.com

Aku akan mengkhabarkan sesuatu dari DiriKu sendiri dan tentang DiriKu kepada kamu wahai sekalian Jiwa. Maka, di ketika ini, kau dengarkanlah setiap satunya dengan sebenar-benar hatimu mendengar dan rasailah Aku di dalam diri-diri setiap kamu.

Wahai Jiwa-jiwa yang mahukan pengertian,
Apakah yang kau cari di dalam pencarianmu itu? Adakah Aku? Maka cuba pejamkan matamu dan rasai Aku di setiap gerak gerimu dan semua perasaanmu. Setelah itu maka akanKu ajarkan kau satu persatu dan demi waktu akan Aku tunjukkan jiwa dan wajahmu di hadapan Cermin Ghaib Sakti. Apakah yang kau lihat di dalam cermin itu? Jujurlah pada hatimu tentang segala apa yang tercermin di hadapanmu itu. Adakah ia benar dan kau yakin? Lihat lagi dan bukalah 'mata'mu seluas-luasnya dan renunglah tajam ke dalam cermin itu sehingga ia retak dan kemudian pecah. Lalu tiada lagi Cermin... yang tinggal hanyalah Dirimu sendiri. Bersendirian dan menangis... Sayu dan hiba. Terbaring, lemah dan kau akan mengerti bahawa yang wujud itu hanya Aku sendiri. Dapatkah kau rasakan wahai jiwa-jiwa?

Dan demikian kemudiannya secara perlahan-lahan gaya hidup dan cara berfikirmu akan mulai berbeza langkah demi langkah dalam kau menjalani hidupmu seolah-olah kau baru mula belajar bernafas dan jiwamu baru sahaja dilahirkan. Dan kau tidak akan barang sekalipun menoleh kembali ke belakang, di dunia dulu yang kosong itu kerana kau telah menemukan dirimu tepat dengan pencarian hatimu. Di dalam jiwamu mulai ramai dengan semua wajahmu sendiri dan alam pun turut menyerap masuk ke dalam jiwamu, menyatu... Lalu segala yang dirasa terluahkan melalui alam yang menjadi kalam segala kesaktian kata di dalam jiwamu.

Lalu manusia busuk pun bertanya, siapakah itu Khalifah? Dan kau akan ketawa mendengar pertanyaan mereka. Sesungguhnya mereka bagaikan mendongak ke langit dengan benar-benar mengharap mereka dapat menggapai bintang yang tinggi ke langit padahal jiwa mereka begitu kerdil dan lemah. Dan kau akan terus ketawa tanpa sempat menjawab pertanyaan mereka lalu beredarlah pergi sekalian mereka terpinga-pinga tanpa jawapan. Hahahahaha....

www.forosperu.net

Manusia... manusia... Makanlah dan minumlah semahu-mahunya sekalian kamu sehingga nafsumu membesar seperti binatang ternakan yang menggemuk dan terus mengunyah. Wajahnya kelihatan sungguh bodoh. Lalu tidak terpikullah jiwa kamu terhadap nafsumu sendiri maka jadilah kamu jiwa-jiwa yang terbelenggu dengan rantai-rantai berat yang melilit bagaikan di dalam neraka ilusimu sendiri. Sungguh malang sekali bagi mereka yang tidak mahu memikirkan dan mengambil pelajaran setelah apa yang Aku kurniakan ke atas mereka.

Aku sumpah kamu semua wahai jiwa-jiwa yang lalai dan leka, dengan sedikit waktu Kuberikan dan kau teruskan semua kebusukanmu itu maka setelah itu kamu akan terus-menerus berada dalam kegelapan tanpa sedikitpun Cahaya yang akan Kuberikan kepada kamu semua. Meraba-rabalah kamu semua di dalam ketakutan, di dalam kegelapan yang amat pekat tanpa sedikit pun cahaya. Kamu kemudiannya saling berpimpin tangan sesama kamu sendiri dan berhimpit-himpit berjalan menuju ke lembah dan jurang yang sangat dalam tidak kelihatan dasarnya... lalu kamu semua jatuh ke dalam jurang itu beramai-ramai sambil meraung ketakutan. Wahai manusia-manusia yang sombong kerana tidak mahu mengambil pelajaran, merataplah jiwa-jiwa kamu di dalam api yang panas, hitam. gelap dan kelam. Nafasmu membahang. Meraunglah kamu semua di situ dan ketika itu barulah kamu akan mulai mengingat Aku, mencari Aku dan menyeru Aku. Teruslah tinggal di dalam api itu wahai jiwa-jiwa sehingga marahKu terpujuk. Tiadalah dapat kau lari melainkan azab kerasKulah yang akan terus menemanimu wahai jiwa-jiwa.


godofwarlegend.blogspot.com

Kamu semua adalah manusia yang lupa asal dan usulmu..! Sungguh seronok sekali kamu ketawa berdekah-dekah di atas muka bumi ini dalam tiada kesedaran. Kamu merasa sungguh hebat sekali dengan keberadaanmu yang busuk itu. Jasadmu yang tiada nilai itu kau persembahkan kepadaKu. Kamu solatkah itu? Dalam sembah sujud jasad, jiwamu keluar melayang menyembah dunia dan seisinya. Demi sesungguhnya, langit, bumi dan di antaranya menyaksikan bahawa kamu adalah pendusta! Satu sen tak guna! Kamu sangka kamu persembahkan hadiah buat Aku dengan amalan kotormu itu? Ketahuilah akan Aku lemparkan semua amalan-amalan busukmu itu ke muka kamu yang tidak jujur pada Aku. Kamu hanya berpura-pura menyembah Aku dan hanya berlakon di hadapan manusia lain. Kamu memakai 'pakaian kebenaran' dan berlagak kononnya kamu adalah wakil dariKu lalu kamu berdusta semahu-mahunya dengan menggunakan NamaKu dan UtusanKu seolah-olah kamu adalah orang yang paling beriman dan mengaku di hadapan mereka bahawa kamu amat mencintaiKu.



Kamu menggunakan Ayat-ayatKu sesuka hatimu lalu kamu keluar dari rumah dan menakut-nakutkan mereka yang memusuhimu tanpa rasa bersalah padaKu. Demi KeagunganKu sesungguhnya kamu adalah pendusta yang bersembunyi di balik kata dan pakaianmu..! Adakah kamu berfikir bahawa Aku ini bodoh dan pekak? Aku tahu semua yang berada di dalam hatimu wahai manusia. Kamu mencintai Aku? Kenapa Aku tidak merasakannya? Kerana kau berdusta!

Dan demi KehebatanKu, akan tetap terus Kuberikan hujanan nikmatKu tanpa sedikitpun Aku hitung dan menyekatnya. Kamu ambillah semahu-mahunya, selagi kamu berusaha walaupun sedikit kamu tidak mengingat kepadaKu. Namun jangan kamu bermimpi akan mendapat CintaKu dan kamu semua akan menjadi bisu, pekak dan buta terhadap semua Rahsia di dalam Taman RahsiaKu. Ia adalah Kawasan Larangan bagi jiwa-jiwa yang kotor. Kamu tidak akan mendapat barang sedikit jejak pun ke situ. Tiada suara yang terdengar kepada jiwamu. Tiada bau yang terhidu olehmu dan tiada rasa sikitpun bagi jiwa kamu terhadap semua Rahsia itu.

musiciansjourneytolife.blogspot.com

Terus-terusanlah kamu semua tamak dan gelojoh terhadap isi dunia dan dengan itu akan Aku sempitkan rasa buat kamu dan akan Aku himpitkan dadamu seolah-olah kamu hampir tidak dapat bernafas ketika ujian Aku turun kepada kamu wahai sekalian manusia yang cintakan dunia separuh mati. Terus-terusanlah merasa aman dengan KemurkaanKu sehingga suatu saat semua nikmat yang tidak kau syukuri itu akan Aku renggut dengan kasar lalu hinalah kau di saat dan ketika itu. Dan tidak akan Aku palingkan walau sedikitpun WajahKu kepada kamu sekalian wahai jiwa-jiwa yang sombong dan lupa. Aku tidak mahu melihat wajah kamu. Pergi. Aku yang Wujud namun mengapa Ilusi yang kau sembah?!

Aku benar-benar berkata di hadapan kamu wahai sekalian Jiwa-jiwa. Dapatkah kau merasakan Getaran SuaraKu di dalam jiwamu? Aku mahu lihat bagaimanakah kau membawa jiwamu keluar dari Ilusi CiptaanKu yang Maha Hebat ini. Hebat bukan? Hebat sehinggakan membuatkan kamu semua terpedaya. Hahahahahahahahaha... Dan Aku mendatangi dirimu berkali-kali. Adakah kau sedar kehadiranKu?

Dan Aku mengaku dengan semua KehebatanKu, Aku amat-amat mengagumi jiwa-jiwa pejuang yang tidak mahu menyerah kalah dengan setiap cubaanKu, lalu Aku tambahkan lagi bebanan ujian ke atas bahu mereka sehinggakan hampir-hampir sahaja mereka tidak mampu memikulnya. Adakah mereka benar-benar tahan dengan segala ujianKu? Ya. Sungguh mengagumkan! Kemudian barulah Aku hadir dengan pertolongan di saat-saat akhir. Hahahahahahaha.... Sesungguhnya RedhaKu benar-benar mencuci jiwa-jiwa mereka, pejuang sejatiKu. Salam Sejahtera buat kamu DariKu wahai sekalian Jiwa-jiwa yang tenang! Sesungguhnya kepulangan kalian sungguh dinantikan dan benar-benar akan dimuliakan...!



Aku memang begini. Aku suka bercerita dan tidak pernah berhenti, Selagi kau masih di atas muka bumi ini wahai jiwa-jiwa, maka dengarilah Aku dan rasailah Aku. Kerana Aku ini lebih hampir kepadamu bahkan lebih dari urat lehermu sendiri. Maka dengan itu, apakah lagi nikmat-nikmatKu yang kau dustakan wahai jiwa-jiwa yang Aku ciptakan dengan TanganKu sendiri?



3.05 a.m
Wed 05 June 2013







28 comments:

  1. that day when You scolded me for the first time. i couldn't say anything, i just, just hung my head. You turned Your back and left this wound in my heart. ^_^.

    i can't bear the pain and...

    sayang akak sangat2 ^_^.
    give a really2 big hug for you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Look into your heart and ask yourself... have we ever met before?

      Delete
    2. i can't remember...and now me lost again. Sorry :( but i'll try my best.

      Delete
  2. barulah saya tahu kenapa tangan dan jasad mengeletar, cuaca turut berubah bila akak menulis sesuatu artikel.

    telah hanyut dan hilang akan diri itu lantas yang ada adalah hyang berkuasa. mengalir bagaikan air sungai tanpa sekatan ke lautan alam. air itu melanggar apa saja yang menghalanginya kerana si sungai tadi sudah faham bahawa dirinya adalah air dan di lautan biru itu tempat bertemu.

    tq akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. How old is your soul dear child?

      Delete
    2. lebih lama dari jutaan tahun.. sebelum bulan bintang. tapi teramat samar-samar, tapi sedikit demi sedikit, semakin memahami dan makin jelas

      Delete
    3. Diri bagaikan Air ataupun Diri adalah Air? Apakah yang tersisa dalam diri? Perasaan dan jiwa Air. Water Goddess? Hahahahahaha

      Delete

  3. tak mampu untuk bangun dari sujud yang mengetarkan..hanya kerana banyaknya dosa yang diseret sepanjang-panjang hidup didunia..

    tq adik

    yabeda

    ReplyDelete
  4. P.s: Pembaca haruslah mempunyai asas ilmu tatabahasa seperti penggunaan
    - Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
    - Metafora
    - Simile
    - dll.

    okay... proceed to my next comments...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu Ilmu Basic kot... huhuhuhu...
      Takkan aku nak kena ajar Tatabahasa Bahasa Melayu ataupun English Grammar? Pi Google jela. Takpun pi belajar Ilmu Balaghah dulu. huhuhu.

      Delete
  5. Aku belum habis cakap lagi eh kat post atas tu. Ramai lagi nak 'kena' ngan aku ni. Sekali dua kali boleh dikatakan 'satu kesilapan'. So... tak sengaja. Tapi kalo dah beribu-ribu kali tu namanya 'KESALAHAN'. Pesalah-pesalah ni bolehlah cerita lebih kat atas muka bumi ni. Nabi dah tak diutuskan so PENDUSTA-PENDUSTA AGAMA tu ingat diorang boleh lepas dari dicela oleh Aku dan aku ke? Dah berleluasa sangat atas muka bumi ni semuanya berlagak macam wakil Tuhan pulak. Kat dunia bolehlah kau terlepas dari 'dakwaan undang-undang' dan semua senjata fizikal yang mencederakan mahupun kata-kata. Tapi adakah kalian lupa senjata ampuh manusia? DOA!... Mampuslah korang wahai pendusta agama kerana kalian tidak akan terlepas dari tembakan doa-doa manusia yang beratur tunggu dikabulkan. Korang tak tahu apa salah korang wahai Para Ilmuan Agama yang mengaku benar? Tunggu nanti aku senaraikan satu persatu.

    ReplyDelete
  6. Kata-kata itu bisa menjadi Sakti jika kebenaran yang dipikulnya. Makin berat timbangan kebenaran yang terikat dan terkandung dalam kata-kata makin besarlah kuasa dan gelombangnya. Maka adakah kau wahai manusia yang berdusta berfikir kalian boleh lari dari Kata-kata Sakti kebenaran? Siapa lebih benar dialah yang akan menang wahai pendusta agama yang tercela!

    ReplyDelete

  7. Jiwa-jiwa yang terbelengu dengan nafsu...sia2 amal usaha.. jiwa2 ini menyangka bahawa mereka sentiasa betul.. dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan...
    mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan..mereka mendabik dada,wakil dari tuhan..gunakan ayat untuk cari makan... sesuap nasi..

    Yabeda

    ReplyDelete
  8. Mengapa mereka tidak mahu berkata benar..kesemuanya mereka ini sedang leka mengumpul dan mengira harta dunia...jiwa rela diri dihambat demi nafsu..demi manusia...jiwa bertuhankan manusia..tidak aku mengerti!

    Yabeda

    ReplyDelete
  9. Siapakah pendusta Agama?

    1. Kaki Bodek pemimpin. Demi mendapatkan harta dan kekayaan juga pangkat lalu menggunakan 'agama' sebagai senjata untuk melindungi pemimpin tersebut dan seterusnya memuliakannya. Kaki Bodek yang tercela!

    2. Si Dungu. Mereka yang mempelajari Ilmu Agama namun tidak ada 'connection' dengan jiwanya lalu disampaikan pula pada yang lain. Ingat kelakar ke?

    3. Si Bisu. Tahu tentang sesuatu kebenaran tapi disorokkan atau didiamkan kerana takut 'periuk nasi' rosak. Juga tahu ada salahlaku dalam masyarakat tapi menghalalkannya dengan terus diam juga kerana takut rezeki ditarik.

    4. Si Berlagak Hero. Berkata dalam hal agama untuk menunjuk-nunjuk diri alim dan 'direstui' Tuhan. Rasa nak terajang je. Ingatnya hal kebenaran hal main-main dan juga gelanggang superhero.

    Oh...rehat dulu sebelum ke senarai yang seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No. 2 tu ada jugak yang mengikut trend untuk belajar agama dan kemudian mengajar. Ramai woo. golongan ni.. keluaran El-Azhar.. Universiti Madinah... Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. dan banyak lagi Kolej-kolej dan Universiti. Korang ingat apa? Agama ni trend ke? Orang pakai tudung labuh ko pun nak ikut gak sbb kalau tak member akan kutuk. Kemudian Copy PAste... cOpY pAste.... buat assignment.. buat nota.. patu cari ilmu bukan kerana hauskan ilmu tapi sebab nak dapat markah tinggi pastu dapat CGPA tinggi dan kemudian dapat jawatan tinggi jadi kaya sebab jual ayat-ayat Allah.

      Delete
    2. No. 1 tu banyak dalam masyarakat. Sebagai contoh time nak dekat Pilihanraya. Bodek kaw-kaw pastu dapat wang ringgit dan disangkanya wang halal dan berkat hasil jadi Ustaz Ustazah. Pegi jalanlah wei... keji siot... siap nak jadi Tuhan yang determine amal diterima ke tak kalo pilih parti-parti pihak lawan. Dan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

      Delete
    3. No. 3 tu banyak yang bekerja sebagai Pensyarah-pensyarah.. Badan-badan Islam. Pengecut dan tak bijak! Tak layak orang yang lembik macam korang ni nak jadi pembela agama.

      Delete
  10. Kalau sesiapa yang membaca perkara di atas lalu terasa diri macam kena je maka bawak-bawaklah berubah sebelum aku doakan yang bukan-bukan bagi pesalah-pesalah ni. Huhu...

    ReplyDelete
  11. 5. Si Penghukum Poyo. Mereka yang mengeluarkan hukum-hukum sehingga rakyat rasa begitu terkongkong dan merasa sempitnya beragama sehingga menyebabkan mereka berputus asa terhadap agama. Pesalah-pesalah ini memang pendusta agama yang tegar tapi tak sedar diri agaknya dia fikir ini 'agama' bapak dia kot.

    6. Tukang Karut. Mereka yang memandai-mandai ketika menyampaikan ilmu dan diselitkan dengan cerita rekaannya bagi menambah rencah rempah ratus supaya enak didengar lalu 'ilmu haprak' ni diamalkan pula mereka yang mendengar dan mengikut secara buta tuli. Lalu beramai-ramailah masuk ke lembah yang sesat dan salah.

    7. Musuh Islam. Mereka yang memburuk-burukkan Islam pada masyarakat bukan Islam dengan menyemarakkan rasa benci kepada orang kafir dan juga mengancam mereka dengan hukuman-hukuman abadi yang tidak setimpal.

    ReplyDelete
  12. Perangi diri sendiri lagi besar nilainya dari perang fizikal bagai diilusi. Duri-duri dalam daging seperti di atas selayaknya dahulu diperangi malah makan masa yang panjang untuk ditarbiah. Manakan sempat nak perang dengan Yahudi. Berhentilah mencari Imam Mahadi tapi mula perbaiki agama Islam yang telah dicemari oleh 'tangan-tangan' sendiri ini. Aku tidak bercakap mengikut kehendak dan nafsuku namun aku berkata yang benar.

    ReplyDelete
  13. 8. Si Gatal... bertuhankan nafsu..bapaknye syawat..dok layan blues..dok cerita poligami..wow..nak terangkat pungkok! lepak kedai kopi ke cafe ke...cerita pasal awek2 yg lalu lalang..ketawa berdekah2...bini kat rumah jadi tunggul..
    Mata pandang atas bawah.. mulut berkata2 kalau nengok pompuan sexy sikit..dah tak sedar diri dia jugak diperhatikan!!


    Yabeda


    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. No. 8 ni kadang-kadang berjubah.. berserban.. patu bila bercakap diselang-selikan dengan ayat2 Quran dan Hadith tapi hati dan kelakuan asik duk ingat pompuan and bodynya... oish... gila btul... niat hati nak pompuan banyak2...

      Delete
    3. Takde pompuan..boleh lesu..malas..nak start moto p surau pun letih je..kuang10x.. alam semesta kelabu dah hitam pekat rasanye..kahkahkahkah..kena kutuk ngan aku je species ni..kahkahkah..
      banyak lagi nikmat yang allah kurniakan kat sekeliling tak di explore...

      Yabeda

      Delete
  14. (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ) [Surat Al-Fatiha : 5]

    via @QuranAndroid

    maka nya

    ReplyDelete
  15. makanya...terserah deh...ngak ada yang maksa....

    ReplyDelete