Tuesday, 10 September 2013

...Inginku gapai bintang-bintang di langit lalu kuhadiahkan kepada mereka....

soundcloud.com

Hari ini hatiku merasa tenang. Entah kenapa...walaupun dunia di luar kacau bilau dan hiruk pikuk namun tidak aku endahkan. Aku selesa dengan perasaan ini. Sungguh realistik dan apabila melihat ke hadapan aku melihatnya dengan tenang dan sabar. Kerana aku tahu ini semua akan terlaksana melalui lorong-lorong waktu. Asal saja aku tidak berhenti maka pasti aku akan sampai. Aku sudah tidak mahu hiraukan kerisauan aku yang dahulu kerana kini aku melihatnya dengan pandangan hati yang mengasihani.

Terima kasih buat keluarga dan teman-teman...aku kini hanya mahu fokus untuk mencapai cita-citaku... dan aku sudah tidak mahu hiraukan yang lain. Aku bersyukur kerana banyak jalan yang telah aku tempuhi dan aku cukup tegas pada diriku sendiri yang aku tidak mahu menempuhnya berulang-ulang kali. Apa yang telah berlaku bagiku adalah suatu rahmat. Biarpun manusia hairan dengan aku tak mengapalah kerana aku punya sebab yang tersendiri dan mungkin belum masanya untukku mendakap penuh ketenangan itu. Sesuatu yang sukar dimengerti adalah sesuatu yang sungguh rahsia dan biarlah aku menyimpannya kemas.



Dalam tempoh 3 tahun pada perkiraanku banyak yang akan aku selesaikan untuk menjayakan misiku pada tahap yang pertama. Aku akan meniti waktu dengan baik dan akan aku selesaikan segala urusanku di alam nyata dengan sehabis baik. Peristiwa dan emosi banyak mengajarku tentang mimpi dan realiti. Semakin berulang-ulang aku laluinya semakin aku dapat membezakannya dengan baik lalu akan aku seimbangkan sehingga keseimbangan itu dapat membawa aku untuk mencapai ketenangan sejati. Benarlah kata Purba... setelah pertembungan itu bintang akan bersinar dan setelah itu semua akan menjalankan kerja dengan baik.

gothicplay.com

Aku dan duniaku. 
Aku dan adikku.... adakah kami banyak persamaan? 
Entah... yang pasti kami selesa bersama-sama. 
Semakin realistik pandangan hidup kami maka akan semakin realistik juga gerak tari kami.... 
Menari dan terus menari lalu membuang semua luka-luka hati dan yang tinggal hanya parut-parut yang diingati. 
Aku sudah semakin tidak gentar mahu menghadap hari muka dan aku akan melaluinya dengan penuh gagah pada jiwa.

16 comments:

  1. cewah....
    menarilah dengan tari gemalai
    tenang dan damai
    biar apa yang berlaku
    tidak lagi meninggal resah
    mahupun gundah
    kerna semua telah lali dan sebati
    dalam rentak tari dan erti
    tiada lagi riak dan kocak
    menjadi kolam
    memandi diri dengan air kehidupan
    yang kekal
    terus kekal
    langgeng
    semadi diri
    cinta kasih suci
    abadi.

    ReplyDelete
  2. biar apa yang berlaku...
    hu....
    biar aku belajar untuk menyerap semua ini dengan baik.

    ReplyDelete
  3. mungkin kita banyak persamaan...dan juga banyak kelainan...

    sama kerana kita sedarah...berlainan kerana namamu muhdalena...dan aku suhana...

    ReplyDelete
  4. annur...beritakan padaku tentang Institusi ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu dhada,buang r gambar atas skali tu...nape pompuan tu muka mcm tu,muka mcm orang tak cukup kasih sayang je....buang2! aku tak suka tengok!

      Delete
  5. Tempoh hari aku ada buat permohonan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tamatkan perbicaraan segera dan hantar saja aku ke hospital. Namun mereka tolak permohonan aku dan mereka mengurangkan jumlah saksi dari 20 lebih orang kepada 2 orang. Maka sekali lagi aku naik court 2 orang saksi tu akan selesai diminta keterangan di mahkamah dan kemudian mereka akan tutup kes. Setelah itu disambung pula dengan sesi pembelaan ke atas aku.

    Aku kira-kira lebih kurang lagi 3 bulan berkemungkinan akan jatuh hukum ke atas aku ataupun kes akan selesai. Aku harap jika aku dihantar ke hospital harapnya tak lama la... sbb aku nak sambung belajar lagipun aku kasihankan anak-anak...suami dan ibuku. Dah memang aku disahkan sakit masa kejadian. Jika ada yang persoalkan aku dan kelakuanku dan datang bertanya padaku maka ketahuilah...tidaklah kamu untuk aku rayu. percaya padaku kerana jika aku kau mahu persoalkan (sesiapa pun kamu di luar sana) maka kamu boleh pergi balik kerana aku malas nak bertekak.

    ReplyDelete
  6. Kebenaran itu sifatnya BERDIRI DENGAN DIRI SENDIRI. jika kita dapat genggam dan lontarkan pada mereka2 yang mahu menentang maka kebenaran itu akan bersuara sendiri dan hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih akan mendengar suara itu di dalam jiwa mereka bergema dan terngiang-ngiang. Tak perlu aku resah manusia mahu menerima aku atau pun tidak kerana hati mereka bukannya tambatan aku. Mereka sepatutnya raja dalam diri. Dan membuat keputusan dalam pemikiran setelah ditimbang-tara dengan baik.

    Bukan SEPERTI LEMBU YANG DICUCUK HIDUNGNYA. BERIMAN MENGIKUT NENEK MOYANG. MEREKA ISLAM...MAKA AKU PUN ISLAMLAH MACAM MEREKA...

    Jangan begini wahai kawan! Kamu punya masa depan bukan seharusnya dipertaruhkan di tangan nenek moyang kamu ataupun ulama'-ulama' zaman kini atau dahulu. Kamu layak mempersoalkan apa yang kamu mahu imani itu. Bukan sahaja layak malah seharusnya kita mempersoalkan supaya nanti akan timbul jawapan. Jangan lagi aku dengar kata-kata 'Allah tak suruh kita fikir' kerana baru sekejap ni hamba Allah yang jahil berkata sedemikian. Sebenarnya kawan-kawan.... banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kita untuk BERFIKIR.

    Maka dengan itu...RENUNG-RENUNGKANLAH...

    ReplyDelete
  7. Inginku gapai sinar cahaya indah di langit lalu kuhadiahkan buat kalian semua sebagai pedoman hidup....

    Kerana apa?

    Kerana sayangnya aku kepada kamu semua wahai manusia.... dan juga kasihan pada mereka yang meraba-raba dalam kegelapan mencari Cahaya. Sukar bukan jika hidup tanpa Cahaya? Bagaikan buta di siang hari yang disuluh terang. Ada mata tapi tak dapat melihat... ada telinga tak dapat mendengar... ada lidah tapi bisu tanpa suara...

    Lihatlah ayat surah Al-Baqarah sebagai contoh dalil jika anda adalah seorang yang kuat berpegang pada dalil maka pasti anda akan menemui ayat-ayat ini dengan mudah. Aku kurang suka asik-asik 24/7 quote dalil...aku lebih suka hidup dengannya sehingga sebati.

    Dengarkan lagu Sheila on 7...
    Lihat...dengar dan rasakan...
    http://www.youtube.com/watch?v=dltKdCX-TjE

    ReplyDelete
  8. Dia telah berdiri, coba berlari
    Tak pernah dia jelang hidup yang inginkan
    Kilau hari-hari dan birunya langit
    Terhapus rasa indah, terpejam oleh lelah
    Dalam lelahnya mata nikmat dunia menjelma
    Sejenak dia berharap malam tanpa batas
    Bonda selalu tanamkan jangan pernah meyerah
    Jalani dan panjatkan, kelak syukur kau ucapkan
    Pada diri Nya ku mohonkan
    Mudahkan hidupnya, hiasi dengan belai-Mu
    Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
    Terangi harinya dengan lembut mentari-Mu
    Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka

    Dengarkan lagu Sheila on 7...
    Lihat...dengar dan rasakan...
    http://www.youtube.com/watch?v=dltKdCX-TjE

    ReplyDelete
  9. Ramai di sekeliling kita menderita jiwanya kerana apa? Kerana hak tidak dipulangkan pada mereka yang menderita. Ketahuilah juga wahai jiwa-jiwa yang menderita...usahakanlah sehabis baikmu memberi hak mereka yang berada disekelilingmu...jika kamu mengasihani mereka nescaya kamu akan dikasihani yang Maha Esa dan juga yang lain.

    Pulangkanlah hak-hak mereka.
    Buka genggaman erat tangan kita dan lepaskan pergi...
    Aku tujukan lagu Pulangkan Misha Omar dan lagu Lepaskanlah Wanna.

    Huhu...

    ReplyDelete
  10. Jika kau buka genggaman erat tanganmu itu dan melepaskan hak-hak mereka disekelilingmu... nescaya belenggu-belenggu jiwamu akan dibuka oleh Sang Algojo lalu kamu akan merasa tenang kerana kau telah menundukkan keegoanmu pada dirimu sendiri. Kau bukan kalah. Tapi rebahmu sebenarnya itulah sembah. Sembah bukan pada lenggok lentuk dalam meditasi solat. Itu cuma perlambangan yang difizikalkan sedangkan maksud sembah yang sebenar ialah DIRI YANG REBAH PADA YANG HAQQ. Dan kau hanya rebah pada yang Haqq... selebihnya kau adalah raja pada dirimu sendiri.

    Have a COURAGE TO MAKE A DECISION IN YOUR LIFE. And be strict to protect it. Stand still and let the FEAR FADE AWAY washed away by your regretfulness of unrighteousness that you have made before. This will also cleanse your bad karma that you have created before. The Law of Energy is a simple philosophy that pictured by the concept BOOMERANG. Once you through it...it will come back to you. So if you release bad mind waves to things that you want attack...if it does not belong to them it will come back to you.

    Don't be HYPOCRITE my dear friend. To err is human. No matter what position you are in the society....I AM VERY SURE THAT YOU HAVE MADE such A LOT OF MISTAKES OR SINS. it is just you are smart...you hide it and pretend like it will be settled because you have God. Hello....??! The deeds were there...you cannot run from your Karma. Because it will haunt you no matter how far you try to escape...your karma has a magnetic force between you and you karma. Good or Bad... Have some DIGNITY and COURAGE to settle your Karma. As you sow...so you shall reap.

    WHERE DO YOU WANT TO ESCAPE MR.FOOL OF LIFE FACT?

    DO MEDITATION. THE MORE YOU DO THE MORE YOUR BAD KARMA WILL BE NEUTRALIZED. SO CHOOSE YOUR PATH OF LIFE. HOW ARE YOU GOING TO FACE YOUR LIFE?

    TAKE SOME TIME TO CONTEMPLATE AND DO MEDITATION FOR A QUITE SOME TIME REGULARLY. SURELY THE BURDEN WILL BE EASE DAY BY DAY. JUST THINK POSITIVELY AND YOU WILL ATTRACT POSITIVE THING CAME TO YOU AS HOW YOU WISH.

    DON'T YOU EVER DRAG YOUR HATRESS AND NEGATIVE THINKING BEVAUSE THIS NEGATIVE MAGNETIC ENERGY WILL ATTRACT NEGATIVE THINGS IN UNSEEN WORLD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Second paragraph: correction
      *once you throw it*

      Delete
    2. last paragraph: correction
      *because*

      Delete
    3. donate... it helps you to escape bad karma. make sure the donation is purely came from your heart and dont show off.

      THE KNOWLEDGE OF KARMA IS UNIVERSAL means that this concept is applied to ALL MANKIND No matter what religion accept this concept. I am doubt...supposely if the karma will runs well with reincarnation. Reincarnation is the answer for karma.

      Delete