Thursday, 26 September 2013

The Righteous Souls are Immortal and Divine: Their Story echoes Throughout the Time: Are they really exist?

egyptianisis.org

 www.osiris.net

heragoddess.net

zeusgreekgod.org

horuseye.deviantart.com

hathorian.net

Who are they?
How were they moved from one Civilization to another Civilization?
Why were they being adored and why they were called God and Goddesses?
If these concepts were fake why each Civilization has their own stories about God and Goddesses?
What makes their stories echoes throughout the time and being heard everywhere?
Are they human?

Sesungguhnya yang Sejati itu hanya satu. Selebihnya adalah bayang-bayang. Persoalannya: adakah kita ini sejati ataupun hanya bayang-bayang? Ramai mencemburui yang Sejati itu dan mengejarnya namun sampai bila-bilapun bayang-bayang hanyalah bayang-bayang. Hakikat ini tidak boleh diubah sekuatmana pun bayang-bayang mencuba untuk menjadi yang Sejati itu.

Ada rahsia dalam sejarah. Rahsia di mana hanya empunya diri yang tahu cerita. Mereka akan tahu dengan sendirinya tanpa dipelajari. Watak-watak di dalam ceritera lama punyai sifat dan wajah yang mana mereka yang mengenali mereka akan mudah mengecam kehadiran masing-masing. Tanpa salam perkenalan yang mendalam mereka ini saling mengenali dan saling mengerti. Perasaan yang mendalam tentang peristiwa-peristiwa lampau menghantui diri mereka dan inilah juga yang menguatkan perkenalan mereka setiap kali bertemu. Pertembungan jiwa-jiwa yang hebat ini mencetuskan daya tenaga yang kuat dan besar di alam maya bagi menstabilkan alam. Di mata manusia mereka memainkan watak dan cerita untuk dipertontonkan yang penuh dengan perasaan seolah-olah itu semua adalah benar padahal ia hanyalah lakonan untuk kepimpinan yang hebat dan tercatat sebagai sejarah.

Melalui masa... mereka mendapat pengetahuan-pengetahuan rahsia dan pintu-pintu diri mereka terbuka dengan begitu pantas berbanding manusia-manusia lain. Semua ini demi sebuah kepimpinan terhadap jiwa-jiwa yang hauskan pengertian. Mereka mengenali yang asli dan yang sejati biarpun sekalian manusia tidak menyukai hakikat ini. Tiada apa yang perlu dicemburui wahai manusia. Ternyata bukan mudah mereka membawa watak-watak dan ingatan-ingatan lampau serta pengetahuan rahsia yang berlapis-lapis dan bertimbun-timbun. Mereka mengharungi hari-hari dengan menghitung setiap saat melalui penderitaan jiwa apabila mengetahui hakikat demi hakikat. Kepekaan mereka yang telus dan halus terhadap sesuatu adalah hasil daripada lapisan latihan-latihan mengenal diri melalui hari-hari.

Mereka melihat manusia silih berganti melalui zaman dan membaca kelakuan mereka dari zaman ke zaman. Sehingga mereka tertunduk lesu dan lemah kerana menghitung setiap saat yang harus dilaluinya lagi sebelum mati. Ya...benar kata Annur yang kini hanyalah Puteri Jalanan. Rahsia kehidupan ialah bergembira. ...Sigh..
Setiap kelahiran ada tujuan bukanlah ianya sia-sia. Tiada apa yang sia-sia dalam hidup ini. Segalanya punya pengertian. Sekalipun seorang manusia itu sepanjang hidupnya tidak bertembung dengan mana-mana kitab suci ataupun para Nabi.... pasti Allah akan menunjukkan jalan dan mencukupi segala apa yang dia ingin ketahui. Melalui zaman yang banyak dan pelbagai.... mereka mempelajari erti kehidupan dan mereka juga belajar tentang hidup setiapkalinya namun dengan cepat sekali mereka akan mengerti.

Apakah ertinya akhir bagi setiap jiwa-jiwa yang diciptakan? Apakah ertinya abadi bagi jiwa-jiwa yang mendambakannya? Apakah ertinya setia bagi mereka yang saling mengenal? Apakah ertinya cinta bagi mereka yang terlalu penat dengan permainan yang berkisar di dalam roda yang sentiasa berputar? Apakah ertinya yakin setelah semuanya dapat dilihat jelas dengan mata hati? Apakah ertinya Sang Hinggap yang datang untuk menjenguk setiapkali rindu datang menerpa? Adakah sama dengan yang Sejati? Penglihatan melalui mata yang dipinjam untuk hinggap dan menjenguk yang tersayang. Bait-bait cinta telah terlafaz dari Azali dan ia berulangkembali setiapkali bertemu. Sungguh perit rasanya hari-hari tanpa cinta. Dan sesungguhnya hanya Cinta yang memberi kekuatan asli untuk terus hidup dalam abadi. Jika tidak... hidup umpama tidak berarti. Berkelana mencari erti dan bertemunya mencetuskan rasa-rasa yang abadi.




12 comments:

  1. Jika anda pernah meminta Tuhan untuk mengetahui Rahsia.... ada baiknya anda minta batalkan doa tersebut jika anda tidak kuat untuk menerima kenyataan tentang apa yang anda ingin ketahui. Sesungguhnya perkara yang kita paling mahu tahu adalah perkara yang kita tak mahu tahu jika kita dapat tahu tentangnya. Melupakan tentang hakikat yang anda nafikan adalah menyakitkan kerana anda akan mulai hidup dengan hakikat itu dan menyeretnya seumur hidup anda. Hanya jika anda benar-benar kuat barulah anda dapat memenangi hakikat itu.

    Dan ternyata realiti itu bertempat di dalam hati. Dan hanya mereka yang benar-benar hebat akan menemuinya malah hidup dengannya.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya menafikan hakikat adalah suatu penipuan dalam diri namun menerimanya juga bukan mudah. Diluah mati emak ditelan mati bapak. Hidup ini adalah jalan-jalan di mana anda harus membuat keputusan setiapkali berada di persimpangan.

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah untuk menjadi manusia yang benar-benar manusia. Jangan kau fikir ilmu agama kau tinggi lalu kau dah cukup manusia. Hidup ini adalah Roda. Untuk menjadi manusia yang punya pengertian kau harus melalui setiap bahagian dari atas sehingga ke bawah Roda Kehidupan supaya kau faham apa erti susah dan senang melalui pengALAMan yang banyak dalam diri.

    Jangan kau sombong berjalan atas muka bumi ini. Jangan kau bandingkan aku. Kesombonganku semua punya sebab yang kau tak perlu tahu. Aku tak akan mengemis untuk mengajar manusia untuk mengerti. Aku akan tetap terus berkarya kerana aku adalah seorang Pujangga Hiba. Aku tak peduli manusia suka atau tidak dengan karyaku. Kerana hidupku akulah yang laluinya sendiri. Jatuh bangunnya aku tiada sesiapa di sisi untuk membantu pada hakikat yang sebenar2nya. Berteman denganNya adalah suatu penyaksian terhadap kekuatan dan kekentalan jiwa dalam mengharungi hidup. Kita lepaskan 99 dan 1 tinggal padanya. Inilah Rahsia Kekuatan The Immortals.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan seperti umat Islam. 1 dilepaskan 99 diserahkan padaNya. Semua kekuatan tersimpan dan terkunci. Zamanmu sudah kiamat wahai Sang Putih. Saat demi saat aku bersumpah Demi Waktu bahawa fikiranmu akan terhapus semuanya dan hanya berbaki 1. hah.

      Delete
  4. Dikalbu terpatri satu kenyataan "ada Tuhan tempat mengadu" Itu aja. Tak kira apa nama Tuhan kamu. BATU ke, KAYU ke, ALLAH ke, SHIVA ke, Jesus ke.... PASTI kepada ALLAH kata-kata itu dimaksudkan. apa-apa ajelah. Allah Tuhanku tidak pernah berkecil hati. Benar. Ikhlas dari lubuk hatiku. Hebatkan Allah Tuhan ku. Allah Tuhanku yang mematrikan' in person' pada setiap kalbu kamu. Sayangnya ALLAH Tuhanku pada kita semuanya.

    http://jayanegara1234.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  5. SHAKESPEARE..... DIILHAMI untuk menulis cerita "Romeo and Juliet" oleh siapa? Rasa macam pernah berlaku aja kisah menyayat hati ini. Pastinya ALLAH telah mengilhamkan pada Shakespeare melalui bisikkan Malaikat dari "department sejarah lampau" pastinya arahan Allah Tuhanku.... ini cerita cinta manusia lampau yang direkodkan oleh Malaikat. ALLAH sangat-sangat memahami SOUL sebab dia yang cipta.Pastinya! SOUL is JIWA. JIWA is SOUL.

    http://jayanegara1234.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  6. Kisah cinta yang menyayat hati diadapatasi dari sejarah lampau diBumi yang lain maka sudah pastilah 'jiwa' kita ini tersentuh. Semuanya 'jiwa' berpersaaan yang sama. mudah tersentuh. Tak kira berapa GANAS pun kamu. Semua yang menonton pasti sedih. WAH! sangat 'touching'.... tis.. tis..tis... airmata menitik. Sampai kelubuk hati....Terkesima.


    Romeo dan Juliet. Siapa yang tak tahu kisah romantis nan dramatis ini. Kisah legendaris ini ditulis oleh William Shakespeare, sastrawan asal Inggris, yang terinspirasi dari penulis asal Italia pada abad ke-16, Luigi da Porta,. Menurut pengakuannya, kisah cinta Romeo dan Juliet merupakan kisah nyata yang memang pernah benar-benar terjadi.

    Ia benarlah apa yang dikatakan oleh Shakespreare. Kisah cinta ini adalah antara yang terulung pada zaman itu. Aku Jaya Negara satu-satunya pekerja Allah yang tinggal mengesahkan kebenaran ini. Cuma ada sedikit tambahan rempah ratus zaman itu. Boleh kan.? Bohong sunat! ade ke?

    http://jayanegara1234.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  7. Ugama yang Nabi Muhammad bawa cuma bersifat zahir di tambah 'silibus' baru. Ilmu spritual yang entah apa-apa. Zikir banyak-banyak sampai sejuta. Malaikat duk kat belakang sisufi pun kena kira sama. Mana lah tau tak cukup ke?.Jangan buat gila bro.... maunya tak cukup dibilang siSufi cukup. Who want to answer to my BOSS?... Tak dapatlah kasyaaf. Entah la.

    Untuk apa? zikir sampai 100 000. ALLAH gila nombor ke? Burger Mcdonald yang sedap sangat tu pasal siMcdonald dah masak banyak-banyak burger. Iya ke? Sedap sebab siMcdonaldnya bijak dalam masakan. Habistu yang zikir banyak-banyak tu bijak ke? Yang peliknya yang SIFU MASTER mengajar pun tak faham tapi anak murid pulak terlebih faham. Dua-dua diam tak bercakap lepas habis kuliah. Faham benarlah nampaknya. Lepas kuliah Sifu master tanya faham ke? Tak bunyi... ok la tu. Boleh la aku balik.

    http://jayanegara1234.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada perbincangan di dalam post:
      http://migdalgideon.blogspot.com/2013/09/aku-sedar-kami-adalah-bonekamu.html?showComment=1380333027586#c9107488341163891470

      datang dan jenguklah.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete