Monday, 23 September 2013

Hukum Karma dalam Roda Sengsara

thegreatillusion.com

Karma ialah hukum berkenaan konsep perilaku ataupun kelakuan yang dilandaskan atas hubungkait sebab-akibat. Dalam Islam konsep ini tidak bercanggah di mana banyak ayat-ayat Dalil yang menyatakan bahawa segala amal perbuatan akan dibalas di mana jika seseorang berbuat kebaikan maka dia akan dibalas kebaikan sesuai dengan amalannya itu dan begitu juga sebaliknya. Pepatah Melayu juga ada menyatakan bahawa 'Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali tapi buatlah banyak kali. Hehe..gurau je... buat jahat janganlah dilakukan walau sekali. Tapi mana mungkin... Pepatah Inggeris pula menyanggah dengan mengatakan 'To err is human' bermaksud jika seseorang itu manusia maka PASTI dia akan berbuat kesalahan. Bermaksud tiada manusia yang sunyi daripada kesilapan.

Manusia yang hidup pasti ada geraklakunya dan setiap satu yang dilakukan maka pasti ada buruk dan baiknya. Jika kita terlalu takut melakukan sesuatu kerana bimbang akan karma buruk akan datang semula 'berkat' kelakuan buruknya maka tidak usahlah hidup apatah lagi dinamakan sebagai manusia. Kerana setiap hari kita akan bermain dengan risiko. Dan samalah maksudnya jika dikatakan bahawa manusia setiap harinya akan melakukan geraklaku yang menghasilkan karma. Di dalam kajian saintifik berkaitan keseimbangan tenaga positif dan negatif apabila dikaitkan dengan 'action or deed' ataupun perbuatan yang dizahirkan mahupun hanya lahir dari hati hukum karma ini sangat logik dan ia melibatkan perkiraan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Sebanyak mana yang dikeluarkan maka sebanyak itulah ia akan dipulangkan kembali kepada pelakunya. Semua ini bermula sejak penciptaan bermula dan sekiranya permainan ini tidak berakhir maka rantaian karma dalam kehidupan akan terus berjalan. Hukum ini tidak hanya diaplikasikan kepada manusia namun ia juga merangkumi setiap hidupan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.

weheartit.com

Maka jika apa yang anda terima hari ini jangan anda sangka ia hanya sekadar digelar 'Nasib' tanpa pengertian malah ia adalah lebih daripada itu. Jika kita insafi diri dengan merenungkan setiap satu kejadian maka jika kita benar-benar mahukan jawapan pasti kita akan menemukannya. Jiwa-jiwa manusia adalah 'medan magnetik energi-energi' yang dilepaskan yang penuh kehendak di mana ia datang dan pergi mempunyai asal dan pergi juga punya tujuan namun ia tidak pernah bebas daripada alam-alam dan ruangan matrixnya di mana ia berlegar-legar. Para saintis hari demi hari semakin giat mengkaji tentang 'Jiwa' ataupun 'Soul' dan penghuraian mereka sungguh hebat di mana kita akan bincangkan hal ini di ruangan post yang berbeza namun cukup sekadar perkenalan hal ini dapat dihuraikan secara logik apatah lagi falsafah kegemaranku.

Bagi meneutralkan karma buruk kita yang lalu apa yang harus dilakukan ialah kita lakukan karma baik dengan lebih giat setiap minit dan jam tanpa henti. Dan ia dimulakan dengan BERFIKIRAN POSITIF. Kita harus ingat bahawa gelombang otak yang kita hasilkan sama ada delta... theta...alpha dan beta semuanya adalah medan magnetik yang menarik persekitaran kita membentuk kejadian seterusnya. Jika semakin besar gelombang otak yang dihasilkan maka akan semakin besar kebarangkalian apa yang anda bayangkan itu akan berlaku. Apatah lagi jika anda zahirkan apa yang anda fikirkan itu maka kesannya akan lebih besar dan perkiraan kadar ini akan tetap mencapai keseimbangannya menerusi waktu. Maka ingat... segala yang anda lepaskan sama ada di alam ghaib ataupun nyata ia akan kembali pada anda.




17 comments:

  1. dhada,duduk kat umah mcm ni rasa mcm tak berguna sangat...bangun pagi dah rasa nak mengamuk...arghhhhh....(tgh cari nak marah sape ni)

    ReplyDelete
  2. slalu bangun pagi ada pais ngan icah nak dimarahi,arini takda,rasa kosong hidup ni,dhada!!! kembalikan mereka kesini dan menjadi punchbeg beta!

    hahahahahahahahah

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita perlukan golongan kenit seperti mereka untuk memeriahkan rumah...tapi kalu mereka ada,rumah jadi terlalu meriah pulak,haha...kejap kacau nenek tdo,kejap berebut tv ngan atok,kejap menyanyi,kejap berebut minan,kejap g mekapkan mimi,takpun makan beras...dhada,anak kamu mmg power!

    oh no!

    hahahahahahaa

    ReplyDelete
  4. dhada,post kali ni idea ko sendiri ke ko ciplak dari blog lain?

    kalau kau sendiri,meh sini aku nak cium sikit,muah!

    kalau kau ciplak,kau patut letak dari mana ko amek ni semua,barulah beretika sikit penulisan ko ni...ececeh...sorila sis,pagi2 ni rasa nak ngacau orang...ko le jadi mangsa pertama aku,hahahaha

    ReplyDelete
  5. sorry sket eh...ni sume idea ori...
    carila kt mana2 xjumpa. aku kembangkan dr pemahaman aku.

    ReplyDelete
  6. =( aku ini yang benar-benar aja.

    ReplyDelete
  7. 'perkiraan kadar ini akan tetap mencapai keseimbangannya menerusi waktu'

    Jika anda rujuk kata-kata ini pada entri di atas ia mempunyai maksud lebih daripada apa yang anda baca terutama bagi mereka yang membaca tanpa pengertian dan hanya sekali lalu.

    Hal ini dimaksudkan dengan sesuatu amalan katakan jika buruk sebagai contoh. Buruk bermaksud kelakuan itu banyak mengambil hak dan diletakkan ke tempat yang bukan pada haknya. Semakin banyak hak-hak yang diambil sebagai suatu amalan buruk maka semakin besar energi negatif yang dihasilkan. Semakin besar energi negatif pula yang dihasilkan maka ia akan menarik tenaga-tenaga negatif di alam ghaib dan di alam nyatanya pula si pelaku akan dilanda dengan situasi-situasi berbentuk masalah ataupun sesuatu yang dibenci fitrahnya. Ia juga bergantung kepada gelombang-gelombang yang bersimpang-siur sebagai penghalang dan cepat atau lambatnya si pelaku menerima 'balasan' adalah bergantung juga kepada kekuatan gelombang perlakuannya itu. Jika ia disertakan dengan kebencian... dendam... ketakutan dan apa saja perasaan negatif sebagai pakej maka set gelombang itu akan semakin besar dan tarikannya kekal terikat dengan pelaku.

    Bagi meneutralkan karma ini katakanlah apabila si pelaku sedar dia banyak membuat kesilapan... dia boleh melakukan banyak perkara kebaikan. Namun amal kebaikan ada juga kategori-kategori kekuatannya dan setiap satunya berbeza-beza. Setiap satu unsur boleh kita miliki namun haruslah sesuai dengan kadarnya. Sebagai contoh keegoan. Ia boleh kita miliki namun sesuai dengan kadarnya dan juga pembawaan kita.

    Berbalik kepada maksud kata-kata di atas... 'akan tetap mencapai keseimbangannya menerusi waktu'...

    Ia bermaksud... ada amalan yang pembalasannya sedikit-sedikit dan ada juga yang sekaligus bergantung kepada kekuatan tarikan amalan dengan pelakunya. Kadarnya juga bisa dineutralkan atau diseimbangkan dengan amalan yang bertentangannya seperti jika buruk maka harus diseimbangkan dengan amalan yang baik.

    Jika anda faham tentang konsep ini maka kita tak akan risau jika kita ditimpa sesuatu musibah ataupun jika kita masih tetap terus dibelenggu dengan masalah yang sama. Kerana kita faham matematiknya dan kita akan jelas dengan logiknya. Oleh kerana itu... mari kita renungkan hidup kita dan apa yang kita hadapi. Supaya lebih jelas anda boleh mengambil pen dan kertas dan tulis apa yang telah anda lakukan... apa yang anda hadapi dan buat kira-kira bagaimana untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan anda. Nanti aku ajarkan kekuatan-kekuatan amalan yang mudah tapi seringkali kita pandang enteng kepadanya.

    ReplyDelete
  8. Bagaimana suatu maksud atau kelakuan boleh dirangkum menjadi perkataan?

    Aku sangat tegaskan kepada semua pembaca yang mengikuti aku masa ini atau masa akan datang tentang kepentingan PENGERTIAN. Tahu dan faham adalah dua perkara yang berbeza. Tahu saja boleh jadi ia tiada hubungan kimia di alam ghaib atau chemistry antara si pelaku dan ilmu tersebut. Jika ia tidak berhubung dengan jasad..jiwa dan lebih lagi hati maka tiada rasa yang membuatkan anda 'faham' tentang sesuatu perkara.

    Sebelum aku jelaskan tentang amalan-amalan kebaikan dan kategori-kategorinya maka ada baiknya jika kita tahu bagaimana sesuatu di alam ghaib yang berlegar tanpa bahasa dan hanya maksud itu bisa terangkum menjadi suatu perkataan yang mempunyai sifatnya tersendiri.

    Aku sedar ada masa-masanya kalian jelek dengan penulisan aku terutama jika aku menentang kepercayaan kalian. Namun aku hanya menyatakan yang benar-benar aja pada diri aku. Sebentar ya.

    TBC

    ReplyDelete
  9. Bahasa jiwa bangsa. Melayu pula terkenal dengan Budi Bahasa. Ada apa dengan bahasa sehingga ia dijadikan sesuatu yang dikaitkan dengan 'JIWA' bangsa?

    Aku malas pula nak menghuraikan dari sudut pandang kajian sosial dan bla bla thing. Aku hanya akan menghuraikan mengikut kepercayaan aku. Aku dan Annur sangat-sangat menitikberatkan tentang KEPENTINGAN BAHASA DAN BERBAHASA. Kerana ini adalah MEDIUM sesuatu cahaya itu masuk ke dalam jiwa manusia. Jika anda mahir berbahasa ataupun jika bahasa ini adalah permainan anda dalam menerima dan mengeluarkan maksud maka anda sedikit sebanyak mengerti apa yang aku ingin sampaikan ini. Kuasai bahasa sebagai permulaan dengan mengurangkan penggunaan bahasa pasar lalu diangkat dan ditukar menjadi bahasa standart. Guna bahasa yang baku lebih baik kerana di alam maya ini huruf-huruf dan perkataan serta ayat-ayat adalah mediumnya. Di alam nyata pula melalui percakapan.

    Jika anda mempunyai perbendaharaan perkataan yang tinggi dan ditambah pula pemahaman dan penguasaan maksud perkataan maka anda dapat menangguk berlian-berlian dan intan permata dalam sehari-hari kita melalui hidup.

    ReplyDelete
  10. Aku bukan berkata besar namun segala apa yang aku luahkan di blog ini sama ada yang tersisa mahupun sesuatu yang telah aku padamkan (jika anda sedar ada post-post tertentu yang aku telah padam)... semuanya aku luahkan melalui sepenuh hati dan jiwa aku. Boleh dikatakan sifat-sifatku boleh tergambar dan dikenali melalui penulisanku. Ia jelas...jika jahat yang anda nampak maka jahatlah aku pada kadarnya.

    Jika anda kaji mana-mana agama ia akan menyebutkan tentang Karma. Sama ada jelas ataupun berselindung di sebalik bahasa. Itulah sebabnya jika anda adalah pencari kebenaran di alam maya ini terutamanya dan juga di alam nyata... anda harus bijak MENAPIS maksud dalam perkataan dan ayat-ayat supaya anda dapat ilmu-ilmu dan rasa-rasa dalam sesuatu penulisan dan juga percakapan.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Kebenaran itu terkandung di alam-alam dan kadangkala ia memakai topeng maka anda jika anda kenal sifatnya anda akan dapat melihat wajah kebenaran di balik topengnya itu. Ini juga sangat berhubungkait dengan cahaya yang anda ada di dalam diri. Setiap dari kita punya cahaya dalam diri. Di mana cahaya itu secara amnya ada 9 warna.

    Baru-baru ini aku terdengar seorang Ustaz yang berceramah dengan nada yang sangat gembira di kaca TV mengatakan "hati yang hitam adalah hati orang kafir".

    Astashfirulllahal-azhim....
    Pertama kali aku istighfar secara harfiyyah di blog ini.

    Ya Allah... sesungguhnya dia telah zalim kepada ramai orang kafir. Dia tak seharusnya berkata yang sedemikian di khalayak ramai. Jika katakan ada orang kafir yang mendengar apa yang diperkatakan itu bukankah akan menerbitkan kebenciannya terhadap agama Islam sebagai tanggapan pertamanya? Bukankah musuh Islam adalah mereka yang memburuk-burukkan Islam? Aku mohon... fahamilah kata-kataku ini dengan sebenar-benarnya.

    Kita bukannya tuhan malah dewa dewi yang disembah ramai manusia juga bukan tuhan. Maka adakah kita tahu apa yang dikandung oleh isi hati manusia dan apa yang telah dialaminya sepanjang hayatnya? Tidak. Maka janganlah mengeluarkan kata-kata hinaan seperti itu. Bodohnya Ustaz tu dengan perlakuannya itu. Maafkan aku. Jika dia berhak menerima kutukanku maka kata-kataku ini akan terbang kepadanya dan mengetuk kepalanya. Terkejut aku dan Annur mendengar kata-katanya.

    ReplyDelete
  13. Sedekah
    Kesabaran
    Kecekalan
    Ketekunan
    Konsisten - Istiqamah
    Ketabahan
    .......

    Apa lagi...?
    Kita ambil Cahaya Kesabaran sbg contoh permulaan bagi mengatasi Karma buruk.
    Kesabaran ini adalah suatu ubat karma buruk yang amat mujarab. Bukan mudah untuk bersabar. Dalam kesabaran ini ada banyak unsur kebaikan yang terkandung di dalamnya seperti ketenangan... pasrah... ikhlas... dan banyak lagi.

    Hanya mereka yang bersabarlah yang akan berjaya. Jangan kita pandang orang lain dengan iri hati atau cemburu atas kesenangan hidup mereka tapi pandanglah hidup kita sendiri dan ubah mentaliti. Buat kira-kira perancangan hidup dengan jujur dan kemudian bersabarlah melalui pelaksanaan dan proses demi mendapatkan apa yang diingini.

    ReplyDelete
  14. ni apa ni tetiba terima kasih pulak...apakah benar apa yg aku dengar ni? huhu

    ReplyDelete
  15. Mohon pencerahan

    Asas kepada karma ialah buat baik sebesar zarah pun kita akan lihat balasannya dan kita buat yang sebaliknya pun kita akan lihat balasannya.

    Adakah pembalasan karma yg dikatakan buruk dan baik itu berlaku di alam barzakh, ataupun berlaku kepada kehidupan kelahiran semula yg baru.

    Nabi muhammad pernah menyatakan setiap bayi yg dilahirkan itu putih bersih. Ibu bapa lah yang memainkan peranan dlm membentuk (bukan menentukan) akidahnya. Pun begitu bila ditanya kepada nabi sekiranya bayi atau kanak2 itu mati sebelum disesatkan (mati semasa kecil atau belum baligh). Nabi tidak terus menyatakan syurga tempat tinggalnya nanti, bahkan nabi sebut, Allah maha mengetahui apa yg telah mereka lakukan.
    Apa yg tlh mereka lakukan ini adakah bersangkutan dgn karma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya barangkali. Kerana memang di mata orang lain jiwa tersebut mengambil jasad anak-anak kecil namun segala amalannya masih melingkari jiwa tersebut dan bukan semua karma mendapat balasan syurga dan neraka. Ada juga sumpah dan janji...hutang..dendam...yang mengikat jiwa tersebut yang kadangkala perlu dilunaskan di bumi dan hal ini ada juga berkait dngan jiwa yang lain.

      Delete