Monday, 16 September 2013

Dua Ratus Ribu Tahun telah berlalu...

studiopetite.blogspot.com

Oh....aku sungguh rindu....
Apabila hujan turun...aku rindukan hutan dan kicauan di dalamnya...
Dua ratus ribu tahun telah berlalu....tapi aku fikir telah dua juta tahun aku mengejarnya...
Di dunia kahyangan....hidup penuh dengan cinta...
Hari-hari dipenuhi dengan bahagia....

Namun di dunia sebelah sini berbeza.
Dunia ini penuh ranjau dan onak durinya.
Manusia hampir-hampir sahaja lupa tentang keberadaannya di sini.
Mereka lupa siapa diri mereka, dari mana mereka datang dan ke mana mereka akan pergi.
Mereka ketawa hiba dengan penuh nanah dan darah di dunia sebelah sini.
Hanya kadangkala terbau wangi-wangian yang pernah aku hidu suatu masa lama dahulu.

Di dunia sebelah sana adalah dunia perlambangan.
Dunia penuh dengan isi fungsi.
Semua bereaksi sendiri dan asli perasaan di sana.
Hanya mereka yang punya hati suci dapat menjadi yang benar di dunia sebelah sini.


Setiap langkahku ambil hanya untukmu sayang,
Dengan setiap derapan langkah ku lindung cinta ini,
Biar berdarah aku tetap terus melangkah kerana aku telah turun di dunia sebelah sini,
Aku akan pastikan aku akan kembali ke dunia sebelah sana seperti biasa penuh bangga namun
hatiku hanya kau saja yang tahu.
Perjalanan ini sungguh jauh setiap kali sebelum kita menutup mata dan bermimpi lagi.

Selamat Ulangtahun sayang....
Dua ratus ribu tahun....
Jiwa ini berjalan tanpa henti.
Dua juta tahun jiwa ini menanti.
Berbilion dan trilion tahun....
Jiwa-jiwa ini berputar-putar di dalam Roda Kehidupan...
Roda Kesengsaraan...
Bilakah sudahnya...

Mahukah kalian aku tunjukkan jalan menuju kepada Kebebasan Jiwa?
...............
Jiwa-jiwa yang tenang.
Di sebuah kawasan lapang Nirvana
Kemuncak rasa yang damai.
Penuh Cinta dan Hanya Bahagia.








18 comments:

  1. Setelah apa yang telah berlaku...aku tersedar sesuatu...

    Aku kini mahu berehat dan makan pop corn sambil melihat dunia dan aksi mereka.
    Aku kini cuma mahu bahagia dan membahagiakan mereka di sisiku.
    Aku kini cuma mahu gembira bergelak ketawa bersama adikku dan mereka yang tersayang.

    Oh sungguh seronoknya...
    Aku tak tahu bila dah game over rasanya seseronok ini.

    Naga Jauhar...
    Terima kasih...
    Aku kini sungguh gembira dan sungguh tenang mendakap ketenangan ini.
    Setiap hari aku bergelak ketawa.
    Aku ketawa melihat mereka mencari Imam Mahadi.
    Hehehe..

    Dan kini aku hanya mahu lakukan apa yang aku mahu lakukan.
    Oh...tak dapat sambung Master di Istac kita cuba pula Pemikiran di Universiti lain.

    Ada sesiapa yang mahir selok belok Universiti Malaya? Hubungi aku ya...tolong...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhada,ko jgn gelakkan orang sesuka hati,tak baik tau...dulu kita pun sama gak...cari2 mahdi la pe bagai...ko da lupa ke...jadi kita kena memahami mereka,bukan gelakkan...

      hahahahahha....aku pun sebenarnya mmg rasa nak gelak sbb xthn tgok ko gelak...

      Delete
    2. Aku mintak maap banyak2...aku tak akn turun baiah ngan mana2 Imam Mahdi lagi. I just want to continue my life. Aku dah keluar dari matrix ni. Aku nak pi lompat2 kat matrix lain pulak. Bawak anak 24/7 pegi kubur buat apa...kesian perkembangan mental anak tu.

      Bior le masuk berita Imam Mahdi dah kuar...ke apa ke...aku tetap nak makan pop corn tengok TV...adakah Kerajaan Malaysia akan mengangkat dia sebagai Perdana Menteri? Korang janganlah bermimpi... adakah semua pemerintahan dengan barisan Menteri Kabinet semua datang baiah kat dia? I don't think so...

      O...I saw The Church of Our Lady Fatima kat Kuala Lumpur... perkembangan syiah terbaru kot...tak sama ke dengan orang hindu yang sembah manusia lain? mungkin aku tak katam banyak benda kot. so aku tak tau....continue eating pop corn...

      siapa kau nak judge aku...tuhan?

      Delete
    3. kadang2 aku rasa ko ni dah waras balik...bagus2...mcm nilah kakak yg aku kenal dulu...dulu kita dah penat berlaga ideologi,skrang ko sokong aku balik..good...aku rasa mmg betul pun...kerajaan msia stakat yang aku tgok dari kes ko, dah cukup stabil dah,cuma mungkin banyak lagi kena diperbaiki,tapi rasa tak payahlah nak tukar kerajaan kot...jabatan kehakiman,polis,penjara,kesihatan,semua aku tengok memuaskan hati dan agak susah ditembusi...

      aku rasa kita yang paling realistik skrang kot...tapi dhada,ko mmg jgn suka2 gelakkan orang...purba kata tak elok...walaupun kadang2 aku tau dia suka gelak senyap2...

      Delete
    4. Honestly speaking... kat luar sana ada ramai yang syok sendiri bermimpi di alam nyata ni dan merasakan diri mereka tu Imam Mahdi sedangkan mereka hanyalah berterbangan dalam alam-alam diri dan masih terperangkap dalam matrix-matrix ilusi mereka. Akulah yang berkata dalam akal yang waras. Berapa ramai kamu di luar sana melalui hidup sebagai manusia bagaikan patung namun hati mencari-cari Imam Mahdi dan hari2 update baca Blog2 kat luar sana yang buat perkiraan dan percaturan tentang kehadiran Imam Mahdi and The Gang. Bukalah mata....kalian berada di alam mimpi.

      Kalian membaca tentang Kesultanan Melayu dan Ahlul Bait sedangkan bukankah dalil yang kalian imani itu ada menyatakan bahawa ALLAH BERKEHENDAK PADA SESIAPA YANG DIA INGINI UNTUK DIANUGERAHKAN CAHAYA PETUNJUK. Mengapa kalian begitu terdesak mengira-ngira susur galur manusia dan begitu terdesak untuk kehadiran Imam Mahdi dan kepimpinannya. Bukalah mata dan belajar bersyukur dengan pemberian Allah di sekeliling kamu. Bangunlah dari mimpi...aku ini berkata yang benar... kalian rindukan pimpinan namun adakah kalian ini hidup dalam pelarian seperti orang Arab? Tidak... sungguh indah budaya melayu.

      SEBENARNYA APA YANG SEDANG BERLAKU IALAH ORANG MELAYU DILANDA DILEMA PEMIKIRAN DAN JIWA-JIWA PEJUANG MELAYU MASING2 SEDANG MENCARI DIRI MEREKA SENDIRI TANPA MEREKA SEDAR.

      APA YANG SEDANG BERLAKU IALAH KITA SEDANG BERADA DALAM ANJAKAN PARADIGMA sedangkan nyata kita berjalan dengan sistemnya....

      bukalah mata....

      Delete
    5. dhada,ko prasan tak,dorang tentang segalanya...tapi dalam tak sedar doranglah penggerak kepada sistem yang dorang benci tu...dorang benci yahudi,balik umah guna barang yahudi...penah ke tidak dorang terfikir betapa susah nak jadi inventor...nak buat syampu,nak buat losyen,nak buat sampai barang kita digunapakai satu dunia,ingat senang ke...kalau tak reti,tak payahlah kutuk...blaja buat barang sendiri yang setanding dan bersaing dengan adil...baru betul gaya seorang pendekar...ini tidak,ngomel2 je tau,menyalak dalam fb je reti...tapi seluruh kehidupan guna pakai dan hidup dengan sistem yang dibenci tu...betapa banyak ilmu yang dorang blaja untuk membuat satu benda yang kecik sekalipun,contoh simcard,korang reti ke?ilmu yang dorang blaja mengubah budaya hidup dorang menjadi seorang yang serius,kerja keras,komited,rajin,kreatif dan sabar...ini semua makan masa...korang sebagai pengguna yang tahu celik mata gosok gigi pakai ubat gigi kafir tu,kutuk2 tapi mulut bau colgate kejap lagi sarapan minum milo...bodoh ke tidak semua ni...

      aku tak faham dengan diri aku sendiri!

      Delete
    6. Anda memaksa terlalu jauh...maafkan aku...

      Korang belum tengok lagi ek aku gunakan dalil dan meratah korang hidup-hidup..?
      Jika benar kalian orang yang beriman....jangan nak beriman separuh-separuh... beriman pada dalil mengikut nafsu dan kehendak korang lalu korang jadikan ia suatu penulisan yang menyesatkan dan membungkam pemikiran melayu dalam suatu lembah mimpi yang tergantung tanpa dasar.

      Aku memang dah penat nak dengar ceramah basi ustaz-ustaz yang mengajar manusia untuk terus berilusi. Dan kumpulan pemikir tak bertauliah blogger-blogger yang buat perkiraan guna matematik rendah dan tak seimbang!

      Aku penah dengar dulu tahun 2008 Imam Mahdi nak keluar...patu tak kuar2...patu ada yang kata 2012 akan berlaku bla-bla things....aku tengok nyatanya .....ok je... patu baru tadi aku tgk ada blogger kata 2015 pulak... adoi...dah jadi penunggu semuanya....hasilnya tarak....

      Apa ni... kata Melayu bangsa hebat? Ilmu firasat apa yang korang pakai ni....

      Apa kata dari korang menunggu baik kita berusaha....jangan hayal dengan isi gajet tapi lihat realiti korang di sekitar kita.... siapa kita...

      Bukalah minda...bebaskan jiwa dari mentaliti Arab ni... Islam itu indah dan universal. Anda harus bijak menangkap maksud dalam suatu fenomena dan fahami lalu selesaikan permasalahan minda anda itu dengan bijak dan luahkan dalam bentuk penyelesaian di alam realiti....

      Ambil yang asas dalam ajaran agama Islam dan fahami falsafahnya. Yang dah jauh ke laut tu janganlah kita gunakan ia sebagai dalil kerana ia sungguh meragukan! Adakah anda mahu beriman atau percaya pada sesuatu yang rapuh dan meragukan? Ambillah yang nyata dan anda yakin padanya... dalil-dalil tentang isu-isu yang anda risaukan di blog-blog luar sana dan laman facebook anda cuma ceduk tanpa lihat isinya lalu anda imani apa yang anda ceduk itu.... sungguh membahayakan diri....

      Marilah....gapai tangan kami.... dan keluar dari belenggu ini...

      Delete
    7. marilah mari,mari mari...marilah mari kita menari...cewah...

      dhada,rasanya cukup untuk kali ini kita berlakon seperti orang yg sgt berpengertian,bosanla pulak...

      tukar topik,please...

      Delete
    8. tapi sekejap dhada,

      rasa mcm penah dgr ayat...

      "anda memaksa terlalu jauh"....hehe...

      org tu mst panas kepala kalau dapat tau ko sedap2 perli dia...haha

      Delete
  2. Aku senang jadi Pengembara Masa seperti ini...
    Aku faham mengapa Dr.Yamin kini jadi penulis bebas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrang ni aku pun jadi pengembara masa gak,masa tido aku byk mengembara...

      Delete
  3. Aku sebenarnya mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Blog Tanya Sama Itu Hud Hud. Kami buka blog tersebut melalui petunjuk mimpi dan juga keinginan yang kuat untuk memperjuangkan Kalimah Ikhlas dan ternyata selama dua tahun perkembangan idealogi kami dan juga kehidupan kami membawa tsunami kepada alam-alam dalam diri kami berdua. Kami berdua banyak mendapat ilmu daripada rasa-rasa yang dilalui oleh pengalaman diri kami dan juga penolakan serta penarikan yang kuat daripada dalam diri kami yang terlalu rimas dengan dunia dan rindukan kebenaran. Ada sesuatu yang kami belajar dari kehidupan kami...

    Jika anda mahu keluar dari Matrix yang membungkus diri anda, anda harus ikut undang-undang matrix tersebut dengan sepenuh hati sehingga termometer anda kepatuhan anda pecah dan Allah akan membawa anda keluar dan membuatkan anda mampu melihat dari luar matrix umpama burung yang melihat dari langit. Ternyata semua ini bukan mudah apatah lagi apabila anda mengimani apa yang anda percaya kerana riak dan menunjuk-nunjuk dan bukan Ikhlas yang benar-benar dari hati. Percayalah...jika itu cara anda, PASTI anda akan berpusing-pusing dalam matrix tersebut. Ataupun mungkin anda selesa dengan apa yang anda ada dan malas untuk berfikir lalu ambil jalan mudah dengan percaya apa yang diberitakan kepada anda tanpa anda persoalkan.

    huh....fikir-fikirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dhada sebut ttg blog hud2,rasa sayup pulak...blog tu mmg kita bukak bersebab...dan bukan suka2...banyak berdasarkan petunjuk yg tuhan bagi...

      Delete
  4. Al-Qur'an itu sungguh tinggi maksudnya. Namun ia akan kelihatan berbeza-beza di mata pembacanya. Jika anda mampu mengupas maksud bahasa seperti anda kupas bawang, anda akan mencari isi dan terus mengupas dan anda sangkakan ianya kulit padahal kesemua itulah isinya walau ia kelihatan seperti kulit. Isi dan kulit, itulah diri anda yang sebenarnya. Mimpi dan realiti kedua-duanya penting, namun kita harus pandai menyeimbangkannya dengan baik. Setiap satu hakikat-hakikat, ia diciptakan berpasangan dan untuk hakikat itu berdiri seimbang, kedua-duanya tidak sempurna dan saling melengkapi untuk berdiri. Anda fikirkanlah hakikat apa sahaja, anda akan dapati ia ada kekurangannya seperti suatu kebocoran namun kelemahan itulah sebenarnya kekuatannya dan ia berdiri sebagai komplementari. Kedua-dua suatu pasangan dalam hakikat sesuatu, umpama cermin dan apabila suatu saat ia dipertemukan, kedua-duanya akan saling kehairanan melihat dirinya di dalam cermin realiti. Akukah engkau? Engkaukah aku? Mengapa kita begitu sama dan serupa hanya saja kau di dalam cerminan aku. Aku merasakan aku wujud, namun kewujudan engkau juga begitu nyata.

    Sehingga pada suatu saat cermin itu retak dan pecah. Yang tinggal hanya satu. Hakikat-hakikat pecah kerana ketidaksempurnaannya mula mencapai kesempurnaan dengan membuang semua yang palsu dan yang tinggal hanyalah Sejati Diri. Terlalu banyak puing-puing tinggalan melayu dan juga candi-candi serta patung-patung dengan sudut posisi yang penuh falsafah menerangkan semua ini dan IA SEBENARNYA SELARI DENGAN KITAB SUCI YANG KAMU IMANI hanyasaja kod-kodnya perlu dipecahkan.

    ReplyDelete
  5. kak cakap orang.. kak pun sama tak lepas dari ilusi.. saya pun sama.. semua orang pun sama.. Al-Mahdi pun sama masih belum keluar dari ilusi.. sebab tu tak jumpa2 dia sebab dia pun tak jumpa diri dia lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua berilusi dan duduk dlm alam realiti. mimpi dan realiti hakikatnya berpasangan. untuk kedua-duanya berjaya mereka harus bergandingan dengan kadarnya yang hak dan seimbang dan saling mengimbangi. memang benar, Imam Mahdi yang benar-benar akan keluar suatu hari nanti, namun dia bukanlah centre untuk semua orang berpaut. kita boleh berkepercayaan, namun undang-undang dalam berkepercayaan ialah saling menghormati dan tidak boleh memaksa orang lain percaya sebagaimananya kita. hadirnya aku untuk mengimbangi ketaksuban dan membawa sesiapa yang berminat keluar dari kekusutan bekepercayaan. maafkan aku semua andai terasa, tak suka boleh tinggalkan aku, namun aku hanya berkata yang benar. walau kadangkala ia bernada sinis, anggap sajalah aku bercakap dengan diriku sendiri.

      Delete
    2. sifat tak akan pernah berubah, ketegasan memang sifatku. dan ia benar pada haknya.

      Delete
  6. ya,kita semua sama...dulu kawan annur pernah kata,kalau kita diuji,berhenti salahkan orang lain...

    tetapi belajar insafi diri...

    jom sama2 kita bangun dari mimpi indah ni...masalah yang kita ada itulah realiti kita sekarang...

    ReplyDelete