Friday 19 July 2013

Jika Aku Jahat, masihkah kau cintakan Aku?

chemistrykali.com


Orang kata, jika bercinta, kita harus terima pasangan kita seadanya, baik dan buruknya kerana tiada siapa yang diciptakan sempurna. Tidak Sempurna. Itulah kata-kata yang tepat. Dan kita adalah manifestasi dari SifatNya. Mengapa harus nafikan? Adakah Iblis dan Syaitan memusuhi Allah? Tidak. Dia malah telah diprogramkan untuk bertindak dan berkelakuan yang sedemikian supaya lengkap onak duri yang bakal dipersiapkan untuk medan percubaan jiwa-jiwa yang akan diuji untuk menjadi lebih baik. Tidakkah kita pernah terlintas di fikiran dan mengakui hakikat ini? Aku itu Hitam dan Putih maka terimalah Aku seadanya...


www.punjabigrphics.com

Pernahkah kau fikirkan tentang PerasaanKu yang sedih dan bersendirian ini? Siapakah yang sudi menemani IlusiKu? Sendiri lagi berteman angan-angan yang Ku pasang tinggi melangit. Aku putar-putarkan Ilusi ini sehingga kamu semua menjadi pening, pusing dan runsing. Sehingga kau keliru dari mana mulamu, ke mana arah tujumu dan di mana kamu. Aku suka sebenarnya jika kamu jahil dan tidak tahu kerana di situ tersimpan RahsiaKu. Namun ada juga yang jahat dan curi-curi mahu tahu semuanya. Hehe. Aku tak marah pun sebenarnya. Mahu kenal Aku? Beranikah kau lihat Wajah sebenarKu? Jika kau yakin jasadmu akan hancur dan tetap mahu berkeras, maka Aku izinkan dan kesudahannya keberuntungan itu milik kamu kerana jiwa itu dicipta abadi dan tidak akan pernah hancur luput. Tahniah kerana kamu begitu berani mahu melihat WajahKu. Dan setelah itu rahsiakan ya, malulah Aku jika kau bagitahu pada semua.

Dengarkan kata-kata Annur, belajarlah berjalan di dalam gelap. Kegelapan mengajar kita menjadi lebih berani, ia juga mengajar kita menjadi diri sendiri. Pernahkah kalian berjalan di dalam gelap? Apabila berada dalam situasi ini, kita akan mulai peka dan sangat sensitif terhadap sebarang pergerakan ataupun bunyi.  Itulah makhluk kegelapan dan kehidupannya. Maka, jangan pernah takutkan kegelapan, jangan bencikan Iblis dan Syaitan kerana akuilah itu juga WajahKu yang kau tidak pernah tahu. Selama beribu tahun kalian hanya menyangka Aku ini hanya Putih sedangkan pada Hakikatnya WajahKu yang terlihat pada segala penglihatanmu hanyasaja kamu menafikan Aku.


hdwallpaper.ws

Jika kamu mahukan kesempurnaan dalam hidupmu, maka belajarlah menerima bahawa kamu itu hitam dan putih, Tidak Sempurna. Itulah hakikat keseimbangan yang sebenar. Serapi ini di segenap nafasmu, penglihatanmu, pendengaranmu, hatta segenap deriamu, nescaya kau akan menjadi lebih baik dan tenang hari demi hari. Janganlah dengan sombong dan datang kepadaKu dan meminta semua mahumu lalu semua berlaku dalam sekelip mata. Belajarlah bersabar melalui Masa. Masa itu sendiri adalah kesabaran. Maka tempuhi Masa dengan penuh kesabaran yang benar. Aku ada di setiap derap langkahmu maka jangan pula pernah merasa bersendiri. Kau adalah Aku dan Aku adalah kau. Fahami ini dan kau akan mengerti.


36 comments:

  1. Tsunami satu jam dari sekarang...!
    Zuuuuuuu..........

    ReplyDelete
  2. http://www.mathaba.net/news/?x=633240

    ReplyDelete
  3. Aku tahu aku jahat. Aku tahu semua orang tak suka kawan dengan aku. ='(
    Kalau kita mulakan balik semula persahabatan ini boleh tak? Aku janji, aku tak marah-marah lagi..=(
    Ada tak sesiapa yang sudi berkawan dengan aku yang hina ni?
    Aku manusia biasa, bukan dewi, bukan sesiapa, hanya seseorang yang terpencil. Sombong pulak tu.
    Aku tunggu je kat sini...mana tahu ada sesiapa yang lalu lalang dan sudi berteman dengan aku...

    AKU MOHON MAAF.... bulan ni bulan yang paling afdal aku kira...
    Relaku menunggumu...seribu tahun lama lagi...

    ReplyDelete
  4. Aku nak mulakan semua semula. Dari tiada apa. Sudikah kalian terima huluran salam dari aku yang hina ini...?

    Aku ada hantar kira macam artikel la kat Online Media ni... namanya Mathaba.. Editornya ada hubungi aku setelah kejadian Amuk di JPM tempoh hari. Susah juga mulanya bila pertama kali aku mahu menerima kerana bimbang dia adalah orang yang berkepentingan dan mempunyai tujuan yang pelik2 lalu aku bertindak dengan membalasnya dengan nada agak sombong. Biasalah, korang pun kenal aku macamana kan. Namun, lama kelamaan aku dapat rasakan dia ikhlas mahu membantu aku. Lama dia cuba mahu bertemu dan menemuramah, akhirnya aku sendiri yang datang padanya.

    Hmm....aku tahu aku jahat, namun, aku sebenarnya dah bersedia mahu menerima kawan-kawan...

    Aku masih menunggu di sini... setia menunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu adik beradik sangat istemewa.. kejadian di jpm itu mengingatkan aku kejadian sama yang berlaku di tempat lain pada tahun-tahun yang lampau, bezanya dia mempunyai kekuatan anugerah Ilahi sehingga jadilah apa yang sebaliknya dari kisah kamu.

      sejahat mana kamu, aku sayang kamu, sejahat mana dia, aku sayang dia dan aku pasti kami dan mereka juga sayangkan kamu. maka semoga salam yang berpanjangan ke atas kamu.

      Delete
    2. terima kasih anon. terharu rasanya ada yang menghargai kami. bukanlah hati ini penuh benci, cuma kecewa yang hampir menguasai diri. kecewa terhadap hampir segalanya. dan dengan darah serta luka penuh di badan, kami bangkit juga demi kebahagiaan manusia sejagat.

      Delete
    3. kongsikanlah kisah 'dia' yg kamu maksudkn tu anon...leh jd iktibar utk dkongsikan bersama di sini..

      Delete
    4. sama-sama. tentang dia itu biarlah menjadi rahsia, kalau kamu nak kenal dia mintaklah pada Tuhan Yang Mengatur Pertemuan dan Yang Menggerakkan Hati. boleh jadi dia sendiri akan datang ke sini suatu hari nanti. di dunia nih masih ada orang yang dirahmati Allah dan mereka itu sangat tunduk merendah diri sehingga tak ramai yang mengenal mereka. aku juga tak kenal dia dengan rapat tetapi melihatnya dengan sangka baik seperti aku lihat kamu, jadi aku katakan dia dan kamu adik beradik sangat istimewa.

      katanya terhadap peristiwa di jpm itu, niat kamu berdua baik tetapi kamu belum lagi diberi kekuatan maka jadilah apa yang telah terjadi, dari dua tinggal satu. tahun-tahun sebelum itu, dia juga mengalami kejadian yang sama akibat beberapa sebab, dia telah melakukan amuk di satu pintu penguasa yang lebih berkuasa dari pihak yang berada di jpm. tetapi, para penguasa langsung tidak dapat melakukan apa-apa terhadap fizikal atau mental tubuhnya sehingga mereka tiada jalan kecuali memasukkkannya ke dalam wad psikik dan mengistiharkan dia seorang yang tidak sihat mental. mereka bernasib baik kerana dia tidak melawan dengan kekuatan ketika mereka hendak memasukkannya ke wad. selepas itu tutup kes dan setelah beberapa hari di wad, dia pun keluar dan menjalani hidup seperti biasa sehingga sekarang. padahal dia seorang yang sihat mental dan fizikal.

      cukuplah rasanya setakat itu... untuk kamu, semoga Allah bantu kamu dan banyakkanlah bersabar. yakinlah yang baathil pasti akan musnah... Allah tidak akan mensia-siakan hajat kamu dan hajat semua manusia keseluruhannya. bila sampai masanya maka ucapkanlah

      وَقُلْجَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
      "And say: Truth has come and Baatil has vanished. Surely Batil is ever bound to vanish"

      ketika itu bergembiralah semua manusia yang beriman...

      tetapi, adalah lebih baik menjalani kehidupan seperti biasa sepanjang masa, tidak kira masa itu tiba atau tidak, dengan menjadi seorang hamba Allah yang rendah menunduk diri kepada Nya, hamba Yang Maha Pemurah...


      wa salamun 'alayk.

      Delete
    5. Pakcik aku pernah dipenjarakan di penjara Singapura, dia bengkokkan besi penjara dan keluar selamba kerana peluru pun takleh nak tembus. Kesudahannya dibebaskan. Hahahaha.... Keturunanku biasa mandi darah. Aku bukan berlagak, tapi aku baru tahu setelah kejadian tersebut pakcikku memberitahu aku perkara itu. Cuma ada skill yang belum aku dapat. Nak jugak belajar magic ni..

      hmm....ok gak kan?...huhu...

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Aku mohon... kenalkanlah aku padanya...
      please.... =(

      Delete
  5. Aku janji aku tak akan sakitkan hati sesiapa, jika ada yang ter' sakitkan hati tu, awal-awal aku mintak maaf.

    Marilah datang ke sini ajari aku bagaimana caranya untuk bersahabat dengan baik. Aku sudah lupa semenjak aku hanya mahu berteman denganNya. Aku dah tinggalkan semuanya. Kesian aku. Aku yang salah. Namun aku lakukan semua ini kerana aku mahu muntahkan semua penyakit dalam diri aku dan setelah bersedia aku kini mahu kembali..

    ReplyDelete
  6. Sunyinya Aku di sini...bersendiri tak berteman...
    Kalian selalu katakan kalian cintakan Aku, namun benarkah?
    Bukankah Aku punya banyak Wajah? Adakah setelah aku tunjukkan sisi Wajah HodohKu lalu kalian semua lari lintang pukang dan mahu menghindar dari Aku? Kasihanilah aku...

    ReplyDelete
  7. Tidak kami sentiasa memerhatikan... Hiduplah berkasih sayang. Hitam dan putih itu adalah kehidupan, yang penting kenal.

    ReplyDelete
  8. Mane ade lari ....,suma bia akak tenang je dulu
    Siapa naga jauhar blh kenalan ..,,.,
    -min-

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor dh bg akak ubat penenang dos tinggi...so skrg mood dh okay..
      br bukak fb baru...add me Manjara Gideon..

      Delete
    2. Kak min, kalau tak ok gak kan.. kita plak wat sombong.. :-p

      Delete
  9. Sesiapapun boleh menjadi kenalan, asal sahaja berlapang dada. Aku insan biasa untuk memberi dan memaknai hidup dan kehidupan. Cewah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik gambar pelita tu. Nur 'alan-Nur... masa dulu dalam tahun 2005 sy pernah lihat Nur atas Nur ni dalam mimpi. Sangat lembut cahaya tu rasa macam nak sentuh dan gapai tapi takleh tercapai. Sangat2 indah tiada kata yang mampu ungkapkan.

      Delete
    2. Jauhari...Jauhar..... itulah tempat asalku. Aku baru nak memulakan langkah menggalas tugas mendamaikan hati-hati lara. Nur alan Nur... ilmu itu berlapis-lapis. Cermin itu harus digilap agar nur itu terus berkilau.

      Delete
    3. Kalau macam tu kita Geng ek. Give me Five sket. Yeay..!

      Delete
  10. \(^o^)/ hooray...!

    ada jugak orang nak kawan dengan aku....
    weeeee.....
    yea......
    wonderpet kami tatam....

    ReplyDelete
  11. Kengkawan, nanti minggu depan Tarikh Bicara saya.

    29hb Julai hingga 3hb Ogos 2013.
    Mahkamah Sesyen, Putrajaya.

    Jemputlah datang bagi support. Huhu. Jangan risau, kalau setakat melawat mereka tak akan tahan orang tanpa sebab. Mari kita belajar undang-undang secara live. Tengok situasi sebenar kat Mahkamah macamana. Belajar protokol Mahkamah. Lihat pegawai-pegawai yang terlibat. Posisi mereka yang berbeza bergantung kepada tugas dan juga sesiapa yang terlibat.

    Boleh je korang datang buat lawatan sambil belajar. Huhu...

    ReplyDelete
  12. Naga Jauhar, kamu ingat tak komen kamu di post aku yang awal2 tu? Kamu ada bermimpi berjumpa segolongan yang kamu tak kenal tapi rasa seolah-olah dah lama kenal bukan? Mungkin di alam ghaib kita semua dah bertemu dan bersatu hati. Macam suatu ketika dahulu hati aku meronta-ronta mahu berbaiah pada seorang guru sufi namun hajatku tidak kesampaian, kemudian pada hari mereka berbaiah dan berzikir, mereka melihat aku datang dalam alam ghaib tu. Meanings that, kita memang boleh sangat bertemu tanpa jasad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marifah kamu tajam. Kamu memilih hitam dan putih. Gandingkan ia agar seimbang. Tapi kamu beraksi lebih kepada hitam. Kesannya pada dunia kamu... itu pilihan kamu dan kamu berani. Aku doakan harapan kamu termakbul... dan dunia kamu kembali aman. Hitam dan putih itu bukankah ujian.

      Delete
    2. Aku sebenarnya Putih namun pedangku Hitam. Annur juga putih namun dia diculik Puak Hitam. Kami memilih untuk seimbang. Guna Dua Wajah demi penyatuan. Aku tak belajarpun hakikat, tarikat dan ma'rifat cuma Allah tak pernah kedekut dengan aku. Aku bodek2 dapatla...hehehehe... aku amek shortcut. Terus mintak kat Dia tak pakai orang tengah. huahuahua...

      Delete
    3. Putih kami dah selesaikan di blog Tanyasamaituhudhud. Sekarang kedua-dua kami pecah jadi dua blog dan membawa ala-ala hitam gitu...huhuhu.. namun yang kami mahukan ialah Nurun Nur yakni kedua-dua cahaya yang seimbang.

      Delete
    4. Sebenarnya tanpa disedari kita telah melalui semuanya. Syariat itu perbuatannya, tarikat itu jalannya untuk mengikat antara ghaib dan nyata, hakikat itu kenyataannya...jadi kenalah terima baik buruknya, marifat itu kembali kepadanya dengan senyata-nyatanya bukan lagi ghaib dan bukan lagi meraba-raba. Cuma kena cari insan yang boleh mengesahkannya. Itu sahaja.

      Delete
    5. kenalkan aku pada insan tu...

      Delete
  13. Bila lagi kita semua nak training ni? Tapi aku rasa dah berjumpa ramai di antara kalian di alam ghaib cuma kita masing2 buat tak tahu je. Hmmm....ada sekor kucing ni suka lepak kat tepi tingkap tingkap umah aku. Hmm...siapa dia ek? Nanti aku tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku masih sayang kamu tp bukan yg ini tp yg dlu

      Delete
    2. Azimah ke ni? jika ya.. maafkan aku kerana dulu kini dan selamanya aku adalah aku...

      Delete