Friday 10 May 2013

Sebenarnya aku yang degil...

www.adishakti.com


Setiap dari kita sejak dilahirkan di atas muka bumi ini ada sesuatu yang akan kerap berlegar-legar dalam fikiran. Mungkin ada yang panggil ia sebagai cita-cita atau misi dalam hidup. Ada juga yang tiada. Namun semua itu ada sebabnya. Setiap dari kita punya 'sifat' dan 'wajah'. Sikap boleh berubah namun sifat akan terus sama sahaja dan wajah juga tidak berubah.

Ya, aku memang degil kerana walaupun aku terluka aku suka mendekati manusia dan memberi mereka hadiah. Ya. Suatu pemberian untuk mereka. Suka. Kenapa? Kerana kasihan. Memang benar, aku kelihatan menjengkelkan di hadapan mereka. Kerana aku tak seperti mereka. Mereka sukakan yang biasa-biasa dan mereka tak mahu yang aneh-aneh dan luar biasa. Akukah yang harus mengikut mereka yang terus hidup dalam arus? Oh tidak... kerana jika aku tidak menjadi aku, maka tiada siapa lagi akan menjadi aku dan aku akan hilang dan tenggelam. Dan aku tak akan meminta maaf kepada yang lain hanya untuk menjadi diri sendiri.

Aku memang degil kerana jarang aku mendengar nasihat mereka. Ego mungkin barangkali pandangan mereka terhadap aku. Terserah mahu apapun tanggapan kamu terhadap aku kerana aku bukan kamu. Aku tak panggil atau jemput pun kamu ke mari untuk mengasihani aku di sini, kerana aku tahu Tuhanku yang Maha Penyayang itu tidak pernah membiarkan aku terus sedih dan bersendirian sepertimana manusia memperlakukan aku. Apakah yang aku boleh harapkan dari manusia? Melainkan sedikit jiwa-jiwa yang ikhlas menyayangi aku apa adanya. Itu pun cukup untuk aku.

nuunmoon.net

Tuhanku tidak memarahi aku hanya kerana aku mahu tahu erti hidup. Malah Dialah yang banyak mengajar aku semuanya dari aku tidak tahu apa-apa sehingga aku mampu untuk mengerti semua sedikit demi sedikit. Apa yang kamu lihat di hadapan mata ini, sungguhpun ia hanya maya, namun jauh ke dalam jika kamu benar-benar melihat maka kamu akan nampak belaian dan kasih sayang Allah kepada kamu. Aku di sini hanya mahu mengingatkan kamu dan menyedarkan kamu bahawa hidup ini bukan yang biasa-biasa sahaja. Bukanlah rutin harian itu yang harus kamu kejar dan juga bukan pencapaian material namun aku mahu kamu mencari erti hidup kamu yang sebenar-benarnya dan apa tujuan kamu berada di sini. Kamu cari itu semua yang benar-benar ada dalam diri kamu. Aku berkata benar. Ya, ini cuma salah satu cara.

Segala ciptaanNya bermula dengan pertembungan dua sifat Allah iaitu sifat-sifat Jalal dan sifat-sifat Jamal. Lalu terbentuklah suatu ciptaan agung yang seimbang kedua-duanya menjadi suatu yang sempurna. Keagungan sebagai rahmat itu diturunkan ke muka bumi sebagai suatu contoh umat 'manusia' yang belum sempurna sifatnya untuk mengikutinya. Ha...lemah rasanya untuk berkata tentang hal seperti ini. Cahaya keagungan ini yang sebenarnya ada dalam setiap yang terzahir malah kabus-kabus di dimensi yang tak kelihatan juga ada pada mereka.

Penerimaan setiap manusia terhadap kebenaran berbeza-beza, juga detik saat setiap satu itu tidak sama ketikanya bergantung kepada kematangan jiwa tersebut dan juga kapasiti 'chasis'nya pada waktu itu. Maka benarlah kata-kataNya bahawa tiada dibebankan seseorang melainkan di atas kesanggupannya dan juga keupayaannya. Satu perkara yang kita harus tahu dan kerapkali aku ulang-ulang ialah TIADA PAKSAAN dalam hal ini. Maka, siapakah kita untuk menghukum mereka? Petunjuk yang datang hanya mengetuk pintu hati mereka namun jika tuan punya diri tidak mengizinkan petunjuk itu masuk maka apakah hak kita untuk memaksa jiwa itu untuk menelan semua sebagaimana yang kita tahu setakat itu?

Ragam yang pelbagai di atas muka bumi ini adalah suatu persada yang berwarna-warni sebagai tanda itulah kehidupan yang warnanya hitam dan putih. Cukuplah suatu permulaan mudah buat kita untuk belajar semua ini dengan menerima apa adanya apa yang ada di sekeliling kita sebelum 'level' yang lebih tinggi akan terbuka untuk kita.

Haa.......salam Hari Jumaat buat semua!.....
..............................
......................................

www.picalls.com

Malam tadi aku mimpi 'Eclipse' di sekelilingku di atas langit... lebih dari enam rasanya....
...........
.........











31 comments:

  1. Ada apa dengan bulan? Perkiraan waktu? Ada apa dengan masa? Menjarakkan sesuatu dengan sesuatu dan di antaranya ada PERISTIWA. Dalam peristiwa ada babak-babak kehidupan yang PENUH dengan peRASAan. Dari peristiwa kita belajar tentang sesuatu dan terkumpul menjadi PENGALAMAN. Dalam melalui semua ini dengan baik, ia perlu kesabaran dan juga kebolehan MENGAWAL semua dengan baik. "Juggling the balls in hands'. Barulah dikatakan lulus ujian dengan baik.

    Ternyata semua ini bukan mudah. Iya kan?

    ReplyDelete
  2. yappp i pray all the best 4 u .....
    mtk mf skali lg dr ku.....
    hanya allah tahu niatku....padamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Why only for me? Am I deserve it? Niat yang baik Allah juga yang pandu.
      aku ini sangat sensitif orangnya. Hanya dengan satu perkataan dari kamu bisa membuatkan aku separuh mati untuk menelannya. Itu sebabnya setiap kata-kataku aku cukup berhati-hati memilihnya walaupun satu huruf sebelum ia menjadi perkataan. Aku memang banyak salah pada semua. Maafkan aku.

      Delete
    2. Malaikat mungkin.. datang mahu menguji.. Eh.. tak mungkin.. mana mungkin malaikat mahu menyebokkan diri menjaga tepi kain manusia..tiada nafsu dan fikiran.. mereka semua kan seperti robot yang telah diprogramkan utk patuh setiap arahan tuhan..

      Izrail.. ready cabut nyawa manusia2 semua ni.. jap lagi israfil nak tiup sangkakala.. pownnnnnnnnnnn...

      Raqib.. atid.. bagi semua buku2 3 5 kat mungkar dan nakir.. asingkan mana yg masuk syurga dan mana yang masuk neraka..

      Haa.. yang masuk syurga ikut sini.. jumpa ridwan..

      Yang masuk neraka pi berambus sana jumpa Malik.. nanti mereka akan bawak kamu semua.. ok..

      Setel.. hmmm.. apa nak buat pas ni ekk.. oo pi neraka la tgk manusia2 ni kena bakar.. hahaha.. padan muka korang.. buat jahat lagi..

      pheww.. penatnyaa..

      Seekz

      Delete
    3. Ko ni pegi jalan-jalan tak nak ajak...

      =p
      dah pandai anak emak ni...
      nah amek dula-dula ni...mamam eh...
      syian dia..

      Delete
  3. Aku hadiahkan semua ini buat kamu semoga kegelapan jiwa itu akan disinari cahaya. Pentingkah siapa kamu yang dulu? Penting dan tak penting. Penting kerana ada sesuatu yang berbekas dalam diri kamu dan itu akan berulang-ulang dalam diri kamu sama ada kamu sedar atau pun tidak dan untuk kamu belajar tentang diri kamu sendiri kerana ia haq kamu. Tidak penting kerana kesilapan itu bukanlah suatu yang akan membuatkan kamu kalah dan salah untuk selama-lamanya. Itu semua demi pengertian buat kamu dan supaya kamu belajar untuk menerimanya dengan baik lalu kamu akan selesa menjadi diri kamu sendiri. 'Fit in your own skin'.

    ReplyDelete
  4. Mahu tahu aku kalah dengan siapa? Lemah seluruh jiwa untuk aku nyatakan ini. Namun aku harus tunduk kerana aku benar-benar kalah dan aku menyerah. Luluh jiwa aku dengan satu jiwa ini.

    Muhammad bin Abdullah.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah bergetarnya jiwa ini...

    ReplyDelete
  6. Kamu mahu tahu apa hebatnya dia?

    Kuasa Keseimbangan. Mampukah kamu?

    Aku cabar semuanya kamu. Kejarlah susuk jiwa ini dan dapatkannya. Susah mana pun. Berdarah sekalipun jiwa kamu, namun kamu memang disetkan untuk mengejar dia.

    Susahkan cabaran ini?

    Hahahahahahahahahahahaha........

    Padan muka kamu semua yang sombong!

    ReplyDelete
  7. Ada yang benar-benar hitam. Ada yang benar-benar putih.
    Ada yang hitam di dalamnya putih.
    Ada yang putih di dalamnya hitam.
    Ada yang hitam dan putih, kedua-duanya seimbang.

    Di dalam semua yang di atas ada makhluk di dalamnya malah itulah mereka.

    ReplyDelete
  8. Oh...adakah aku lebih tua dari Enam Masa itu...?

    Oh tidak...tuanya aku...!
    Jiwa saja yang tua dong...usah kaget...

    ReplyDelete
  9. Hehehe...bukannya aku tak tahu pun...
    Tu yang salu merungut penat tu..
    Isy...teruk betul!

    ReplyDelete
  10. Korang ni sebenarnya tak sedar yang korang sedang bercakap dengan makhluk asing.

    hehe...
    weeeeeeee.....

    ReplyDelete
  11. Kan aku dah cakap...nabi-nabi dah tak ada...
    Menggagau korang mencari...kasihan..

    ReplyDelete
  12. Perbuatan Srikandi dan Mistisfiles meletakkan charge RM20 setiap bulan dengan meletakkan sebab Amuk di JPM sebagai alasan adalah tidak munasabah, terkutuk dan sungguh keji. Malah menjijikkan.

    Aku tak haus pun ilmu korang tu, tapi fikirkanlah tentang pembaca di luar sana. Keji dan terhina!

    Dah tak cukup duit sangat ke sampai nak charge semua ilmu korang tu?

    ReplyDelete
  13. Alasan dipantau kerajaan adalah alasan pengecut dan menjadikan orang yang mengamuk di JPM sebagai kambing hitam. Mana pergi nilai kemelayuan dan keikhlasan kalian?

    ReplyDelete
  14. Mmg penyataan aku di sini kurang menyenangkan sesetangah pihak, namun aku hanya mengatakan yang benar. Aku faham kerja-kerja penyelidikan melibatkan kos apatah lagi banyak sumber-sumber yang memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan khazanah yang terpelihara. Aku bukan bodoh. Namun tolong jadi professional sikit dengan tidak melibatkan aku dan Khalil Afandi sebagai alasan kalian meletakkan harga bayaran untuk hasil penyelidikan kalian. Itu alasan pengecut dan alasan yang bodoh.

    Mengapa perlu takut kerajaan akan memantau tulisan kalian jika ia tidak melanggar batas-batas undang-undang negara? Aku tahu selepas insiden tersebut ramai yang mula berhati-hati bila mengeluarkan apa-apa penyataan di laman sosial mahupun blog. Maka, jika kalian benar, mengapa perlu takut?

    ReplyDelete
  15. Hahahahahahahahahaha....

    Aku memang begini kerana aku sudah muak dengan permainan bodoh dunia.

    Aku penat hidup dengan tangan yang terikat dan mulut yang dikunci. Penat.

    ReplyDelete
  16. Tapi sudah pasti aku akan lebih berhati-hati selepas ini kerana Allah Tuhanku telah banyak mengajar aku untuk jadi lebih bijak. Aku masih muda, masih banyak kerja yang mampu aku lakukan. Walaupun aku bersendirian, ada aku kisah?

    HAhahahahaha...
    Bicara manusia seperti aku...
    Bicara bahasa aneh...

    ReplyDelete
  17. Aku tak cari pengikut pun di sini kerana aku tahu ada di kalangan kamu yang takut dikaitkan dengan aku kerana nanti kalian akan 'dipantau' kerajaan.

    Hahahahahahaha....

    Dunia memang sungguh kelakar...
    Manusia dan kebodohannya...
    Dunia dan kepalsuannya...

    ReplyDelete
  18. Dengar sini baik-baik semua, aku tidak akan mengajar kamu semua sama sekali untuk bertindak di luar kewarasan kamu dan juga bertindak melanggar batas-batas undang-undang kerana aku faham rentak dunia kini setelah apa yang aku lalui.

    Aku kasihan pada kamu yang meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari kebenaran. Hanya untuk mengenal Tuhan yang Maha Esa manusia kini meletakkan harga. Aku sungguh kecewa dengan sikap manusia. Aku benar-benar kecewa!

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Mereka yang zalim di luar sana benar-benar bernasib baik kerana mereka tidak berada di zaman lampau. Jika aku dan mereka yang bersikap seperti ini bertembung di zaman lampau, nahas kalian semua. Aku 'ajar' seorang demi seorang dan tak akan aku beri belas kasihan walau sedikit pun buat kamu kerana aku memang kejam orangnya. Kalian fikir aku ini perempuan, maka aku takut? Nasib kalian benar-benar baik. Kerana pada hayat ini, aku mampu berlakon menjadi perempuan yang lemah lembut.

    Hahahahahahahahaha....

    ReplyDelete
  21. Kita semua pelakon yang hebat di atas pentas dunia maya ini...

    ReplyDelete
  22. Rentak dunia kini tidak lagi mengamalkan Undang-undang Rimba tapi Kedaulatan Undang-undang.

    Maka, gunakan kewarasan kalian sebaik-baiknya. Ingat pesan aku.

    (Tapi seronok juga ya pengalaman hidup aku ni. Hehehe...kenal dengan ramai orang beruniform. Bukan semuanya jahat. Digari dan dikelilingi polis...macam dalam filemlah pulak...huhuhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa...aku kan Angelina Jolie dalam filem Salt...

      Huhuhuhu...

      Delete
    2. Hip hip.. hooray!

      \(^o^)/

      ......=D

      Delete
  23. 0

    Hahahahahahaha..
    dunia memang sungguh kelakar...Manusia dan kebodohannya...Dunia dan kepalsuannya...Reply
    jadi. Ajarrr lahh." cara brlemahlmbut ..selesu melayu layu ..ops..rayao0uuuu..,
    MmmM

    ReplyDelete