Friday 4 October 2013

Hidup ini suatu senda gurau yang serius...

wallpaperbackgrounds.com


Aku berjalan lagi di atas pentas permainan ini meniti waktu hari demi hari. Kadangkala terasa sebal melihat manusia dan tingkahlaku mereka. Entah kenapa aku langsung tiada cinta pada gaya kehidupan pada zaman ini dan membuatkan aku menggaru-garu kepala dengan kesukaan-kesukaan mereka pada yang palsu. Aku merasa sungguh janggal semuanya bagai tak kena dengan jiwaku. Aduh... Tuhan... aku tahu semua ini hanya sebentar namun sehari kulalui pun terasa bagaikan setahun lamanya. Aku benar-benar rindukan alam kahyangan di mana semuanya sungguh nyaman... penuh cinta dan pengertian. 

Di sini aku menjadi manusia biasa yang harus mengerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi. Di sini aku tidak punya apa-apa kuasa seperti di sana dan seperti waktu-waktu dulu. Oh lemahnya aku wahai Tuhan sehingga begini sekali aku tercampak ke muka bumi. Aku mencari yang sejati namun sukarnya untuk aku menemuinya. Aku mencari erti namun ia terselit di celah-celah kehidupan dan selalunya dilepas pandang oleh manusia biasa. Sunyi terasa dunia ini walaupun pada zahirnya hiruk pikuk kehidupan tidak pernah henti membalut kehidupan manusia lain. Aku tak tahu mahu ke mana langkah kaki ini harus berjalan. Semuanya terasa asing. Aku hanya hidup kini untuk mereka yang tersayang dan demi perjuangan mendapatkan hak aku. Selebihnya dunia ini terasa hambar sekali kerana aku tidak cinta padanya. 

Aku melihat lakonan manusia. Sungguh asyik mereka dalam dunia masing-masing. Aku kini belajar menerima hakikat bahawa aku tidak seperti mereka. Aku pun tak salahkan mereka. Barangkali mereka bahagia dengan apa yang mereka lakukan. Manusia... ketahuilah... sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada kalian dengan menghilangkan semua memori kalian yang lalu. Lalu kalian memulakan kehidupan yang baru dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan juga kalian gembira dengan apa adanya. Tidaklah aku membongkarkan rahsia ini untuk mendera jiwa kalian namun aku hanya mengatakan yang benar. Ternyata bukan mudah untuk hidup dengan mengetahui rahsia-rahsia alam yang sungguh menyakitkan. Maka tidak hairanlah ada di antara manusia yang terpilih membawa mimpi-mimpi indah kepada manusia-manusia yang lain kerana dengan bermimpilah baru kita merasakan bahagia dan gembira. 

www.layoutsparks.com

Manusia sukakan yang mudah-mudah sahaja dan yang indah-indah dalam hidup mereka. Jiwa-jiwa yang sejati hidup dan lahir semula berkali-kali dengan membawa sumpah dan janji... taat setia pada cinta... perjuangan dan pencarian erti dalam kehidupan. Mereka termenung mengenangkan hidupnya. Sungguh dalam perasaannya apabila jiwa-jiwa yang sejati ini melihat langit... melihat laut... merasakan angin... berjalan di dalam hujan. Terasa mendengar sayup-sayup suara orang yang memanggil tatkala angin menyapa mukanya. Terasa hiba mendengar tangisan seseorang yang berbisik di dalam hatinya. Saujana mata memandang alam yang luas seakan-akan membawanya ke zaman lampau dan perasaan yang lalu datang menerpa dan diri tenggelam lagi.

Apakah yang aku cari...? Hilang tidak dimengerti. Apakah yang hilang... hanya hati yang tahu. Oh Tuhan... berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjalananku ini. Aku sudah hampir tiada daya untuk meneruskan semua ini. Berikanlah aku erti supaya hidup ini tidak kurasakan kosong. Berikan aku cinta supaya aku mampu berdiri lagi. Berikan aku cinta supaya hidup ini bukanlah mati. Jiwaku terdampar rata sama dengan bumi. Aku tahu teman seperjuanganku faham perasaanku ini. Keabadian memamah jiwa kami sehinggakan untuk hidup barang sehari lagi pun bagaikan tiada daya. Kami sudah benar-benar lemah dan penat sekali dengan permainan ini. Semua bagaikan tiada erti bagi kami. Aku sudah bosan bermain. Namun aku tetap harus bermain dengan permainan kehidupan ini kerana ia adalah sesuatu yang serius bagi manusia di sekeliling aku. Aku kini hidup hanya demi untuk mereka yang tersayang. Supaya mereka dapat merasakan gembira dan bahagia di tengah-tengah kehidupan. Aku tak mahu mereka tahu apa yang aku tahu.

Dan manusia yang sudi menemani aku di sini... aku juga bukan mahu membuatkan kalian lemah dan sedih. Aku mahu kamu hidup dengan gembira. Tak mengapalah jika hidup kamu dipertaruhkan untuk sesuap nasi. Mungkin itu lebih baik untuk kamu kerana aku rasa kamu tak perlu tahu banyak dalam hidup kamu. Aku harap kamu semua bahagia dengan apa adanya. Dan berusahapun dengan perasaan gembira. Terus-terusanlah kamu bermimpi jika itu lebih baik untuk kamu. Roda ini tetap akan terus berputar-putar tanpa henti. Bergilir waktu membawa kamu masuk ke dalam kehidupan yang berbeza-beza setiap kalinya. Bertanyalah pada diri... jika semua datang dan pergi... apakah yang akan aku bawa dalam hidup ini..? Apakah yang akan tersisa dalam diri dan terus kekal dengan aku? Itulah dia Cinta yang Sejati.



17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Apakah yang kalian mahu tahu dan ingin aku ajarkan kamu? Barangkali aku tahu tentangnya. Aku suka berkongsi apa yang aku tahu dengan orang lain. Jika aku tak tahu maka aku akan katakan yang aku tak tahu. Aku belum mendapat ilmu yang baru. Jika ada nanti aku ceritakan ya..

    ReplyDelete
  3. Teruskan bercerita MS. Jiwa MS kerana tahu & ingat memori kehidupan yg lepas. Namun, ada sesetengah orang tertekan jiwa tatkala ada orang lain yg lebih mengetahui kisah hidupnya pada kelahiran yg lepas.

    Kisah2 yg diceritakan tentang dirinya (dlm kehidupan lepas) sangat dramatik & kadang2 mengujakan. Maka bertambah kacau jiwa. Hendak sangat mengingat atau 'melihat' tapi tak dapat. Bersyukurlah sekurang2nya MS dah dapat jawapan...

    ReplyDelete
  4. Ralat : Teruskan bercerita MS. Jiwa MS TERGANGGU kerana tahu..................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongannya. Memang jiwa sy selalu sakit merasa terganggu.

      Delete
    2. Bertanyalah pada diri...adakah ingatan-ingatan lampau yang dicari? Apakah gunanya jika kita ingat semuanya yg berlaku kemudian ingatan itu menyakitkan jiwa kita? Apakah gunanya mengetahui hal-hal yang lampau jika itu bukanlah matlamat hidupnya? Bukanlah aku menulis untuk menimbulkan rasa cemburu jiwa-jiwa yang lain pada aku. Namun aku menulis untuk berkongsi dan juga untuk membongkarkan rahsia alam ini supaya kita boleh mengambil manfaatnya bersama-sama kerana selama ini kita keliru dengan hakikat alam dan hakikat jiwa. Kita keliru siapa diri kita. Kita keliru dari mana asal kita dan ke mana tujuan kita. Kita keliru dengan Malaikat... Iblis dan Syaitan... syurga dan neraka... dan kita keliru dengan Allah dan Kasih SayangNya. Bukankah kita berhak mengetahui semua rahsia-rahsia ini? Ilmu ini hanya akan sampai pada mereka yang berhak tahu dan mencari-cari. Dan ia akan dihijabkan pada mereka yang tiada keperluan dengan ilmu yang aku kongsikan ini.

      Tidak perlu merasa terganggu dan cemburu dengan cerita aku. Kamu juga berhak mendapatkan apa yang kamu mahu dalam hidup kamu. Tak perlu cemburukan aku...kejarlah apa yang kamu mahu. Pertemuan kita ini ada hikmahnya bagi yang mahu mengerti. Tiada lebih satu jiwa dengan jiwa yang lain melainkan maqamnya yang berbeza-beza di 'hati' Allah. Jika mahu disayangi Allah lebih maka kenalilah Dia melalui segala apa yang mampu dicerna. Jiwa berhak mendapat kasih sayang Allah. Apa yang aku tahu ini tidak lain melainkan sangat-sangat sedikit. Aku bukan tahu semua. Aku juga sama dengan jiwa-jiwa yang lain yang diuji.

      Delete
    3. Jika mahu tahu rahsia hidup kamu yang lampau dan apa yang tertinggal dalam diri... itulah dia sifat dan wajah. Semakin kita hidup berkali-kali semakin sama sifat dan wajah kita. Mahu tahu siapa anda? Lihatlah apa yang anda suka.. apa yang anda benci.. apa yang anda takutkan.. apa yang anda mahukan.. semua ini adalah diri anda yang lalu dan kemudian dibawa ke dalam hidup ini. Jika anda seorang ahli seni dan sangat serasi dengannya barangkali dulu anda juga adalah ahli seni. Jika anda takut dengan api seperti fobia barangkali dulu ada kejadian yang membuatkan anda serik dan takut dgn api. Terlalu banyak ilmu-ilmu mengenal diri ni di luar sana. Jangan takut atau malas untuk mencari jika anda mahu tahu siapa anda.

      Dan satu perkara lagi...berjalanlah di atas muka bumi Allah ini seperti ke negara-negara lain ataupun negeri-negeri yang lain kerana barangkali qarin anda ada di sana dan anda berkemungkinan mendapat Deja Vu dan mengingat ingatan-ingatan yang lampau kerana tersentuhnya jiwa anda dengan qarin-qarin anda yang lalu di tempat-tempat yang lain. Berkembaralah ke merata alam jika mampu untuk mencari diri anda sendiri kerana anda berhak tahu siapa anda yang sebenarnya.

      Delete
    4. hanya roh yang terpilih sahaja boleh berbuat demikian.. itupun dari alam yang tidak berjasad.. udah2la.. buatla yang fardhu.. nokhtah.. tak payahla nak rasa diri akan dilahirkan semula.. kang nanti menyesal di sana..

      Delete
  5. Dalam hidup ini... yang umat Islam selalu keliru adalah berkenaan dengan Syurga dan Neraka. Ramai di antara mereka yang menyangka matlamat akhir mereka adalah syurga sedangkan bukanlah syurga yang jiwa cari. Jiwa boleh duduk dalam syurga selama mana yang ia mahu namun ramai juga yang keluar semula kerana mencari-cari dirinya yang hilang. Untuk berkampung di syurga setelah syurga dihadiahkan kepada jiwa juga boleh kerana jiwa sifatnya tidak boleh dipaksa. Allah tidak pernah memaksa jiwa untuk tinggal kekal di dalam syurga.

    ReplyDelete
  6. Manusia sukakan yang mudah-mudah sahaja dan yang indah-indah dalam hidup mereka. Jiwa-jiwa yang sejati hidup dan lahir semula berkali-kali dengan membawa sumpah dan janji... taat setia pada cinta... perjuangan dan pencarian erti dalam kehidupan. Mereka termenung mengenangkan hidupnya. Sungguh dalam perasaannya apabila jiwa-jiwa yang sejati ini melihat langit... melihat laut... merasakan angin... berjalan di dalam hujan. Terasa mendengar sayup-sayup suara orang yang memanggil tatkala angin menyapa mukanya. Terasa hiba mendengar tangisan seseorang yang berbisik di dalam hatinya. Saujana mata memandang alam yang luas seakan-akan membawanya ke zaman lampau dan perasaan yang lalu datang menerpa dan diri tenggelam lagi.

    tersentuh saye dengar ayat ni..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada cerita di post2 yang lepas. maafkan saya...saya tak mahu ingat semua tu buat masa ni...agak stress pada waktu ini. sy baca komen awak di post latest tu cuma komen dah penuh semua dah tak keluar cuma saya baca dalam email.

      Delete
    2. Mayang sari tolong padam komen saya di atas..saya pun stress dengan komen saya..

      Delete
  8. sis

    https://www.youtube.com/watch?v=VjNVPO8ff84

    ReplyDelete