Sunday 17 March 2013

Pengembara Masa



Indahnya jika kita tahu kita ini siapa. Jika kita masih ingat semua memori lampau dari saat kita wujud. Kepercayaan dari setiap agama memberitahu siapa itu manusia namun aku sendiri masih tak ketemu jawapan yang aku cari. Sebenarnya aku lagi suka hidup terpencil dan bersendiri. Ya, memang bosan.


Masa... suatu misteri yang tak terungkai lagi sehingga kini. Wujudkah portal masa di mana kita boleh menyelinap masuk ke dalamnya dan pergi mengembara ke waktu-waktu pilihan kita. Kata mereka kita hidup hanya sekali, barangkali mungkin juga kerana tiada bukti apa yang boleh kita berpegang kerana kita wujud berjasad dan nyata pada saat ini. Apa pula erti sebuah kematian? Ianya suatu lagi misteri yang Tuhan cipta membuatkan kita tertanya-tanya dan masing-masing menegakkan pendapat dan kepercayaan masing-masing. Kalaulah kita bisa meneropong ataupun mungkin buat satu lawatan ilmiah bak kata pensyarah ke alam selepas mati. Seronok juga ya. Nak bawa apa ya sebagai bekalan? Mengapa hal ini menjadi terlalu sensitif sehinggakan kita hanya boleh bercakap mengikut apa yang mereka percaya. Sungguh tak adil dan kejam.

Musim...berganti musim..
Manusia...suka ikut trend... suka mengikut.. ikut-ikutan...
Dari fesyen pakaian, makanan seperti cupcakes, warna semasa, cara bersosial sehinggakan kepercayaan pula jadi ikut-ikutan. Ikut trend nak percaya apa. Apapun sebenarnya, kepercayaan bagi aku adalah suatu yang sentiasa mengalami perubahan. Berubah. Ya...berubah dan terus berubah. Kepercayaan terbentuk dalam minda. Matrix. Itu jaringan apa yang kita percaya. Terus berkembang dan berkembang bergantung pada jiwa yang duduk dalam jasad tu. Katakan matrix itu terhapus, maka apakah yang tertinggal? Mungkin tika seseorang mengalami amnesia mungkin seperti kita. Iya kan? Kita dalam amnesia. Sedar atau pun tidak.
Buktinya, Tak ingat apa-apa pun sewaktu kita lahir. Oh ya, masih bayi. Tapi pelik ya jika seseorang itu tahu bermain piano dengan hebat tanpa belajar not apa pun seolah lahir dengan kebolehan yang terpendam. Hairan.. hmm... atau mungkin suatu fobia pada perkara-perkara yang bukan aneh... tanpa alasan. Manusia malas nak berfikir. Apa yang seronoknya memperbaharui status di mukabuku pun aku tak tahu. Oh ya... aku tahu jalan ni dan selok-belok di tempat ini. Eh...di sana ada sesuatu... aku gali tanah dengan tangan... dan temui suatu kotak aneh...




Aneh...aku tak pernah sampai di dalam hutan ni... macamana aku boleh tahu... pelik.





20 comments:

  1. Bestnye buat lawatan cik kiah ke alam selepas mati..mesti trilll gilaa..
    Ttg kehidupan jiwa - jiwa yang pulang dengan kejayaan..
    Atau pun jumpa teropong masa lampau...

    Nanti yabeda belanja sandwish tuna..






    ReplyDelete
  2. salam cik/puan.tuan.encik...

    masa ibarat port2 utk berlibur sementara meneruskan perjalanan ke port seterusnya. di satu port, ia punyai 1 trend tersendiri.

    Ya, saya sedar 'trend2' ni sejak kecik lagi. pelik.. manusia akan ikut trend2 ni.
    baik dari pakaian, musik, tech, bacaan berita, genre movie, cara fesyen rambut, makanan, media dan macam2..

    tp, sejak tahun 2000 ni, ada satu port seakannya berhenti lama..
    tiada perubahan ketara, bahkan sama.

    mati pun satu port dr port kewujudan...
    tp, bila di 'buang' mati.. di buang hidup..
    hanya tinggal wujud..
    maka, adakah kita ini 'bangsa wujud' yg di baluti kulit HIDUP, utk MATI
    atau lebih dari tu...

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,

    Tak tau nak kate ape.. tapi seronok dapat baca apa di tulis.. semuanya sungguh bernilai.. walaupun ada yang saya tak faham.. moga boleh berkongsi2 dengan saya yer..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas kunjungan kalian. Terasa dihargai walaupun gue bukan syapa-syapa...huhuhu..
    cik yabeda...nanti kita wat request kat Allah ek...kita pi rombongan ke alam yang lalu...nt sy wat proposal dulu tgk dpt approve ke tak.

    wslm en.aiz, thanks for the visit.
    jarak antara takdir dengan takdir yang lain adalah masa. dan masa itu sendiri satu kelemahan. hanyasaja ia suatu kekuatan tak terkalahkan bagi yang tidak mengerti. ya...portal masa itu wujud. kita juga tanpa sedar telah keluar masuk pintunya berkali-kali...

    mr.Amad,
    hi, how are you... macamana hari ini? dah makan ke belum..
    harapnya dapatlah sy berkongsi rasa, impi dan mimpi di blog ini. lebih-lebih lagi yang sebenarnya kehadiran sy di sini bukan untuk memeriahkan tapi hanya hadir untuk bkerja dan singgah mengambil angin. sampai waktu dan ketika, saya akan pergi. hanya yang benar itu akan abadi.

    Indeed...
    Every men's soul are Immortal but the Soul of the Righteous is Immortal and Divine...

    Welcome to my world...

    ReplyDelete
  5. oh ya...en.aiz sadarkah putaran alam telah berubah baru-baru ini...
    hanya dua cara putaran, kita ini hidup di antara dua waktu itu, ke kanan... dan kini ke kiri...

    ReplyDelete
  6. Camne cik mayang sari tau nama aiz tu ye. Hnya suatu golongan gna nama tu. lain tmpt lain nama. Ha3.

    Sejak 2000 yg lalu masa berlalu tp perubahan x ketara walaupun putaran masa sharian cepat berlalu.

    Tak x dpt tangkap maksud ke kiri atau ke kanan. Mohon pnjelasan tntg tu.
    Adakah dimksud jd golongan kiri atau kanan? yakni mjadi terlalu baik n terlalu jahat?

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sihat kak mayang, moga akak pon sentiasa mendapat keberkatanNya atas usaha akak selama ni..

    Terima kasih tak terhingga pada tuhan atas pertemuan ini.. Saya berharap dapat merasai rasa, impi dan mimpi yg kak mayang kongsi dlm blog ini..

    Moga satu hari nanti dapat turut serta bekerja bersama..

    ReplyDelete
  8. Pembetulan.
    Bukan Masa itu satu kelemahan tapi Tempoh Masa.

    Harap maaf. Semoga setiap kata diteliti agar mencapai maksud.

    ReplyDelete
  9. Ke kiri atau ke kanan tetap akan bertemu jika mencari cuma cara, pendekatan, corak pemikiran itu tidak sama. Ke kanan golongan putih, ke kiri cara golongan hitam. namun sesungguhnya Allah sayang pada semua jiwa yang diciptakan. takpe, kita akan cuba kupas perlahan-lahan agar mesej dapat disampaikan dengan teratur.

    ReplyDelete
  10. Ya Mr. Amad, usaha la ni sampai peluru ada tersimpan lagi dalam kaki ni dan parut panjang 13 jahitan. wkwkwkwkwkw

    ReplyDelete
  11. Huluran salam yang ikhlas lahir dari hati yang bersih akan dapat menyentuh hati yang lain. Itu saja kunci telepati kita. huhuhuhuhu

    Nak balas balik juga perlu menyambut dan menghulur kembali dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  12. dan untuk pengetahuan semua saya tak punya pengetahuan rahsia apa-apa pun. kosong...kosong..
    saya sendiri pun selalu mengulang baca kmbali tulisan sendiri. tak sedar main taip je.
    huhuhu...

    tapi yang pasti sy hanya cuma menyampaikan. harap sentiasa dipandu dengan niat yang benar.

    ReplyDelete
  13. Mr Amad, one thing you should know. Sekali kita kita cakap dengan hati yang benar dan ikhlas, tanpa sedar ia akan menjadi realiti. i have experienced this. maka dengan itu, yang benar-benar aja deh...
    usah ikut-ikutan... apa di hati itulah yang benar. kamu mahu kata aku bodoh... iya.. teruskan aja caci maki itu. aku enggak apa-apa kok... udah biasa dicacimaki...

    ReplyDelete
  14. Caci maki saja diriku bila itu bisa membuatmu..
    kembali bersinar dan berpijar seperti dulukala...

    hohoyeh...

    ReplyDelete
  15. encik aiz.. satu je kuncinya..
    dalam hitam ada putih dan dalam putih ada hitam...
    itulah kunci keseimbangan. baik terlalu baik, jahat terlalu jahat itu namanya asli. kalau bertembung justeru akan menimbulkan suatu perdempakan yang besar.

    ReplyDelete
  16. dan yang lebih seronok, di mana ada yang terlalu baik pasti akan hidup bersama dengan yang terlalu jahat tu. baru seronok kita menonton mereka sambil makan popcorn...

    wohhoohohoh...
    lagi...lagi.. lawan lagi...
    dush...dushhh...(macam sound effect citer hindustan)
    oit... pi amek air coca cola dalam peti ais tu..
    tengah syok ni tengok dorg berperang ni..
    wuu......

    ReplyDelete
  17. Itulah khidupan untuk suatu pentas nama bumi. Jahat dan baik selalu bertembung. Lain pentas lain pula namanya. Kunci berada d tengah2. Neutral. Paling jahat n paling baik tu saripati dua sifat ini. Movie bumi ni tak sesuai dgn genre yg ku minat

    ReplyDelete
  18. Terkadang aku rasa kehidupan dunia ini ibarat sekeping CD
    aku beraksi padd trek yang dipilih untuk ditonton
    padahal trek itu berjalan serentak
    aku tak tahu cerita pada trek terdahulu atau kemudiannya

    Terkadang aku rasa aku terperangkap dalam permainan video game
    aku yang bermain kenalah cekap dan bijak
    tapi selalu aje baru nak mula dan game over

    Terkadang di dalam mimpi aku terlepas bebas
    aku boleh terbang, aku boleh berenang, aku boleh......
    aku memiliki power
    akulah hero
    terkadang aku pula lari kerana dikejar....harimau
    terkadang bertemu dengan seorang atau sekumpulan orang yg tak aku kenal
    tapi macam dah betul-betul kenal
    terkadang aku pergi ke alam yang lain.....
    ada lebih dari satu bulan....
    nampak orang terpenjara....
    kadang-kadang aku bersama mereka....
    APAKAH MIMPI INI SATU PETANDA
    ATAU SATU KEHIDUPAN YANG MISTERI

    NAGA JAUHAR

    ReplyDelete
  19. Di sini kita bermimpi. Bila tidur di sini terjaga pula kita di sana. Jika dapat kuasai sini, maka perlahan-lahan kita akan dapat kesedaran di sana dan seterusnya dapat mengawal mimpi kita dan juga memahami maksudnya. Maka langkah pertama, kuasai alam 5 pancaindera ini sebelum dapat membuka deria yang ke 6. Selamat berjaya!

    ReplyDelete
  20. Naga Jauhar takde blog ke? Aiz dah terbukak alter terahsia diri dia. Kamu mahu juga ke Naga Jauhar. Setakat ni kapal ni dah mula ramai. Bila lagi nak join? Jika sudah bersedia, cari aku. Jadilah orang yang benar maka kamu akan mendapat yang benar juga.

    ReplyDelete