Saturday 30 March 2013

BerSerilah wahai Sakti... Turunlah kamu ke muka Bumi..!

                                                                           shaktiwomyn.com


Wahai kamu sekalian manusia...!

Kamu semua sudah lupa apa tujuan kamu ke mari. Kamu bertelagah sesama sendiri. Makan dan minum setiap hari sehinggakan semuanya jadi sungguh enak sekali. Oh Bumi Pertiwi, jangan tinggalkan kami sendiri... Manusia busuk yang takut mati..!

Kamu dakap erat-erat semua nikmat di bumi sehingga kamu menjadi sungguh tamak. Awas kamu wahai manusia! Kamu fikir kamu benar, bawa utusan dari langit. Bawa pedang tuhan dan ingin memancung manusia yang lain. Kamu semua kenapa?! Tak cukupkah nikmat Tuhan yang diberikan pada kamu? Asyik mengeluh senantiasa. Tak bersyukurkah kamu? Ataupun kamu semua sudah menjadi gila?

Hah.... mahu jadi penyelamat umat manusia lagaknya. Diri sendiri lupa siapa gerangannya. Kamu fikir kamu siapa? Sungguh, Tuhan jelek melihat kebodohan ini semua. Aku sendiri mahu termuntah berkali-kali. Demi kerana kasihan dan rasa sayang, ketahuilah, segala apa yang kamu ramalkan semuanya akan hancur!! Hancur sehancur-hancurnya. Aku sumpah kamu semua biar terpaku di dalam kegelapan. Merataplah kamu semua di situ memanggil Tuhan.

www.artworks-creations.com


Jiwa wahai Jiwa kembali kepada asalmu...
Aku seru kamu datanglah merangkak di kaki Tuhan. Sungguh sombong kamu wahai manusia gila. Masuklah kamu dalam neraka dunia. Meraunglah kamu di dalamnya. Sehari-hari masa berlalu, hati-hati semakin buta rasa dan hilang cinta entah ke mana. Kamu semua sudah lupa. Mahukah kamu aku ingatkan semula?
Ha...?! Mahukah kamu...?




28 comments:

  1. SLM. Bro, suka aku baca komen bro dlm BK.

    ReplyDelete
  2. kamu bawa idea, mengolah satu sudut agama dengan cara kamu sendiri, aku ingin bertanya, apa asas kamu? dari bacaan atau sekadar pemerhatian dan logik akal semata-mata?

    ReplyDelete
  3. bukan aku olah sesuatu yang bukan milik aku. semua terbit kerana manusia sudah tiada perasaan kasih dan sayang. bukankah Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita erti kasih sayang? malah setiap perkara harus dimulakan dengan kalimah Basmallah. Apa yang terkandung dalam kalimah tersebut?

    ReplyDelete
  4. Hakikat tertinggi dalam Ikhlas ialah kasih dan sayang. Mengapa kita menggalakkan kebencian? Apakah ramalan seperti yang tertulis dalam Al-Quran dan Hadith benar-benar seperti sangkaan kita? Atau kita cuma berprasangka semata-mata? Aku bukan mahu penyokong ataupun mewujudkan suatu puak untuk berperang, tapi aku mahu manusia membuka mata seluas-luasnya. Gunakan akal yang waras untuk memahami kandungan Al-Quran terutamanya. Sesungguhnya Allah menganugerahkan Al-Qur'an untuk manusia berfikir. Bukan dijadikan kitab sihir, kitab muzik dan sebagainya. Aku tak marah pada Umat Islam tapi aku marah pada keegoan Umat Islam yang lupa siapakah dirinya. Mengapa tamak sangat mahu bumi untuk diri sendiri?

    ReplyDelete
  5. benar, tapi cara kamu memandang agama dari sudut kasih sayang yang disebarkan, ini olahan kamu, dan bacaan apa yang kamu telah hadam? atau olahan kamu ini sekadar pemerhatian am yang kamu dapat selepas membaca sirah Baginda?

    ReplyDelete
  6. Adakah asas aku ataupun latar belakang aku yang kamu ambil kira? Bukankah kebenaran itu datangnya dari Tuhan dan Dia layak memberi kepada siapa yang dia suka. Adakah jika Nabi Muhammad yang ummi itu datang kepada kamu lalu kamu tolak dia hanya kerana dia tiada Master atau PhD?

    ReplyDelete
  7. Bukan semua kebenaran datang dari bahan bacaan. Cuba kamu lihat Islam dari pandangan mata orang kafir. Mereka tak suka tuhan Islam kerana terlalu mengongkong dan menakutkan. Salah siapa semua ini? Salah siapa Islam kelihatan seperti agama yang mengikat jiwa mereka? Salah para ulama yang tidak menjadikan Islam yang indah itu mudah di mata mereka.

    ReplyDelete
  8. aku tidak mengira latar belakang duniawi, aku bertanyakan asal ilmu yang kamu fahami sekarang, adakah diajar kepada kamu, sama ada bacaan atau lisan, atau kamu terfikir sendiri, itu soalan aku yang sebenar

    ReplyDelete
  9. Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan untuk semua umat manusia namun apa yang terjadi kini? Kelihatan Allah seperti bersekongkol dengan Islam mahu menghapuskan makhluk yang lain.

    ReplyDelete
  10. Ia adalah gabungan semua. Ya aku punya asas, dan ya aku diberi pengalaman dan kefahaman. Demi Allah bukan mahu aku bertekak dengan manusia demi kepentingan aku sendiri. Maafkan aku kerana mencabar ego kalian. Tidak sama sekali aku menafikan apa yang datang dari Tuhan. Aku juga makhluk yang bersaksikan Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya. Tiada aku sangkal rukun kedua-duanya. Namun, tidakkah saudara sedari hasil pembacaan blog, ataupun mana-mana kitab yang menggalakkan kita membenci Yahudi dan konco-konconya datang dari siapa?

    ReplyDelete
  11. atas nama Dia aku bersaksi, aku tidak persoalkan kematangan berfikir kamu wahai sahabat maya, aku dulu seperti kamu, berfikir sendiri, mengolah sendiri mengikut fahaman aku, hinggalah aku mula membaca beberapa pandangan berbeza dari sudut berlainan, ia membuka mata aku, soalan untuk membenci golongan yahudi zionis, adalah mudah, mereka menekan saudara kita, tapi bukan bermaksud menghukum mereka ialah menghabiskan terus susur galur mereka, memerangi yang zalim, seperti burung ababil yang turun ke duinia, tapi tidaklah kita menghukum terus semua saudara sedarah raja yang zalim itu, kita bertukar pandangan wahai sahabat maya, maafkan aku jika aku aku membuat kamu terasa

    ReplyDelete
  12. Bukanlah sirah Baginda yang mengajar segala-galanya. Sesungguhnya Islam itu mudah dan kita seharusnya memudahkan bukan menjadikan berselirat seperti sekarang ini. Islam itu asalnya asing dan kembali asing. Asingkah Islam yang sekarang ini? Semuanya copy-paste dari zaman universiti dan budaya itu diteruskan. Begitu juga yang datang dari silibus pembelajaran di sekolah. Tiada ilmu hikmah yang diterangkan pada anak-anak mahupun bagi yang dewasa. Di manakah keindahan Islam seperti yang digambarkan? Bukankah akhlak yang mulia itu adalah sesuatu yang harus disempurnakan Nabi Junjungan ke atas umatnya? Lihatlah kini, kebencian menular dan agama Islam diajar bukan dari pucuk pangkalnya. Penguasaan maksud sebenar umat Islam terhadap petunjuk begitu lemah. Sehinggakan maksud diikat dengan terma dan menyebabkan pemikiran menjadi begitu cetek.

    ReplyDelete
  13. Ya memang mereka banyak salahnya. Tapi sebelum lihat salah mereka ada baiknya kita perbaiki kesalahan kita dahulu. Sesungguhnya kebenaran itu sesuai untuk semua.

    ReplyDelete
  14. itu aku setuju, kadang2 kita menerima penguasa yang zalim kerana rakyat itu sendiri belum layak menerima pemerintah yang adil, teruskan berpesan sahabatku, tapi selidik dahulu kebenaran pesanan yang kita bawa, dan kita patut lebih banyak menukar pandangan

    ReplyDelete
  15. Namun apa aku boleh katakan. Gelombang ini sungguh besar. Tiada daya aku melawan. Di saat semua berlaku, apa yang aku boleh lakukan ialah terus memberi harapan pada umat manusia bahawa Tuhan itu Maha Penyayang. Saudara, kita tiada daya. Sekalipun peperangan berlaku, aku redha dan aku tetap dengan pendirianku.

    ReplyDelete
  16. Kasihan manusia, telah ramai yang berputus asa terhadapNya.

    ReplyDelete
  17. jasad kamu boleh terkubur, dihurung ulat, tapi idea kamu tak akan mati hingga akhir zaman, mungkin waktu ini mereka yang sudah terlalu taksub dengan pandangan mereka akan menolak dengan keras pandangan lain seperti idea kamu, tapi tetaplah berpesan,

    ReplyDelete
  18. Ya. Aku tak akan berhenti wahai sahabatku. Biar jasad aku mati tapi tidak semangatku. Aku bagai nak gila memikirkan manusia. Apakah faedah yang aku dapat? Kerana bukan material ataupun pujian yang aku cari dalam hidup aku. Dan aku tak akan berhenti.

    ReplyDelete
  19. dari pemerhatian kasar aku, kamu bukan di malaysia, benar?

    ReplyDelete
  20. hahahahaha...kelakarlah kamu ni

    ReplyDelete
  21. tarikh kamu pelik, abaikan, sampai berjumpa lagi

    ReplyDelete
  22. Kenapa nak susah2 fikirkan manusia.. jaga hal sendiri sudah.. Dah taukan tak dapat hadiah.. biaq pi la sama depa sumaa.. semua poyo jekk.. nyampess..

    ReplyDelete
  23. biarkan aku jd nyamuk memekak kt telinga dorg.
    huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  24. ooo...kalendar kat blog aku ni mmg lambat sehari..he..

    ReplyDelete