Wednesday 27 March 2013

Impi dan mimpi....

                                                                         zastavki.com


Hmm...rindunya aku untuk melihat bulan puas-puas...
Bulan seringkali dijadikan mangsa sang pujangga cinta menjadi saksi cintanya..
Tenangnya setiap kali aku melihat bulan. Apatah lagi pabila bulan penuh.

Bukan selalunya kita dapat melihat bulan penuh bersama bintang yang penuh bertaburan. Lampu-lampu di bumi terlalu terang barangkali. Kosongnya jiwa sering membuatkan aku merasa bersendiri. Aku pejamkan mata dan aku mendengar kata-kata hati aku yang sering berbicara dengan aku.

Hidup ada banyak perkara yang tak pasti dan seringkali membuatkan kita pasrah. Namun, aku tak mahu terus bersedih. Penat. Walaupun alam ini satu ilusi, namun tetap ia sungguh indah untuk dinikmati. Aku suka angin yang bertiup perlahan menyapa aku. Sapaannya boleh membuatkan aku rasa bahagia walau hanya sebentar namun ia cukup untuk memberi aku semangat dan kekuatan meneruskan hari-hariku.


                                           

Ada masanya ingin kita luahkan semua rasa di dalam hati, namun siapakah yang akan mengerti hati ini? Hidup ini yang sebenarnya terlalu indah jika kita hayati. Walaupun terdapat seribu satu rahsia yang sungguh menjengkelkan tetap aku ingin mengatakan bahawa kita tak seharusnya terus-terusan merasa kecewa. Walaupun berat, aku pujuk hatiku untuk terus percaya bahawa saat itu akan tiba. Biarpun lama harus aku menanti. Walaupun tak tahu dah berapa banyak airmataku mengalir setiapkali mengenangkan perkara ini. Sayu dan berat hati. Cuaca pun seakan mengerti. Angin... tolong sampaikan semua rasa ini....


                                                

21 comments:

  1. Cik Mayang..

    Nape sedih-sedih..Jangan lah menjerut hati dan perasaan..
    Angin pun dah berlalu..sudah kering airmatamu..
    Bintang dah berkelip-kelip main sebelah mata..
    Bulan dah tersenyum didada langit..
    Lihatlah sekitar alam..burung menyanyi2..

    Ceriakan jiwamu..nanti tolong Cik Yabeda cabut daun pokok bonsai boleh? ataupun..tolong menyibuk:) kahkakakah




    ReplyDelete
  2. Yelah... nanti kita kemas taman tu ek....

    ReplyDelete
  3. penchinta

    bulan bintang..begitu mendamaikan..semalam bulan memang cantik kelihatan..penchinta suka lagi pandang bulan dari mata org..hehehe

    penchinta cuba keluarkan apa saja persoalan sambil menjerit jerit pada bulan..gila la..datang security halau penchinta kat taman kota..hahahah kelakar..

    penchinta

    ReplyDelete
  4. betul ke smlm bulan cantik....?
    hmm..terlepas..

    smlm menjerit bulan jawab x?

    ReplyDelete
  5. Kenapa nak menjerit pada bulan??

    Biarlah bulan bicara sendiri..
    Biarlah bintang kan menjadi saksi..
    Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti..
    Cukup derita sampai di sini..

    Seekz

    ReplyDelete
  6. Terus melangkah melupakanmu
    Lelah hati perhatikan sikapmu
    Jalan pikiranmu buatku ragu
    Tak mungkin ini tetap bertahan

    Perlahan mimpi terasa mengganggu
    Kucoba untuk terus menjauh
    Perlahan hatiku terbelenggu
    Kucoba untuk lanjutkan hidup

    Engkau bukanlah segalaku
    Bukan tempat untuk hentikan langkahku
    Usai sudah semua berlalu
    Biar hujan menghapus jejakmu

    ReplyDelete
  7. Maaf nak tnya, apa beza:
    .diri
    .jiwa
    .roh
    .semangat
    .aku
    .dzat bernama allah
    .nur muhammad

    Saya rasa ia seolah2 sama tapi berlainan. Harap dpt membantu. Pening skit nak faham bab ni

    ReplyDelete
  8. Hai Anon..

    erm...nk kena wat nota ni..
    jiwa dan ruh ada info sikit kat post yg lepas.

    diri..semangat...aku...dzat Allah kita KIV dulu

    mungkin kita leh start dengan nurMuhammad

    ni soalan Cosmology ni..

    takes time skit. tolong doakan ye
    demi Allah saya sendiri pun banyak yang tak tahu
    tapi kita tengok apa yang ada dalam peti ais ek..

    sape nama Anon ye...
    sng nt nk communicate..

    ReplyDelete
  9. ttg ruh, jiwa dan jasad cuba tgk kat post n komen yg lepas.

    ReplyDelete
  10. he...

    diri...semangat....aku...
    tu tanya kat annur
    rasanya semua post dia ada clue tentang tu...

    huhuhuuhuh

    ReplyDelete
  11. Hitam putih kehidupan...
    Itulah benih yang ditanamkan.
    Hidup tidak akan menjadi jika hitam sahaja semua.
    Hidup juga tidak akan bererti jika putih sahaja.

    Kedua-dua unsur ini perlu bertembung membentuk dinamika kehidupan. Pertembungan kedua-dua sifat Allah inilah nurmuhammad dan setiap suatu memiliki perkara ini.

    Ok tak penerangan ni cik Anon...?
    huhuhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  12. Dalam Penciptaan, inilah benih yang Allah tanamkan. Sebenarnya ia sangat ringkas dan mudah difahami. Terlalu banyak teori dari pelbagai para ilmuan spt golongan Ahli sufi contohnya seperti Hamzah Al-Fansuri (sorry ye cik Hamzah...awak jadi contoh pulak) huhu...) meletakkan dan mengikat perkara ini dengan terma. Oh sungguh sukar difahami.

    Positif Negatif kehidupan ataupun pi google je baca pasal Yin Yang...

    Ha... itulah dia.

    ReplyDelete
  13. Ciptaan harus berpasangan. Allah sendiri Punca kedua-dua unsur ini. Jika kita menafikan salah satu, PASTI... hidup kita tak akan seimbang. Fahami juga Tuhan itu ada hitamNya... seringkali manusia nak yang baik-baik sahaja ataupun yang putih sahaja. Selamamana ia hidup dengan tidak menerima salah satu unsur, maka hiduplah ia dalam tekanan terus-menerus. Tapi Allah itu maha penyayang, Dia pasti didik jiwa dan bawa jalan pengertian. Dan wahai Sang Jiwa, janganlah sombong menerima hitam putih kehidupan ini. Setelah itu pasti hidup anda akan lebih bererti..!

    ReplyDelete
  14. Kita harus mengerti bahawa tiada apa yang wujud melainkan Allah. Segala semua ini adalah manifestasi DiriNya sendiri. Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci itu akan mempamerkan DiriNya. Mereka itulah Golongan yang Ikhlas. Dalam aku ada Aku. Dan setelah itu aku adalah Aku.

    Nak lebih faham harus melalui jalan yang dimulakan dengan niat. Antara jiwa dengan Allah tiada orang tengah, maka mintalah padaNya untuk dijadikan dari kalangan orang-orang yang Ikhlas.

    ReplyDelete
  15. Kefahaman tidak boleh dijualbeli, ditukarganti. Setiap jiwa jalan kefahaman mereka berbeza-beza walaupun didapati dari unsur yang sama. Kejelasan setiap suatu yang samar dalam diri kita dibuka satu-persatu dengan pencerahan yang datang dari Tuhan. Terus-terusan bertanya padaNya dan bersabarlah dalam mendapatkan ilmu. Tak mungkin seorang bayi yang kecil dapat menghadamkan seketul ayam KFC seperti orang dewasa. Tuhan itu Maha Pengasih, Dia tak akan biarkan bayi yang Dia sayang mati tercekik. DiberiNya sesuai dengan chasis masing-masing.

    ReplyDelete
  16. Pahit manis kehidupan... itulah CahayaNya... Nurun-Nur. Makin disimbahi cahaya itu akan berganda-gandalah pencerahan yang diterima. Maka, bersedialah menerima ujian yang getir setelah itu anda akan lebih faham. Itu sahaja jalannya. Tiada jalan pintas. Mahukan Allah tapi mahukan yang mudah-mudah aje dalam hidup. Manakan mungkin. Kamu fikir kamu dikira orang yang percaya tanpa diuji? Berangan!

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya maksud tidak terikat dengan terma atau istilah. Luaskan penguasaan terma anda dan buka ikatan itu nescaya akan lebih banyak makna yang anda terima. Di dunia tanpa bahasa dan kata-kata yang wujud cuma indah sahaja. Pecahkan dan bukalah dengan kunci 'kasih dan sayang'. Hentikan membenci dan menghantar makhluk demi makhluk ke neraka yang membakar. Fahamilah kata-kataku yang hanya aku tulis demi kerana sayang.

    ReplyDelete
  18. Sesungguhnya tidak kami turun melainkan kerana kasihan.
    Kamu lihat aku dan aku lihat kamu...

    Samakah kita?

    ReplyDelete
  19. Sahabat Gua

    Berapa banyak bintang di langit
    Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
    Tak akan sama bintang yang satu ini
    Yang kau kenali di dalam hati

    Terang walaupun dia tersembunyi
    Cemburukan matahari
    Cahaya berseri-seri
    Jika engkau kenali

    Kita ditakdirkan lari
    Jauh dari kezaliman
    Terperangkap dalam gua ini
    Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

    Mari ikut rentak ku
    Rentak tari dulu-dulu
    Lagu marhaen sederhana
    Disini tiada duka
    Terima saja dengan redha
    Perananmu dalam dunia

    Kerana pegangan
    Engkau hadapi
    Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

    Kamil...
    Kalimah kebenaran telah zahir
    Tak usah engkau ragukan
    Kita datang dari dia
    Kita pulang padaNya

    Banyak ayat mujarobat
    Bisa menawarkan luka
    Namun penyakit jiwa ini
    Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

    ReplyDelete