Sunday 31 March 2013

Sisi Gelap Diriku yang lalu...

howear.wordpress.com


Aku berjalan meniti hari-hari... adakalanya dunia ini terasa asing buatku. Pernah aku ke KLCC suatu masa dulu dengan dua orang sahabatku dari Jepun waktu muda-muda di zaman belajar. Setibanya di sana semuanya seperti tak kena dalam jiwaku. Sahabatku sibuk memilih kasut, aku pula terasa seperti di alam lain walaupun jasadku ke hulu dan ke hilir dalam pusat membeli belah itu. Aku ada juga nyatakan perasaanku pada sahabatku namun sikit pun mereka tidak mengerti. Lalu sekali lagi aku putuskan untuk terus menyendiri tanpa aku ceritakan semua pada yang lain.

Terkadang usai sudah kelas-kelasku, aku memilih untuk duduk sendiri di tepi sungai. Lebih tenang aku di situ. Ya, aku tak seperti yang lain. Jika aku tak faham dan tak berpuas hati, aku lemparkan pertanyaan bertubi-tubi pada pensyarahku sehingga mereka terdiam. Aku tidak pernah mahu mencabar ego mereka, sikit pun tidak pernah kerana apa gunanya itu. Aku cuma mahu tahu apa yang aku mahu tahu. Tiada...tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang tahu semuanya apatah lagi layak bergelar Guru pada hakikat sebenar-benarnya. Setiap jiwa diberi cebisan demi cebisan dan bahagian masing-masing tidak pernah sama. Aku hairan, berguru yang bagaimana mereka maksudkan? Aku garu kepalaku yang tak gatal berkali-kali memikirkan kata-kata mereka. Hm.. santai lagi pabila aku melihat air yang mengalir tenang setiap kali fikiranku kusut. Biarlah mereka... kata hati kecilku.


www.layoutsparks.com


Dalam diri kita terlalu banyak misteri yang sukar buat kita huraikan apatah lagi apabila sesuatu yang terlintas di hati kita adalah sesuatu yang tidak dapat kita huraikan dengan kata-kata. Bukan semua yang hadir itu wujud dalam ikatan kata-kata. Kebesaran Tuhan itu tak terjangkau dek akal dan kerana infiniti setiap jiwa mampu menampung maksud demi maksud yang sungguh besar berbeza-beza setiap jiwa. Berkongsi misteri jiwa dengan yang lain bukanlah perkara yang mudah seperti berkongsi aiskrim Magnum yang baru seperti di kaca TV. Hanya jika kemampuan menjangkau maksud itu tergapai oleh jiwa yang lain barulah mesej yang mahu disampaikan itu mampu dihadam dengan baik.

hdw.eweb4.com

Setiap jiwa yang diciptakanNya telah dipahatkan kemas-kemas tentang beberapa perkara. Oleh kerana itu, sedalam mana pun lautan yang manusia selami, setinggi mana pun gunung yang di daki, sehebat mana pun ilmu yang dipelajari tetap tidak akan dapat memadamkan memori-memori yang Tuhan telah rakamkan dengan kemas dalam lubuk hati Jiwa-jiwa. Setiap yang namanya manusia itu, ada memori yang sama. Apakah memori itu? Apakah yang tersisa dalam jiwa setelah semua ingatan-ingatan yang lampau telah dipadamkan dengan sengaja? Pernahkah anda berfikir tentang perkara ini? Misteri diri ini memerlukan kunci yang letaknya tersembunyi dan kita juga perlu menjelajah dalam diri mencari pintu-pintu hati yang jumlahnya juga misteri.









Tiada paksaan dalam kepercayaan dan juga pencarian setiap dari kita berbeza-beza walaupun lahir dari rahim yang sama. Dalam pencarian diri ini juga terdapat peringkat demi peringkat di mana pencerahan diberikan di dalam hitam putih kehidupan dan terpulang pada kita untuk membuka minda dan hati demi pengertian diri yang sejati. 

Jika pendua diri anda datang kepada anda, adakah anda sedar kehadirannya dan mendengari suara serta mengamati kata-katanya?

44 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...benar..
      Itulah jalannya...yang harus kita tempuh..

      Delete
  2. Setiap kita lahir dengan suatu makhluk yang dinamakan Qarin. Seindah namanya begitu jugalah sifatnya yang sama menyerupai kita. Malah dia sebenarnya adalah kita.

    Sungguh misteri Qarin ini...
    Apakah yang disimpan di dalam hatinya?
    Mengapakah Allah menciptakan Qarin yang sama serupa seperti kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qarin = Pendua... memang ada ke??

      Ada kaitan dengan dejavu tak?

      Delete
    2. Qarin memang wujud.

      Persoalannya, apa itu deja vu?

      Delete
  3. Pernahkah kita mempersoalkan dalam diri kita siapakah Qarin yang bukan Maya ini? Siapa dia...?

    ReplyDelete
  4. Jikalau kita mengetahui dan ingat semua memori, maka Infiniti...!
    Setiap pengalaman yang dilalui oleh jiwa hanya berbekas yang abadi, sumpah dan janji, hutang dan budi.
    Lagu Hijab Kekasih ini aku tujukan buat diriku sendiri dan juga teman-teman perjuangan. Datang dan pergi cukup dirasai. Kehadiran dikenali dengan wajah yang iras dan bertemu kembali di medan perjuangan. Tanpa salam perkenalan yang rumit, wajah dikenali dan hijab demi hijab dibuka.

    Bagi yang mempersoalkan kami di luar sana, tak perlulah tahu kami dari mana kerana kalian tak akan pernah tahu siapa kami. Dunia kami berbeza dengan dunia kalian, namun kami tetap hadir kerana sejahat-jahat mana pun manusia, kami tetap sayangkan kamu. Dengan hayat yang masih bersisa ini, kami harap dapat berkongsi rasa dan sama-sama kita rungkaikan misteri hidup buat pegangan dan pedoman. Kamu tidak melihat corak sebenar permainan Tuhan walaupun berkali-kali kami cuba memberitahu. Maka ambillah mana bahagianmu dan tinggalkan misteri yang tidak dapat kamu hadam. Namun jika kamu benar-benar mahu temui yang Sejati, ingatlah pesan-pesan kami di sini. Kami tinggalkan dalam bentuk teka-teki kerana tiada apa yang mudah dalam hidup ini.

    ReplyDelete
  5. Jika kalian tahu hakikat hidup ini, kalian tidak akan berhenti menangis. Menangis sehingga semua tenggelam bersama alam dan yang tinggal hanya kamu dan Tuhanmu. Kalian akan terasa beban kepenatan yang teramat walaupun jasad kamu masih muda. Dan jika kamu tahu hakikat hidup ini, maka kalian benar-benar menunggu saat kematian untuk berehat dari semua permainan ini.Tiada cinta dunia yang dapat membuatmu bahagia. Cintakanlah yang Abadi nescaya abadi jua yang akan kamu temu. Cintakan yang Hakiki maka perlahan-lahan kamu akan fahami Hakikat Diri. Jalan ini sungguh berliku dan penuh onak duri, namun jika jalan ini yang kamu pilih, percayalah... kamu tidak akan pernah rugi. Harga yang kamu bayar sangat berbaloi dengan pulangannya nanti. Percayalah dengan mata hatimu sendiri yang dulunya kamu sering ingkari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya sikit..
      di katakan jiwa akan terus 'berjuang' di dunia bahkan sejak dulu lagi, ia sentiasa berjuang. tp sudah tntulah tiap jiwa, jasad itu pasti akan mati.

      jadi, mati itu suatu yg singkat, kemudian akan 'kembali' berjuang semula.. berterusan hingga infiniti.

      begitu kah?!

      Delete
    2. Pabila tiba saat yang telah ditentukan, ajal telah tiba, ruh ditarik dan dipulangkan ke kerajaan langit, jasad pulang dikuburkan di bumi tempat asalnya. Jiwa pula dibawa ke suatu tempat menunggu saat perhitungan setiap pekerjaannya. Jiwa tidak mati, ia hanya berpisah dari ruh dan jasad. Ketahuilah hanya jiwa yang punya nilai di mata Allah. Dan jiwa itu wujud. Yang lain semua ilusi. Hanya jiwa-jiwa yang telah temui sejati dirinya menjadi Cermin yang telah pecah. Hanya jiwa-jiwa yang suci dapat menemui yang Maha Suci. Mereka itulah orang-orang yang Ikhlas. Dan jiwa-jiwa inilah manifestasi-manifestasi sifat-sifat Tuhan. Seperti bunga teratai. Mereka ini kosong.

      Delete
    3. Sesungguhnya tiada apa yang wujud melainkan Allah.
      Manusia mencari abadi. Abadi itu infiniti. Adakah masa wujud dalam abadi?Semua bersebab mengapa Allah membuatkan manusia lupa siapa dirinya dan segala memori-memorinya. Hanya ada bekas-bekas yang tertinggal dalam hatinya.
      Itulah asas-asas sebagai modal jiwa teruskan hidup. Allah telah pahatkan di dalam hati manusia 'Ada Tuhan Tempat Mengadu'. Dan kiralah matematiknya jika diseimbangkan dengan Tiada Tuhan melainkan Allah. Manapun dia pergi dia akan temui jawapan yang sama.

      Sesungguhnya Tiada Paksaan dalam beragama. Syurga Neraka bukan urusan kita. Setiap jiwa akan dibalas setimpal dengan apa yang dikerjakan. Dan Demi Sesungguhnya Allah menyayangi setiap jiwa yang Dia ciptakan. Yang kurang dilebihkan, dan yang lebih dikurangkan.

      Delete
    4. Manusia ramai yang terkeliru dengan kebenaran apabila maksud diikat ketat-ketat dengan terma, istilah ataupun bahasa. Lalu dari pemahaman dalam terma itu, pengertian dan kepercayaannya juga terikat sama. Matrix ialah apa yang kita percaya. Kuasai ketinggian maksud tanpa terikat dengan terma. Buka fikiran. Gunakan akal untuk berfikir. Satu soalan: kebenaran bersifat kekal dan kukuh, maka apakah dengan diuji kebenaran itu maka ia akan hancur? Tentu tidak bukan? Dan satu lagi perkara penting yang harus kita tahu, kebenaran itu berlapis-lapis. Jika ini benar, ada lagi yang jauh lebih benar. Maka apakah penghujungnya?

      Delete
    5. Kepada Sayanaktau,

      Saya tujukan lagu Di Balik Cermin dari M.Nasir.

      Pencarian setiap kita melalui jalan-jalan yang berbeza-beza. Mencari kebenaran bukanlah untuk mencari juara. Mulakan dengan pertanyaan pada Tuhan, perlahan-lahan Dia akan memimpin kamu kepada jawapan. Berapa masa diambil untuk menemui jawapan itu juga bergantung kepada penerimaan manusia itu. Dan dah saya katakan, tiada siapa yang Haq untuk dijadikan Guru melainkan Allah. Yang ada cuma penunjuk jalan. Setiap manusia menerima cebisan-cebisan ilmu yang berbeza-beza. Maka sudah tentu jika kita semua melihat benda yang sama tafsiran setiap kita pasti berbeza. 10 orang buta memegang gajah dari bahagian yang berbeza, semua menghuraikan perkara yang berbeza, maka apakah ada yang salah di antara mereka? Mereka menghuraikan dari sudut pengetahuan mereka. Dan sudah tentulah si Celik yang nampak semua. Persoalannya, wujudkah si Celik yang nampak semua perkara di antara kita? Siapakah si Celik itu?

      Delete
    6. Masyarakat terlalu tipikal dan menganggap pasti Ustaz-Uztazah ataupun Para Wali memiliki Ilmu yang tinggi. Apatah lagi dalam bab-bab ketuhanan. Bukankah mereka juga jiwa-jiwa yang diuji dan mereka juga dicampakkan ke medan ujian untuk mencari dirinya sendiri. Maka apakah jika kamu bertanyakan soalan kepada mereka lalu mereka memberi jawapan yang benar-benar final? Ataupun mereka cuma meneka-neka dalam kesamaran? Atau pun mereka menjawab seperti mana yang diajarkan apa yang ada dalam kitab tanpa menghadam maksud sebenarnya? Berapa ramai cendekiawan-cendekiawan dan juga para ilmuan yang menghadam ilmu ikut-ikutan? Macamana cara buat Thesis master? Mana pergi keaslian ilmu jika semua disalin buta-buta tanpa dicerna? Ilmu seolah-olah beku dan tersekat maksud tanpa ada jalinan ilmu dengan ilmu yang lain. Maka terhasillah anak murid berperasaan beku dan keliru dengan puzzle-puzzle di tangan. Ilmu seharusnya ada kesinambungan antara satu sama lain. Jika pusat ilmu meningkat jumlahnya hari demi hari, lalu mereka mengejar masa untuk menghabiskan silibus yang ada, maka apa yang berlaku? Lambakan orang yang dipaksa makan semua ilmu tanpa sempat dihadam. Kesudahannya, jiwanya menangis sendiri kerana keliru, tak nampak jalan keluar. Antara jiwa dengan Pencipta tiada orang tengah, namun banyak jiwa-jiwa di luar sana tak tahu dengan kenyataan ini. Terkapai-kapailah jiwa mencari makna hidup. Salah siapa?

      Delete
    7. Bukanlah kami memberitahu suatu yang bersifat final. Sangkal aku jika perlu. Gunakan akal sebaik-baiknya untuk berfikir, benarkah apa yang aku dengar ni? Tiada henti pencarian ini. Fikir dan terus berfikir. Mengapa kamu takut untuk berfikir? Takut Tuhan marah? Takut syirik? Tuhan yang menciptakan akal untuk manusia, adakah Tuhan mencipta sesuatu yang akan mengalahkanNya? Sudah tentu tidak. Berbuat kesilapan itu perlu dalam mencari yang benar. Minta Allah tunjukkan jalan. Sesat jalan, patah balik. Tuhan ada sentiasa untuk memberi petunjuk. Masalahnya, yakinkah kita denganNya? Di dalam keserabutan kita mencari kebenaran jangan biarkan diri kita tenggelam dalam kegelapan. Serulah Dia, Pasti Dia akan mendengar. Dia selalu ada.

      Delete
    8. Aku bukan hadir di sini membawa ilmu dari Tuhan berbakul-bakul untuk dibahagi-bahagi sesama kita di sini. Tapi aku datang untuk memberitahu bahawasanya Allah itu ada. Untuk semua UMAT MANUSIA. Bergantunglah denganNya dan asah segala potensi-potensi yang ada dalam diri. Gunakan akal untuk berfikir, jika akal tak sampai apa yang dituju, terus-terusan bertanya pada Tuhan. Dan ingat, BERSABARLAH DALAM MENCARI ILMU. Aku juga sama seperti kamu, masih lagi hidup dalam pertanyaan. Jangan kongkong jiwa kamu dengan menyekat kefahaman kamu terhadap sesuatu. Ustaz, Ustazah, para Wali dan Ahli Sufi juga tak pasti dalam banyak perkara, maka layakkah kamu berguru tepat hanya dengan mereka? Tak cukup. Puzzle yang mereka pegang semua berbeza-beza. Tiada yang sama. Jika kamu letih dalam pencarian ini, rehatlah. Kemudian dah dapat tenaga, teruskan lagi pencarian sehingga hujung nyawa. Bukan Ijazah, Master atau PhD yang kita cari dalam hidup ini, tapi kefahaman tentang kehidupan yang tidak dapat direkodkan dalam bentuk material.

      Delete
    9. Ahhh... sorry-sorry...
      terlalu panjang semua ni kan?

      ***sigh***
      Tinggalkanlah aku sendiri di sini..

      Aku tak mahu kamu pening.

      Delete
    10. Ya.. Allah akan sentiasa ada untuk mendengar keluh kesah yang kita lalui sepanjang hidup ini.. Kita lah Raja kepada diri kita sendiri.. mana bisa orang lain boleh menilai sesuka hati mereka apa yang kita mahu percayai.. Kerna Allah jua yang Maha Mengetahui..

      Delete
    11. salam semua,

      perhatian kepada encik sayanaktau,

      annur a.k.a 'sayataknaktau"...

      :p

      Delete
    12. annur penah tgok satu movie ni,madagascar kot...dia kata gni,

      "i don't want a reason, i want a result"

      heheh,dhada terer tak i speaking london?kahkahkah...

      korang semua bergaduhlah kat sini,nanti da setel semua,annur datang k?haha

      Delete
  6. Kami tidak menulis dengan sia-sia semua perkara di sini. Bahkan kami tulis dengan sepenuh jiwa kami. Jika sedih nadanya maka dengan tangisanlah kami menulis. Jika gembira nadanya, maka genbiralah kami ketika itu dan jika marah nadanya, benar-benar kami marah. Kami orang yang benar-benar menulis dari hati. Moga menyentuh hati yang lainlah hendaknya. Jangan disimpan di dalam hati.

    ReplyDelete
  7. Suatu masa nanti kami akan pergi menyusul sahabat kami yang lain namun sebelum itu akan kami sudahkan pesan-pesan kami untuk kalian, doa-doa dan juga kutukan-kutukan hanya bagi yang berhak. Tidak kami hidup untuk diri kami sendiri di atas muka bumi ini, sehinggakan tak terhitung tangisan kami mengenangkan nasib kamu semua. Kasihan, kamu semua perlukan belas kasihan dari Tuhan. Biar kami menderita untuk kamu semua. Kami tak mahu apa-apa dari kalian, cukuplah kalian hidup dengan aman dan gembira. Jangan dilupa asal dan tempat kembali kamu semua. Jangan membenci makhluk lain, nanti kebencian akan kembali padamu dan kalian akan sakit kerana itu.

    Bukanlah Kalam Tuhan itu sesuatu yang membebankan, ambillah mana yang termampu, yang kamu tak mampu lakukan maka tinggalkanlah jika ia membebankan. Tuhan itu Maha Pengasih, Dia tak mahu kamu menderita kerana Suruhan-suruhanNya. Percayakanlah kata-kataku ini..

    ReplyDelete
  8. Jikalau Hakikat tidak kamu fahami, ingat pesanku ini dan genggam erat-erat.

    Tidak mengapa jika kamu berbuat salah dengan Tuhan kerana Dia Maha Pengampun, namun jangan sekali-kali kalian berbuat salah dengan manusia juga makhluk Tuhan yang lain. Kerana jika tiada maaf mereka yang kamu temu sepanjang hayatmu, maka kamu akan tersangkut di akhirat sana bagi menyudahkan urusan kamu dengannya.

    Jangan berbuat sumpah dan janji dengan ego dan sombong diri. Sungguhpun kerana kasihan sumpah janji itu dibuat, kamu akan dituntut untuk menepatinya. Langsaikan hutang-piutang.

    Selesaikan semua kerja-kerja kamu jika tidak lamalah kamu tergantung di sana. Banyakkan budi yang lahir dari hati dan tinggalkan budi jika ia hadir dengan benci.

    Aku tidak berpesan dengan sesuka hatiku, semua ini bersebab dan aku tak mahu kalian menderita kerana silap ini semua.

    ReplyDelete
  9. Entah mengapa hari ini terasa sayup sungguh dalam hati. Mungkin pagi sahaja kot. Menjelang tengahari berubahlah pula mood ni nanti.

    ReplyDelete
  10. Jika Penguasa Dunia mahu menghukumku nanti, aku titipkan Adindaku sebagai teman kamu. Aku mahu siapkan penulisanku untuk kefahaman kamu. Terpulang pada kamu mahu yang apa, aku tidak memaksa kamu untuk mempercayai semua kata-kataku. Apa yang aku mahu, kamu lihat kata-kataku dengan mata hati kamu. Nilaikan, ambil mana yang kamu mahu dan abaikan apa yang tidak kamu tahu.

    Hidup ini hanya sebentar, jika sukar sekalipun ujian Tuhan yang kamu tempuh, percayalah masa akan membawa semua itu pergi. Masa itu sahabatku dan juga kebencianku. Tidak mahu aku tenggelam di dalamnya yang tidak pernah tetap langkah kakinya.

    ReplyDelete
  11. aku pon sayu kak....slalu tringat kat kak mantera dah kena hahaha =p

    ReplyDelete
  12. kak sila habiskan penulisan cepat curah la semua nnt blh gak jd teman bacaan min kan2...

    ReplyDelete
  13. Kerana malas berfikir manusia kini berada di atas jurang yang tinggi. Semua saling tolak menolak nak tengok apa yang ada di bawah. Kesudahannya semua masuk gaung. Wahai Manusia, gunalah akal warasmu dan kembalikan kemanusiaanmu. Umat Islam mahu melancarkan perang ke atas manusia lain. Peperangan hanya menumpahkan banyak darah manusia dan penderitaan akan berleluasa. Bukaklah mata wahai saudaraku, hentikan kebencian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mayang

      Manusia memang ego..tak nak kalah..dengan kucing kucing kurap pun dia nak gaduh..campak makanan kat kucing pun nak berkira...ish ish...pelik aku..bau tahi kucing lagi lar dia hangin..

      Macamana nak kembalikan nilai kemanusiaan kalau dgn binatang pun fail...hancus....
      Padahal semua menumpang di bumi Allah..Sikit-sikit tembak..kesian gagak..

      Miow miow..i love cat and dog



      Delete

  14. Umat Islam sepatutnya berjuang dengan kekuatan yang ada pada Islam. Islam sepatut menampil hujah-hujah serta menunjuk contoh tauladan terpuji biar diikuti penganut lain.
    Taburkan bahasa-bhasa indah biar dikutip oleh penganut yang lain. Lontarkan hujah-hujah persahabatan. Ia kan! Barulah dikatakan gagah berani.
    Ini tidak bagaikan sikurus yang penakut bersembunyi dibelakang bapanya yang juga penakut dan kurus. Kedua-dua mereka menjerit-jerit bagai keldai bila disuruh berjuang dan disakiti..... ah malunya aku..

    Cik Mayang baru sergah sikit..semua menikus....

    ReplyDelete
  15. Perjuangan akhir zaman ialah perjuangan menegakkan Kalimah La ilaha illallah. Tahukah kalian apakah Kalimah itu? Pernahkah kalian berfikir dengan dalam-dalam dan mencari ilmu bagai nak mati tentang Kalimat itu? Itulah Kalimah yang memecahkan segala-galanya. Jangan kamu berani-berani mengangkat pedang memperjuangkan Kalimah itu jika kalian belum benar-benar faham. Ingat amaran aku ini. Jika tidak, kamu sebenarnya tak tahu pucuk pangkal perjuangan kamu. Tahukah kamu siapa Iblis dan Syaitan? Ajarkan aku sekiranya kamu orang yang benar. Adakah benar kamu kenal Dajjal sebelum kamu tubuhkan kumpulan memerangi manusia yang lain? Kenalkah kamu dengan mereka? Apakah maksud menegakkan Kalimah Syahadah itu? Demi Tuhan yang Maha Menciptakan, Allah tidak pernah sama sekali berkira-kira nikmat yang telah Dia berikan pada kamu. Tapi kamu? Hitung berapa banyak aku dah zikir. Apa ni? Tuhan apa yang kamu sembah? Atau kamu sembah Wali-wali kamu? Jawab soalan aku jika kamu orang yang benar.

    ReplyDelete
  16. Berani kamu sebut berkali-kali Kalimah itu sampai beribu, berjuta? Nak matikah kamu? Dah puas hidup? Demi Tuhan dan KebesaranNya, kamu boleh hancur berkecai kerana Kalimat itu. Berani Wali-wali kamu sebut berkali-kali? Kamu nak mati ke? Kamu siapa nak mempermainkan Tuhan? Ingat Dia pekak ke? Korang ni memang nak kena!

    ReplyDelete
  17. Bila masa pulak aku kata MATI tu destinasi hidup aku? destinasi dgn matlamat sama ke? pegi katamkan ilmu bahasa tu dulu sebelum redah rumah org.

    ReplyDelete
  18. hohoho....semua dah tak sabar2 nk pegi berperang. perang dgn bayang2 sendiri ke? dtg sini nak cari kelemahan aku? Aku tak tahulah korang rasa Allah Maha Besar ke atau Ego korang yang maha besar. nk pergi berperang, Kalimah pun tak tertanam dgn baik dalam diri, diri penuh dengan ego di semua ruangan hati. Hakikat Ikhlas tak kau temui, nak perjuangkan Tuhan ke nak perjuangkan ego korang tu? Makhluk bernama Ego ni memang nak kena diajar. Itu yang blok rasa kasih tu dari masuk dalam hati. Nape? tak puas hati aku marah2 korang? bukak mata besar2, aku marah pada siapa?

    ReplyDelete
  19. sapa nak dtg sini nak tunjuk hero, pegi belajar ilmu Budi Bahasa dgn adik aku dulu.

    tercabar ego korang eh? lelaki sekarang mmg panas baran sebab rasa diri tu betul sangat. manjakan ego tu lagi. bagi makan sampai gemok. biar dia berkuasa dalam diri korang tu. pastu pergi berperang. rupa2nya berlawan dengan diri sendiri. tumbuk2 muka sendiri kat medan perang. nak lawan dengan makhluk yang tak wujud. yang wujud tu EGO dalam diri. yang perlu diperangi dan tunduk sujud melutut pada Allah.

    dtg sini ramai2, biar aku pijak2 ego korang tu. huhuhu
    rasa terbakar kan? rasakan api yang membakar tu dalam diri.
    selagi ego korang tak tunduk pada Allah, duduklah ko dalam neraka diri tu melangut. biar korang telan api tu.

    dtg sini lagi nak tunjuk hero korang tu, biar aku henyak2 ego korang tu sampai lumat.

    ReplyDelete
  20. kurang ajar korang dgn Allah eh? zikir sampai juta2, ingat Allah tu apa? bukan kiraan zikir yang Dia mahu dari kamu, tapi hati kamu yang ikhlas. manusia dah lupa dengan Tuhan. sombong berjalan atas muka bumi. muka tak tahu malu. kalaulah kamu semua tahu hakikat Ikhlas tu dgn yang sebenarnya, kamu akan hancur. jgn tanya aku, tapi tanya diri sendiri, siapa Allah di hati kamu? dtg sini nak ajar aku 'Tiada Tuhan Melainkan Allah', korang boleh pergi balik. telan perkataan2 tu. hadam dengan baik.

    ReplyDelete
  21. panggil kawan2 korang ramai2 kat sini. tak payah bagi komen pun takpe, korang hantar ego korang serang aku kat sini.

    Aku nak tengok Allah Maha Besar ke, ego korg lagi besar.

    Bodoh! Manusia dah lupa diri, lupa Tuhan.
    meh kita sama-sama duk dalam neraka, kena bakar sama-sama. kita tgk sapa yg kena.

    Manusia sombong. Hati busuk. Bau bangkai. Bumi ni hampir hancur kerana kesombongan kamu.

    ReplyDelete
  22. Demi Tuhan Yang Maha Menciptakan, rasalah api yang membakar dalam diri kalian..!

    Bodoh! Sombong! Busuk!
    Babi pun lagi wangi dari kamu!
    Mati kau dalam api tu!

    ReplyDelete
  23. Panggil Wali-wali korang tu bukak mata besar2. Tengok aku ni siapa?

    Manusia bodoh! Wali jahil dijadikan perantara jiwa dgn Tuhan.

    Tanpa sedar kalian dah menyembah wali-wali dan tunduk sujud pada mereka. Memang kamu semua nak mati!

    ReplyDelete
  24. Duduklah atas sejadah korang tu, ambil tasbih, berzikir tembak aku kat kat sini. Panggil ramai2.

    Kita perang.

    Aku sorang lawan sekumpulan perang korang tu.
    Panji Hitam?

    Aku nak tengok Allah aku lagi Besar ke atau sembahan-sembahan kamu lagi besar!

    ReplyDelete
  25. Demi Tuhan Yang Maha Berkuasa, tersungkurlah kamu di medan perang sana jika ego masih tersisa dalam diri..!

    Demi Tuhan Yang Maha Penyayang, tunjukkanlah KekuasaanMu ke atas makhluk-makhluk yang sombong ini..!

    ReplyDelete
  26. Korang nak Allah sujud di kaki Wali-wali kamu?!

    PERGI MATI...!!!!

    Wali bodoh yang mengajak manusia menumpahkan darah. Wa...susun strategi perang baik2, nak bagi zikir kat orang untuk cuci hati, habis Allah tu apa? Tunggul? Nak orang dtg beratur cium tangan kamu nak berbaiah? Kamu siapa? Tuhan? Ha? Nak mati ke kalian, berani pijak2 Allah?

    ReplyDelete