Thursday 21 March 2013

Suatu Masa beribu-ribu tahun dahulu....

                                                                              www.flikr.com

Alam yang kita duduki ini suatu masa pernah terlakar pelbagai takdir demi takdir yang membentuk cerita demi cerita. Watak dan wajah seringkali berulang tanpa kita sedar keberadaannya dan akui kewujudannya.

Misteri yang tak terungkapkan...

Seringkali kita melihat jauh dari kita sehingga terlupa di dekat punya segala maksud yang menunggu waktu disingkap dan dihayati sebagai kunci diri di pintu-pintu hati yang lama bersembunyi.

Aku mengeluh... terasa kepenatan bagai berabad-abad lamanya...
Lelah melihat manusia mengulang-ulang kesilapan yang sama berkali-kali. Seronok agaknya. Aku pun tak mengerti. Mungkinkah aku ini sudah mati dan itu menyebabkan semua rasa hidup itu telah lama pergi ataupun aku ini pengembara yang menunggangi waktu datang dan pergi tidak disedari.






                                           

                                     

Sesungguhnya rahsia akan kekal rahsia dalam diri yang tak wujud dan Wujud itu hanya kekal rahsia.
Mahukah kamu mengizinkan angin berhembus dan membisikkan sesuatu dari masa lalu..? Mahukah kamu aku bawa mengembara ke dalam sebuah alam, terbang tanpa rasa terkurungnya sebuah jiwa? Mahukah kamu lepaskan semua dan jujur pada rasa? Tiket sudah ku beri, hanya raja dalam diri mahu atau terus diam. Keretapi sudah ku masukkan arang untuk menghangatkan lagi perjalanan. Kopi sudah siap tersedia, langsir putih di jendela keretapi ini dihembus-hembus angin malam yang memanggil-manggil.

www.hotakimi.com

Di stesyen yang tak kelihatan dari mata kasar ini, siapkan bagasimu dan kita bergegas masuk ke dalam keretapi yang siap untuk terbang untuk suatu pengembaraan yang tidak terbayar dengan apa-apa nilai material...Yok...!

                                       

51 comments:

  1. Mahu..nak ikut nak ikut...
    Cantik nye gambar jambatan menuju ke alam cakerawala...alangkah indah nya dapat menyusuri jambatan itu..
    Dunia illusi..apa yang ada di sekeliling kita ini illusi...nak pulang lar...letihnye jiwaku ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupon masih samar2 kemana ingin dibawa oleh kak mayang ni, tp saya nak ikut juga..

      Di dunia ilusi ni saya jarang dapat mengembara.. lg2 guna keretapi.. pasti seronok kan.. hihi.. Eh cik yabeda, jgn lah pulang dulu.. temankan saya.. saya faham mmg letih.. tp banyak yg saya belom hadap lagi ni..

      Moga2 dgn pengembaraan ini dptlah saya keluar dari samar2 ini..

      Terima kasih kak Mayang kerna pengembaraan ini..

      eeee.. tak sabarnya nak mengembara dan terbang dgn keretapi ni.. cepatlah kak Mayang.. bila nak bertolak ni.. hihi..

      Delete
  2. Ya...itu semua adalah maya... Alam yang kita duduki ini adalah Alam Maya... Sebuah Ilusi Khayalan. Manusia kata aku berkhayal tanpa sedar mereka hidup berkhayal dalam alam yang tak wujud. Jika perubahan sentiasa berlaku maka apakah yang kekal? Berubah dan terus berubah... Apakah yang tinggal? Changing is Permanent for Dynamic Soul.

    Mari kita bicara apakah yang wujud, apakah ilusi. Ataupun wujud itu memang akan sentiasa berilusi untuk memahami erti sebuah kewujudan?

    Pengembaraan ke alam semesta sungguh menyeronokkan jika anda bawa kek coklat, sandwich tuna, bantal yang empuk, jangan lupa but tahan lasak dan baju sejuk...oh..lupa thermos kena bawak. kamera..kamera! nasib baik tak tinggal. jangan risau ada charger dan elektrik dari sumber bahan api yang kita sediakan dalam keretapi ni..

    wohohoho.....wuuuuu...
    meluncur laju ke awan yang biru dan gelap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay.. akhirnya.. hihi.. wahhh... lajunyerr.. keretapi ni..

      Saya tak bawa apa.. sehelai sepinggang je ni.. tak sempat nak balik bawak makanan atau apa2 barang lain.. lame ke kita nak mengembara ni kak mayang..

      Delete
    2. Jangan risau, perkhidmatan keretapi ini lengkap dengan segala keperluan. tapi jangan minta sesuatu yang tidak semenggah..

      Hanya perlu berdiri, angkat kedua-dua tapak tangan ke atas bahu kanan dan tepuk dua kali. pelayan-pelayan yang tiada wajah itu akan siap memberi khidmat mereka.. jangan takut... cuma tiada wajah sahaja...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kacang rebus... kacang rebus... dua singit dua singgit...

    Ye cik Macedonia bunyi keretapi mmg sungguh mendodoikan, apatah lagi keretapi lama.

    encik jangan berjalan-jalan dalam keretapi ye. encik simpan dulu kacang rebus tu stay in your seat and fasten your seatbelt, kita sedang mengalami sedikit pelanggaran dengan zon-zon waktu dan dimensi-dimensi tengah berubah dengan laju. kita nak ke zaman silam ni. keretapi akan semakin laju. cuma sebentar je keretapi ni akan bergegar seperti ini, nanti apabila sudah stabil para penumpang akan dibenarkan berlegar, bagi yang mahu ke tandas, harap bersabar ye. yang mahu solat pun cuma boleh solat hormati waktu tapi waktu pun sedang berubah-ubah ni.tawakal la ye..

    pon...pon....cucucucucuucucucu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati tgh berdebar2 ni.. kuat betul gegaran.. moga selamat smp ke tmpt yg ingin di tuju.. zaman silam ye kak.. mengimbas kenangan silam.. mesti best ni.. kita boleh kembali tak ke zaman silam?? nak betulkan apa yg tersilap dulu..

      Delete
  5. Eh..encik yang kat belakang tu jangan tangkap gambar sambil berdiri sebelah kaki...kita kena duduk dan pakai tali pinggang keledar ni. nanti encik jatuh.. sat lagi dah okay kita tangkap gambar ramai-ramai pakai topeng power rangers ye...
    huhuhu...

    cucuucucucucucucucu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...kan dah jatuh...nape berdiri sebelah kaki... mana lagi kaki sebelah...
      oh...encik cuma ada satu kaki je... takpe..rilek.. itu cuma jasad...
      tengok tangan saya ni... ada lapan... rilek je...
      kita jgn sedih2 ye.. ha..encik duduk elok2 dan pakai tali pinggang keledar ye..
      nanti saya sediakan pembantu yang tak berwajah tu untuk pimpin encik turun melawat sebentar lagi.

      Delete
  6. Jam ditangan sudah berhenti berputar..

    rasa macam naik keretapi dalam cerita Harry Potter lak..Nasi lemak lauk sotong dah ku bedal..
    Lamakah lagi perjalanan yang dituju wahai pemandu pelancong..

    cuuucuuuuuuu

    ReplyDelete
  7. Tak penyabo cik yabeda ni....dah nak sampai dah ni... kita ni bukan sekadar melancong tetapi kita akan ke suatu tempat yang mana kita sendiri berada di tempat dan waktu itu....kita semua tanpa terkecuali... cina ke...india ke... melayu ke...punjabi ke...parsi ke.... dan kita ke sana bukan untuk suka-suka datang melawat, menengok sambil makan popcorn.. mahu tercekik mati kat situ kalau zaman silam tu kita lihat kembali... ingat main-main ke cik yabeda...

    dah tengok nanti kita akan menangis sampai demam... makan pun dah tak lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahh.. da nak sampai ke.. tak sabar nak tgk apa ada kat sana..

      Takkan smp demam kot.. alaaa.. seram la pulak rasanya..

      Moga kuat semangat ni..

      Delete
    2. Tempat lawatan pertama kita memang kuat getarannya..sehingga meremang bulu roma..

      Delete
  8. Naik keretapi nk ke mana? merenung kisah lalu yg juga sbuah alam maya. Atau merenung agar tanggal seluruh alam maya, tinggal hanya wujud yg x mampu di ungkap dgn apa saja. Wujud... Selagi ada ini, dgn roh, mengisi jasad mlalui nyawa, maka telah hidup aku di alam maya, menongkah masa...

    ReplyDelete
  9. Encik Aiz.. ada tercicir barang tu...
    Cuba toleh-toleh ke belakang sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang apa? tiket sentiasa ku bawa. Announcer kena ingatkan penumpang kalau2 ada barang penting tak di bawa :p

      Delete
    2. Aiz tertinggal jiwa dan hati Aiz. Tercicir tak tahu kat mana. Ambillah dan bawa sekali.

      kita sama-sama isi kekosongan tu. dah lama akak tengokkan aiz ni. lama dah aiz mencari.

      berkawan dengan yang lain mesti hadirkan jiwa dan hati. barulah meninggalkan bekas. akak tak ramai kawan. orang kata akak gila.

      Delete
    3. camne sy nak cakap yer... jasad bernama aiz ni punyai jiwa yg mahu pulang tp selagi ruh di isi, maka jasad kan hidup atas perjanjian dulu.

      dah lama mencari kini baru teringat. ia tak ilang pun. cuma tak sedar.
      sekarang sedar, jiwa meruntun mahu pulang ujian dunia amat berat walau jutaan manusia lihatnya sebagai syurga.

      Delete
    4. Tula...dulu bukan main lg kita semua janji..acah2 mcm hebat. sampai kt bumi semua terduduk... jgn putus asa. kita mesti siapkan semua ni. biar mcm nk mat pun takpe. sekejap je.

      Delete
    5. Memang sakit. Itu standart. Apa beza kita dengan orang lain? Ketahanan Jiwa. Tahan semuanya dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita sendiri Tuhan pun tak tolong. Sehingga suatu tahap dah maksimum macam nak mati baru panggil Tuhan. Jangan manjakan Jiwa sangat. Jiwa punya kekuatan infiniti. Bila kita hadap dan tanggung ujian dengan sehabis baik, dari situ alter terahsia diri kita akan terbuka. Segala potensi diri akan digilap. Barulah nampak segak Jiwa tu. Jiwa pejuang. Bukan Jiwa lembik dilenyek ujian yang tak seberapa.

      Delete
    6. Jiwa hebat tak kira jantina. Jangan jadi manja. Have some proud. Training Jiwa cukup-cukup. Akak hadir di sini sebab nak panggil Jiwa-jiwa yang bebas pulang dengan kejayaan. Jiwa yang lembik boleh pergi jalan. Fahamkan kata-kata akak ni. Bukan bermakna kita pijak-pijak je orang yang kita jumpa sampai nak mati. Akak dilatih sampai jadi keras macam ni. Aiz.. akak dah ditembak tapi tak mati. Akak gagahkan jugak sebab akak tahu, akak punya misi yang tak selesai. Biar seribu kontroversi di luar sana akak tak peduli, akak hadap. Turun naik mahkamah, polis penuh kiri kanan rasa macam kita ni terrorist. Akak tak malu. Akak hadap dengan gagah. Ini pun ada banyak lagi kerja yang akak perlu selesaikan. Akak dan adik kadang-kadang menangis meraung macam anak kecik pikirkan macamana nak pimpin manusia pulang mengenali diri dan Tuhan. Sampai macam nak pengsan berfikir. Gila kan kitorang ni? Ya memang kami gila melihat manusia dan karenahnya. Biar orang nak kata apa, tapi akak bukan buat kerja bodoh. Penilaian manusia apalah sangat. Tak luak pun kekuatan tu malah Jiwa jadi lagi kuat.

      Delete
    7. Aiz punya potensi yang besar lebih dari yang Aiz ada. Bak kata pakcik Spiderman, potensi yang hebat datang bersama tanggungjawab. Bagaimana nak punya kekuatan infiniti tu? Dari hati yang bersih dan Ikhlas.

      Ingat kita ni suka-suka je ke nak lepak kat dunia ni? Siapkan keje dulu baru balik. Banyak pintu-pintu rahsia yang tak terbukak lagi dalam diri kita ni. Sambil buat keje sambil sambung-sambungkan puzzle tu. Belajar hidupkan Jiwa dan hati. Bicara dengan alam dan manusia dengan menggunakan hati. Sentuh jiwa mereka, kejutkan dari lena. Kasihan manusia...sungguh kasihan...

      Delete
    8. Sayangkan dan kasihankan jasad. Bagi supplement, exercise dan rehat yang cukup. Kita nak pakai lama jasad ni, so jaga elok2. Banyak keje nak buat ni. So fizikal kena fit. Akak nak bagitau kat Aiz satu perkara eh, pergi mati Freemason dan semua ideologi kusut tu. Jangan benci diorang tapi lantakkan dorg. Kita buat hal kita, kasihan Jiwa-jiwa tu.. Kenapa Dajal cair bila jumpa Nabi Isa? sbb saat tu baru dajal sedar hakikat diri dia.. Dajal tak punya Jiwa. Dia memang dah diprogramkan. So.. tunggu apa lagi, bangkit dan serlahkan hari-harimu!

      (macam iklanlah pulak...huhuuhu)

      Delete
    9. Aiz pergi naik atas bukit jerit kuat-kuat...

      Freemason pergi mati!!!!!
      Dunia nak kiamat???
      Aku tak peduli!!!!

      Jerit kuat-kuat sampai hilang suara.

      patu balik rumah beli ubat sakit tekak dan teruskan hari2mu...

      Delete
    10. Patu kalo terserempak dengan pape yang berkaitan dengan Freemason Aiz beliakkan mata pandang dia patu cakap... Mati kau... mati kau...

      Delete
    11. =,=!!

      freemason? walau ada, tp sy tak mau melayan kerenah mereka. buat sakit jiwa. mereka di program cam tu. lantak dia lah, tp kesiannye semua di sekeliling.. yg mana, bila sakit di sekeliling, sakit jugak le saya.

      walau terasa tau tugas dan peranan, tapi tak tau mula dari mana.
      atau mungkin dah bermula pun. agaknye blog saya tu sebagai permulaan.
      cuma, harus berkembang jadi lebih hebat.

      bab hampir mati tu, rasanye banyak kali. asma yg terus, kena serpihan kilat, on da way mati dlm tido etc.. sgt2 menakutkan tp dek kerana ingat akan suatu perjanjian... hidup di teruskan.

      dunia walau kiamat, tetap terus berjalan.. terus wujud walau camne alam tu di jadikan.

      p/s: camne akak tau pasal sy ni? akak ahli FAB ke?

      Delete
    12. FAB tu apa...akak ni org kampung..xtau..serius.
      samala ada asma. tp jasad kena jaga.
      memang mungkin nampak kita ni sume macam melalak bawah tempurung je.
      entahlah, cukuplah kita diberi pencerahan dari Tuhan dan dari kesedaran ni jelaslah matlamat hidup dan masing-masing hidup terbaik dengan cara hidup sendiri.
      bukan apa Aiz, dunia ni dah macam mati rasa, dan mereka ramai yang terikut2 arus. macam Islam pun dah jadi macam trend. kita ni sendiri boleh cenderung jadi ulama' jahat yang menyesatkan.
      kita ni sendiri yang macam bahaya kalo lepaskan semua tanpa pikir banyak2 kali hanya kerana niat kita yang terlampau kuat.

      setelah kejadian aritu, apa yang akak nampak sebenarnya 'kebangkitan' itu sebenarnya kebangkitan jiwa2 manusia bukan kebangkitan dalam ketaksuban. pencerahan dalam diri itu jernih dan bersih. semuanya hanya perlu kembali kepada yang asas. kita ni semua dah banyak yang ke laut. masa akak belajar kat UIA akak tengok agama tu macam dah takde nilai. copy paste=copy paste. tertekan tau tak. tanya lecturer pun banyak soalan dorg takleh nak jawab. apa ni Aiz...? sapa yang paling layak nak dipanggil guru? Quran Hadis bersepah sana sini, orang guna macam pakai baju, ikut mana yang sesuai. Jiwa Quran dah jauh dah... nak termuntah tgk orang bertekak semua guna senjata dalil quran hadis... buta-buta ikot macam org bodoh... wah kalo pakai jubah je confirm wakil Tuhan dan Tuhan pun bagi greenlight untuk cakap bagi pihak dia..hello....anybody home..?

      Jiwa akak sunyi dari kebenaran yang akak cari. tertekan sangat akak pikir nak sebarkan Islam kononnya hanya Islam yang benar. Aiz...Allah tu terdesak sangat ke untuk disembah sampai manusia adi tertekan sbb banyak sangat pantang larang dalam agama?

      Skrg masyarakat melabel org yang macam2, sampai dah tak ingat senarai tu. sampai orang Isla dah lupa pada nilai kasih sayang sesama manusia. yang dorg tahu nak sembelih yahudi, nak hantar orang kafir masuk neraka. org Islam kefahaman bunyi macam pelik terus ban sbb dia dah dikira murtad. apa ni... Aiz..kita ni tinggal dalam neraka ke?

      Delete
    13. Something wrong somewhere....
      Bukan kafir yang perlu diperangi tapi mereka yag dajal tu adalah diri-diri kita sendiri. terutama orang Islam tu sendiri. pendusta2 agama bersepah. semua bila ajak bergaduh panggil Tuhan baing dia.. ingat Allah suka ke? hentikan panggil orang Islam berkumpul dan semarakkan api kebencian terhadap orang kafir tapi perangi semua pendusta-pendusta agama. perangi dengan akal dan hujah2 yang semua manusia boleh terima. ini tugas Aiz.. siapa Nabi Isa? kenapa dia diutuskan time tu? sbb nak memperbetulkan Rabbi-rabbi yang dah menyelewengkan ajaran Taurat. Demi Allah...Imam Mahadi dan Nabi Isa bukan datang untuk mendakap umat Islam sekarang ni. Silap besar bagi yang percayakan tu semua!

      Delete
    14. Islam akhir zaman ni busuk bau bangkai... maaf cakap...
      nak termuntah...
      come on.... bukak minda... Allah itu sayang semua jiwa-jiwa yang Dia ciptakan. sampai hati ke Dia nak musuhi apa yang Dia ciptakan? Dari dulu akak dan adik nak cakap dgn aiz tapi byk sgt penghalangnya. lagi satu group mistisfiles tu.. nak akak mengamuk lagi ke? nak akak jadi orang gila lagi ke? kenapa orang Islam sekarang busuk sangat hatinya? keji. dibenci manusia sejagat.

      Delete
    15. Aiz...akak merayu...bukaklah mata hati Aiz tu... kalau Aiz depan mata akak, pasti akak akan melutut depan aiz mintak Aiz bukak mata besar2....Allah itu Maha Penyayang Aiz... Dia sayang semua jiwa-jiwa. kenapa kita orang Islam dah rosak sampai macam ni sekali? kalau Tuhan nak seksa orang Islam sbb diorang bodoh panggil Tuhan seksa akak dulu sbb akak yang paling bodoh tak dapat sedarkan yang lain.

      Delete
    16. one more thing, akak tak ikut mana-mana group pun. akak ni makhluk asing datang dari planet yang lain dari manusia. datang kat sini nak lempang-lempang muka manusia. seronok keje ni. sambil makan coklat, sebelah tangan tumbuk muka orang..ya...aku gangster Tuhan. sape nak cari gaduh, meh datang sini. kita lawan dengan tangan kosong.

      Delete
    17. Aiz...apa itu deja vu bagimu?

      Delete
    18. cik srikandi kata dia dapat deja vu. ya...aku kenal wajah tu dari zaman dulu lagi. sungguh angkuh susuk jiwa itu. dia tak pernah berubah. bodohnya dia kerana sehingga kini masih tak mengenali wajah aku dan adik ku.hahahahahhahah

      mari ke mari wahai cik seri. mahukah kamu melihat taringku yang penuh darah ini? kenalkah kamu pada wajahku wahai cik seri? kau cari orang depan mata. aku pikir kau buta wahai srikandi gila.

      kau sungguh angkuh dengan ilmu kau itu. sungguh...kau bagikan merak yang sombong.

      Delete
  10. Para penumpang sekalian... kita akan ke suatu Ketika di mana Masa belum lagi Ilmu....
    Di sebuah Dataran... kita akan mendarat tidak lama lagi...

    Untuk pengetahuan, kehadiran kita di sini tetap tidak akan pernah mengubah apa yang berlaku, kita hanya boleh melihat namun tidak dapat menyentuh apa-apa melainkanhati-hati kita yang akan tersentuh. Sila tinggalkan semua barangan peribadi anda di dalam bagasi honey di keretapi ini dan jangan bawak turun. kamera mata hati tu jangan lupa bawak. nak buat kenang-kenangan nanti boleh cerita dengan anak cucu kita....

    lagi beberapa jarak waktu keretapi ini akan mendarat...

    ReplyDelete
  11. Peringatan, pabila sudah mendarat, semua penumpang harus turun dan kita akan bergerak dalam kumpulan. jangan ada yang nak memandai-mandai berjalan sendiri kerana ditakuti anda akan tertinggal pabila lawatan di Ketika ini selesai. Kita akan terus melawat dari satu tempat ke tempat yang lain. Jangan lupa bawa buku nota hati. Buat catitan mana yang perlu.

    ReplyDelete
  12. ponnnnnnn... adoi skitnya telinga dengar bunyi honnnn keta.. ganggu je org nak makann.. hishh..

    kelihatan seorang tua memandu dgn perlahan dan berhati2.. da tua pon xde otak.. buat terperanjat org je.. hmm patutla dia hon.. rupanya ada kwreta lain mengganggu laluan dia..

    kereta sape la agaknya ni.. suka suki je parking.. bengong.. orang belakang meja aku ni haa.. beritau member aku..

    erkk.. alahai menyeesal pulak aku dgn kata2 sebentar td.. hmmm... payahnya nak jaga mulut ni.. apa yg kluar pasti dr hati.. busuk betul hati aku ni..

    eh.. kak mayang.. kita da sampai ke destinasi ke..???
    apa tunggu lg.. jom le.. bawak jalan2..

    seekz

    ReplyDelete
  13. Seekz...

    Jiwa Pemandu pelancong bergetar dari semalam. Rasa nak terbaring je jiwa ni. Tak larat. Ini destinasi yang sensitif buat akak tapi terpaksa juga bawak jiwa-jiwa lain untuk lawatan. Sakit Seekz... Tuhan je yang tahu.

    Jiwa bagaikan lohong yang kosong... entah apa yang hilang. Jauhnya dari genggaman namun itulah yang jiwa cari dan rindukan entah dari bila, entah bagaimana, entah untuk apa...

    Tolong seekz panggilkan pembantu yang tak berwajah tu papah akak balik keretapi jap... dah terbaring di dataran ni...

    ReplyDelete
  14. Tak tahu berapa lama kita di destinasi pertama ni. Mungkin sehingga pemandu keretapi ni pulih dari keletihannya yang berabad lamanya tu..

    Maaf semua, masuklah dan berehat dalam keretapi ini buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  15. Thanks Miss Yabeda for the Sandwiches...

    ReplyDelete
  16. Saya da panggil kak.. tp mereka mcm tak faham pulak bahasa saya yg sy guna.. siapa mereka yg tak berwahah ni??? manusia juga kah??

    seekz

    ReplyDelete
  17. Mereka bukan manusia Seekz. Bicaralah dengan mereka melalui hati. Mereka akan faham.

    ReplyDelete
  18. Bukan semua yang hidup itu punya Jiwa. Tanpa Jiwa tiadalah wajah. Sesetengah makhluk hanya hidup diprogramkan untuk bekerja.

    ReplyDelete
  19. ooo.. kena bicara pakai hati ke.. patut la tak fahamm.. sampai hati makhluk2 ni tak mahu tolong akak.. takde perasaan langsung.. mmg patut pon tak berwajah.. huh..

    tp kak.. betulke ada juga dikalangan manusia2 ni yg tiada jiwa.. mereka tu ada sbg ujian kpd jasad yg dberi jiwa.. cth spt mereka2 di somalia tu. yg tak cukup makanan..

    seekz

    ReplyDelete
  20. Penah dengar cerita malaikat datang dalam bentuk manusia untuk menguji ataupun menyampaikan khabar berita? Dalam hidup ni penuh dengan keajaiban. Bukan semua orang diberi kelebihan melihat perkara yang tak nampak dari mata kasar. Memang sesetengah manusia dihadirkan di sisi yang lain untuk menguji.

    ReplyDelete
  21. salam kak Mayang

    ReplyDelete
  22. ape kesalahan cik sri dri sudut akak? sy teringin nk tahu..

    ReplyDelete
  23. Hehehe...
    Adala... takkan akak nak hebahkan kesalahan dia depan semua orang...
    Dia adalah orang yang hebat. Akak akui. Cuma dia telah menjadi sombong. Sedangkan banyak lagi pintu yang belum terbuka dalam diri dia.

    ReplyDelete
  24. Kesombongan boleh berjangkit. Kerana ia adalah penyakit. Kenapa akak tembak dia? Kerana dia adalah ketua. Dan jika seorang ketua menyebarkan kesombongan maka semua pengikutnya akan berjangkit. Maka pada pandangan adik, adakah itu bukan penyakit yang perlu dibanteras? Akak menegur dia dan menunggu dia datang untuk berhujah dengan akak. Itupun kalau dia tak ego. Nak tembus diri seseorang kena tahu tembusi ego dia. Sebab ego menutupi kelemahan diri yang terdalam. Sedangkan yang terdalam itu sebenarnya menangis.

    ReplyDelete