Saturday 23 March 2013

Suatu Ketika saat Masa belum lagi Ilmu



    foxnomad.com
                                                                                          

Di suatu Dataran yang tak bertuan,

Sungguh saujana mata yang memandang... Luas terbentang... Sayupnya mata memandang... Kelihatan makhluk-makhluk yang serupa wajahnya, tiada berjantina. Lelaki tidak....perempuan pun tidak.. Warna mereka semuanya sama. Tiada rasa tapi punya upaya serupa antara satu sama lain. Namun mereka cukup tersendiri sifatnya...

Mereka ditaburkan di Dataran ini tanpa kenal sesiapa. Satu.... satu.... satu.... Kau....kau.... aku.... aku.... Makhluk ini keseorangan setiap satunya seperti ada yang hilang. Hilang tak dicari. Entah apa yang hilang sungguh sukar dimengerti. Jauh dan sayup-sayup..



reformed4christ.wordpress.com
                                                                                                                                            
Mereka berseorangan setiap satunya. Sendiri. Tiada bersaudara walaupun semuanya sama tak serupa. Asing seasing-asingnya. Sendiri dan bosan. Terpaku. Melahu lama-lama tanpa mengerti di mana, ke mana, kenapa, bagaimana dan untuk apa. Itulah ketika di mana Masa bukan satu Ilmu. Satu...  satu... satu... itulah JIWA-JIWA yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Pastinya punya cerita tersendiri makhluk ciptaan Sang Pencipta ini. Jiwa tidak kenal Penciptanya. Jiwa kosong....sunyi....sepi...dan sendiri...sayupnya angin pun tak dirasai.. Jiwa tidak mengerti. Jiwa cuma Jiwa.

Bergetaran setiap Jiwa dengan tiba-tiba... Entah kerana apa. Melayang-layang.... di awangan namun tidak terbang...

Bergetaran tanpa mengerti lalu sujud setiap Jiwa. Berbaris lurus... dalam keadaan bersujud. Lama mereka begitu... Sujud melengkung dahi dan punggung. Tiada mereka mengerti semuanya.

Kemudian bangkitlah Jiwa dari sujud. Tiada berdiri, melutut dan takut. Dihadapkan mereka depan Sang Pencipta pertama kalinya untuk setiap mereka. Terasa semulajadi suatu pertalian erat antara Sang Pencipta dan Jiwa. Lebih ditambahkan...Kurang dilebihkan. Sama semuanya. Jiwa kini telah kenal Sang Hyang Pencipta yang sangat agung dan adil itu.

Digambarkan pada setiap satu Jiwa dengan gambaran sesuatu yang sangat hebat. Tergambar gambaran yang tiada pernah terlintas oleh Jiwa. Mereka masing-masing menjadi tertarik kerana agungnya gambaran yang terpampang di hadapan mereka itu. Jiwa meronta-ronta mahu memiliki apa yang digambarkan Sang Pencipta. KataNya... ''segala-galanya ini adalah hadiah yang hanya akan Aku berikan pada Jiwa yang berjaya melalui ujian yang sangat-sangat berat.'' berkata pula semua Jiwa, ''aku pasti akan berhasil mendapatkannya kerana pasti akan aku usahakan sedaya mampuku, dan pasti itu semua akan menjadi milikku suatu masa nanti. DemiMu...'' Jiwa bersumpah atas nama Sang Pencipta.

                                                                        www.buncee.com

Bermulalah episod suka dan duka pabila satu demi satu jiwa-jiwa ditaburkan ke Alam-alam Maya dan berevolusi dengannya serta dipadamkan semua memori-memori lampau dan segala apa yang digambarkan di Dataran Tak Bertuan itu lenyap dan dilupakan segala asal-usul. Mereka dilupakan segala-galanya dan mereka perlu mencari dirinya yang sebenar... sendiri....









Inilah UJIAN yang sebenarnya. Untuk mencari dan mengenali dirinya, untuk apa dia dicampakkan ke dalam Alam Maya dan seterusnya siapa Penciptanya. Jawapan segala teka-teki itu sungguh berselirat terikat erat di setiap lipatan Alam Maya ini...


33 comments:

  1. Yang sebenarnya berat untuk aku nyatakan semua ini. Biarlah apapun yang mahu berkata, namun akan aku sudahkan supaya setelah siap nanti aku akan berasa lega moganya dapat aku tidur dengan lena. Perjalananku masih terasa panjang. Ya benar, setiap butir kata Puteri Jalanan mempunyai maksud. Sifatku tidak boleh sepertinya walaupun kami sering disamakan. Ya... aku sakit tinggal di zaman ini. Perit rasanya terkadang bila aku lalui hari demi hari. Namun aku sedar keberadaanku di sini punya erti dan setelah semuanya selesai mahu aku pergi dan tidak kembali. Hanya kerana kasih aku datang dan bukan selalu aku diperlukan. Aku ini sungguh malas orangnya. Hanya akan bertindak jika benar-benar terpaksa. Maafkan aku Tuhan...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Lagu khas untuk mereka yang mencari dirinya sendiri..

    ReplyDelete
  4. Diuji satu satu atas permintaan Jiwa itu sendiri..
    Penciptanya sangat-sangat sayang kepada semua Jiwa.. Tiada satu pun jiwa yang dimusuhi Tuhan.

    Selepas tamat episod suka duka di Dunia..semua Jiwa akan pulang mengadap tuhan..

    Maha Suci Tuhan



    ReplyDelete
  5. Dedikasi buat seorang sahabat yang hidup Jiwanya. Kehadiran kami di sini hanya untuk mengetuk pintu-pintu hati manusia yang seolah-olah hilang jiwanya entah ke mana. manusia lupa siapa dirinya. lupa dari mana. lupa datang untuk apa dan mahu ke mana. sesungguhnya jiwa bukanlah jasad dan bukanlah ruh. jasad dan ruh hanya dipinjamkan dan jiwa itu sendiri berevolusi dengan bumi dan memerlukan jasad dan ruh hanya dipinjamkan dari kerajaan langit. kita akan bicara hal ini di episod yang seterusnya. aku ini cuma menyampaikan. aku tak mahu merayu melutut depan kaki orang untuk mempercayai apa yang aku katakan. aku hanya menyampaikan, selesai semua, cukup waktu aku akan pergi.

    ReplyDelete
  6. Setiap Jiwa itu sama. Mereka sebenarnya sentiasa mencari-cari kerana fitrahnya ada yang hilang dan kehilangan itu membuatkan jiwa berasa kosong mahu diisi. Entah apa yang dicari, Jiwa pun tak tahu.

    ReplyDelete
  7. Hal Jiwa telah lama dibahaskan dari awal peradaban hidup manusia. Hal ini juga suatu persoalan yang kerap didebatkan dalam bidang falsafah mahu di Barat ataupun Timur. Manusia fitrahnya akan berfikir-fikir dan mencari-cari siapa dirinya yang sebenar. Dikutipnya pengalaman, kata-kata mutiara dalam hidup untuk menilai erti kehidupan ini. Bukanlah tujuan manusia itu hidup untuk mengulang-ulang rutin hariannya namun graf hidup itu seharusnya meningkat dengan pengertian yang semakin mendalam demi sebuah erti.

    Abadi itu ada pada Jiwa dan hanya mereka yang temui Sejati Diri akan menemui Tuhannya.

    ReplyDelete
  8. Jiwa lemah pada asalnya, namun ujian demi ujian akan menguatkan Jiwa dan had kekuatan yang mampu dimiliki oleh Jiwa ialah Infiniti. Jangan fikir kita orang Islam kuat Jiwanya dengan adanya Tuhan di sisi. Tuhan menyayangi semua Jiwa yang diciptakan.

    ReplyDelete
  9. Setelah selesai lawatan di sini, bagi sesiapa yang mahu pulang, silakan. Saya tidak pernah memaksa anda untuk turut serta.

    Sesungguhnya bergetarlah Jiwa-jiwa jika disebutkan Namanya dan apabila bersentuh dengan sesuatu yang mengingatkan kembali kepada asal-usulnya.

    ReplyDelete
  10. Hari ini jiwaku terasa sungguh rapuh. Lemah dan tak bermaya. Setiap manusia punya perjalanan dan jalan cerita hidupnya sendiri. Dilakarkan setiap hari sendiri dan ada masanya dia akan diheret Takdir dengan sesunguh-sungguh kuasa dan dia hanya termampu membiarkannya berlaku. Semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Aku hanya manusia. Bukan siapa-siapa. Aku lebih suka tinggal dan hidup terpencil lalu aku catatkan semua di dalam diari tentang kehidupan tenang yang aku lalui. Namun, apa dayaku, dicampakkan aku ditengah-tengah manusia yang pelbagai ragamnya. Jiwaku memberontak melihat semua kepalsuan, keegoan, ketamakan manusia.

    If all else fail, would you be there to love me...
    When all else fail, would you be there to see right through me...

    ReplyDelete
  11. tidak mampu utk melihat wajah sendiri melainkan cerminan di alam maya utk mengenali siapa diri di tengah pentas dunia. dunia bukan tempat utk tinggal selamanya. akan meneruskan perjalanan, lepas ini ntah kemana.

    dlm wajah bayi terdapat wajah tuanya dan wajah tua terdapat wajah bayinya.
    1 wajah yg tetap tak berubah. begitu juga anak kepada ibu bapanya.
    dalam jutaan wajah-wajah, ku terasa melihat 1 wajah tapi tiada kalam utk di ungkapkan tentang itu. cuma ada satu perkataan sahaja: rindu

    dunia makin lesu. menongkah masa utk mengumpul pengalaman agar dapat meneruskan hidup. persoalannya.. sampai bila?!

    ReplyDelete
  12. ya. rindu.
    ya. sampai bila...
    sehingga saat sumpah terlerai dan kita akui 'diri' kita sendiri.

    ReplyDelete
  13. Jalan cerita diikat dengan sumpah dan janji. jangan mengelak tapi selesaikan setiap yang datang dengan jujur dari hati. saat itu yang dirindu akan kembali dan tak lari lagi.

    ReplyDelete
  14. Cuma ketahuilah, terkadang hakikat diri adalah suatu perkara yang kita paling nak tahu. tapi disaat kita tahu kita akan merasa yang kita tak nak tahu perkara tu. huh... such a complicated feelings! God...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Kata-kata ini saya quotekan dari seorang sahabat, sebagai pakej JIWA untuk berada di bumi tempat ujian Jiwa. Dengan gabungan Ruh, Jiwa dan Jasad barulah dia digelar manusia. Sebelum itu dia adalah semata-mata Jiwa. Mungkin kita akan bicara soal hati dan akal pula di post yang berbeza.

    Sebelum itu kita pelajari Jiwa apa kata kita amati dengan cermat apa itu RUH.

    Wahai murid-murid yang budiman. Ruh ini berbentuk bulat dan sedikit lonjong serta pipih. Ruh berwarna Biru muda dan bercahaya amat malap. Saiz serta warna setiapnya adalah sama dan serupa. Saiznya lebih kurang sama dengan tengkorak manusia dewasa. Cuma kecil sedikit. Semua manusia, malaikat, jin, syaitan, iblis, dajjal serta binatang memiliki Ruh. Cuma dengan Ruh semuanya makhluk tersebut boleh hidup termasuk saya. Ruh ibarat pertrol bagi kenderaan bermotor tanpanya ia mati.

    Saya berkenalan dengan makhluk yang namanya Ruh sewaktu saya berumur 3 tahun. Keluarga saya adalah sangat kucar-kacir lantaran sikap ayahku yang mata keranjang. Saya hairan bagaimana adik beradik ku yang lain tidur. Saya sukar untuk tidur bila memikirkan sikap ayahku yang sering meniduri wanita lain.

    Saya seringkali dibawa bersama demi untuk mengaburi mata ibuku. Diumur tiga tahun saya tidur berendamkan air mata sehinggalah satu hari 3 makhluk yang setiap satu berwarna biru dan bercahaya malap datang bermain dan menghiburkan. Saya tidak tahu apakah itu sehingga lah Ibuku yang amat aku sayangi meninggal dunia. Saya dibawa oleh Allah Tuhanku melihat "pulangnya Ruh-ruh manusia" ke langit dalam keadaan jasad dan jiwa yang sedar.... yakni saya tidak tidur pada ketika itu. Sesuatu berbentuk bulat leper dan berwarna biru malap, saiz tengkorak manusia dewasa tersusun satu..satu.. satu sedikit melengkung dari Bumi terus keLangit yang tinggi. Cantik sangat mengasikkan. Dari jam 3 pagi sehingglah hampir azan subuh barulah Jiwa saya dipulangkan semula kepada Jasad. Ketika itu saya sedang duduk disebelah isteri saya yang sedang tidur. Maha Suci Allah.

    Tugas utama Ruh adalah untuk makhluk itu hidup didunia ini. Ruh disifatkan tidak punya harga disisi Allah semasa diBumi. Ruh dipinjamkan dari kerajaaan Langit. Ruh adalah pemangkin untuk Jiwa dan Jasad melekat. Ia bersifat mengisi ruang seperti cecair yang dituangkan kepada sesuatu acuan. Cuma dengan adanya Ruh, Jasad dan Jiwa dapat bersatu..... maka namanya ditukar kepada Manusia. Apabila manusia mati Ruh akan dipulangkan kepada kerajaaan langit.

    Sekarang kita amati dengan cermat pula apa itu Jasad.

    Jasad ini mempunyai 4 unsur utama iaitu air, api, angin dan tanah. Jasadlah yang menjadikan kita manusia berbeza-beza kerana diambil 4 unsur itu dari tempat yang bebeza. Cantik atau pun buruk sesuatu jasad adalah bersifat subjektif.... maknanya dinilai secara berbeza oleh otak manusia.

    Kecantikan sesuatu Jasad bukanlah cerminan sesuatu Jiwa. Matlamat utama Jasad adalah untuk manusia itu dilihat oleh makhluk lain. Manusia benar-benar ujud pada ketika itu. Kecantikan manusia seringkali menjadi sebab sesuatu Jiwa itu gagal dalam Ujian semasa diBumi. Lebih banyak kelebihan seseorang manusia itu maka lebihlah pula insan itu diuji dan diuji maka bertambah payah lah ia untuk berjaya. Allah Tuhanku adil pada ketika itu.

    Setiap manusia dijadikan bersaudara kerana jasad. Darah daging manusia bersambung-sambung disetiap kelahiran. Manusia diBumi bersaudara kerana berkongsi darah yang sama. Syahwat adalah makhluk. Syahwat dijadikan sebagai alat untuk melahirkan Jiwa yang akan diuji nanti. Nikmat seks inilah yang diagung-agungkan umat manusia. Sedangkan ianya cuma sekadar Ihsan dari Allah Tuhanku.

    Jasad ini sekadar pinjaman aja. Selepas mati ia dipulangkan kepada Bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penchinta

      wah dah lama x baca entri nie..tapak tapak hampir..erm..sungguh..penchinta terima

      penchinta

      Delete
    2. wt homework ek...huhu
      Tapak2 Hampir campur info Jayanegara.

      Thanks penchinta sbb sudi bertandang..

      Delete
    3. best kn entri ni..penuh makna

      Delete
  17. Aku mengerti hal seperti ini kerap dibahaskan di mana-mana dan yang selalu mengambil bahagian dalam perlumbaan ini adalah golongan sufi atau wali-wali namun jujur bagiku aku sendiri belum benar-benar jelas sebelum ini. Ilmu diberi oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

    Manusia perlu tahu tentang asas-asas dirinya sebelum dia menyelongkar lebih jauh tentang misteri hidupnya. Maka persoalan tentang JIWA, RUH, JASAD, HATI, NAFSU DAN AKAL perlu diselesaikan dengan jelas supaya dia mengerti siapa dirinya yang sebenarnya dan kenapa seringkali komplikasi dan perang dalam diri kerapkali berlaku.

    Setiap orang punya pendapat sendiri. Namun jujur aku katakan aku bukan mahukan pendapat, sehingga kini pun aku masih lagi mencari kebenaran yang sebenar-benarnya kerana ia sungguh berlapis-lapis!

    ReplyDelete
  18. Mencari kebenaran bukan untuk menjadi juara, berada di tangga paling atas dan dapat trofi. Ia bagiku sungguh peribadi dan aku lebih suka menolak egoku sendiri pabila aku menemukan dengan sesuatu yang aku cari. Di alam cyber ini, janganlah kita bersikap mahu menjadi juara. Aku tahu semua ini bergantung kepada niat dan keinginan kita serta pencarian abadi (eternal quest) kita.

    Aku ini hanya mahu menjadi pengembara, pendeta dan pujangga. Aku senang seperti ini. Dan selamanya akan aku seperti ini.

    Aku mencari erti kerana di situ aku temukan kebahagiaan yang aku cari selama ini dan tanpa ini jiwa aku kosong tanpa erti.

    Maka biarkan aku begini. Ramai yang mengetawakan takdirku, digari, diheret ke sana ke mari, dituduh dengan pelbagai tuduhan. Namun jujur aku katakan, aku senang dengan takdir ini kerana aku dapat mempelajari sesuatu yang tidak pernah diajar oleh sesiapa. Malah kerapkali aku menemukan intan dan mutiara sepanjang cubaan ini. Maka kamu jangan salah sangka, aku tak akan biarkan diriku kalah walau apapun takdir yang akan menggulungku di hadapan sana.

    ReplyDelete
  19. Aku harus kuat kerana aku percaya jiwaku hebat mampu menanggung ujian walau seberat mana. Biar aku mati ketika diuji agar jiwaku yang dulunya bukan siapa-siapa dapat pulang dengan bangga.

    ReplyDelete
  20. Semakin aku lalui hari-hari terkadang semakin ketara di hadapan mataku ini semua ilusi sehinggakan aku kadangkala ternampak rentak dan corak permainan Tuhan. Hukum sebab akibat ada coraknya. Akan aku kuatkan tekad dan kepercayaanku. Aku tambatkan semuanya erat-erat di lubuk hati yang paling dalam dan tak akan pernah sesiapa akan bisa menggugah semua ini kerana aku mahu menjadi raja kepada diriku sendiri.

    ReplyDelete
  21. Jiwa aku jauh lebih tua dari jasadku ini. Aku penat, namun aku masih larat untuk sudahkan semua ini. Aku lahir dan hidup dengan misi. Aku punya target markahku sendiri untuk ujian hidupku sendiri. Cukup tiga perkara, Aku mahu kenal diriku sendiri, aku mahu kenal siapa Tuhan dan aku mahu lulus ujian di bumi. Setelah itu, bawa aku pulang wahai Tuhan. Kakiku dah bengkak dan berdarah melalui hari-hari.

    Aku harus pastikan aku bernafas setiap esok paginya kerana aku masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Tidur selamanya adalah mati.

    ReplyDelete
  22. As my soul heals the shame..
    I will grow through this pain
    Lord I'm doin' all I can
    To be a better man ..

    Better Man - Robbie William

    ReplyDelete
  23. Ppon ponnnn..
    Keretapi dah pulang..yeye dah pulang..kita sudah tiba..yeye .. Welcome to Malaysia huhuhu..
    Jauh sungguh pengembaraan Masa tu..Cik Mayang..nampak nye semua penumpang keletihan dan dalam kekusutan..he he he..lidah kelu..antara percaya atau tidak..

    Getting Lost will help to find yourself..
    Life is short..Tidur selamanya adalah mati..

    Cik Mayang nasi lemak sambal sotong ada tak??




    ReplyDelete
  24. Penumpang lemah semangat ya Cik Yabeda...
    Hmm...

    Sigh...nak kena pengisian yang penuh kasih sayang ya cik yabeda?
    Jap nak download software jap...

    ReplyDelete
  25. Terperanjat lemah semangat...
    oh pocot...

    ReplyDelete
  26. Lama sangat main panas kat taman permainan, tak elok untuk kesihatan cik Yabeda. nanti sakit.

    ReplyDelete
  27. Dah la ... jom balik....
    Semua penumpang sila masuk ke dalam keretapi, setelah kami kira jumlah penumpang kita semua akan siap2 untuk berangkat pulang...

    Enjin telahpun panas......
    POnnnnn.....

    ReplyDelete
  28. Harap maaf jika ada yang tersinggung. Aura dan tarikan Destinasi pertama agak rumit.

    ReplyDelete
  29. Okay...keretapi dah sampai ke tahun 2013...
    selamat pulang semua, keretapi akan pergi ke zaman yang lain kerana ada panggilan untuk penumpang yang lain.
    Goodnite semua!

    ReplyDelete
  30. penchinta

    mengapa perlu rasa penat?kamu beruntung dapat jasad yg lebih bertenaga..jiwa mu tua penuh pengalaman dan harapan,jasadmu juga gagah..jd pilot nie bukanya senang..org terpilih dan lulus aje..

    mayang sari,sekiranya kamu lulus dalam peperiksaan,jgn la bawa keputusan terus ke cikgu..bergurau senda dgn kwn2,berkongsi kegembiraan,kesedihan..bgtau la apa rahsia kejayaan pada mereka....barula pegi jumpa cikgu untk ucapan terima kasih..

    penchinta

    ReplyDelete