Sunday 17 March 2013

Jeritan JIWA ...... dapatkah kau dengar? kenalkah kau pada 'aku'?


Jiwa....
Apa itu jiwa...? Aku mengembara melalui masa... zaman remaja... dewasa... dan masih seringkali aku termenung.... seolah-olah aku terbang mengembara dan berfikir siapakah aku ini. Kenapa aku tak seperti yang lain. Aku tak peduli apa kata mereka kerana mereka tidak tahu apa yang aku fikirkan dan mereka juga tidak pernah tahu siapa aku yang sebenarnya dan aku pun tak mahu ambil peduli tentang mereka melainkan aku terpaksa.

Namaku Muhdalena Ahmad. Aku pernah membenci namaku sendiri yang kedengaran sungguh pelik dan mungkin jelek. Namun, dalam meniti masa sedikit demi sedikit aku mula diajari tentang namaku sendiri. Tiada kebetulan dalam kehidupan ini melainkan itulah yang terjadi dan diulangwaktu kembali pun tetap tak akan berubah melainkan sesetengah perkara terkecuali. Segala yang berkait dengan diri kita, itulah kita. Apa yang kita suka, apa yang kita benci, suara rahsia dalam diri, ketakutan, keberanian, keinginan, sifat kita, mimpi kita, khayalan kita, nama kita, kegemaran kita, perangai buruk kita semua dan segala. Semua didatangkan dalam pakej dari lahirnya kita dan setiap dari kita itu unik dan berbeza. Tak pernah kamu itu aku dan tak akan pernah aku menjadi kamu.

Peliknya...nama kita tu nama siapa? Kita... iya... kamu...aku?... ya.. kamu tu.. Dah tak payah tertoleh-toleh ke belakang lagi.. kamu la tu.. Hm... aku.. siapa aku? Nak kata tangan ni aku, bukan.. ini tangan aku.. bukan aku.. semuala.. semua ni kat badan ni bukan aku.. abis... aku kat mana? dalam badan aku ni kot... tak jumpa pun... ha.... itulah jiwa yang Dia ciptakan. Ternyata dan terang aku itu bukan pada jasad. Tapi... kenapa dulu aku sekolah cikgu tak pernah cerita. Ustaz pun tak cerita. Mak aku pun tak cakap apa-apa. Mungkin bagi mereka di luar sana ini adalah satu soalan mudah yang tak perlu nak tanya pun. Buang masa. Tak mendatangkan hasil. Tak dapat duit berkepuk-kepuk pun.

Tapi ini soalan penting bagi aku... Aku mencari dan terus mencari. Aku tak peduli mereka nak kata apa, dan aku tak peduli mereka nak percaya apa. Yang aku tahu, aku memang nak tahu dan aku tak tahu bagaimana kepercayaan aku itu tidak semena-mena akan terpahat jika aku ketemu dengan apa yang aku cari, dan aku akan percaya dari dalam lubuk hati aku dan aku tak peduli orang nak kata apa. Apa yang aku percaya itu hak aku. Biar mati pun tak apa dari aku paksa diri aku percaya apa yang mereka mahu aku percaya.



Ruh... Jasad dan Jiwa....
Soalannya.... ada tiga tu... yang mana itu adalah kita? Diri kita yang sebenarnya....


11 comments:

  1. Pembuka bicara tentang jiwa..
    Aku bukan pada telinga, tangan atau badan..

    Apa yang dinilaikan oleh manusia ialah fizikal jasad aku ...
    Apa yang di nilai oleh Maha Pencipta ialah jiwa yang merdeka..
    yang bukannye takut pada manusia..
    yang kamu dibolehkan membuat keputusan sendiri..
    yang kamu adalah Raja dalam membuat keputusan..
    Jiwa yang punya misi..yang telah diambil kesaksian dihadapan ALLAH

    Allah telah berfirman:

    "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

    ReplyDelete
  2. Dengarkanlah..
    Panggilanku..
    Dengarkanlah..
    Lagu untukmu..
    Angin Lalu..
    Kau sampaikan..
    Rasa RINDU..
    Yang membara kepadanya..

    Lagu Suatu Masa
    M.Nasir

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan dari selendang kuning...cewah...haha~

    ReplyDelete
  4. cik yabeda...
    nak sandwich tuna...
    nanti saya attachkan sbgmana request anda ek..

    cik puteri....thanks for the support...
    nanti sy nak tempah rumput karpet kat awk eh...gantikan pokok pontianak kat luar rumah tu. buat dia btenggek plak malam-malam. boleh plak dia wat bunyi keretapi brek kat tepi dinding bilik malam tadi. bengang tul!

    ReplyDelete
  5. Thank you post lagu..

    I LIKEEE...

    ReplyDelete
  6. Jiwa kusut.. jiwa celaru.. jiwa kosong... apa ubatnya?? ceritalahh..

    seekz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bicaralah Bahasa Tuhan wahai saudaraku...
      aku titipkan kata-kata sesorang buatmu,

      minta saja apa mau mu dariNya. Desak Dia tanpa kamu bersuara sedikitpun. Biarkan JIWA meluahkan. Jiwa tidak punya suara. Minta apa mau mu. Jadilah kamu bagai budak kecil yang menangis dan merengek. Biarkan seluruh Jasad dan Ruh bergetar. Biarkan semua airmata kau gugur. Biarkan lama.... lama dan lama.... Biarkan 3 unsur ini benar2 bersatu jadi satu. Hening. Jika semuanya telah lenyap. Cuma ada ujud Kamu dan ALLAH.... tika itu barulah kamu bersuara dengan pelahan-lahan. Untuk meminta sesuatu tika diBumi 3 unsur RUH, JASAD dan JIWA wajib disatukan. Ketika itu pasti apa mau mu tertunai.

      Delete
  7. Bagaimana nak tahu getaran itu terjadi... boleh ke kita tahu?

    Ruh dan jiwa.. tak sama ke??

    seekz

    ReplyDelete