Tuesday 2 April 2013

Lihatlah alam yang terbentang luas...

www.yogis.net


Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Bayangkan semua kekusutan itu keluar bersama-sama nafas yang menyesakkan itu...

Telah lama kita hidup dalam keserabutan jiwa. Seolah-olah mayat hidup yang pergi kerja dan balik kerja. Makan dan minum. Tanpa hadir kesedaran dalam jiwanya.

Sesungguhnya alam ini terlalu indah untuk dinikmati. Mengapa kita seringkali lupa mensyukuri nikmat Tuhan? Bukalah mata seluas-luasnya dan jadikan hati kita suatu tempat yang tenang untuk diduduki..

Buangkan semua hasad dengki dan kebencian di dalam hatimu kerana kebencian itu menyesakkan jiwa dan memakan rasa kasih sayang yang ada dalam hati.

www.mywalls.net


Tarik nafas dan lepaskan berkali-kali. Lupakan semua kebencian dan hiduplah dengan tenang dan aman. Sekiranya alam bergoncang sekalipun, jadilah kamu sebagai makhluk Tuhan yang memberi perlindungan pada yang lain dan hangatkan mereka dengan kasih dan sayangmu tak mengira siapa pun dia dan apapun kepercayaannya. Kerana kita berkongsi bumi dan udara yang sama.



Jadilah manusia yang baik hatinya. Jadilah benih yang baik dicampak ke bumi menjadi bukit dan dicampak ke laut menjadi pulau.

Salam sayang dari saya...



19 comments:

  1. saya dtg lagi :P

    ni meditasi ke?
    lagi satu nak tanya, akak ni ada kaitan dgn annur tu ke? aritu kat komen akak kata penah kena tembak? akak kije polis ke?

    apapun yg terjadi, tu skrip di dunia kini. mmg kadang kala nak selamat kan semua, tp tak mampu diri nak buat begitu. cukup sekadar diri dan family (itupun kalu mampu). sejuta satu manusia, sejuta satu cara manusia kenali dirinya. dunia makin mencengkam adalah utk manusia berputus harap pada dunia agar pulang pada tuhannye.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dh baca ke komen kt atas? huhu

    ReplyDelete
  4. Akak ni kakak Annur. Yang korang panggil gila, sesat, belajar tak berguru, yang korang panggil aku ni bala untuk manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr.. yg ni sy konfius sikit. sapa kata camtu kat akak?
      jap, saya dgr org2 bercakap, kes kat putrajaya tu adalah annur. tol ke? maaflah kalu ni bersifat peribadi skit. mgkn sy tak perlu masuk campur dlm hal ni kot.

      tp perjuangan akak sy tgk adalah utk 'create harmonic earth'
      mmg sukar dan hampir mustahil utk jadikan bumi ni satu medan yg harmoni.
      sebab sejak dulu lagi mmg manusia di rekanya camtu. bukan bumi yg menghimpit depa tapi depalah menghimpit bumi hinggakan bumi terpaksa react ke atas kejahatan manusia. yang kesiannya, manusia2 tak bersalah..

      kejahatan di muka bumi ni adalah dari tangan2 yg berkemampuan (ego dan punyai kuasa).. berbanding manusia biasa yg tak mampu buat apa2..
      senang kata; selagi 'azazil' memberikan ilmu survivor pada anak adam, selagi tu mereka berperang.

      Delete
    2. Bkn Annur yang ke Putrajaya. It's me. Aiz, open your mind. It's okay, Azazil buat kerja dia, dia tak salah. Dia telah diprogramkan begitu. Biarkan. Kerana Tuhan telah menciptakan Putih berpasangan dengan Hitam. Salah Hitam tinggalkan Putih berkuasa sendiri. Kebaikan dan Keburukan datangnya dari Allah. Kita kena terima hakikat bahawa Tuhan punya sisi Gelap. It's okay...jangan simpan benci dalam hati. Let Them be. Kalo Aiz di golongan Putih, Yes, you have to fight for it. Because, putih dan Hitam wajib berlawan dengan bersungguh-sungguh bagi membentuk kestabilan di atas muka bumi. Keadaan atau proses ini memang perlu. Inilah nurMuhammad. Azazil kena suruh orang buat jahat sungguh2 dan Dajjal kena ajak orang menipu bersungguh-sungguh dan jiwa-jiwa khalifah melawan mereka dengan sifat kepimpinan mereka bersungguh-sungguh. Baru thrill medan ujian ni. Semua tu warrior.. cuma Azazil dan Dajjal tidak mengetahui Hakikat yang mereka tidak wujud. Mereka hanya punya Ruh dan Jasad. Tiada Jiwa kerana mereka tidak diuji. Ini Rahsia Alam kan? Perkara ini dihijabkan dari mereka. So...jangan simpan benci pada mereka, tapi lawan dengan sepenuh hati tapi relax. Tk payah tension. Hero kena cool... Macam citer Thor..

      Delete
    3. Yes I came here to create Harmonic Earth. Dunia dulu dah berakhir sekarang kita sedang wujudkan dunia baru. Kuatkan gelombang ni, create Harmonic Aura as biggest as you can umpama kita menegakkan tiang rumah cuma ini tiang dunia so lagi berat. Lawan pendusta-pendusta agama, jgn benci mereka tapi lawan kejahilan dan keegoan mereka. fahami rentak permainan Tuhan dan bentuk mereka menjadi pembantu kita nak tegakkan tiang ni. We are going to make it. Setiap jiwa sekarang akan memainkan peranan masing-masing. Jangan tunggu Imam Mahadi....sia-sia... mengapa nak tunggu Imam Mahadi yang tertinggal keretapi tu? Jangan wujudkan imaginasi Imam Mahadi yang wujud dari sangkaan kita tu. "Imam Mahadi" yang didatangkan dari Tuhan tak sama seperti apa yang kita fikirkan. So, pedulikan dia, jangan pening kepala nak cari dia. Pandaila dia nak buat keje. Besarkan dan kuatkan gelombang Kasih Sayang. Itulah Kalimah La ilaha illallah dengan kata yang mudah dan ringkas.. Bukan semua orang ditugaskan menghadam Kalimah ini dengan baik. Sangat sakit bagi siapa yang punya tugas ini, tapi ia sungguh menguntungkan. Tegakkan tiang ni. Tegakkan Kalimah ini untuk wujudkan dunia baru, zaman baru. Aiz, please understand this, I know, you have been looking for this for a very long-long time... this is for you and I bet nobody will tell you as how I did..

      Delete
    4. Hapuskan semua kuasa dan tegakkan Kebesarannya. Tinggalkanlah dunia 'kesufian' tu. Dunia sufi ni banyak yang samar-samar..Rasai Tuhan dengan hati dan jiwa Aiz dengan cara Aiz sendiri.. Syok wooo...

      Delete
    5. Fahami apa itu harmoni... macam orchestra.. rasai keseronokan permainan Tuhan ni.. jadilah pejuang... jadi orang yang bijak.

      Delete
  5. aku yang gila ke, mereka yg gila?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Aku mohon dan merayu pada kamu yang punya hati, sebarkan apa yang aku sampaikan di sini. Halang mereka dari melancarkan kebencian ke atas makhluk-makhluk yang lain. Sungguhpun jika kamu tidak mampu menahan gelombang takdir, jadilah manusia yang punya hati dan peri kemanusiaan. Sebarkan kasih dan sayang atas muka bumi dan jangan dicerca ataupun membunuh manusia kerana kepercayaan mereka tak sama dengan kepercayaan kamu.

    ReplyDelete
  8. Apalah gunanya kematangan fikiran, bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah, ku lihat hijau...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... dalam Muhammad tu ada rahsianya.. galilah...
      Tuhan best ar.. Dia cool dan seronok dibuat Kwan.. try la communicate dengan Dia, mesti Dia reply. Take it easy, penderitaan pun satu kebahagiaan bukan? Dihujungnya ada ketenangan hati.

      Delete
  10. salam kak Mayang Sari..

    ReplyDelete
  11. meriah jugak blogni.. aizverus pun lepak cini..

    ReplyDelete