Wednesday 3 April 2013

Bangkitlah wahai Laskar CintaKu.... Aku Seru...

Laskar Cinta....

Mari kita bangkit dan bersihkan hati kita. Seraplah semua udara-udara cinta dan lepaskan nafas-nafas kebencian dan hasad di dalam hati-hati kita.

shameet.wordpress.com
  
Tiada kata yang mampu aku beri melainkan rasa yang aku terbangkan dari hati. Bangkit dan hidupkan jiwa-jiwamu wahai tentera cintaku. Jika ego di dalam hatimu masih bersisa, kamu boleh pergi jauh dari Aku atau jika berani kamu hampir walau setapak dekat kepada aku, nahas kamu! Akan aku perangi kamu sehabis-habisnya dan tidak aku peduli siapa kamu. Akan aku jadi kejam lebih dari apa yang kamu pernah dengar atau bayangkan. Sesiapa yang hadir di sini yang datang untuk menguji atau mentertawakan aku, kamu boleh pergi, atau akan aku hentak jiwa kamu sampai kamu merangkak-rangkak dan berlalu pergi. Jangan kamu berani-berani angkat muka sombongmu depan Aku, atau kamu akan aku jadikan jiwa luka yang penuh darah dan akan aku tambat jiwa busuk kamu dijadikan pameran buat sesiapa yang lalu lalang di sini. Ingat amaran aku. Aku tak mahu kamu yang ego, busuk, bodoh dan sombong. Jauh kau dari Aku.

www.myspace.com

Dan marilah dekat padaku wahai jiwa-jiwa yang sakit, letih dan sedih. Sandarkan jiwamu padaku dan akan Aku serapkan tenaga tak terkalahkan padamu. Ya, Aku kagum pada jiwa-jiwa pejuang. Dekat padaKu wahai kekasihku. Mari kita berjabat erat dan satukan jiwa kita denganNya. Dah terlalu lama bumi dan isinya disakiti dan dilukai. Pekat sungguh darah yang tumpah sehingga terdengar ke serata alam gema tangisannya. Rasai kesakitan mereka dan dengari raungan hati mereka di dalam jiwamu. Nescaya kamu akan menangis tanpa henti.











Bangkitlah wahai Laskar CintaKu..
Aku mahu kamu... kamu... dan kamu...
Bangkitlah jiwa-jiwa cintaku...
Aku seru kamu..
Datang merangkak dan melutut di kakiKu.


38 comments:

  1. Dengarkan ini baik-baik...

    Barangsiapa yang mahu menyiapkan Panji-Panji Bodoh untuk diserahkan untuk yang bodoh juga, silakan. Tapi ingat, kamu hanya bermimpi di suatu tempat yang penuh dengan cermin-cermin. Teruskan kamu berkhayal di situ. Dan jika ada setitik pun darah yang tumpah kerana perbuatan kamu dan kebodohan kamu, terimalah kutukan dariKu. Kamu akan Aku jadikan orang yang kalah dan tidak Aku peduli untuk memberikan kemenangan pada golongan Hitam kerana mereka lagi punya hati dan akal lebih jauh dari kamu yang bodoh sombong dan keji.

    ReplyDelete
  2. Dan aku?

    aku cuma duduk di hadapan kamu, menonton semua lakonanmu sambil memakan sandwich tuna segar yang penuh dengan salad, mayonis, tomato dan umph.... sungguh tak terhingga enaknya.

    sayang betul Tuhan dengan aku, diberiNya aku makanan seenak ini..

    ha...
    lawan lagi...lawan lagi..
    dush...dush...
    ha dah tumbang, tu belakang tu,
    hentak dia lagi..
    huhu

    oi...amekkan jus nenas segar dalam peti ais tu. jangan malas, bangun, nanti aku belanje ko makan apa yg ko nak eh..

    ReplyDelete
  3. Hm....terasa sesuatu dari masa depan akan datang menyapa manusia...

    Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu wahai manusia?
    Tentang suatu, kekuatan infiniti...
    Bagaimanakah kita bisa memiliki JIWA yang sekeras besi? Malah jauh lebih dari itu.

    ReplyDelete
  4. Mari aku ajarkan sesuatu. Bagaimana caranya untuk tetap terus bertahan walaupun satu alam semesta akan menimpamu dan kamu dapat tetap terus hidup?

    ReplyDelete
  5. Aku sentuh jiwa kamu-kamu, sambutlah tanganku..

    ReplyDelete
  6. Aku terbau darah... angin dari masa depan menyapaku..
    Ingat pesan2ku di sini wahai saudaraku..
    Kita tak akan tahu apa yg akan berlaku, namun, siapkan jiwamu..

    ReplyDelete
  7. Jika manusia lain sedang mengasah pedang dan parang di luar sana, aku mahu kamu terus-terusan belajar berkomunikasi dengan Pencipta kita. Genggam erat-erat Tali Tuhan...

    Ya Allah...apalah yang aku rasa ketika ini. Aku terdengar tangisan dan rintihan manusia. Masa yang kita tak pernah jangka, aku risau akan tiba. Seandainya mampu ku hentikan masa, akan aku cuba selamatkan semua jiwa dan raga.

    Akan aku cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan manusia..

    ReplyDelete
  8. Siap sedialah wahai Laskar Cintaku.

    Manusia sudah hampir siapkan barisan mereka berarak masuk ke medan perang dan masa adalah kenderaan kita. Masing-masing dengan puak-puak masing-masing. Apa pilihanmu? Semua manusia dipaksa masuk dalam kenderaan masa ini tiada yang terkecuali melainkan mereka yang telah mati.

    Wahai Laskar Cintaku,
    Tetapkan langkahmu dan semarakkan cinta di dalam hatimu terhadap makhluk Tuhan yang lain..
    Kasihani mereka, bantulah mereka tanpa memilih siapa pun mereka..

    ReplyDelete
  9. Lasakkan jiwamu untuk terus hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Tak mengapa, jiwa tahan, kerana jiwa punya kekuatan luarbiasa.

    ReplyDelete
  10. Cintalah yang akan menang dan berjaya bertahan sehingga ke akhirnya.

    Manusia...kamu tak letih-letih berperang.
    Kerana kasihan kami turun ke bumi,,,

    KalimahMu akan berdiri utuh dan teguh terus gagah menjalani takdirMu ya Allah..
    Cintalah yang akan terus hidup...
    Yang palsu akan hancur di dalam peristiwa di masa depan..
    Hancurlah kau wahai semua yang tak wujud!

    ReplyDelete
  11. Tinggallah Kau sendiri... semua rasa terkumpul menjadi satu...
    Itulah perlambanganMu sentiasa selalu...

    Sesungguhnya tiada apa yang wujud, melainkanMu.
    Sentuhlah dan sambutlah dengan rasa kasih dan kasihan...
    Dunia dan seisinya memerlukanmu wahai Laskar Cintaku...

    Lahir dari hati yang bersih dan keluarkan budi yang jernih...
    Itulah ikhlas wahai saudaraku...

    Terus-terusanlah rasai tangisan jiwa dan menangislah kamu bersama-sama mereka, kelak, jernihlah yang akan kau temui...

    ReplyDelete
  12. Wahai Laskar CintaKu,

    Tegakkan Kata-KataKu dengan sepenuh jiwamu.
    Jasadmu bisa luka parah, namun jiwa tetap gagah..

    Tegakkan KalimahKU wahai Laskar CintaKu..

    ReplyDelete
  13. Manusia memang akan terpinga-pinga pabila mendengar kata-kata kami..

    Kamu memang comel wahai manusia...
    Kamu memang sungguh kasihan...
    Ya... kami datang untuk kamu...
    Selalu ada untukmu wahai manusia...

    Nampakkah Penamat Permainan Tuhan ini wahai manusia?
    Tu di hujung sana....
    Cuba buka mata hatimu...

    Ramai yang terbaring puas menatap langit yang indah...
    Di atas rumput hijau...
    Mereka itulah Jiwa-Jiwa yang tenang yang telah pulang ke pangkuan Tuhan..

    ReplyDelete
  14. Kamu mahu sertai mereka?

    Buangkan kebencian di dalam hatimu dan perjuangkan hidupmu sehabis baik.
    PASTI, Tuhan akan bangga dengan kamu...
    Kepulanganmu akan disambut..

    ReplyDelete
  15. Aiz a.k.a Future Phenomenon..

    Ingat pesan-pesanku di sini. Jiwamu dari dulu menyeru Aku..
    Bila Aku datang, akankah kau sambut TanganKu?

    Rasai masa depan dengan mata hatimu..
    Dan kau akan menggigil..
    Dapatkah kau terbau darah?
    Ingat Aiz, jangan dibenci orang yang kafir..
    Bantu mereka jika mereka datang kepadamu.

    Dan jangan kamu bersekongkol dengan mereka yang rasakan mereka benar dan hebat.

    Kenali manusia dan wajah mereka dengan mata hatimu.
    Ingat pesan aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak. tak sangka ada msg utk saya. terharu lak. ha3.

      Yer, dulu aiz menyeru dan mencari...
      rupanya tidak jauh pun...
      diriku menemui Aku dalam keakuan ku...

      masa depan?
      saya tak berani nak 'tengok'.
      dulu, ada jugak cuba menjenguk apa yg nak jadi..
      kadang kala saya post dalam blog saya..
      tp kini seakan tak de 'mood' utk melihat ke depan.
      mungkin masa depan bagi saya dah 'tiada'
      yg ada hanya KINI.
      past is memory, future is guide. reality is Here Now.

      buat masa sekarang ni, tak dpt di pastikan ke arah mana nak pergi.
      bukan bermakna berhenti, tp mungkin berehat dahulu
      lagi pun skrg keadaan kalut.
      biarkan sesama mereka bertelagah dan di permainkan.

      nak di hentikan perkara tu, tak mampu diri ni.
      hanya mampu melihat dan berhati kecewa melihat kemusnahan sebuah bangsa yang di pandang tinggi dulunya

      Delete
    2. Aiz...bangsa ni akan bangkit balik...kenapa kecewa?
      where are you? why are you hiding there? inside yourself?
      bilanya nak terbukak alter terahsia kamu tu..

      Delete
  16. KEBENARAN yg dipahat kukuh dihati umat MELAYU bekal kekuatan diperjuangan ini... rasanya Masam dan Basi... ku muntahkan kebenaran perisa MELAYU semuanya.... tak tinggal sisa.. Jika kamu hidup benar2 untuk Dunia saja.... matilah lah kamu.. matilah kamu.

    ReplyDelete
  17. Pertolongan Allah sangat2 dekat. Kita berada dipenghujung DUNIA. Akan tamat segala-galanya. Semua kita akan bertemu Allah seperti yg telah Allah janjikan. Kita manusia sebenarnya telah terlupa. TERLUPA SEGALANNYA SEMUANYA KERANA DUNIA

    ReplyDelete
  18. Peringatan demi peringatan sudah terlalu ramai Nabi dan Rasul diutus... Sayang benar ALLAH kepada kamu wahai manusia.
    Cinta dipicis untuk setiap kamu juga aku.... nun tersemat kukuh diKalbu.
    Kasih sayang ALLAH pada setiap kamu juga aku, samarata dan serupa.
    Dilimpahkan oleh ALLAH segalanya adil serta saksama. Sama harga.. sama upaya.. semuanya sama.. SEMUA TIADA BEZA. Kita ini berbeza cuma pada Bahasa Manusia.

    Jangan dibenci orang yang kafir..

    ReplyDelete
  19. Jangan dibenci orang yang kafir..
    Bantu mereka jika mereka datang kepadamu.

    ReplyDelete
  20. Bagaimana pula yg datang itu mereka2 yg benci, marah dan mahu membunuh kita.. Apakah yang perlu kita lakukan??? Masih perlu lagi kah kita membantu mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..

      Cuba kita ambil pengajaran dari perjanjian Hudaibiyah..
      Ucapkanlah kata yang indah-indah.... murni penuh keluhuran kemaknusiaan. Tarik mereka kepada Islam.
      Siapa yg menyebabkan manusia jadi benci pada Islam.... itulah musuh Islam

      Delete
  21. Kita perjuangkan nasib kita. Ada harimau nak ngap kita, kita lari. Hakikat Ikhlas itu berperingkat. Perjuangkan kepercayaanmu. Memang seperti sesuatu yang akan berlaku. Namun jangan sampai kamu membunuh jiwa yang tidak berdosa. Jika mereka datang dan mahu menghentam kita, pertahankan diri dan keluarga, hentam mereka semula jika itu perlu. Guna akal dan jangan terlalu mengikut perasaan hanya kerana benci.

    ReplyDelete
  22. Masa akan datang mungkin berlaku sesuatu yang tak terjangka. Aku mengajar kamu jangan simpan benci. Namun aku ajari kamu juga. Jika ada yang hentam kepala kamu, lawan semula. Ingat, ini bukan zaman kalau ada orang datang bawa senjata dan kamu diam saja. Pertahankan diri dan keluarga kamu sehabis baik.

    ReplyDelete
  23. Katakan jika ada Yahudi gila datang mahu membunuh kamu, guna otak bagaimana nak menghadapi mereka. Berjuang sehabis-habisnya. Namun jika sahabat kita orang cina atau india yang tak tahu apa-apa datang dalam keadaan berdarah dan mahu bantuan, bantu mereka dgn kasih sayang dan saat itu beritahu mereka Tuhan itu ada. Jangan takut.. slow-slow bagitahu sampai mereka tahu itulah Allah. Namun jika mereka tetap dgn kepercayaan nenek moyang mereka, biarkan mereka. dan tetap terus layan mereka dgn ikhlas.

    ReplyDelete
  24. Kita harus gunakan akal bagaimana mahu menghadapi keadaan dan juga sesiapa yang datang pada kita. Dalam masa yang sama gunakan hati yang punya perasaan kasihan. Jangan kita berjuang dengan keegoan dan kesombongan yang tinggi. Nanti perjuangan itu bersifat menghancurkan dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Hormati pendirian dan kepercayaan manusia walaupun kita tak percaya apa yang dia percaya. Itu hak mereka dan jangan kita takut-takutkan mereka dengan neraka, tapi beri khabar gembira tentang kehangatan Kasih Tuhan. Jika kita datang dengan sombong dan ego, bukan jiwa sekuat besi yang pergi berjuang tapi jiwa dan jasad yang serapuh papedom. Kalimah La ilaha illallah bukanlah Kalimah yang membunuh manusia tapi ia adalah kalimah yang penuh Hikmah.

    ReplyDelete
  25. Jangan kita berbuat amalan dan sombong dengan amalan kita. Itu sebenarnya sampah. Dan kita harus tahu Allah itu Maha Dekat dan Maha Mendengar. Dan ini untuk semua umat manusia. Umat Islam sombong seolah-olah Allah itu hanya milik mereka dan hanya berpihak pada umat Islam. Itu salah yang sangat besar. Sangat-sangat besar. Dan salah faham ini disebarkan oleh siapa? Para pendusta agama. Iaitu mereka yang mengaku Islam dan mengaku memperjuangkan Islam tapi mereka menyebarkan perasaan benci pada manusia yang tak sama kepercayaan dengan mereka. Manakah keindahan Islam? Musuh Islam yang sebenar ialah mereka yang memburuk-burukkan nama dan maksud sebenar Islam. Siapakah mereka? Tu ha... banyak... semua keje dapat jawatan ustaz, ustazah, ulama. Cakap macam pandai, hafal semua dalil, dan dalil diguna ikut suka dia. Sehingga bila kita keluar masjid lepas dengar ceramah nampak orang cina makan babi terus dalam hati tu cakap, 'hmph manusia busuk makan babi, baik macam mana pun ko masuk neraka'. apa semua ni?

    ReplyDelete
  26. Sapa yang Tuhan sebenarnya? Sehinggakan orang bukan Islam benci dengan orang Islam dan terus dia benci dengan ajaran2 Islam tu sekali. Walhal, mereka tidak diterangkan dengan baik. Mereka mahu kepimpinan melalui tauladan bukan sekadar ceramah dengan berisi kesombongan. Fikir dalam-dalam kata-kataku, semuanya aku ikat dengan maksud dan aku sampaikan dengan sepenuh perasaanku. Aku tiada gaji dalam menasihatkan kamu, kerana bukan gaji yang mahu dari kamu. Aku benar-benar kecewa dengan golongan yang punya ilmu, terutama ilmu agama namun kerana hati mereka yang aku tak tahu apa yang dikejarnya telah menyebabkan pelajar2 semakin ramai namun kelihatan sungguh dungu, pasif dan terikut-ikut dalam kepercayaan mereka. Diterima bulat-bulat apa yang diajar leh Ustaz dan Ustazah. Terus terang aku nyatakan, bukan susah nak dapat jawatan di Universiti, Pejabat Agama, atau mana-mana badan, mudah, bawa kelulusan dan berpakaian ala-ala alim, lalu mudah kamu diterima. Apa semua ini? Inikah yang Nabi s.a.w mahukan? Setelah itu, asingkah Islam pada zaman ini? Tidak, berlambak-lambak semua kepercayaan salinan dari buku tanpa di hadam. Berlambak-lambak orang bercakap dengan bangga dan bertekak semua guna dalil dari Quran dn Hadis. Sama sahaja seperti mereka pijak-pijak Petunjuk yang Tuhan beri. Begitu juga dengan zikir. Umat Islam galakkan berzikir, namun adakah pemahaman maksud apa yang disebut2 itu benar-benar difahami sebelum diyakini? Manakah 'Al-Quran' yang berjalan itu? Yang aku nampak semua al-Quran atas rak. Letak atas sekali di rak sehingga berhabuk. Jika ditanya, wah...aku hafal semua ayat. Tanya maksudnya, apa jawabnya? "Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..."

    Apa smua ni?

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Itu namanya kebodohan yang amat parah, pemalas dan pentingkan anak tekak. Hidup hanya sesuap nasi dan Tuhan telah lama pergi. Kerana apa? Kerana yang dikejar bukan Tuhan tapi harta, kuasa dan nama. Kerana ilmu ini disampaikan atas dasar itu, maka yang menerima juga akan terjangkit penyakit yang sama. Ini semua bukan sekadar kata-kata... rasailah dan fahami dengan hati kamu, bukan nilai aku dengan keegoan kamu.

    ReplyDelete
  29. Aku jadi sakit seperti ini kerana aku mencari kebenaran, aku benar-benar mencari. Walaupun ilmu ku bukan setinggi ilmu kalian, namun dengan yang sedikit ini aku merasa begitu terbeban sekali kerana apa yang aku pelajari tak seperti mana apa yang berlaku disekelilingku. Bercelaru. Bagaimana aku boleh berdiam diri melihat semua kerosakan terjadi di sana sini dan sanggupkah aku hidup hanya dalam duniaku seperti tiada apa yang berlaku? Aku tak mampu berlakon seperti itu. Lagi baik aku mati dari hidup seperti itu. Tapi aku masih hidup. Aku tak dapat berhenti dari menyatakan ini semua jika aku hidup. Selagi aku hidup, aku akan ketuk setiap hati-hati yang aku temu dan akan aku nyatakan sepenuh hatiku. Memang manusia telah menjadi sombong dengan kebenaran yang datang pada mereka. Gilakah aku hanya kerana aku nyatakan Allah itu Maha Pengasih untuk semua Umat Manusia? Adakah jika aku nyatakan itu, kamu hanya akan menerima jika aku seorang professor atau ahli sufi? Aku yang gilakah atau manusia yang gila?

    ReplyDelete
  30. teruskan sahabat maya, "aku mahu dengar lagi kamu berkata-kata"
    hatiku merayu rindu
    carilah ilmu mengenal Allah

    knowing You (Allah) i'll try to get close to You
    Let us find the way to know our God, Find the way to get Allah's love
    tapi tak semudah diucapkan :(

    sahabat maya, saya suka dengar nama Allah disebut
    saya suka manusia bercerita tentang Allah, ia menenangkan jiwa
    ia mengubat hati, kerana diri sendiri tidak mampu bercerita tentang Allah
    kadang2/selalu jiwa letih sampai al-quran pun dipandang sepi
    sebab ia letih, jadi tak boleh sendiri-sendiri kalau tidak tidur sambil
    menangis nanti, jadi pergi cari manusia2 yang bercerita, saya suka dengar cerita
    ^_^.

    ReplyDelete
  31. Dengari suara hati manusia dalam lagu Where is the Love..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel the weight of the world on my shoulder
      As I'm gettin' older, y'all, people gets colder
      Most of us only care about money makin'
      Selfishness got us followin' our wrong direction

      Wrong information always shown by the media
      Negative images is the main criteria
      Infecting the young minds faster than bacteria
      Kids wanna act like what they see in the cinema

      Yo', whatever happened to the values of humanity
      Whatever happened to the fairness in equality
      Instead of spreading love we're spreading animosity
      Lack of understanding, leading us away from unity

      That's the reason why sometimes I'm feelin' under
      That's the reason why sometimes I'm feelin' down
      There's no wonder why sometimes I'm feelin' under
      Gotta keep my faith alive till love is found
      Now ask yourself

      Where is the love?
      Where is the love?
      Where is the love?
      Where is the love?

      Sikafir punya jiwa yang penuh kemaknusiaan..

      Delete
  32. Cik Mayang

    Thanks post lagu favorite Yabedu.....Suatu Masa..

    Laskar Cinta pun penuh bermakna maksudnya..

    ....Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
    mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi
    bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
    serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..

    ReplyDelete
  33. Aku kongsikan semua perkara yang bermakna di sini namun mereka tak mengerti. Tak mengapalah, aku akan teruskan langkah kaki ini. Thanks Macedonia for your support. Aku berikan puzzle yg bersambung, mereka tak mahu mengerti. Adakah Tuhan mahu kita perjuangkan Dia ataupun nasib kita sendiri? Tanyalah diri. Tuhan mencipta permainan untuk menguji ketahanan jiwa serta mencari Sejati dirinya. Hanya jiwa-jiwa yang berjaya akan pulang ke pangkuan Tuhan dengan berjaya. Dan kamu mahu apa lagi wahai manusia? KUberikan semua cukup, namun kesombonganmu yang kau lempar padaKU. Berani kau memakai PakaianKu dengan jiwamu yang busuk itu?

    Kamu nilai kebenaran bagaikan sampah. Benar kamu buta. kau sebut namaKu berkali-kali namun hatimu cinta pada dunia dan seisinya. kau sungguh tamak. syurga pun kau mahu bolot. Aku beri kamu semua teka-teki agar kamu dapat melihat dan merasakan Aku. Namun, kau umpama monyet yang Aku berikan Bunga.

    ReplyDelete