Saturday 6 April 2013

Apa khabarmu wahai Bonda Pertiwi...?

abstract.desktopnexus.com

Bumi... sudah terlalu tua dan sakit. Sungguh kasihan aku melihat kau wahai Bonda Pertiwi. Benar-benar kau telah tua dimamah usia. Anak-anakmu mahu menjemputmu pulang wahai sang Bonda. Mereka mahu memicit bahumu yang sudah terbongkok-bongkok tuanya dan juga keletihanmu wahai Bonda membuatkan kami benar sedih dan marah kerana sungguh Bonda kami sedang dalam kesakitan di seluruh badannya.

www.firegod.com

Maafkan kami wahai Bonda, kerana kami bukan selalu dapat menjengukmu dan mengubatimu kerana selalunya kami hanya datang pabila kami punyai tugas berat. Bonda, aku rindu kakanda-kakandaku wahai Bonda. Di manakah mereka? Lama sudah tidak bersua. Ku kirimkan salam belum terbalas jua. Bonda, luahkan pada kami wahai Bonda, apa mahumu? Kami benar ingin melunaskan hasrat dan impianmu sebelum Bonda kesayangan kami dijemput Sang Pencinta. Kamu sering bersendirian ya wahai Bonda?

mb-manualdobruxo.blogspot.com


Adakah benar, luka-luka di badanmu ini adalah kesan tangan-tangan manusia? Jawablah wahai Bonda, kami tahu Bonda benar menyayangi manusia walaupun Bonda seringkali merasa terseksa. Apa mahumu wahai Bonda? Mahukah kami hancurkan mereka semua kerana sikap dan kebodohan mereka? Kami tidak tahu wahai Bonda apakah yang ada di dalam hatimu. Bagaimana harus kami nyatakan pada mereka supaya menghentikan semua kerosakan dan kesakitan pada dirimu? Kami tidak mengerti betapa dalamnya cintamu terhadap mereka kerana kami sedih Bonda kami diperlakukan begini.

Manusia, apa lagi mahumu?

Tidak cukupkah nikmat Tuhan yang diberikan padamu wahai sekalian manusia? Mengapa kamu tidak mahu menjaga Bonda kami dengan baik? Bukankah di atasnya kamu hidup dan bermain-main? Pernahkah sekalian kamu memikirkan perasaannya?

Ya Tuhan kami, lindungi Bonda kami. Jika benar dia tidak mampu bertahan lagi, ambillah dia pergi dan berehat di alam selepasnya. Kasihanilah Bonda kami wahai Tuhan yang Maha Mengasihani... Apakah yang harus kami perbuat agar Bonda kami dapat tidur dengan lena dan menghilangkan semua lelahnya?



Aku terjaga dari lenaku dan terdengar ada suara-suara yang mahu melukakanmu dengan lebih dahsyat wahai Bonda. Benarkah itu? Tahukah mereka bagaimana jika anak-anakmu sedar akan perkara ini dan akan menggelegak kemarahan mereka? Aku tidak fikir mereka akan mampu bertahan dengan kemarahan kami. Kerana kami tidak pernah sama sekali teragak-agak pabila melakukan sesuatu untuk membela Bonda kami. Kami tidak akan sama sekali akan mengasihani mereka yang tiada perasaan belas kasihan. 




www.earth.com



karachitsunmai.com


Bonda, kami kejam wahai Bonda. Mengapa mereka terlalu bising sehingga membuatkan kami terjaga dari lena? Jaga-jaga kamu wahai manusia, jika ada yang tidak kena dalam perhitungan kami, nahas kamu... Jangan sekali-kali buatkan kami marah kerana pabila kami sudah datang dengan kemarahan, tiada kamu terlepas barang seorang pun dari kalangan kamu. 



tsunamiflood.blogspot.com

Manakah kamu mahu menyorok untuk menyelamatkan diri? Lebih baik kamu minta pada Tuhan agar terselamat kerana melainkan yang dilindungi Tuhan, yang lain semuanya akan mati ditelan kami. Dan kami tidak akan teragak-agak melakukannya kerana kami memang diciptakan untuk memberi ketakutan pada kamu terutama mereka yang lupa dirinya. Setelah itu kami akan berlalu pergi tanpa meminta maaf kerana pasti itu semua bukan salah kami, tapi salah kamu sendiri.

20 comments:

  1. mbahmu budek...huhu

    bonda...nak duit... nak beli kewim...ngn tekot...

    ReplyDelete
  2. ingat comel ke arnab ko tu yg dipakaikan sayap pari-pari tu? cuba bagi kat isya, tomennye...bak cini...nk cayang..nk cayang..arnab..geget nenek..

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya jika peringatan telah datang dan manusia masih lagi sombong, bersiap-sedialah kamu semua wahai manusia untuk menerima bala dari Tuhan sepertimana yang telah diturunkan kepada umat-umat kamu. Kami tidak meminta rezeki darimu bahkan Kamilah yang memberi Rezeki kepadamu.

    ReplyDelete
  4. Earth is a memory..

    Ceh ceh speaking london lar pulak..

    ReplyDelete
  5. biarkan mereka dgn labu-labu mereka..

    ReplyDelete
  6. Apakhabar DUNIA... Aku disini bersama dgn kamu BUKAN UNTUK suka-suka.
    Aku ada kerja yg sangat-sangat banyak. Iyalah kamu pun tahu banyaknya urusan DUNIA. DUNIA aku tahu siapa kamu... ku kenal kamu dari awal2 aku dilahirkan sememangnya aku tahu apa itu DUNIA.

    Sahabat ku DUNIA mari mulakan bicara. Malu apalagi setelah sekian lama bersama-sama tak pernah kudengar kamu bersuara.... sakitkah kamu?... sukakah kamu?..
    teruknya kamu DUNIA sapaan ku kau buat leka. ..................... tanpa suara.

    ReplyDelete
  7. biarkan kerakusan manusia menarah bumi untuk mendapatkan hasil bumi. biarkan mereka bergaduh, berperang dan berantakan. maafkan aku, aku hanya mampu melihat, kerana aku tersilap, kali ini aku hanya datang untuk menonton semua ini...

    ReplyDelete
  8. Berjalan-jalan seorang diri tanpa DUNIA.... enaknya dimana? DUNIA ada segala-galanya. Namakan aja apa-apa aje pasti ada. Hebatnya sahabat ku bernama DUNIA.
    Aku dan DUNIA satu takdir. Benar-benar satu takdir. Pergilah kamu kemana-mana pun jauh-jauh untuk lari dari DUNIA pasti DUNIA akan mengekori kamu. Pasti...
    DUNIA akan mengejar kamu sampai kemana-mana pun. Dimana ada DUNIA disitu juga akan ada aku. Eratnya hubungan aku dan DUNIA..... sangat-sangat erat.
    Cuba ku sapa DUNIA sekali lagi, "apa khabar DUNIA" mahu ku dengar DUNIA berkata-kata... sukakah kamu pada aku?
    Aku benar-benar sayangkan kau wahai DUNIA.

    Akan aku tinggalkan kamu bersama titik henti. Telah aku cintakan DUNIA lebih dari segala-gala. Cukup lah sudah lamanya aku bersama kamu wahai DUNIA.
    Sangat berat ujian yang aku tanggung tika bersama DUNIA..
    Kita manusia sebenarnya telah terlupa. TERLUPA SEGALANNYA SEMUANYA KERANA DUNIA

    ReplyDelete
  9. Disatu sudut DUNIA.... terbaring panjang ramai-ramai. ..
    MANUSIA menunggu dgn penuh sabar rezeki dari Tuhan.. tertidur dlam kelaparan harap2 bila bangun nanti pasti ada rezeki dr Tuhan..

    Penantian demi penantian mereka mati satu.. satu.. satu disitu... harapan tinggal harapan. Bertanya diri dimanakah Tuhan...

    ReplyDelete
  10. biarkan manusia tamak mengorek emas dari dalam tasik dan selat dan lombong dan sungai...biarkan...biarkan...

    kita lihat pula di hujung dunia sana manusia kelaparan...

    biarkan...biarkan...

    kita lihat mereka makan dengan sudu emas...biarkan..biarkan..

    maafkan aku...aku hanya mampu menonton

    ReplyDelete
  11. mereka ada pengetahuan, tapi mereka gunakan untuk kepentingan material mereka...aku tak boleh ikut campur urusan kamu wahai manusia .... aku dilarang... biarkan aku terus bisu di sini...

    ReplyDelete
  12. aku terseksa tinggal dengan kamu wahai manusia...

    ReplyDelete
  13. silakan kamu ambil semua emas... sehingga hilang semua kemanusiaan kamu.. kamu benci bila aku bersuara...

    ReplyDelete
  14. “Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur.
    Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
    (Al-Hadid: 20)

    ReplyDelete
  15. Cik Mayang..

    Ada plan nak buat pengembaraan cari jongkong emaske, batu permata ke.....masuk hutan ke..korek lombong kat Puchong tu ke..atau tasik kat Putrajay ke....kita bawak tukul, bawak nyior.., kren ke...mmm apa lagi yek...

    Top top tersembul lak batu berlian .. memanchorr ..Kala Yabedu jumpa..kan ku taburkan di jalan..biar manusia ni kutip....Tapi kalau dan melambak macam lautan emas ni..apakah nilai nye pulak...
    Hoy hoya hoi .. pulang bawak harta le jawabnye...

    ReplyDelete
  16. Molek tu kak.. Rehat dengan tenang.. Usah diperduli semua insan.. kelak kita pulak makin bengang.. kaannnnn..

    ReplyDelete
  17. jom kita buat dunia kita sendiri nak tak?

    ReplyDelete
  18. thanks kwn2 sbb bg support...

    sicks..

    ReplyDelete