Tuesday 16 April 2013

Di Sebalik Selama-lamanya...

yongl.deviantart.com


Maafkan aku jika kamu merasa terganggu dengan aku. Tinggalkan aku jika aku membuat hari-harimu gelisah tak menentu. Aku memang begini orangnya. Aku seorang pemikir. Berikan aku seribu guru dan sejuta kitab, tetap aku akan terus berfikir, kerana fitrahku sentiasa berfikir tentang keagungan.

Aku berjalan dan terus berjalan...seringkali bertemu dengan persimpangan. Langkah tetap harus diteruskan kerana masa sungguh kejam tidak pernah mahu menungguku berfikir panjang untuk membuat keputusan. Seringkali memaksaku untuk terus berjalan. Jaga kau wahai masa, gila.. kata hatiku.

Manusia seringkali tidak menyedari hidup kita ini diimbangi dua kuasa bertentangan. Dan hebatnya Muhammad itu kerana kuasa kesimbangan inilah. Namun mereka tidak tahu, mungkin jauh lagi perjalanan untuk sampai ke situ. Perdempakan dua kuasa bertentangan seimbang menjadi satu. Itulah karisma.

Kronologi penciptaan memang berperingkat-peringkat, tapi adakah manusia mahu memikirkannya? Hidup disangkakan semua yang mudah-mudah sahaja. Dari tiada menjadi ada, apakah ceritanya? Ya...semua di sini, sekarang ini... Itu kamu. Hanya kadang-kala itu aku. Aku mahu menyusun semua ini untuk kamu semua, moga suatu hari nanti ada yang memahami dan terus menyampaikannya. Kamu semua tidak akan faham melainkan suatu masa nanti, di saat aku tiada lagi di dunia ini...

timetravelevidence.blogspot.com

Kamu sangkakan matrix tempat kamu berhidup itulah yang paling benar keberadaannya, kamu tidak berani luaskannya, apatah lagi keluar masuk semua matrix yang ada tanpa terikat. Mustahil kata mereka, tak mungkin semua ini. Hahahahahaha...

Bicara manusia seperti aku... bicara bahasa aneh....

www.tumblr.com




......................
..................................
Hahahahahahahaha......
.....................
................










...i need an oxigen...

66 comments:

  1. Kalian fikir Sidratul Muntaha di dalam isi langit dan bumi? Ternyata kalian silap. Kamu fikir Dia di dalam Matrix kamu? Adakah yang kamu lihat itu cuma bayang-bayangnya?

    Jika kamu hanya mahu yang mudah-mudah sahaja, di sini bukan tempat kamu.

    Mahu aku tunjukkan pintu keluar..?

    hahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya Allah itu di luar sangkaan kita. Malah semua yang kelihatan wujud ini hanya pantulan Projeksi yang Maha Agung. Aku benar-benar letih...letih melihat semua manusia merasakan dirinya pandai dan sungguh bangga bila berbicara tentang ilmu. Adakah kita perlukan terlalu banyak dalam hidup kita ini hanya untuk kita mengakui dan menyedari dengan jujur bahawa wujud di 'atas' sana Satu Pencipta semua yang terlihat oleh mata dan segala yang tak terjangkau oleh deria? Jauh sangat ke Dia dengan kita sehinggakan kita tenggelam di dalam lautan dalam hitam dan kelam?

      Demi sesungguhnya, kalian dakilah setinggi mana pun gunung dan terbanglah setinggi manapun di langit sana, kesudahannya kalian tetap akan menemui bahawa Allah itu lebih dekat dari diri anda sendiri.

      Delete
  2. tinggi X panjang X lebar X masa = 4 dimensi

    tambah lagi dimensi....tambah lagi dimensi...tambah lagi dimensi...

    Ilusi berlipat-lipat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu sulit untuk menerangkan pada manusia bahawa apa yang dilihat depan matanya ini tidak wujud. Susah bukan? Pemahaman kita berbeza-beza, pengertian terhadap sesuatu setiap kita tiadak pernah sama.

      Pabila emosi bertemu dengan logika, maka yang kalah adalah kita sendiri.

      Lalu pulanglah kita dengan perasaan yang hampa dan kecewa. Merasa diri ini terlalu hina. Jatuh....jatuh...jatuh.... tenggelam.....lemas tapi tak mati-mati...

      Maka dalam hidup yang bagaikan mati itu, apakah yang tersisa dengan kita?

      Delete
  3. kebodohan juga turut berlipat-lipat...
    aku juga sama bodoh seperti kamu..

    hahahahaha

    ReplyDelete
  4. mari kita ramai-ramai ketawakan kebodohan sendiri...

    hahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhaaa hheeehe he kah kah kah...

      tumpang ketawa atas kebodohan sendri...hu huhu

      kah kah kah

      Delete
    2. comel jugak kita ni kan..macam spongebob dgn patrick..

      Delete
    3. Kita lipat-lipat..hempuk2, tonyoh2, seligi ..mmm apa lagi ekk
      Pastu kita timbang kati ke, kilo ke..

      wowwww..kasi free pun bolehh.. ohh..Bodoh bin bengap..laku jugak ko..

      Delete
    4. who lives in a pineapple under the sea?

      Delete
    5. Are you ready kids?
      I said are you ready?

      Who lives in a pinapple under the sea?
      Spongebob Squarepants!
      Absorbent and yellow and porous is he.
      Spongebob Squarepants!

      His notical nonsense be something you wish.
      Spongebob Squarepants
      Then drop on the deck, and flop like a fish!

      Spongebob Squarepants,
      Spongebob Squarepants,
      Spongebob Squarepants,
      Spongebob Squarepants

      Delete
    6. Hampa redi dah ka weii??
      Haa kapten,
      Apadia?Tak dengaq nie!!
      Haaa la kapten..
      Ohhhh...
      Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
      "Spanbob Seluaq Petak"
      Belubang,meghesap paihtu wana kunin
      "Spanbob Seluaq Petak"
      Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
      "Spanbob seluaq Petak"
      Mai la sini teghejun cam ikan temenung
      "Spanbob seluaq Petak"
      REDi?
      Spanbob seluaq Petak
      Spanbob seluaq Petak
      Spanbob seluaq Petak

      Spanbob seluaq Petak!

      Delete

    7. sedia dok g budok-budok?
      sedia kapteng!
      ndapee..??!!
      .sedia doh la kapteng!!
      ooo...
      peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
      spongebob sluor pettok!!
      senang menghesap kaler kuning..
      spongebob sluor pettok!!
      kalu sek-sek mu suke nde pelek hok dalang lauk
      spongebob sluor pettok!!
      meh la noppak pe ikang
      spongebob sluor pettok!!
      sedia??!!
      spongebob sluor pettok (3x)
      spongebob... sluor pettok

      Delete
    8. Ready dok budok-budok?
      Ho laa, kepten!
      Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
      ooo,
      Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
      Spongebob Sluar kotok!
      Sene meresap bewarno kuning.
      Spongebob Sluar kotok!
      Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
      Spongebob Sluar kotok!
      Pah mari la pakat nopat supo ike.
      Spongebob Sluar Kotok!
      Ready?
      Sponge............bob Sluar kotok (3x)
      Spongebobbb Sluar kotok

      Delete
    9. berguling-guling mcm tenggiling...
      berguling-guling mcm tenggiling..

      Delete
    10. Eee lawaknya..

      boleh masuk Maharaja lawak ni..

      Tq sponbob n patrik...kerana mengiburkan aku dikala duka.dan lara ..
      Bungkuskan krabie patty satu ye...

      Delete

    11. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
      Hari ini akau nak bagi satu fakta @ auta yang pernah korang lakukan sepanjang hidup.Serius tak bohong.Dalam lapan fakta @ auta yang aku senaraikan ini pernah tak korang buat dalam hidup.

      1. buka kipas meja,cakap depan kipas,nak dengar suara bertukar.

      2. naik kereta,tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

      3. naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat.

      4. masa sekolah,ada orang bagi milo free,lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
      lain,beratur ambil air lagi.

      5. lukis burung guna huruf 'v'.

      6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

      7. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥

      8. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati

      p/s: tipula kalau tak pernah buat..hehe

      http://adibsite.blogspot.com/2012/10/tipu-kalau-korang-tak-pernah-buat.html

      Delete
    12. - tak pun makan ais kt tepi dinding tempat beku dlm peti ais tu..

      - masa kecik2 dulu orang nak mintak air kita patu kita pegang je strawnye agak2 dia minum lebih terus tekan straw u biar air tu tak dapat disedut.

      salu buat ni masa kecik2..hehe

      Delete
    13. nak tau dulu annur suka buat apa? main cikgu-cikgu sorg. dia jd cikgu, tulis tarikh kat dinding patu ajar hantu sbb dia ckp sorg2.. takpun ada sorg anak india ni jd anak murid dia.

      Delete
    14. ha..da menat...
      nak tido..bye

      Delete
  5. Maafkan aku. Teruskanlah apapun pegangan kamu di luar sana. Kamu punya cara hidup sendiri, perjalanan hidup sendiri, pencarian sendiri. Tentu kamu tidak suka bila tiba-tiba datang seseorang pada kamu dan memaki hamun serta menafikan semua pegangan kalian yang selama ini kalian yakini.

    Ha...hidup ni sungguh kelakar. Dengan kejahilan kita sendiri, kita sungguh sombong. Iya kan? Sebenarnya kita semua sama. Macam orang buta. Tu sebab kita perlukan cahaya untuk melihat dan juga mungkin penunjuk jalan. Alam, cerita, perjalanan takdir diinterpretasi oleh kita semampunya kita. Maka hiduplah kita apa adanya. Sebenarnya kita tak perlu banyak pun dalam hidup ni, cuma kadangkala kita lupa kerana tanpa sedar kita dibawa arus.

    Ya, kita harus sedar diri kita siapa, dan juga akui kelemahan diri kita. Bukan bermakna kita beritahu satu dunia tentang kebodohan kita, cukup kita sendiri akui dengan jujur apa kelemahan diri kita dan juga di hadapan Pencipta kita. Kita ni sungguh kerdil, hinanya bagaikan tiada. Mungkin habuk di kaki lagi mulia. hahahaha

    Hargai hidup anda apa adanya. Tak perlu menjadi Naga jika anda bukan orangnya. Jadi ulat pun ok ape..bukan teruk sgt pun. Allah tak benci pun, biarla makhluk lain nak kata apa. Allah tu tak seteruk sangkaan kita. Why not kita belajar memperhebat sangkaan kita pada Allah. He deserves it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmm..
      nak jadi semut hitam lar...

      Pastu jalan atas batu besar..batu tu color nye pun hitam..jadi musuh tak nampak..pastu lak boleh lepak2 di kepekatan malam yang gelap gelita...
      fuhhh..santai beb..kaki angkat sebelah...isap curut...
      tangan no 3 kipas muka...

      Wooww..bestnya...Allah Memang Hebat..walaupun aku semut...

      Delete
    2. *konon*
      (like fb)

      :p

      Seekz

      Delete
    3. Mohon bimbing ambo yang jahil ini.

      Delete
  6. banyak berceloteh neh.. mood sudah ok kaa.. nanti bley celiter2 sama saya laa.. pasal itu Loh N Loh.. hehe.. Burp burp burpppp.. adeii kenyang makan sandwich.. beli satu dapat satu.. kongsi ramai2 baru dikatakan perkongsian pintar..

    Seekz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. tapi arini tak makan tuna kegemaran mokcik tu.. ambo makey seafood.. sumo jenis ikan ado daley tu.. seghupo tuna dok lauk gok..

      Eh samo la dgn spanbob.. dok laut gokk.. hohoho


      Seekz

      Delete
  7. Da abess.... nanti p pekena burger bakar ek.. hihi..


    Seekz

    ReplyDelete
  8. lagu ketidakwarasan padaku so7 mmg best.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketidakwarasan padamu...membawa jasad ke perak..
      berkah atau kutukan, namamu yang ku sebut..

      Delete
  9. Simpan pertanyaanmu nanti, kerana setiap pertanyaan itu terlahir dari akal. Seperti langit, akal melayang tinggi dari bumi tempatmu berpijak.

    kamu harus mengikat anjingmu dengan seksama dan teliti. Ikat di belakang rumah, jangan sampai lepas, jangan biarkan mereka menyalak dan mengganggu dirimu dan orang lain.Kau harus menyerahkan penjagaannya kepada Yang Membuat dirimu, kepada Dia yang menciptakan anjing-anjing itu, Dia yang menciptakan nafsu dan fikiranmu. Gantungkan dirimu hanya kepadaNya, dengan selalu membuka hatimu untuk menerima petunjuk yang Dia berikan dengan penuh cinta melalui segala sesuatu yang kau temui.

    http://ismailfahmi.org/wp/archives/118
    (dulu anjing yang amat bengis itu pernah terlepas, tapi ada yang datang menolong, mengikat kembali tali pengekangnya...)

    hehe (sori2 tulis panjang)
    everything you need to know is within you
    http://ismailfahmi.org/wp/archives/185

    kera itu bernama fikiran
    http://ismailfahmi.org/wp/archives/154

    true love
    http://ismailfahmi.org/wp/archives/136

    (akak, saya suka baca penulisan dekat blog ismail fahmi)
    bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni akak tak nak banyak membaca tapi cuma nak tenangkan dan lapangkan fikiran. i am going to face a tired phase next week. i need a break before i start the things again.

      Delete
    2. inshaAllah one fine day i will read them my dear...not now..

      Delete
    3. :) la ingatkan nak kena marah dengan akak hehe. Akak saya pun baca penulisan mereka tu waktu tahun 2009...lepas tu penat haha...jumpa dgn org2 tanya itu tanya ini lepas tu stop sampai sekarang 2013 ha dah dekat 4 tahun :)

      Delete
  10. Adik....dan sesiapa pun di luar sana...
    Aku tak akan pernah berada dalam jangkauan kamu, keinginan, tanggapan atau apapun.
    Adakah fikiranku 'seliar' apa yang kamu fikirkan? Adakah ketegasan aku satu kesombongan seperti yang kamu sangkakan? Mengapa aku memilih untuk mengasingkan diri di puncak gunung sana? Kamu fikir aku siapa? Aku bicara aneh bukan bermakna aku gila, pernahkah kamu larut di dalam air dan jiwa kamu sepenuh lautan? Pernahkah perasaanmu rapuh dan turun bagaikan hujan lalu penuh tangisanmu mendakap bumi? Jika tidak pernah jangan kamu berani-berani persoalkan aku.

    Di saat ini perasaanku sungguh mempengaruhi cuaca...adakah kamu tahu semuanya itu?
    Tidak... dan tak akan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak...saya yang sombong sebenarnya ~la~la~la (akak kita suka akak krn Allah)



      Delete
    2. i like u because of you...huhu
      ada lagu baru..

      Delete
  11. Aku hadir di sini bukan meminta penilaian kamu. Aku tahu kamu ada yang berniat baik sekali, terima kasih banyak-banyak. Namun, hidupku yang terlalu singkat ini seharusnya meluapkan sejuta pengertian buat kamu. Keabadian itu tidak habis malah larut dan meresap serta memenuhi. Mahukah kamu mengerti kata sang pujangga ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak faham..sebab Allah kata manusia itu rahsia Dia.

      Delete
    2. ya...

      kita bayang-bayang ataupun bukan?

      Delete
    3. cak...
      ...cak....

      (main cak cak dengan bayang-bayang)
      kelakarla Lu beb...
      huhuhuhuhuhu

      hatiku hitam dan jahat....
      hahahahahhahahaha

      Delete
    4. Yo Sulaiman!
      What's up bro? lama tak dengar cerita..

      hehe...cowy Boss =p
      (Boss tak kesah..)

      Delete
    5. Kis...
      okay tak Istana you ni...
      amacam...?

      weeeee....

      Delete
    6. Nuh...you main kirim-kirim salam pulak...
      I pun rindu juga kat you...
      Laut cantik kan Nuh?

      Depa jangan main-main sama aku...
      Aku ngap suma habis....

      Aku ikut order ja...
      Boss suruh...
      hehehehe..

      Delete
    7. Sapa pulak Raja Ahmad ni...hhmmm?
      *mengaruk-garuk kepala yang tak gatal*

      Delete
    8. Macedoney...ni la cerita Kun Fa Yakuun...
      kata nak tahu rahsia Allah...
      shhyyhhh...ini rahsia...hehehe

      Delete
    9. Setiap yang ada berpasangan, macam Ilmu di Tablet yang Terjaga tu couple ngn Ilmu Abracadabra...
      Barisannya lain-lain...

      Bak kata Lil...dua kumpulan semut hitam berbaris panjang, rapat-rapat..
      cit cit cit cit...semut berjalan

      Delete
    10. Satu mesin Manual satu Automatik, tekan button patu jalan sendiri.

      Saya suka mesin manual, macam kereta... baru thrill...

      Delete
    11. Ustaz-Ustazah you all tak akan cerita macam ni..
      wa cakap sama lu ha..wa tak heran lu punya jubah, wa tak heran lu punya kitab..
      selama ni lu jadi taiko ha... lu bikin agama lu punya bahan ugutan...
      woo..ini bumi lu punya...lu dapat gaji banyak...mintak sini sikit...

      Delete
    12. Aku tengok bumi tak aman ponnn....
      Pewaris nabi apa tah...

      Delete
  12. degupan jantung kita akan selalu seirama,
    bila kau rindu aku, ku petik bintang untuk kau simpan, cahayanya terang berikan kau perlindungan, sebagai pengingat teman, juga sebagai jawapan semua tantangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika kau lihat saudaramu kau lihat pancaran CahayaNya dalam diri mereka, yang tersembunyi dalam misteri jiwanya.

      kau melihat Dia, dalam setiap yang kau cintai, setiap yang kau lihat.

      Ketika kau mengikuti sebuah ajaran, kau lihat Dia yang berada dibalik ajaran itu, bukan ajaran itu yang berubah jadi berhalamu. Ketika kau melihat keyakinan lain, kau lihat Dia yang menciptakan keyakinan itu, dengan segala rahsia dan maksud yang kau belum mengerti.

      semoga Allah membimbingmu anakku..(Bawa Muhayyidin-True Love)

      Jika Dia hanya mencintai mereka yang menyembahNya saja, maka Dia namanya pilih kasih, Dia memberi cinta yang berharap, mencintai kerana disembah.
      Dia tidak begitu, dia tetap mencintai setiap ciptaanNya.

      Itulah True Love. Cinta yang tak pernah berubah, walau yang dicintai berubah. Itulah cinta kepunyaan Tuhan.

      Akak rehat na..tak mo sedih2 :( :)

      Delete
    2. kewujudan cuma 1 dan 0.
      pilih yang mana?

      hahaha
      kikikiyomi

      Delete
  13. Lupakanlah saja diriku
    Bila itu bisa membuatmu
    Kembali bersinar
    Dan berpijar seperti dulu kala

    Caci-maki saja diriku
    Bila itu bisa membuatmu
    Kembali bersinar
    Dan berpijar seperti dulu kala

    ## Petang2 dgr lagu DAN - SO7 - layannnnnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. duta...!!!!!
      (terjerit-jerit sambil mengejarnya)

      Delete
  14. Kenapa ada derita
    Bila bahagia tercipta
    Kenapa ada sang hitam
    Bila putih menyenangkan

    Aku pulang…
    Tanpa dendam…
    Ku terima kekalahanku

    Aku pulangggggg..
    Tanpa dendammmmmm..
    Ku salutkan kemenanganmu.. woo

    Kau ajarkan aku bahagia
    Kau ajarkan aku derita

    Berhenti Berharap - SO7....SUKA BANGATTT!

    ReplyDelete
  15. aku rindukan ombak, aku rindukan pantai, aku rindukan kebiruan langit dan damainya lautan...
    sekiranya aku mati, bolehkah kiranya aku hanya dicampakkan ke dalam laut? Biarkan jasad aku hancur di situ...

    aku rindukan sesuatu dalam lipatan sejarah yang lampau...jauh beribu-ribu tahun yang dulu..
    aku harap dapat ke sana...boleh tak wahai Sayangku?

    ReplyDelete
  16. hm... nak ke mana ya selepas ini?
    Sayang... I nak keje I yang dulu boleh ke?
    Saja nak hilangkan boring...rindukan kicauan burung yang berterbangan mencari makanan di dalam badanku...
    mereka sungguh riuh sekali....

    keindahan dasar laut sungguh mengujakan aku sehingga aku khayal...
    banyak juga khazanah dan rahsia..

    aku juga rindukan puncak gunung sana, terdapat kenangan abadi di situ, bapaku penjaga gunung, cuma anaknya ini kedegilannya tidak pernah berubah..

    ReplyDelete
  17. Ku resah mencariMu dengan akal
    Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
    Kau Ku Rasa-kan semakin menjauh
    Tersesatlah Aku dalam rindu Mu

    Ku Satu-kan firasat mencari Mu
    Dan Ku terlontar di penghujung Alam
    Kau masih tidak dapat Ku jejaki
    Betapa malangnya nasib Ku

    *Damasutra- Sesat Dalam Rindu.

    ReplyDelete
  18. Seronok sesat ni... sekurang-kurangnya kita tau kita salah, sesat dan mahu jalan pulang. Dari mereka yang rasa mereka sajalah yang benar. Entahkan benar entahkan tidak. Ataupun mungkin hanya sangkaan semata-mata.

    ReplyDelete