Wednesday 24 April 2013

Langkahku adalah masa... dan aku tak akan berhenti melainkan aku mati.

designyoutrust.com


Hai. Nama aku Si Gila. Siapa nama kamu? Aku tak peduli kamu mahu dekat pada aku atau tidak, kerana aku akan tetap teruskan hidup aku. Ha..ha..ha.. manusia..kamu betul-betul buat aku ketawa. Rasa macam nak terkeluar bijik mata aku ni. Ha... kamu yang gila, aku pulak yang kamu ketawakan. Kamu semua kenapa? Dah tak cukup ke nikmat yang Tuhan berikan pada kamu? 

Kamu dengar kata-kata aku ini baik-baik, jika kamu itu tuhan maka mungkin bisa saja kamu tarik nyawa aku, namun jika aku masih diberikan nyawa, aku tak akan mengalah dalam hidup ini. Tak akan sama sekali. Kamu fikir aku siapa? Aku mahu hidup aman-aman tapi kamu memekak kat luar sana buat hati aku panas. Kamu kenapa asyik nak cari gaduh? Kamu fikir dunia ini kamu yang punya?

Dengan tekad yang kuat aku langkahkan hari-hari aku. Apapun sangkaan kamu, fikiran kamu, kamu tetap tidak akan melebihi ketetapan Tuhan. Suatu hari nanti kamu pasti akan tersungkur depan Tuhan dengan sehina-hinanya. Hanya jika kamu sombong dan bongkak. Hanya jika kamu tamak dan kejam pada yang lain. 


www.mrwallpaper.com


Kamu semua menjangka-jangka dan meneka-neka. Di sebelah yang lain pula begitu konsisten dengan usaha hatta sekecil-kecilnya pun kamu cukup teliti. Bagus. Aku puji kamu. Teruskan. Sekalipun kamu musuh aku, aku tetap kagumi cara kesungguhan kamu. Tuhan aku sama dengan Tuhan kamu. Dia adil. Usaha kamu bahagian kamu dan juga pulangannya nanti, begitu juga dengan aku.


uknowwhatimsaying.com

Mari kita lalui lagi hari demi hari. Kita perjuangkan hari-hari kita. Dah la, aku mahu rehat tenangkan fikiranku. Jaga diri kamu baik-baik dan jangan terlalu taksub dengan apa pun nanti padah kesudahannya. Beringat-ingat sikit. Kamu tak rasa hidup di penjara macam mana. Kamu tak rasa bagaimana jika dipaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Jangan terlalu ikutkan hati mahu pergi berjuang. Aku beritahu kamu satu perkara, perjuangan hidup pada zaman ini bukan seperti perjuangan hidup di zaman lampau. Cukup-cukup berbeza. Gunakanlah akal dan kewarasan sebaik-baiknya.

Salam sayang dari saya.






................................
.....................................
........................................
............................................


Aku benar-benar rindukan kehidupan di atas gunung sana. Terlalu rindu. Terkadang hatiku benar-benar sejuk dan beku seperti ais di kawasan pergunungan. Kebelakangan ini, seminggu dua ini terasa seperti jiwaku berada di masa lampau, terasa sejuk seperti ais dan udaranya sungguh segar. Di manakah aku di ketika itu? Sungguh aku tak tahu. Yang aku tahu, aku merasakan sesuatu nafas yang amat segar dan aku sungguh menikmati perasaan kedinginan itu. Thanks my Dear Lord up there...for listening my songs that I sang for you in each of my laughter and tears...

www.himalayanhimavans.com



globeattractions.com




29 comments:

  1. Oh God... I am really crying with the cold in my heart... watching the world..

    ReplyDelete
  2. akak...saya nak nangis dengan akak ^_^. sebab tengok saya sendiri yang duduk dalam dunia yang akak tengah tengok tu. akak, always love you cause of Allah

    ReplyDelete
  3. Ya dik, semalam baru balik dari Bicara. Hati rasa meraung masa dalam mahkamah tu. Mengapa manusia menggunakan kuasa seenak-enaknya tanpa memikirkan kesan pada yang lain? Hanya kerana kamu berjawatan tinggi dan beruniform maka dunia ini milik kamu? Kenapa dengan manusia dik? Airmata menitis melihat situasi. Hanya Allah yang bersama kita di mana pun kita. Kita sedang menyaksikan cerita manusia di panggung wayang sebenar. Hayati dan ambillah pengajaran dan pelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak saya still kawan dengan akak...sebab Tuhan kita adalah sama. Rasulullah adalah adalah Nabi kita. Tak salah pun, tak nak jadi coward dan tinggal kawan2 dekat belakang, kawan bila senang, bila susah tinggal. Tak dapat support apa2, just bagi semangat je. Apa2 pun jadi still love akak.

      akak tabahkan, diri ye. Semua orang buat silap, tak de manusia yang tak buat dosa. Tapi yang bertaubat tu yang Allah sayang. Akak tak salahkan saya berkawan dgn akak? Nak sangat kenal dgn akak. Kehidupan ni singkat, mana tahu esok lusa Allah jemput saya balik. Dan sure2 semua orang akan mati suatu hari nanti, harap dapat jumpa lagi dengan akak kt sana ^_^.

      akak, saya no comment about org atasan. Sebab semua manusia buat salah. Dekat akhirat nanti baru ada Hakim yang amat adil (Allah). peace no war

      Delete
  4. Mengapa aku hidup dan mengapa sahabatku mati? Dengan kuasa Tuhan akak sungguh bersyukur dan bagaikan suatu keajaiban bila tembakan tidak mengenai salur darah utama dan juga tidak kena pada tulang dan setelah sembuh akak boleh berjalan seperti biasa. Setelah itu akak lalui pula satu fasa sesi perbicaraan demi sesi. Melalui situasi juga akak melihat Suara Media sungguh bias. Sesungguhnya pada zaman ini tangan dan mulut kita seolah-olah terikat. Kita dipaksa mengikut dan menurut segala undang-undang tulisan mereka. Perjuangan hidup pada zaman ini benar-benar harus menggunakan akal dan kewarasan. Masing-masing akan berbicara soal hak. Mahu atau tidak, kita sedikit sebanyak harus mengikut rentak dan kuasai pula corak permainan pada zaman ini. Be a player and I want to win the game I play.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada istilah yang digunakan olen pihak Penguasa..

      Budi bicara...tapi tiada lagi budi ..Budi dah lama di campakkan ke longkang..
      kerana ianya sudah diganti dengan Kuasa..
      Istilah yang bagusnya..Kuasa bicara..

      Tanpa mengunakan akal yang waras..manusia boleh buat apa sahaja...
      sanggup berdusta dan mezalimi diri sendiri demi sesuap nasi..
      Hairannya..... manusia sombong terus-terusan memamahnya tanpa tercekik sedikit pun...

      Delete
    2. Mereka tinggi, ada yang lagi tinggi. Mereka bijak, ada yang lagi bijak. Mereka berkuasa, ada yang lagi berkuasa. Tak apa, kita sama-sama belajar cara hidup pada zaman ini. Maha Suci Tuhan yang mempelbagaikan corak dan rentak kehidupan dari zaman ke zaman. Jika kita nampak corak permainan ini, walaupun masa dan budaya berubah namun, tetap ada yang kekal dan tak berubah.

      Delete
    3. Suatu kejadian kadang-kadang merupakan satu perlambangan pada situasi masyarakat dan sistemnya. Banyak yang kita boleh belajar dari situ.

      Delete
    4. Satu kumpulan manusia yang mempunyai corak gerak kerja yang sama lama kelamaan akan lupa tujuan kerja sehingga kuasa digunakan sesuka hati jika mereka terlalu lama tidur dalam jangkamasa yang panjang. Suatu kejadian kadangkala pula akan menjadi pengajaran buat mereka dan ketukan kepala itu harus lebih kuat dari biasa agar mereka terjaga dari lena yang panjang. Sehinggakan mereka akan merasa selesa melakukan kesilapan besar yang sama berkali-kali tanpa ditegur dan diperbetul. Dan demi sesungguhnya setiap suatu perkara ada tarikh luput dan tamat tempohnya. Tiada satu pun sistem dalam masyarakat yang akan kekal selamanya. Manusia dan perilaku serta pemikiran mereka adalah dinamik dan tak pernah kekal diam pada sesuatu, hatta kepercayaan.

      Datang dan pergi, apakah yang tertinggal?

      Delete
    5. Seronok lihat permainan manusia. Sungguh banyak ekspresi muka, dan pabila kesalahan dibuat, lebih seronok melihat ketakutan mereka dan daya yang dikeluarkan untuk menutupi kesalahan sedangkan ia jelas. Ha ha ha..... Manusia... manusia...

      Delete
    6. Teringat kata-kata peguam semalam ketika sesi pebicaraan di mahkamah, ''..tak tahulah siapa yang waras sekarang ini.."


      hahaha...i'm laughing on joker's joke...

      Delete
    7. Kak Yabeda...
      Tiada apa yang menghairankan...jika kita tahu kerja manusia..manusialah yang harus menyelesaikannya..
      Tiada lagi nabi yang akan datang diutus Tuhan... maka takkan kita duduk diam sahaja? Buatlah kerja kita..

      Delete
    8. Mayang..

      Ada rahsia tau..he he he..shhhh
      Manusia sombong ni takut mati tauu..haha ha ha ketawakan diorang..

      Berbagai2 alasan akan diberikan demi utk mngelak akan kematian sedangkan kematianlah satu2nya jalan pulang kembali pada maha pencipta..

      Kita berfikir seolah2 hidup ini selamanya sedangkan terang dan jelas dunia hanyalah pentas permainan utk menguji samada kita masih mengenal siapa kita ini sebenarnya.

      Terpedayalah berterusan dalam kepura2an yg nyata sedangkan manusia itu tidak lebih hanya debu yg berterbangan umpamanya namun angkuh bongkak berlagak....

      Delete
    9. Sahabatmu pergi dulu...jalan kematian bukanlah urusan manusia..

      cerita jasad sahabatmu hanya pada kami yg masih hidup namun pada mereka yang telah pulang…Allah nyatalah Maha Penyayang…

      Maha Suci Allah

      Delete
    10. Tanyalah pad diri sendiri.. adakah di antara kita sanggup pergi mencari kematiannya sendiri??.

      Delete
    11. Would you like to know which of them were Cowards?

      Ya... jangan contohi kerja gila ini. Don't try this at home or any of places. Ha ha ha...
      I am looking for the wisdom of my own crazy action. hua hua hua

      Delete
    12. akak, saya tak tau nak cakap apa2. Just nak cakap, harap suatu hari nanti saya, akak temui ketenangan yang betul2 tenang.

      Kalau akak nak share cerita, saya boleh jadi pendengar/pembaca. Selalu fikir kalau saya dekat tempat akak, ha mau menangis tiap2 hari.
      nak tidur menangis,nak berjalan menangis, makan pun menangis. Akak walaupun
      tak berada kat tmpt akak..

      saya pun pernah menangis mcm tu, bertahun2.. ^_^.

      Delete
  5. Kita harus jadi jauh lebih bijak dari mereka. Benar-benar bijak. Ada satu kelemahan mereka yang akak lihat. KEKUATAN HATI. Selain akal dan nafsu yang terpandu, hati kita harus benar-benar cekal dan JANGAN sekali-kali berputus-asa dan juga mengalah. Jika dalam medan perjuangan kita berperang menggunakan pedang dan satu tangan kita telah putus, maka kuatkan jiwa dan hatimu, bangkit semula walau luka dan berdarah, ambil pedang semula dengan tangan yang lain. Habiskan semua sisa-sisa kekuatan yang kita ada sehingga ke akhirnya. Dengar kata-kataku, Tuhan benar-benar mengagumi jiwa pejuang. Maka, berjuang sehabis-habisnya dalam hayat yang kamu ada.

    ReplyDelete
  6. Hai Acat...
    Akak bukan pembimbing rakan sebaya..huhu
    Nak bimbing ape je..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. akak, ni ada satu lagu untuk akak hehe
    http://www.youtube.com/watch?v=R6VCCQnMH6o
    voyage-ayumi hamasaki ^_^.

    We travel this road to find happiness.
    See? You look good with a smile on your face.

    These beautiful, fragile days are reborn, unfaded.

    In the season of dazzling burned seas
    and in the season of dancing snowflakes

    whenever I turned around, you were there.

    We travel this road to find happiness.
    Everyone is a traveler, carrying his own never-healing wounds.
    See? You look good with a smile on your face.

    How many times have I gotten lost?
    Whenever I did, there was a warm hand

    that give me a hand

    *At the end of this long path, what will we think?
    Everyone is a traveler, wandering about in search of love.
    Let's go together until we tire of it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. carrying their own non healing wounds
      akak malam ni gerhana bulan separa >_<
      lunar eclipse
      tapi mesti tak leh tengok huhu

      Delete
  9. yeke lunar eclipse? tak tahu leh nmpk ke tak..td xnmpk..

    'carrying their own non healing wounds'...wounds with wisdom.. i really enjoy this journey...

    ReplyDelete
  10. Bulan mula memasuki bayang penumbra jam 2.03 pagi. Gerhana separa bermula sebaik saja Bulan menyentuh bayang umbra pada jam 3.54 pagi dan mencapai maksimum pada 4.07 pagi. Ketika ini altitud gerhana separa berakhir pada 4.21 pagi. Ini bermakna gerhana separa ini berlangsung hanya 27 minit sahaja

    http://www.falaksyari.org/index.php/cikgukassim/105-fenomena-april2013

    ReplyDelete
  11. ala...napa tak ckp...akak berjaga pagi td..tp tak tengok..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. silap la akak. 25 tu tengok jugak langit tapi bulan ada dekat tmpat lain.

      http://www.timeanddate.com/eclipse/lunar/2013-april-25
      http://www.timeanddate.com/eclipse/solar/2013-may-10

      Oct. 18, 2013: Penumbral Lunar Eclipse:
      Visible from the Americas, Europe, Africa and Asia.

      Delete
    3. http://pakistan-harunyahya.blogspot.com/2013/04/the-increase-in-number-of-cosmic.html
      jadual...akak boleh rujuk sini hehe
      akak..kita suka astronomi..haha dah tak silap dah pasal masa...24hour
      12 midnight

      Delete